
TING 1 - KEMAHIRAN MELAKUKAN HANTARAN (BOLA JARING)
Presentation
•
Physical Ed
•
7th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 7+ times
FREE Resource
12 Slides • 5 Questions
1
PERMAINAN BOLA JARING
KEMAHIRAN MELAKUKAN HANTARAN
2
PENGENALAN
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.
Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
3
Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
4
Teknik melakukan hantaran aras dada
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
Ikut lajak.
5
Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
6
Teknik melakukan hantaran aras bahu
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.
Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
Angkat tumit kaki belakang.
Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.
Ikut lajak.
7
Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan.
8
Teknik melakukan hantaran atas kepala
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan.
Ikut lajak.
9
Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
10
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang.
Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
Ikut lajak.
11
Hantaran Lantun
Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.
12
Teknik melakukan hantaran lantun
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.
13
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 1
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kemahiran menghantar bola yang terdapat dalam permainan bola jaring?
hantaran aras bahu
hantaran aras dada
hantaran leret
hantaran lantun
14
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 2
_______________ bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
hantaran aras dada
hantaran aras bahu
hantaran atas kepala
hantaran lantun
15
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Hantaran atas kepala digunakan untuk _____________________ ________________________________________________.
melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan.
membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.
membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
16
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 4
· Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
· Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang.
· Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
· Ikut lajak.
Penyataan diatas adalah teknik-teknik untuk melakukan _________.
hantaran sisi
hantaran aras dada
hantaran aras bahu
hantaran atas kepala
17
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 5
Apakah nama hantaran ini?
hantaran aras dada
hantaran aras bahu
hantaran sisi
hantaran lantun
PERMAINAN BOLA JARING
KEMAHIRAN MELAKUKAN HANTARAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
13 questions
SENAM LANTAI
Presentation
•
7th Grade
13 questions
PJOK Kelas VII Bab 2.1 (Kasti)
Presentation
•
7th Grade
10 questions
PERMAINAN BOLA BASKET
Presentation
•
7th Grade
14 questions
Pendidikan Jasmani Tahun 6 Aneka Sukan
Presentation
•
6th Grade
15 questions
Nilai dan Norma
Presentation
•
7th Grade
12 questions
BULU TANGKIS
Presentation
•
8th Grade
13 questions
PJOK Kelas 6 (3.3)
Presentation
•
6th Grade
10 questions
PJOK Gerak Berirama
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade