

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Presentation
•
Education
•
12th Grade
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 2+ times
FREE Resource
53 Slides • 0 Questions
1
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
by Zubairi Yahaya
2
ASPEK SOSIAL DALAM SS:
Perpaduan - Masyarakat melaka digambarkan terdiri daripada pelbagai suku kaum yang bersatu padu seperti pembinaan istana baru Sultan Mansur Syah
Budaya atau cara hidup seharian - Masyarakat memahami pernana dan kedudukan masing-amsing. Mereka saling bekerjasama dalam setipa aktiviti yang dijalankan
Susun lapis masyarakat - masyarakat Melayu tradisional mempunyai susunan lapis masyarakatnya yang terdiri. Terdapat 4 lapisan iaitu raja, golongan bangsawan , rakyat dan hamba
Mobiliti sosial - satu pergerakan status sosial, iaitu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosail ke lapisan sosial yang lain sama ada secara menegak atau menurun. Contoh Hang Tuah bermula sebagai rakyat biasa berubah menjadi panglima dan seterusnya dilantik sebagai laksamana.
3
5. Pendidikan - agen penting dalam pembanggunan masyarakat sepertimana yang dilakukan p;eh Sultan Mahmud yang sanggup meyamar sebagai Fakir Mahmud untuk belajar agama
6. Teknologi , alat-alat pembuatan pertanian/pembinaan, contoh alat menangkap ikan
7. Adat isitiadat, contoh adat megarak sejadah ke masjid
8. Interaksi sosial , Bahasa Melayu dijadikan alat perhubungan utma oleh etnik-etnik komuniti Melaka untuk berinteraksi sesama mereka
4
KONSEP
Pendidikan adalah suatu proses untuk membentuk seseorang supaya sentiasa berakhlak mulia dalam kehidupan (Plato). Socrates menyifatkan pendidikan adalah untuk memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik kepada masyarakat. Pendidikan memberi peluang kepada setiap warganegara untuk mencapai kebahagian hidup demi masa depan yang lebih baik. John Dewey menyifatkan pendidikan merupakan satu proses perkembangan individu.
* Merupakan satu usaha untuk menambahkan pengetahuan semulajadi yang ada dalam diri seseorang supaya kehidupan lebih berguna dan berjaya dalam mencapai matlamat hidup
* Pengajaran yang diperolehi daripada pelabagai peristiwa atau musibah dalam masyarakat merupakan satu proses pendidikan yang paling berkesan untuk menjadikan masyarakat itu lebih baik.
5
KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN MASYARAKAT KINI :
Melahirkan masyarakat yang prihatin
Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
Gambaran statuts sosial dan taraf hidup masyarakat
Melahirkan masyarakat yang seimbang dan bersepadu
Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
Melahirkan masyarakat yang matang
Melahirkan masyarakat yang berpendidikan agama
Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum
Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang utuh
6
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MELALUI SULALATUS SALATIN
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum - Melaka miliki pelbagai kelompok kaum contoh Mani Purindam ( India Muslim) , Tun Mai Ulat Bulu dan Sultan Mahmud belajar agama dengan Maulana Syadar Jahan (Arab)
Membentuk masyarakat yang prihatin - Pendidikan yang diperolehi oleh Sultan Mansur Syah, Sultan Aludin menjadikan mereka pemerintah yang prihatin dengan masalah rakyat.
Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia - Sultan Mansur dan Sultan Alaudin mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia
Melahirkan masyarakat yang berpendidikan agama - Kadi Yusuf ( pembesar Melaka) belajar dengan Maulana Abu Bakar, Sultan Ahmad Shah belajar ilmu tasauf dengan Makhdun Sadar jahan.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi - Sultan Mansur Syah menitahkan segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Baginda juga menggalakkan mereka belajar ilmu kuda dan bermain senjata dan sanggup membiayai perbelanjaan.
Mengubah status sosial masyarakat - Maharaja Dewa Sura asalnya Raja Indera Pura tetapi ditawan oleh Seri Bija Diraja. Akhirnya dibebaskan dan dijadikan gemabala gajah kerana mempunyai ilmu gajah.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri - Sultan Mansur Syah, Sultan Alaudin dan Tun Mutahir mempunyai jati diri yang kuat hasil pendidikan yang diterima.
7
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MELALUI SBDKL
Pendidikan mampu membentuk keperibadian yang baik - Mahani yang berpendidikan merupakan seorang yang berbudi bahasa dengan orang tua
Pendidikan mampu mewujudkan perpaduan kaum dalam masyarakat melalui sekolah satu alrian dan menggunakan bahasa penghantar yang sama
Pendidikan mampu melahirkan masyarakat yang berpelajaran tinggi. Masyarakat yang berkemahiran dalam ilmu duniawi seperti ilmu kejuteraan dan ilmu pengurusan dapat menolong masyarakat
Pendidikan mampu menjadikan masyarakat tergolong dalam orang-orang yang beramal dengan agama mengawal tingkah laku masyarakat Lebai Maaruf menyumbangkan tanah untuk diwakaf
Pendidikan dapat membuka pelunag pekerjaan dengan adanya ilmu - Mahani menjadi setiausaha kerana ada kelulusan dalam bidang kesetiausahaan
Pendidikan mengubah status sosial seseorang meningkatkan taraf hidup. Encik Muhamad seorang pegawai kerajaan biasa berjaya menjadi pengurus yang baik
Pendidikan melahirkan masyarakat yang matang - Rahim dianggap individu yang telah menyumbang kepada masyarakat Kampung Tualang atas kematangannya berfikir tentang nasihat penduduk kampung
8
8. Pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang berdayasaing - hasil pendidikan Encik Muhammad berjaya bersaing untuk mendapatkan kontrak membekalkan lada hitam
9. Pendidikan melahirkan masyarakat yang kukuh jati diri - hasil pendidikan masyarakat menjadi lebih kuat jati diri dalam menangkis perkara luar contohnya Rahim masih memiliki jati diri yang kuat dan berpegang kepada agama Islam
9
SOSIAL
Perihal masyarakat yang merangkumi persahabatan, pergaulan dan aktiviti pada masa lapang merangkumi budaya, masyarakat dan sebagainya. Manusia hidup secara berkelompok dan berhubungan satu sama lain untuk membentuk masyarakat yang ideal. Aspek sosial memainkan peranan dalam konteks pembangunan masyarakat kerana ianya dapat membentuk sebuah masyarakat sejahtera.
10
HUBUNGAN KONSEP BUDAYA DENGAN KONSEP ADAT ISITADAT
Adat dan istiadat dalam konteks ini adat dan istiadat dua hal yang berbeza. Adat lebih merupakan undang-undang dan peraturan (larangan) negeri manakala istiadat lebih melibatkan kepada upacara seperti perkahwinan, kematian dan pertabalan. ( Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya, DBP, 1989,hlm 18)
'' dalam konteks masyarakat Melayu perkataan adat dalama penggunaaan harian misalnya boleh sahaja diertikan sebagai cara yang sudah menjadi kebiasaaan"
" apabila meyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud iaitu berbagai adat dan upacara termasuk peratuan perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang, istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu."
11
Dari segi etimologi, perkataan adat adalah berasal daripada bahasa Arab, iaitu adalah yang membawa maksud kebiasaan. Apabila dipakai dalam kosakata Melayu adat merujuk kepada satu cara hidup atau cara manusia mengatur kehidupan mereka. Walaupun begitu, hamper semua masyarakat Nusantara, sama ada ynag menerima pengaruh Islam atau pun tidak, telah memadukan konsep ini dalam erti yang hampir sama dalam kebudayaan mereka. Dalam antara sesama manusia dan dengan alam sekitarnya , termasuk alam tabii (natur),alam sosial dan alam ghaib. Setiap perhubungan itu diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus kompleks hubungan itu sama ada dalam erti kewujudan sesuatu, menjadi asas ukuran baik-buruk perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanan sesuatu kelompok institusi
( zainal abidin borhan, 2003:1)
12
Mengikut Ensikolpedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu ( atas talin) adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Kedatangan Sialam ke Alam Melayu mebawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrifkan sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat , upcara dan segala kebiasaan yang sering dilakukan seperti cara makan atau cara duduk. Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakan isitlah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis. Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi,seperti pemilikan tanah dan pembahangian harta. Istitusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan sistem kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga,ada masyarakat yang membahagikan harta serta pemilikan harta secara faraid dan ada yang secara sama rata.
13
Adat istiadat dalam Sulalatul-Salatin - Adat memancarkan kesan hubungan yang amat mendalam lagi bermakna, antara manusia dengan alam sekeliling, alam tabii, alam ghaib, dan sebagainya. Setiap hubungan diungkapkan sebagai adat, yang dapat dilihat di dalam perlakuan, sikap , tindakan dan upacara. Adat juga merupakan struktur yang menghubungkan seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat dan ciri keperibadian, kedudukan dan harakat serta darhat, identiti dan jati diri manusia , peristiwa dan upacara, tatakelakuan dan tatacara, pendekatan dan kaedah, yang berlaku sepanjang kehidupan manusia
14
BUDAYA
Proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok masyarakat. Segala penghasilan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada yang boleh dilihat atau tidak. Ia juga perkongsian cara hidup ahli dalam sesuatu masyarakat. Budaya tidak boleh berpisah dengan bahasa.
" ...rangkuman segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan atau pun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisisnya turun-temurun. dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial politik, adat dan isitiadat serta ekonomi sesebuah negara masyarakat."
( Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian dariapada aspek Pensejarahan Budaya, DBP,1989 hlm 8)
15
KONTEKS BUDAYA SS DAN SBDKL
SULALATUS SALATIN SBDKL
Perkahwinan -Panggilan pangkat dalam keluarga
Bertindik -Perkahwinan
Kematian/Pengkebumian -Hormat orang tua
Perlantikan/Pertabalan raja -Kunjung mengunjungi/ziarah menziarahi
Permainan -Makanan
Permandian -Adat menuntut ilmu
Adat menuntut ilmu -Gotong-royong
16
BUDAYA DALAM KONTEKS SULALATUS SALATIN
1. Menggambarkan budaya kehidupan masyarakat dahulu yang mempercayai unsur-unsur keajaiban dan mengamalkan pantang larang. Dalam konteks budaya ia memperlihatkan beberapa peristiwa . Contohnya, pembukaan negeri dan tempat sering dikaitkan dengan perkara-perkara ajaib, contohnya pembukaan Singapura.
2. Pengembangan budaya dengan kedatangan Islam. Amalan agama mula dipraktikkan selepas kedatangan Islam. Penduduk Melaka dan Samudera telah berubah cara hidup sejak kedatangan Islam. Contoh, gelaran raja bertukar kepada Sultan.
17
3. Budaya istana dan budaya rakyat biasa dipraktikkan termasuk peraturan dan adat istiadat serta susunan tertib upacara mengadap di balairung seri.
4. Budaya menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan. Melalui protokol ia memberi gambaran keistimewaan yang diberikan kepada golongan raja. Contoh istiadat raja berangkat ke masjid.
5. Kedudukan hieraki sosial menggambarkan budaya struktur politik masyarakat. Susunan masyarakat yang dimulai oleh raja menggambarkan kedudukan masyarakat.
18
6. Penggunaan gelaran juga menggambarkan budaya masyarakat. Paduka Raja adalah gelaran bagi Tun Perak dan Tun Sri Lanang.
Peralatan diraja juga menggambarkan kedudukan raja. Contoh, payung kuning dan pending.
19
PERPADUAN
Maksud penggabungan atau penyatuan iaitu bergabung menjadi satu. Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat adalah sifat dan perlakuan yang diamalkan dalam kelompok ramai manusia yang menggambarkan mereka bersatu.
20
ELEMEN PERPADUAN ASPEK PERPADUAN
Hormat menghormati -Politik
Bekerjasama -Ekonomi
Kasih sayang -Sosial
Tolong menolong -Budaya
Tolak ansur -Agama
Perkongsian -Pendidikan
Taat -Adat
Saling mempercayai -Perkahwinan
Pakaian -Berniaga secara kecil-kecilan
21
KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM SS
1. Mewujudkan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang makmur dan sejahtera. Perpaduan penting supaya politik lebih stabil. Contohnya, peristiwa Sultan Muzafar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan dikahwinkan dengan Tun Ali untuk menyelesaikan kemelut politik ketika itu.
2. Membentuk hubungan yang erat antara negara. Hubungan diplomatik mampu berupaya menaikkan imej kedua negara. Contohnya, hubungan Melaka dan Siam, empayar Melaka dapat dikembangkan.
3. Perpaduan menghadapi saat-saat genting. Kerjasama yang tidak berbelah bahagi berjaya menangkis serangan Feringghi dan memaksa musuh kembali ke Goa.
22
4. Perpaduan untuk memajukan ekonomi Melaka supaya berkembang dengan pesat,Dengan perpaduan hubungan dua hala dapat ditingkatkan. Hubungan Melaka dan China depat menjamin aktiviti perdagangan dengan lebih pesat.
5. Kerjasama golongan pemerintah dengan golongan diperintah berdasarkan waadat yang telah dimeterai akan mewujudkan perpaduan yang mantap. Kerjasama dalam kalangan pembesar dapat dilihat semasa menangkis ujian yang dikenakan ke atas rombongan Melaka di Majapahit.
6. Peranan Sultan dalam mewujudkan perpaduan. Beberapa adat istiadat menjurus kepada perpaduan rakyat seperti adat mengusung sejadah ke Masjid pada setiap sambutan 27 Ramadhan.
23
KONFLIK SESAMA MANUSIA DALAM SBDKL
1. Konflik Mat Akil dengan Sudin berpunca daripada perebutan untuk mendapatkan Gayah. Perpaduan ini mencetuskan beberapa insiden termasuklah mengotorkan cadar pengantin Sudin dengan najisnya.
2. Konflik Mat Akil dengan Lebai Maaruf ekoran daripada tuduhan ke atas Lebai Maaruf yang dikatakan cuba mengacau perancangan Encik Muhammad
3. Konflik Mat Akil dengan Kemat Jerangkung, Mat Akil mengeluarkan kata-kata kesat yang mengeji Kemat Jerangkung
4. Konflik Encik Muhammad dengan Tauke Chan. Encik Muhammad berusaha mengagalkan rancangan Tauke Chan untuk membuat projek perumahan milik penghulu Mahmud
24
5. Konflik Rahim dengan ayahnya Encik Muhammad. Rahim menentang ayahnya sendiri kerana simpati dengan penduduk kampung
6. Konflik Sudin dengan Imam Saad berpunca daripada keengganan Imam Saad meminang Gayah untuknya, akibatnya dia membawa diri.
7. Konflik Encik Muhammad dengan Lebai Maaruf, berpunca dariapda tindakan Lebai Maaruf mewakafkan tanah warisan keluarganya atas tujuan agama. Encik Muhammad terasa terganggu dengan cadangan itu.
8. Konflik Encik Muhammad denagn penduduk kampung, tindakannya yang cuba membuka lombong di kampung itu dianggap satu pernganiayaan kepada penduduk kampung
25
KONFLIK MANUSIA SESAMA MANUSIA DI DALAM SS
Konflik Tun perak dan Tun Ali, ia berpunca daripada perebutan kuasa untuk menjadi bendahara sehingga menimbulkan perpecahan masyarakat antara keturunan Melayu dan keturunan Keling
Konflik Hang Tuah dan Hang Jebat. ia berpunca dariapda hang Jebat yang ingin menuntut bela atas kematian Hang Tuah
Konflik antara Sultan Alaudin Riayat Syah dengan Temmenggung. Ia berpunca dariapda sikap Temenggung yang tidak menjalankan tugasnya berkawal menyebabkan berlaku kecurian di Melaka. Sultan Alaudin sendiri terpaksa berkawal pada waktu malam.
Konflik Sultan Mahmud dengan Maulana Yusuf. Ia berpunca daripada sikap Sultan Mahmud yang ingin mengaji kitab tetapi datang dengan statusnya sebagai Sultan. Maulana menutup pintu rumahnya.Akhirnya Sultan Mahmud datang dengan menggelarkan dirinya Fakir Mahmud
26
5. Konflik Sultan Mahmud dengan Tun Biajid. ekoran sikap rakus nafsu Sultan Mahmud yang mengganggu isteri Tun Biajid menyebabkan Tun Biajid hampir-hampir membunuh Sultan Mahmud.
6. Konflik antara Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah. Ekoran dari rasa marah Tun Fatimah terhadap Sultan Mahmud yang telah membunuh ahli keluarganya. Tun Fatimah bertindak tidak pernah tersenyum dan menggugurkan kandungannya setiap kali dia hamil. Tindakan itu memberi kesedaran kepada Sultan Mahmud.
27
PERPADUAN DALAM MASYARAKAT DALAM SBDKL
Perpaduan melalui pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk membentuk perpaduan. Semua kaum dapat berhubung erat melalui sistem pendidikan yang sama dan bahasa yang sama. Rahim dan Robert bersahabat baik semenjak di bangku sekolah hingga sama-sama belajar ke England.
Perpaduan diwujudkan dengan cara kerjasama dalam urusan perniagaan. Melalui perniagaan ini, secara tidak langsung dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaum, ia bertepatan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi. Perniagaan dapat dikukuhkan lagi dengan kerjasama antara kaum. Contoh kerjasama Encik Muhammad dengan Datuk Tan.
28
3. Perpaduan melalui hubungan persahabatan, Hubungan persahabatan yang diwujudkan dapat mewujudkan sikap saling hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan. Persahabatan antara Rahim dan Robert.
4. Perpaduan melalui sikap saling hormat menghormati dan tolak ansur. Budaya hormat menghormati sangat penting dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum. Setiap masyarakat mesti menghormati budaya, adat resam. Walaupun berlainan bangsa Encik Muhammad dan Datuk Tan saling hormat menghormati.
5. Perpaduan diwujudkan melalui perkahwinan. Perkahwinan menyatukan dua keluarga dan menghapuskan rasa dendam atau permusuhan. Contohnya, perkahwinan Gayah dan Sudin berjaya menyatukan semula perselisihan keluarga antara Penghulu Mahmud(bapa saudara Gayah) dengan Imam Saad.
29
KESTABILAN SOSIAL MENCETUSKAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DALAM SBDKL
1. Masyarakat yang akur dengan kedudukan. Kedudukan Encik Muhammad selaku pengarah syarikat dan kedudukannya sebagai waris Orang Kaya Indera telah mempengaruhi masyarakat Kampung pulai menghormatinya dan menerima idea untuk membawa masyarakat ke rancangan Felda tanpa bantahan.
2. Masyarakat yang bekerjasama, Berganding bahu dalam melaksanakan perniagaan mampu mempengaruhi kestabilan sosial sebagaimana kerjasama perniagaan yang dijalankan oleh Encik Muhammad dengan Datuk Tan.
30
3. Masyarakat yang patuh kepada pemimpin. Kepatuhan pada arahan yang diberikan oleh pemimpin mampu menjamin sesebuah masyarakat berada dalam keadaan harmoni. Ketika pembahagian harta pusaka keluarga Encik Muhammad, suasana hingar-bingar sehinggalah Encik Muhammad bangun dan memberi arahan suasana tenang.
4. Masyarakat yang berpegang teguh kepada agama. Agama mampu menstabilkan masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip yang ada dalamnya. Pegangan agama Lebai Maaruf telah mempengaruhinya untuk tidak membalas perbuatan Mat Akil terhadapnya.
31
5. Masyarakat yang berpendidikan. Rahim yang mempunyai pendidikan tinggi telah berupaya menyelesaikan masalah berhubung isu tanah yang diwakafkan oleh Lebai Maaruf kepada Syarikat Lombong milik ayahnya.
6. Masyarakat yang patuh kepada budaya. Perkahwinan Sudin dan Gayah telah menyatukan keluarga Imam Saad dan keluarga Datuk Indera yang berkonflik ekoran konflik tentang pembunuhan salah seorang pengikut Datuk Indera.
7. Masyarakat yang patuh kepada undang-undang. Undang-undang boleh menjamin kestabilan sosial kerana ianya mampu menghalang masyarakat terlibat dengan jenayah. Buktinya, Mat Akil dan rakan-rakannya telah ditangkap kerana cubaab membunuh Lebai Maaruf.
32
MOBILITI SOSIAL
Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu tahap kelas sosial ke tahap kelas sosial lain, pergerakan indiidu atau berkumpulan dari status ke suatu status yang lain. Mobiliti merupakan elemen yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Terdapat 2 jenis mobiliti sosial iaitu:
1. Mobiliti ke atas-pergerakan menaik, contohnya daripada kedudukan rendah meningkat lebih tinggi.
2. Mobiliti ke bawah-pergerakan menurun ke bawah, contohnya daripada kedudukan tinngi turun ke bawah.
33
MOBILITI SOSIAL PERUBAHAN MASYARAKAT DALAM SS
1. Mobiliti ke atas melalui perkahwinan. Tun Fatimah iaitu anak bendahara Tun Mutahir merupakan golongan bangsawan yang telah mengalami mobiliti ke atas melalui perkahwinannya dengan Sultan Mahmud.
2. Mobiliti ke atas melalui kenaikan pangkat/jawatan. Raja Kasim yang diusir dari istana Raja Rekan terpaksa menjadi nelayan, namun dengan pertolongan Seri Nara Diraja dan Maulana Jalallu'din, Raja Kasim berjaya merampas takhta dan menjadi raja Melaka bergelar Sultan Muzaffar.
34
3. Mobiliti ke atas melalui jasa dan kebaktian. Badang mengalami mobiliti melalui cara membuat jasa dan kebaktian kepada tuannya. Daripada seorang hamba dia telah dan berbakti kepada Seri Rakna Wikrawana sehingga dilantik Samdin Sani dan seterusnya sebagai hulubalang.
4. Mobiliti ke atas melalui pemilikan kekayaan. Raja Mendaliar yang memiliki kekayaan tekah dilantik menjadi Syahbandar. Beliau asalnya peniaga yang datang dari Benua Kelang, hanya berstatus rakyat biasa tetapi diangkat menjadi Syahbandar.
35
5. Mobiliti ke atas melalui penguasaan ilmu. Kadi Yusof dilantik memegang jawatan kadi kerana memiliki ilmu agama yang tinggi. Kadi merupakan orang yang penting dalam pentadbiran Melaka. Hang Tuah memilik ilmu kepahlawanan telah dilantik memegang jawatan Laksamana.
6. Mobiliti ke bawah melalui peperangan. Golongan raja yang tewas dalam peperangan dan ditawan oleh pihak lawaan akan mengalami mobiliti bergerak ke bawah. Maharaja Indera Sura, Raja Inderapura telah ditawan dan dipenjarajakan di Melaka.
36
PERUBAHAN CARA HIDUP MASYARAKAT DALAM SBDKL
1. Pekerjaan punca kepada pendapatan, ia boleh mengubah cara hidup seseorang. Contohnya, Sudin dan Encik Muhammad yang berjaya menempatkan diri sebagai usahawan.
2. Pendidikan memberi ilmu dan berubah dengan mudah. Mahani menjadi setiausaha Encik Muhammad.
3. Perkahwinan mengubah cara hidup kepada alam baru. Perkahwinan mengubah hidup Sudin menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.
37
4. Keagamaan asas kepada perubahan daripada yang tidak baik kepada lebih baik, contoh Lebai Maaruf berubah menjadi pendakwah dan imam surau.
5. Warisan, darjah kebesaran mengubah status hidup seseorang, contoh Penghulu Mahmud mewarisi jawatan daripada ahli keluarganya.
38
RUMUSANNYA-MOBILITI SOSIAL BERDASARKAN
SULALATUS SALATIN SBDKL
Kemahiran-Hang Tuah Pendidikan/ilmu-En Muhammad,
Lebai Maarup, Mahani
Perkahwinan-tun Teja Kerjasama perniagaan-En Muhammad
dengan Datuk Tan
Keturunan-Tun Perak Pekerjaan-Sudin
Tawanan Perang- Jawatan-Penghulu Mahmud menjadi Orang
-Maharaja Dewa Sura Kaya Indera, Tun Empat Dahalan-Penghulu
Pengaruh-Tun Mutahir Penglibatan kaum wanita-Cik Puan Tipah
39
RUMUSANNYA-MOBILITI SOSIAL BERDASARKAN
SULALATUS SALATIN SBDKL
Kekuatan fizikal-Hang Tuah, Penglibatan politik-YB Mohd Yusof
Badang
Pendidikan/Ilmu-Kadi Yusof Keagamaan dan keimanan-Lebai Maaruf
Jasa/Bakti-Hang Tuah/Badang Perkahwinan-Sudin dengan Gayah
Kekayaan-Raja Mendaliar
Jawatan-Tun Perak
40
SUSUN LAPIS MASYARAKAT
1. Golongan diraja, terdiri daripada raj, pemaisuri dan anak-ank mereka. Golongan ini menduduki hieraki tertinggi dalam masyarakat. Raja dianggap devaraja bayangan Tuhan di bumi. Ada daulat dan tulah
2. Golongan bangsawan terdiri daripada kerabat diraja, pembesar seperti bendahara, temenggung dan peghulu bendahari menduduki hieraki kedua. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran membantu raja.
3. Golongan rakyat pula terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan menengah yang terdiri daripada ulama dan pedagang serta golongan biasa iaitu petani, nelayan dan buruh. Menduduki jieraki ketiga.
4. Golongan hamba, status paling rendah, terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba abdi. Golongan hamba berhutang akan dibebaskan bila hutang selesai.
41
PERANAN GOLONGAN BANGSAWAN
1. Bendahara - sebagai pemangku, penasihat raja dan angkatan perang. Tun Perak merupakan bendahara yang paling berpengaruh pada zaman Melaka yang memberi nasihat kepada raja berkaitan pentadbiran Contohnya Sultan Mansur Syah mendengar nasihatnya agar tidak melantik anaknya Raja Mahmud dan Sultan Alaudin tidak jadi menyerang Pahang. Tun Perak juga pernah menjadi pemangku raja ketika Sultan Mahmud masih kecil.
2. Temenggung - Sebagai pengawal/penjaga keamanan dalam negeri. Sultan Alaudin pernah menemplak Temenggung Seri Maharaja yang tidak menjalankan tugasnya mengawal negeri hingga berlakunya kecurian di Melaka.
3. Penghulu bendahari - berperanan sebagai pengawal atau penjaga harta dalam perbendaharaan. bertanggungjawab ke atas segala perbendaharaan negeri, meyimpan daftar nama raja dan mengira segala hasil pendapatan negeri.
42
4. Syahbandar - bertugas sebagai pengawal/penjaga pelabuhan. Antara golongan yang dianggap penting dalam susun lapis masyarakat pada zaman Melaka. Dianggap raja segala dagang di kuala dan memeriksa semua perahu yang berlabuh. Raja Mendaliar dianggap Shahbandar yang cekap hingga ramai pedagang datang ke Melaka.
5. Laksamana - sebagai pengawal perairan. Laksamana bertanggungjawab menajga negeri daripada ancaman kuasa luar baik di laut ataupun di darat. Tugas ini pernah dilakukan oleh Hang Tuah ketika menghalang kegiatan Semerluki dari Makasar yang datang merompak dalam jajahan Melaka.
43
LAPISAN MASYARAKAT
DIRAJA
BANGSAWAN
RAKYAT
HAMBA
RAJA
BANGSAWAN/ PEMBESAR/ PENTADBIR
GOLONGAN MENENGAH
PENDUDUK KAMPONG (RAKYAT)
44
Golongan diraja = Raja, pemaisuri raja, anak-anak raja, kerabat diraja
Golongan pembesar/bangsawan - Bendahara, Perdana Menteri, penghulu Bendahari, temenggung, laksamana
Susun lapis masyarakat di dalam SBDKL;
Terdapat 3 kelompok masyarakat;
1. Raja, Sultan dan Kerabat
Berperanana sebagai simbol penyatuan masyarakat Melayu dengan masyarakat lain. Perayaan 'puja umur' menyatukan seluruh masyarakat di negeri Perak. Kehadiran Tuanku Sultan perak meredakan suasana tegang perbalahan Sudin dan Mat Akil. Kelompok ini mengekalkan tradisi pemerintahan dan budaya Raja-raja Melayu. Perlantikan " Datuk Orang Kaya Indera Mahmud" sebagai wakil rasmi Sultan.
45
2. Kelompok bangsawan Melayu
Berperanan sebagai penyampai maklumat bagi dasar-dasar pemerintahan Sultan dan menjadi orang tengah antara Sultan dan rakyat. Penghulu Mahmud sebagai penghulu yang menjaga Pekan Tualang dan Kampung Pulai berperanan melaksanakan tugas-tugas sebagai wakil sultan. Selepas itu beliau enajdi penguasa daerah Kuala Kangsar dengan gelaran Orang Kaya Indera Mahmud. Selain itu bangsawan Melayu juga terdiri daripada peniaga elit antaranya adalah Encik Muhammad dan Tan Seri Syed Aris, Keduanya menjadi ikon yang memainkan peranan penting mengankat martabat usahawan bumiputera Melayu.
46
3. Kelompok rakyat biasa. Sebahagian besar menajdi petani, pekerja ladang, pemandu, tukang kebun, pembantu rumah, broker dan sebagainya sama ada di kampung atau di bandar. Kelompok masyarakat kampung lebih menjaga keharmonian masyarakat dan sering bertanya khabar pekembangan diri. Contohnya Pak Salim banyak mengetahui perkembangan anak-anak muda di kampung Pulai. Seboleh mungkin mereka akan mengekalkan perpaduan dan mengelak dari berlaku perpecahan akibat perbezaan fahaman politik. Semangat kejiranan diutamakan dan mengekalkan budaya tradisi. Amalan agama turut dikekal dan dipertimbangkan contohnya usaha Lebai Maaruf berdakwah di kampung itu. Ada sebahagian masyarakat Melayu golongan rakyat di kota yang melibatkan diri dengan pekerjaan yang menyalahai undang-undang seperti Sudin dan Mat Akil yang bekerja sebagai tukang parking haram. Mereka juga mengabaikan ajaran agama Sialm dengan meminum arak serta berjudi.
47
PERNAAN KELOMPOK BANGSAWAN MELAYU DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1. Menaikkan imej usahawan Melayu dalam bidang perniagaan. Encik Muhammad dan Tan Sri Syed Aris berjaya dalam bidang perniagaan.
2. Mengangkat martabat usahawan bumi putera Melayu yang berkecimpung dalam perniagaan temaptan dan antarabangsa. Usahawan juga dilakukan dengan usahawan Cina sebagai rakan kongsi perniagaan.
3. Menbangunkan ekonomi masyarakat setempat. Encik Muhammad bercita-cita besar untuk membangunkan masyrakat Melayu Pekan Tualang dan Kampung Pulai dengan menawarkan pekerjaan bagi kawasan lombong yang akan dibuka nanti. Beliau juga merancang untuk memindahkan penduduk kampung ke kawasan rancangan Felda.
4. <ejadi pesaing yang kompetitif ( secara sihat) dengan penaiga cina dalam bidang perniagaan. Usahasama Encik Muhammad, Tan Sri Syed Aris dan Datuk Tan dalam perusahaan lada hitam.
5. Mewujudkan perpaduan dengan menjadi rakan kongsi perniagaan untuk memajukan ekonomi negara. hubungan encik Muhammad, Tan Sri Syed Aris dan Datuk Tan bukan sahaja mengukuhkan kerjasama dalam bidang, perniagaan tetapi juga dalam perpaduan antara kaum. Ia dilanjutkan oleh anak-anak mereka iaitu Rahim, Mahani, dan Robert.
48
6. Mengutamakan pendidikan, mengekalkan ajaran Silam dan tidak mengabaikan budaya Melayu. Rahim dihantar belajar ke London dalam jurusan perniagaan dan diberikan pendidikan agama yang baik. Mahani pula menyambung pelajaran dalam bidang kesetiausahaan.
7. Menghidupkan semula perniagaan tradisi keluarga iaitu melombong bijih timah. Encik Muhammad berusaha bersungguh-sungguh untuk membuka Syarikat Lombong Bijih Timah Lembah Tualang dan mendapat sokongan daripada Datuk Tan.
49
CINTA ALAM SEKITAR
KONSEP
Alam sekitar merujuk kepada apa-apa sahaja melingkungi manusia sama ada hidup atau tidak hidup . Satu fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik ( persekitaran fizikal). ia memberi penekanan terhadapa aspek fizikal alam sekitar yang berkaitan dengan aktiviti manusia.
Cinta alam sekitar bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan kepada segala apa yang ada di langit dan di bumi ( biantang, tumbuhan, sungai, hutan dan lain-lain) atau sekeliling kita dan timbul perasaan untuk :
[MENGHARGAI] [ MEJAGA] [ MEMULIHARA] [MEMELIHARA]
(TAAJUB/KAGUM) (MENGEKALKAN) (MELINDUNGI)
50
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR DI DALAM SS
1. Mencintai keindahan alam sekitar. Raja Suran digambarkan gemar keindahan alam sekitar apabila membuka sesebuah negeri baru. Semasa membuka Bijaya Negara, terdapat bukit bukau dan gunung ganang yang luas dan sayup mata memandang dan ada sebuah pulau yang dipenuhi flora dan fauna. Di tepi tasik dan pulau kelihatan seperti asap.
2. Menamakan berjaaan dengan nama pkok/tumbuhan-tumbuhan. Raja Iskandar menamakan kerjaan yang baru dibukanya sebgai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berteduh ketika mengembara mancari negeri baru.
3. Alam sebagai sumber mencari rezeki. Badang menahan lukah di sungai untuk mendapatkan ikan. Badang juga bekerja membersihkan hutan untuk dijadikan kawasan perhumaan milik tuannya.
4. Alam sebagai muslihat dalam peperangan/benteng pertahanan. Ketika Siam menyerang Melaka, Tun Perak mengarahkan orang-orang Melaka supaya memansang puntung api pada pokok bakau dan nyireh bagi memperdaya Siam kononnya ornag melaka terlalu ramau di pantai Melaka.
5. Alam sebagai tempat berehat, berhibur dan berburu. Seri Teri Buana membawa isterinya Raden Cendera Puri ke Bengkilau untuk bergembira sambil berburu dan memetik bunga-bunga serta buah-buahan.
6. Alam dikaitkan dengan kedaulatan raja - Seri Teri Buana berjaya menawarkan air laut
51
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR KEPADA MASYARAKAT DI DALAM SBDKL
1. Pencetus minat dan hobi. Persekitaran rumah lapang mencetus idea untuk mengusahakan ladang orkid pula jadi Jeram Medang.
2. Mengkormersilkan hobi atau minat. Kawasan yang cantik di Jeram Medang menimbulkan idea kepad Encik Muhammad untuk dijadikan kawasan eko pelancongan
52
KESAN NEGATIF JIKA PEMBUKAAN LOMBONG BIJIH TIMAH DI KAMPUNG PULAI
1. Pencemaran air pasti akan berlaku bila kawasan lombong dibuka. Akibatnya masyarakat kampung akan hilang punca air bersih.
2. Merosakkan lanskap dan pembukaan bumi. Keadaan tanah akan berubah kerana bumi akan dikorek yang akan menyebabkan persekitaran menajdi tidak elok.
3. Memabahayakan penduduk sekitar. Selepas aktiviti perlombongan pasti akan ada kawasan yang terbiar dan akan mengundang bahaya terutama kepada anak-anak.
4. Menggangu sistem saliran di kampung Pulai. Sistem saliran mungkin tersumbat atau terganggu.
5. mengundang masalah sosial melalui aktiviti yang tidak bermoral seperti pelcaruan dan berjudi
6. Kebanjiran pendatang asing akan mengundang masalah penyakit berjangkit.
7. Pergaulan dan aktiviti kongsi gelap serta samseng seperti amna yang pernah berlaku dalam hubungan keluarga Encik Muhammad dengan keluarga Imam Saad.
53
USAHA-USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PULAI :
1. Membatalkan hasrat membuka lombong di Kampung Kulai - Encik Muhammad sepatutnya tidak meneruskan hasratnya untuk menajdikan Kmapung Pulai sebagai kawasan perlombongan. Penentangan oleh pelbagai pihak seharusnya disedari oleh beliau.
2. Menggantikan projek melombong dengan perniagaan berunsurkan pertanian - Seharusnya Kampung Pulai dibangunkan dengan aktiviti pertanian ladang memandangkan keadaan kampung itu yang masih dikelilingi oleh hutan yang menghijau.
3. Mengusahakan projek pelancongan di Kampung Pulai. Dalam mempertahankan keindahan Kmapung Pulai, Encik Muhammad seharusnya mengusahakan agar aktiviti pelancongan tanpa merosakkan alam sekitar.
4. Menanam semula tumbuh-tumbuhan di kawasan yang musanh dan membuat pemuliharaan habitat flora dan fauna. Penimbunan semula tanah yang dikorek harus dibuat secara terancang agar tanah yang terbiar dapat dipulihara.
5. Menghasilkan taman-taman rekreasi. Encik Muhammad perlu membina kawasan rekreasi di sekitar tempat lombong tersebut.
6. Kempen kesedaran
7. Meghadkan aktiviti pemburuan
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 53
SLIDE
Similar Resources on Wayground
52 questions
MODEL-MODEL PTK
Lesson
•
University
46 questions
Pilihan Konsumen
Lesson
•
University
48 questions
Cisco Paket Tracer
Lesson
•
12th Grade
49 questions
Materi Videografi kelas 12
Lesson
•
12th Grade
48 questions
PKn Pertemuan 1
Lesson
•
University
48 questions
Teks Ulasan Kelas 8
Lesson
•
12th Grade
45 questions
Jati Diri PGRI
Lesson
•
University
46 questions
Perencanaan Usaha Pengolahan Makanan Fungsional
Lesson
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
14 questions
Boundaries & Healthy Relationships
Lesson
•
6th - 8th Grade
13 questions
SMS Cafeteria Expectations Quiz
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
SMS Restroom Expectations Quiz
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Pi Day Trivia!
Quiz
•
6th - 9th Grade
Discover more resources for Education
15 questions
Pi Day Trivia
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Understanding Pi and Its Applications
Interactive video
•
7th - 12th Grade
22 questions
El Imperfecto
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Grammar
Quiz
•
9th - 12th Grade
7 questions
History of St. Patrick's Day for Kids | Bedtime History
Interactive video
•
1st - 12th Grade
22 questions
Regular Preterite -AR-ER-IR-
Quiz
•
12th Grade
27 questions
quiz review Senderos 2 En el consultorio
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
PI Day Trivia Contest
Quiz
•
9th - 12th Grade