Search Header Logo
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Assessment

Presentation

History

1st Grade - University

Medium

Created by

ANDREW KIEW SIENG SING

Used 48+ times

FREE Resource

29 Slides • 11 Questions

1

Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Slide image

2

Slide image

3

PENDAHULUAN

Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.

4

Perkembangan Nasionalisme di Negara Kita

Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung. Setelah berundur dari Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun serangan tersebut menemui kegagalan.

5

Perkembangan Nasionalisme di Negara Kita

Penentangan terhadap ancaman luar juga dilihat melalui perjuangan Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Baginda berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. Perjuangan baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah.

6

Perkembangan Nasionalisme di Negara Kita

Perjuangan menentang penjajah dilakukan oleh Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Perjuangan mereka bersifat setempat, namun selari dengan erti nasionalisme, iaitu perjuangan menuntut kebebasan daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masing-masing.


Kesedaran awal mendapat reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah sehingga memaksa masyarakat kita bergerak secara sederhana.

7

Perkembangan Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran nasionalisme perlu dikaitkan dengan perjuangan tokoh agama sejak awal abad ke-20 yang dibawa oleh gerakan Islah. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.


Kesedaran ini kemudiannya diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar yang digerakkan oleh individu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub.

8

Perkembangan Nasionalisme di Negara Kita

Selain itu, terdapat perjuangan yang digerakkan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Tokoh ketika itu ialah Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin al-Helmi.


Walaupun menghadapi kekangan kewangan, halangan undang-undang dan pengawasan ketat pemerintah, perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat tetap diteruskan.

9

Slide image

10

Multiple Choice

Kesedaran nasionalisme di negara kita telah bermula sejak...

1

kemerdekaan negara tercapai

2

Kesultanan Melayu Johor-Riau

3

Kesultanan Melayu Melaka

4

Zaman penjajahan Jepun

11

Multiple Choice

Siapakah Sultan yang berusaha mendapatkan semula Melaka dari tangan Portugis?

1

Sultan Mahmud Shah

2

Hang Jebat

3

Sultan Muhammad Jiwa

4

Sultan Alauddin Riayat Shah

12

Multiple Choice

Mengapakah Sultan Abdul Mukarram Shah menentang SHTI di Kedah?

1

SHTI gemar minum minuman keras

2

SHTI mula menggangu ketenteraman awam

3

SHTI enggan membayar cukai kepada Sultan

4

SHTI menguasai Pulau Pinang

13

Multiple Choice

Apakah nama gerakan yang diketuai oleh Haji Abbas Mohd Taha?

1

Gerakan Islam

2

Gerakan Islah

3

Gerakan Anti Kristian

4

Gerakan Hatimu Untukku

14

Slide image

15

Slide image

16

Slide image

17

PENDAHULUAN

Kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 didorong oleh beberapa faktor seperti peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. Selain itu, perkembangan sistem pendidikan yang berjaya melahirkan golongan intelektual dan pengaruh luar serta serantau juga menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah.

18

Peranan Agama

Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida.


Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Gerakan ini juga muncul untuk menentang imperialisme Barat di negara Islam. 

19

Slide image

20

Multiple Choice

Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis

Antara berikut, siapakah pemimpin Gerakan Islah di Tanah Melayu ?

I Zainal Abidin bin ahmad

II Abdul Rahim Kajai

III Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

IV Syed Sheikh al -Hadi

1

I dan II

2

I dan IV

3

II dan III

4

III dan IV

21

Penulisan Kreatif

Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi daripada tokoh nasionalis digunakan sebagai wadah untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat.


Hal ini memberikan impak kepada rakyat untuk menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup yang dijajah.


Contohnya, novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai. Karya Pak Sako menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.

22

Slide image

23

Multiple Choice

Question image

Apakah tema dalam Novel tersebut?

1

Mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan

2

Mengkritik penjajah British

3

Menuntut kemerdekaan

4

Menekankan kepentingan pendidikan kepada wanita

24

Media Cetak

Media cetak seperti akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita.


Antara akhbar awal termasuklah Jawi Peranakan yang menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura dan isu bahasa Melayu. Terdapat juga akhbar Sekola Melayu yang digunakan untuk bahan pembacaan di sekolah Melayu. Kemunculan Al-Imam, Neracha dan Pengasuh pula memuatkan idea pembaharuan.


Akhbar Fajar Sarawak yang diterajui oleh angkatan intelektual Melayu diterbitkan sebagai wadah bagi mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak.

25

Slide image

26

Multiple Choice

Question image

Gambar menunjukan akhbar Jawi Peranakan

Apakah isu yang dimuatkan dalam akhbar tersebut ?

1

Isu kemerdekaan

2

Menyeru orang Melayu bersatu

3

Isu bahasa Melayu

4

Mengkritik raja dan pembesar Melayu

27

Sistem Pendidikan

Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914), Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916) dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar (1926). Institusi ini menerima idea nasionalisme melalui kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan pulangnya pelajar dari Mesir yang menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan kepada masyarakat.


Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris Training College (SITC) melahirkan golongan yang memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan.

28

Sistem Pendidikan

Melalui sistem pendidikan, pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah serta mendesak British melakukan pembaharuan. Contohnya, SITC menjadi medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan masyarakat.

29

Slide image

30

Multiple Choice

Question image

Gambar menunjukkan Maktab Perguruan Sultan Idris.

Apakah peranan sistem pendidikan di atas ?

1

Melahirkan golongan pemimpin

2

Melahrkan cendiakawan

3

Melahirkan jurutera

4

Membasmi buta huruf

31

Kemunculan Golongan Intelektual

Hasil daripada perkembangan sistem pendidikan, lahirlah golongan intelektual seperti lepasan Timur Tengah. Contohnya, Syed Sheikh al-Hadi yang menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat.


Begitu juga intelektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said (Abu Bakar al-Baqir) dan Ibrahim Haji Yaakob. Mereka menggunakan akhbar serta menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat tentang nasionalisme.

32

Slide image

33

Multiple Choice

Question image

Gambar menunjukkan Mohammad Eunos Abdullah

Apakah peranan tokoh di atas ?

1

Menerbitkan akhbar

2

Memimpin Gerakan Islah

3

Menubuhkan persatuan

4

Menulis novel

34

Pengaruh Luar dan Serantau

Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar.Pengaruh Gerakan Islah di Mesir pula menggesa umat Islam melakukan pembaharuan yang progresif.


Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang berjaya menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan untuk memperjuangkan nasib mereka.


Sementara itu, gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen turut menimbulkan kesedaran nasionalisme. Gerakan ini berjaya menewaskan kerajaan Manchuria dan menubuhkan sebuah negara Republik China.

35

Pengaruh Luar dan Serantau

Begitu juga idea perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menentang British tanpa kekerasan menjadi inspirasi pergerakan nasionalisme. Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia menyemarakkan usaha menentang penjajah di negara kita.


Kejayaan ini membangkitkan kesedaran rakyat di negara kita untuk menentang penjajah.

36

Slide image

37

Multiple Choice

Question image

Gambar menunjukkan kemenangan Jepun ke atas Rusia.

Apakah kesan kemenangan Jepun kepada penduduk Tanah Melayu ?

1

Mencetuskan semangat nasionalisme

2

Mendorong perpaduan rakyat

3

Berani bersuara

4

Memajukan ekonomi

38

Slide image

39

Slide image

40

Poll

PENILAIAN KENDIRI

Saya telah memahami dan menguasai topik pembelajaran hari ini

Saya masih perlu bimbingan guru dalam topik ini

Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 40

SLIDE