
Kata Kerja
Presentation
•
World Languages
•
1st Grade - University
•
Medium
Danial hakim
Used 3+ times
FREE Resource
22 Slides • 11 Questions
1
BTS Kata Kerja
Dalam kelas ini, anda akan diterangkan berkenaan konsep kata kerja, jenis-jenis kata kerja, fungsi dan penggunaan kata kerja dalam sesuatu ayat
2
Konsep Kata Kerja
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.
Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
3
Multiple Choice
Berikan konsep kata kerja yang tepat
kata kerja ialah kata yang merujuk sifat atau keadaan
kata kerja ialah kata yang merujuk perbuatan sama ada yang dilakukan atau melakukan
kata kerja ialah kata yang berfungsi menerangkan predikat dalam ayat
kata kerja ialah kata yang merujuk tempat atau nama
4
Jenis kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu Kata Kerja Aktif dan Kata Kerja Pasif
5
Jenis Kata Kerja Aktif
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Tak Transitif
6
Jenis Kata Kerja Pasif
Kata kerja Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Kata Kerja Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga
7
Kata Kerja Transitif
KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh:
Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)
8
Multiple Choice
Contoh ayat yang manakah betul penggunaan konsep kata kerja transitif
Dia menghadapi banyak masalah
Dia menarik tangan adik dengan kuat
9
Selepas kata kerja transitif wajib diikuti objek!
Kakak menarik dengan kuat tangan adik (X)
Kakak menarik tangan adik dengan kuat (/)
10
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif boleh dipasifkan
Saya menendang bola itu dengan sekuat hati
Bola itu saya tendang dengan sekuat hati
Hal ini disebabkan oleh ayat yang menggunakan kata kerja transitif memiliki objek "bola itu" selepas kata kerjanya "menendang"
11
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan berikut:
meN…kan
meN…i
Memper…kan
Memper….i
Ber…kan
meN…. (diikuti kata nama)
12
Multiple Choice
Mengapakah ayat yang menggunakan kata kerja transitif boleh dipasifkan?
Kerana selepas kata kerja tersebut memiliki objek
Kerana dalam ayat tersebut memiliki subjek
Kerana selepas kata kerja tersebut memiliki keterangan
Kerana ayat tersebut memiliki kata ganti nama diri pertama
13
Kata Kerja Tak Transitif
KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.
Contoh:
Ayah berjalan di tepi pantai.
. (‘di tepi pantai’ ialah penerang)
14
Selepas kata kerja tajk transitif diikuti kata sendi atau kata hubung!
Perompak itu belari tepi jalan raya (X)
Perompak itu berlari di tepi jalan raya. (/)
Dia bertemu rakannya di bandar (X)
Dia bertemu dengan rakannya di bandar. (/)
15
Multiple Choice
Contoh ayat yang manakah betul penggunaan konsep kata kerja tak transitif
Dia bertemu dengan rakannya di tepi pantai
Dia menarik tangan adik dengan kuat
16
Ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.
Saya tidak terangkat akan kotak itu.
Hal ini disebabkan oleh ayat tersebut tidak memiliki objek selepas kata kerjanya. Sebaliknya hanya keterangan sahaja. "akan kotak itu"
17
Kata kerja tak transitif menggunakan imbuhan berikut:
Ber…
Ter….
meN….. (diikuti tempat)
18
Multiple Choice
Mengapakah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan?
Kerana selepas kata kerja tersebut memiliki objek
Kerana selepas kata kerja tersebut memiliki keterangan
Kerana selepas kata kerja tersebut tidak memiliki subjek
Kerana ayat tersebut memiliki kata ganti nama diri pertama
19
Kata Kerja Pasif
KKP ialah kata kerja yang mengalami proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif
Contoh:
Ayat Aktif : Ali menendang bola itu.
Ayat Pasif: Bola itu ditendang Ali.
20
Kata Kerja Pasif Kata Ganti Nama diri Pertama dan Kedua
Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan "di-". Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan "di")
Contoh:
Buku itu saya ambil. - Kata Ganti Nama diri pertama
Kereta itu harus awak pandu.- Kata Ganti Nama Diri kedua
21
Contoh ayat salah
Buku itu diambil oleh saya. (salah)
Peperiksaan pertengahan tahun diduduki oleh saya. (salah)
Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (salah)
Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (salah)
22
Contoh ayat betul
Buku itu saya ambil. (betul)
Peperiksaan pertengahan tahun saya duduki (betul)
Rumah itu telah kami cat bersama-sama. (betul)
Cerita seram itu telah kalian dengar (betul)
23
Imbuhan 'ter' dalam kata ganti nama diri pertama dan kedua
Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan 'ter' boleh menerima kata sendi 'oleh' yang diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
Contohnya seperti ayat di bawah ini:
Saya terangkat meja yang besar itu. (ayat aktif)
Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (ayat pasif)
24
Multiple Choice
Apakah konsep kata kerja pasif?
proses gabungan dua ayat tunggal menggunakan kata hubung
proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif
25
Kata Kerja Pasif Kata Ganti Nama diri Ketiga
Kata ganti nama orang ketiga boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan "di-". Oleh itu, kata ganti nama diri orang ketiga (mereka, dia, baginda, beliau) dan pelaku (kata nama khas dan kata nama am) berada di belakang kata kerja (dengan imbuhan "di")
Contoh:
Kedai pakaian itu diusahakan oleh mereka - Kata Ganti Nama diri ketiga
Kereta itu dipandu oleh Helmi.- pelaku (kata nama khas)
26
Contoh ayat salah
Buku itu Helmi ambil (salah)
Peperiksaan pertengahan tahun mereka diduduki (salah)
Rumah itu telah dia cat (salah)
Cerita seram itu telah Cikgu Nizam didengar (salah)
27
Contoh ayat betul
Buku itu diambil Helmi. (betul)
Peperiksaan pertengahan tahun diduduki oleh mereka (betul)
Rumah itu telah dicat olehnya (betul)
Cerita seram itu telah didengar oleh Cikgu Nizam (betul)
28
Multiple Choice
Betul atau salah?
Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri.
Betul
Salah
29
Multiple Choice
Betul atau salah?
Buku Seroja Dewi terambil oleh saya.
Betul
Salah
30
Multiple Choice
Betul atau salah?
Kereta itu harus awak pandu.
Betul
Salah
31
Multiple Choice
Betul atau salah?
Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin.
Betul
Salah
32
Multiple Choice
Betul atau salah?
Kereta itu dibeli oleh kami
Betul
Salah
33
TAHNIAH!!!
Tamat penerangan berkenaan jenis kata kerja.
BTS Kata Kerja
Dalam kelas ini, anda akan diterangkan berkenaan konsep kata kerja, jenis-jenis kata kerja, fungsi dan penggunaan kata kerja dalam sesuatu ayat
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 33
SLIDE
Similar Resources on Wayground
24 questions
Filosifi KHD
Lesson
•
KG - University
24 questions
Perumusan dan Penetapan UUD NRI Tahun 1945
Lesson
•
1st - 12th Grade
29 questions
Presentasi Materi Soal Sejarah Kontemporer Dunia
Lesson
•
KG - University
25 questions
PAI Rajin Menuntut Ilmu
Lesson
•
2nd Grade - University
28 questions
Quiz BM 2M
Lesson
•
1st - 12th Grade
32 questions
PERHIMPUNAN KOKORIKULUM BSMM
Lesson
•
2nd - 12th Grade
30 questions
KKI_Kelompok 2_HBR4_Week 4
Lesson
•
KG - Professional Dev...
22 questions
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN UPSR
Lesson
•
1st - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
14 questions
Boundaries & Healthy Relationships
Lesson
•
6th - 8th Grade
13 questions
SMS Cafeteria Expectations Quiz
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
SMS Restroom Expectations Quiz
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Pi Day Trivia!
Quiz
•
6th - 9th Grade
Discover more resources for World Languages
22 questions
El Imperfecto
Quiz
•
9th - 12th Grade
22 questions
Regular Preterite -AR-ER-IR-
Quiz
•
12th Grade
27 questions
quiz review Senderos 2 En el consultorio
Quiz
•
9th - 12th Grade
28 questions
Ser vs estar
Quiz
•
9th - 12th Grade
22 questions
Viajes y excursiones
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
El Verbo IR Practice
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Present tense -er/-ir verbs
Quiz
•
8th - 11th Grade
20 questions
Preterite vs. Imperfect
Quiz
•
10th Grade