Search Header Logo
TING 2 (SAJAK) - PADA SEKUNTUM MAWAR

TING 2 (SAJAK) - PADA SEKUNTUM MAWAR

Assessment

Presentation

Education

8th Grade

Hard

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 2+ times

FREE Resource

4 Slides • 5 Questions

1

KUPASAN PUISI MODEN

TEKS SAJAK : 

PADA SEKUNTUM MAWAR

Slide image

2

RANGKAP 1

  • Sehelai kelopakmu gugur

    adalah titis air mata bonda

    yang luruh dalam lipatan usia.

  • MAKSUD : Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

3

RANGKAP 2

  • Merenung pada malam yang kematian angin

    pada laut yang kematian ombak

    seperti telah menutup

    pintu kehidupan ini

    menjadi sepi dan lara

    pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

  • MAKSUD : Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia dan tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

4

RANGKAP 3

  • Sekuntum mawar

    bukan melontar harum indahmu

    di hujung lembah

    tapi mengangkat seri mahkotamu

    ke puncak iman.

  • MAKSUD : Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

5

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 1


Berapa rangkapkah yang terdapat dalam Sajak Pada Sekuntum Mawar ?

1

tiga

2

empat

3

lima

4

enam

6

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 2


Apakah maksud rangkai kata mengangkat seri mahkotamu dalam baris sajak di atas ?

1

Menjadi permaisuri.

2

Menjaga maruah diri.

3

Mencari keseronokan.

4

Menunjukkan kemewahan.

7

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 3


Antara yang berikut, perkataan manakah merupakan perlambangan yang merujuk kepada gadis?

1

Angin

2

Mawar

3

Ombak

4

Mahkota

8

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 4


Apakah perasaan seorang ibu dalam sajak "Pada Sekuntum Mawar" ?

1

Sedih

2

Rindu

3

Marah

4

Gembira

9

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 5


Yang berikut merupakan perkara-perkara yang dirasakan oleh ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar, KECUALI ...

1

segala-galanya telah musnah.

2

hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

3

tidak ada jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.

4

masih ada kemaafan dan cara untuk menebus kesilapan anak gadisnya.

KUPASAN PUISI MODEN

TEKS SAJAK : 

PADA SEKUNTUM MAWAR

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 9

SLIDE