
PENGAJIAN AM SEMESTER 1/U1 oleh Cikgu Agila
Presentation
•
Social Studies
•
12th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
AGILA Moe
Used 152+ times
FREE Resource
1 Slide • 31 Questions
1
PENGAJIAN AM SEMESTER 1/U1
Oleh Cikgu Agila
2
Multiple Choice
Yang manakah ciri asas sesebuah negara?
Diterajui oleh parti politik tertentu
Ditadbir secara demokrasi berparlimen
Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
3
Multiple Choice
Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?
Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak
Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram
Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan
4
Multiple Choice
Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
I. Tidak boleh dibuat pindaan
II. Asas kepada pembentukan kerajaan
III. Merupakan undang-undang tertinggi
IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
5
Multiple Choice
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta parlimen
Penyataan di atas merujuk kepada
Ordinan
Enakmen
Perundangan Kecil
Doktrin duluan kehakiman
6
Multiple Choice
Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia
IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada kepada pembesar negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
7
Multiple Choice
Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa
II. Pertanian dan perhutanan
III. Kutipan zakat dan fitrah
IV. Kesihatan awam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
8
Multiple Choice
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
I. Raja yang berdaulat
II. Penduduk yang tetap
III. Sistem ekonomi yang kukuh
IV. Sistem kerajaan yang teratur
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
9
Multiple Choice
Yang manakah tugas badan kehakiman?
Meluluskan undang-undang negara
Menggubal undang-undang negara
Melaksanakan undang-undang negara
Menentukan kesahan undang-undang negara
10
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
Parlimen mengatasi Perlembagaan
Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan
11
Multiple Choice
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?
Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecat Setiausaha Dewan rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
12
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?
Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen
Saraannya ditentukan oleh Yang diPertuan Agong
Perlantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pemecatannya oleh Yang diPertuan Agong atas syor Tribunal
13
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raja-raja?
Memberi pengampunan pesalah di mahkamah syariah
Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri
Memberi persetujuan terhadap perlantikan Yang Dipertua Negeri
Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri
14
Multiple Choice
Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?
I. Penduduk yang berbilang kaum
II. Parti politik yang memimpin negara
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV. Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
15
Multiple Choice
Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?
Jemaah Menteri
Bahasa Kebangsaan
Keanggotaan Parlimen
Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
16
Multiple Choice
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan meletakkan jawatan?
Dilantik sebagai Senator
Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau
17
Multiple Choice
Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?
Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat
Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
Yng Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat
Rang Undang-undang Pembekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat
18
Multiple Choice
Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
I. Penggunaan tanah rizab orang Melayu
II. Perubahan sempadan antara negeri-negeri
III. Amalan dan upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
IV. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
19
Multiple Choice
Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah Negara berdaulat?
I. Sistem pentadbiran yang telus
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing
III. Identity kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV. Kepimpinan Negara yang berwawasan dan berkarisma
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
20
Multiple Choice
• Pn Y ialah seorang wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia
• Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
Masukan
Pendaftaran
Percantuman Wilayah
Kuat kuasa undang-undang
21
Multiple Choice
Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh menganggu proses pentadbiran.
Penyataan di atas merujuk kepada
Pemusatan kuasa
Pengasingan kuasa
Penyelarasan kuasa
Pembahagian kuasa
22
Multiple Choice
Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh
Writ pilihan raya dikeluarkan
Keputusan pilihan raya diwartakan
Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan
23
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum
24
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
Perlembagaan tidak boleh dipinda
Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang
Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
25
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?
Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap
Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
26
Multiple Choice
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan
Peguam Negara
Perdana Menteri
Ahli Suruhanjaya
Ketua Hakim Negara
27
Multiple Choice
Yang manakah benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
II. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
III. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
IV. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
28
Multiple Choice
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I. Mempunyai identitinya sendiri
II. Mempunyai penduduk yang tetap
III. Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
29
Multiple Choice
Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?
Majoriti mudah Majlis Parlimen
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
30
Multiple Choice
Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
Kuat kuasa undang-undang
Percantuman wilayah
Pendaftaran
Masukan
31
Multiple Choice
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
diluluskan oleh Majlis Parlimen
disahkan oleh Badan Kehakiman
diwartakan sebagai Warta Kerajaan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
32
Multiple Choice
Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
PENGAJIAN AM SEMESTER 1/U1
Oleh Cikgu Agila
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 32
SLIDE
Similar Resources on Wayground
24 questions
Sosialisasi #3rd week 2nd chapter
Presentation
•
12th Grade
24 questions
PERMASALAHAN DALAM KEBERAGAMAN MASYARAKAT INDONESIA
Presentation
•
12th Grade
27 questions
Gobernaciones 2001 al 2008
Presentation
•
10th Grade
22 questions
The Legislative branch
Presentation
•
12th Grade
25 questions
Jurnal Penutup - PAP 12AKL
Presentation
•
12th Grade
28 questions
LATIHAN TKA SOSIOLOGI
Presentation
•
12th Grade
28 questions
TEKS TANGGAAN
Presentation
•
12th Grade
26 questions
IPS 7 (Alat Pemenuhan Kebutuhan)
Presentation
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
25 questions
The Ultimate College Knowledge Quiz
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade