Search Header Logo
KELAS PJPK TINGKATAN 5 2021

KELAS PJPK TINGKATAN 5 2021

Assessment

Presentation

Physical Ed

5th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

Mohd Zaini Morad

Used 45+ times

FREE Resource

24 Slides • 0 Questions

1

KELAS PJPK TINGKATAN 5 SMSPS 2021

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Slide image

2

RINGKASAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJPK 2021

3

Slide image

4

Slide image

5

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)

  • 1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif

6

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Tujuan unit ini diperkenalkan adalah untuk mendidik murid mengetahui hak kesihatan reproduktif dan seksual untuk mencapai taraf kesihatan optimum, hidup bebas dan selamat. Selain itu, murid diberikan penekanan kemahiran menangani tingkah laku seksual seperti amang seksual, mengatasi masalah penagihan berulang, mengawal ketidakstabilan emosi, konflik dalam kehidupan berkeluarga, mencegah penyakit jangkitan seksual dan menghindari buli siber. Kemahiran ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

7

Menurut WHO 2014, terdapat empat jenis Hak Reproduktif dan Seksual. Nyatakan.

  • Hak untuk kesaksamaan gender dan tidak mendiskriminasi.

  • Hak untuk bebas daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum.

  • Hak untuk bergerak bebas

  • Lindungi diri daripada menjadi mangsa

8

Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Kesihatan reproduktif bermaksud keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif. Ini merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM, 2012), mentakrifkan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati. Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual adalah seperti yang berikut:

9

Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual

  • Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.

  • Sesuatu yang perlu dipelajari demi kesejahteraan keluarga.

  • Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.

  • Mengamalkan tingkah laku yang baik dalam kehidupan demi mengukuhkan institusi kekeluargaan.

10

Contoh Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Hak untuk Hidup, Kebebasan dan keselamatan


● Memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta mengenakan hukuman kepada manusia yang bersalah demi memastikan kita dapat hidup dengan bebas dan selamat.


● Konsep persamaan hak perlu diamalkan dalam kehidupan manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan keturunan


.● Kita berhak untuk hidup aman damai dan bergerak bebas.

11

Hak untuk Kesamaan Gender dan Tidak Mendiskriminasi

  • Wanita dan lelaki diberi peluang yang sama untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

  • Lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama berdasarkan kelayakan akademik, kemahiran dan kebolehan mereka untuk meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara.

  • Wanita hari ini diberi peluang menceburkan diri dalam pelbagai bidang seperti korporat, keusahawanan, kejuruteraan dan pertahanan setaraf dengan kaum lelaki.

12

Mendiskriminasi Hak untuk Bebas daripada Penyeksaan, Kekejaman atau Menghukum

  • Seorang pesalah perlu dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang.

  • Dari segi agama dan kepercayaan, setiap kaum berhak untuk mengamalkan cara hidup masing-masing, berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk penyeksaan, kekejaman atau menghukum sesuatu kaum hanya kerana perbezaan bangsa, budaya atau warna kulit.


13

Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun. Peringkat umur ini, seseorang individu melalui masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran fizikal, mental dan sosial. Golongan remaja perlu mengetahui kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual mereka dengan sebaik-baiknya sebelum menempuh alam dewasa. Antara hak kesihatan reproduktif dan seksual yang perlu diketahui remaja ialah:

14

Hak daripada Perspektif Individu


● Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.


● Remaja perlu menjadi individu yang berpengetahuan tentang reproduktif dan seksual.


● Remaja berhak mendapatkan maklumat dan perkhidmatan kesihatan untuk meningkatkan tahap kesihatan.

15

Hak daripada Perspektif Keluarga

● Remaja berhak mendapat bimbingan daripada ibu bapa dalam kesihatan reproduktif mereka.


● Remaja perlu diberikan pengetahuan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.


● Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan keluarga.


● Nilai-nilai murni dari agama perlu diterapkan sejak awal secara berterusan.

16

Hak daripada Perspektif Masyarakat

● Remaja perlu dilindungi daripada terjebak dalam gejala sosial.


● Golongan remaja perlu mendapat bimbingan masyarakat tentang kesan dan akibat daripada gejala sosial yang mudah mempengaruhi diri mereka.


● Remaja perlu peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka.


● Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja dan keluarga dengan tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

17

Menangani Isu Penafian Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual dari Sudut Kecekapan Psikososial.


Setiap murid berhak mengetahui cara menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial. Bagi menangani masalah ini, mereka disarankan menggunakan Pendekatan 4M (Nazri, 2018) yang diterapkan oleh kumpulan pakar psikologi dan kaunselor seperti yang berikut:

  • Mendengar - Ibu bapa harus bersedia mendengar dan membimbing remaja berhubung dengan kesihatan reproduktif seperti hak diri, penganiayaan dan penyakit berkaitan.

  • Melindungi - Remaja perlu dilindungi daripada menjadi mangsa penderaan seksual dan keganasan.

  • Mendidik - Remaja diajar untuk mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat serta berkata TIDAK terhadap perkara yang melanggar hak mereka.

  • Memerhati - Remaja boleh mengesan tingkah laku buruk pemangsa serta mengetahui batas dalam pergaulan. Remaja bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kehadiran individu yang mencurigakan.

18

Penyebaran Maklumat Berhubung Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual


Maklumat mengenai hak kesihatan reproduktif dan seksual boleh diperoleh melalui aplikasi teknologi maklumat. Maklumat yang diterima haruslah tepat dan daripada sumber yang dipercayai. Berikut kaedah yang difikirkan bernas untuk penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif dan seksual:

  • Pendidikan formal - Maklumat boleh didapati melalui bahan bacaan. Murid boleh memperoleh maklumat yang tepat dan sahih daripada guru menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Memberikan ruang kepada murid untuk bersoal jawab secara terbuka dan berhemah.

  • Pendidikan tidak formal - Ibu dan bapa berperanan penting menjadi suri teladan. Masyarakat menjadi agen sosialisasi ke arah mendidik remaja tentang hak reproduktif dan seksual

  • Program kesedaran (Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan, Non-Government Organizations (NGO) - Sebaran maklumat menerusi kempen kesihatan, program kemasyarakatan dan poster tentang hak kesihatan reproduktif dan seksual.

  • Perbincangan dengan rakan - Maklumat-maklumat boleh disampaikan melalui perbincangan bersama-sama rakan yang boleh dipercayai.è Remaja boleh berkongsi maklumat dengan rakan tentang hak kesihatan reproduktif dan seksual dan masalah dalam kalangan mereka.

19


  • Media massa - Maklumat lebih cepat sampai melalui aplikasi seperti instagram, twitter, wechatt, whatsapp, telegram dan facebook.è Remaja harus bijak menilai segala dapatan maklumat sebelum mengamalkan serta menyebarluaskan maklumat tersebut.è Pastikan maklumat tersebut didapati daripada sumber yang boleh dipercayai seperti laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan sumber jurnal akademik yang lain.




20

Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual

Amang seksual bermaksud serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal seperti melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak walaupun tanpa persetubuhan. Menurut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Undang-undang Malaysia Akta 792 Bahagian iv Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, menyatakan apa-apa perbuatan menyentuh bahagian seksual mangsa ataupun mangsa dipaksa melakukan sebaliknya terhadap pelaku dianggap amang seksual (Wahab, 2018).

21

Slide image

22

Slide image

23

Slide image

24

Slide image

KELAS PJPK TINGKATAN 5 SMSPS 2021

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 24

SLIDE