Search Header Logo
Pelbagai Golongan Kata (Bil 2)

Pelbagai Golongan Kata (Bil 2)

Assessment

Presentation

•

World Languages

•

8th Grade

•

Medium

Created by

Cikgu Norzana

Used 2+ times

FREE Resource

7 Slides • 40 Questions

1

Pelbagai Golongan Kata (Bil 2)

Kata Pemeri / Kata Arah / Kata Bilangan / Kata Penekanan / Kata Pembenda

Slide image

2

Kata Pemeri (ialah /adalah)

Ialah

-digunakan untuk menunjukkan persamaan atau menerangkan maksud

-hadir di hadapan frasa nama

-contoh; Johor Bahru ialah ibu negeri Johor


Adalah

-digunakan untuk menerangkan sesuatu

-hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama

-contoh; Arahan itu adalah daripada ketua jabatan

3

Fill in the Blanks

S1: Doktor Azhar yang berucap di perhimpunan sekolah

Type answer...

bekas penuntut sekolah ini

4

Fill in the Blanks

S2: Penuntu perempuan yang jelita itu

Type answer...

tunangan orang

5

Fill in the Blanks

S3: Tiada siapa yang menyangka dia

Type answer...

sangat garang orangnya.

6

Fill in the Blanks

S4: Perempuan yang sedang melintas jalan itu

Type answer...

ibu saudara saya.

7

Fill in the Blanks

S5: Surat yang sampai tadi

Type answer...

daripada peguam.

8

Multiple Select

S6: Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara Masyiroh Taib.

1

betul

2

salah

9

Multiple Select

S7: Tuduhan itu ialah palsu.

1

betul

2

salah

10

Multiple Select

S8: Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.

1

betul

2

salah

11

Multiple Select

S9: Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.

1

betul

2

salah

12

Multiple Select

S10: Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.

1

betul

2

salah

13

Kata Arah

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan.


Kata arah mesti didahului oleh kata sendi nama seperti di, ke, dari


Contoh kata arah; atas, bawah, kiri, kanan, hadapan, belakang, timur, barat, hujung, hulu, pangkal, pinggir, puncak, antara, samping, sebelah, sebalik, seberang, segi, sekitar, utara, selatan, sisi, sudut, tengah, tepi, sekeliling, hilir, celah, bucu

14

Multiple Choice

S1: Lokman terus bersembunyi di ___________ pintu rumah ketika adik mencarinya.

1

balik

2

tengah

3

bawah

4

pinggir

15

Multiple Choice

S2: Puan Mary duduk di ________________ Selvi yang terlantar di katil hospital.

1

sisi

2

celah

3

sudut

4

belakang

16

Multiple Choice

S3: Abang memarahi kakak yang cuai kerana meletakkan pisau di ___________ meja.

1

kaki

2

atas

3

hadapan

4

seberang

17

Multiple Choice

S4: Salmi meletakkan seketul batu yang cantik di ___________ akuarium.

1

sisi

2

dalam

3

pinggir

4

seberang

18

Multiple Choice

S5: Pada __________ keris itu diperbuat daripada kayu jati.

1

hulu

2

hadapan

3

belakang

4

seberang

19

Multiple Choice

S6: Sufian mudik ke _________ sungai untuk mengangkut barang.

1

hulu

2

celah

3

bawah

4

penjuru

20

Multiple Choice

S7: Semua binatang itu dikurung di _____ sangkar supaya tidak mencederakan pengunjung.

1

luar

2

sudut

3

dalam

4

hadapan

21

Multiple Choice

S8: Semua murid dimestikan beratur di __________ kelas sebelum guru tiba.

1

kiri

2

kanan

3

luar

4

dalam

22

Multiple Choice

S9: Pengadil berada di _________ padang untuk memulakan perlawanan bola sepak.

1

sisi

2

luar

3

tengah

4

belakang

23

Multiple Choice

S10: Meskipun dia tersenyum, jauh di ________ hatinya terluka dengan kata-kata anaknya itu.

1

hulu

2

celah

3

sudut

4

penjuru

24

Kata Bilangan


Slide image

25

Multiple Choice

S1: Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________

1

semua

2

seluruh

3

separuh

4

sesetengah

26

Multiple Choice

S2: ________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.

1

Setiap

2

Segelintir

3

Sebahagian

4

Sebilangan

27

Multiple Choice

S3: Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.

1

berbagai

2

pelbagai

3

seluruh

4

segala

28

Multiple Choice

S4: ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

1

Ketiga

2

Tiap-tiap

3

Sesetengah

4

Kedua-dua

29

Multiple Choice

S5: Lembu peliharaan Pak Samad ada __________ekor?

1

beberapa

2

keempat

3

separuh

4

berapa

30

Multiple Choice

S6:_____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.

1

Seluruh

2

Ribuan

3

Setengah

4

Beberapa

31

Multiple Choice

S7: Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah __________ menderita penyakit angin ahmar.

1

berhari-hari

2

berabad-abad

3

bertahun-tahun

4

berkurun-kurun

32

Multiple Choice

S8: ___________ jenis cenderamata dijual di __________ gerai itu.

1

Pelbagai ....... setiap

2

Berbagai ....... semua

3

Beberapa ....... segala

4

Pelbagai ....... segala

33

Multiple Choice

S9: __________ tubuhnya terasa lemah __________ kali diserang demam panas.

1

Tiga suku ..... sekalian

2

Setengah ..... beberapa

3

Seluruh ..... sekalian

4

Seluruh ..... setiap

34

Multiple Choice

S10: Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.

1

sebahagian

2

sesetengah

3

beberapa

4

ribuan

35

Kata Penekan

Kata penekan ialah kata yang bergabung dengan partikel -nya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.


Contoh: contohnya, sepatutnya, bukannya, hebatnya, agaknya, sesungguhnya


Contoh ayat:

-Hebatnya persembahan tarian itu.

-Gunung Kinabalu sesungguhnya amat tinggi.

-Sepatutnya Rahmat yang didenda bukannya Ibrahim.

36

Kata Pembenda

Kata pembenda ialah kata yang bukan kata nama apabila bergabung dengan partikel -nya berubah menjadi kata nama.


Contoh;

luasnya        : Kata adjektif+nya

bisingnya     : Kata adjektif+nya

duduknya     : Kata kerja+nya

datangnya    : Kata kerja+nya

tidurnya        : Kata kerja+nya


Contoh ayat; Luasnya ladang itu saujana mata memandang.

37

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S1: Datangnya tidak diundang oleh sesiapa

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

38

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S2: Sesungguhnya perang menyebabkan azab sengsara kepada manusia

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

39

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S3: Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

40

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S4: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

41

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S5: Berdirinya saya di sini adalah untuk mematahkan hujah-hujah pihak pembangkang

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

42

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S6: Dengan terbitnya buku ini, diharap para petani dapat mempelajari teknik-teknik pertanian.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

43

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S7: Sebenarnya ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Alia.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

44

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S8: Kami akan berhenti sebentar sekiranya hujan turun.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

45

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S9: Dia membawa seutas tali yang panjangnya kira-kira dua meter.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

46

Multiple Select

Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat yang mengandungi kata penekan atau kata pembenda.


S10: Air sungai mengalir dengan derasnya.

1

Kata penekan

2

Kata pembenda

47

Tahniah & Terima Kasih kerana berjaya menghabiskan sesi PDPC kali ini!


pattern-tertiary

Pelbagai Golongan Kata (Bil 2)

Kata Pemeri / Kata Arah / Kata Bilangan / Kata Penekanan / Kata Pembenda

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 47

SLIDE