
Globalisasi
Presentation
•
Other
•
University
•
Medium
putih cute
Used 7+ times
FREE Resource
12 Slides • 21 Questions
1
GLOBALISASI
By Adhwa Farhyn
2
Globalisasi
Globalisasi adalah satu proses perhubungan yang kompleks antara masyarakat, budaya, institusi dan juga individu di seluruh dunia.
Ia merupakan satu perkembangan sosial yang melibatkan pemampatan masa dan ruang, memendekkan jarak perhubungan dari satu tempat ke satu tempat atau jarak pertukaran maklumat melalui pengurangan tempoh masa yang ketara.
Hal ini menjadikan dunia kelihatan lebih kecil dan kehidupan manusia semakin rapat antara satu sama lain.
3
Multiple Choice
Manakah antara berikut menerangkan globalisasi yang memendekkan jarak perhubungan dari satu tempat ke satu tempat?
4
Multiple Select
Mengapakah globalisasi dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan? (Lebih daripada 1 jawapan)
semua penduduk dunia menggunakan internet
semuanya dapat diakses dengan kebenaran pihak kerajaan
Kerana perhubungan menjadi lebih sukar
segala hal ehwal semasa di negara lain dapat diketahui dengan cepat
5
Globalisasi yang kita sedang hadapi hari ini meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia, baik dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kepercayaan, makanan, ilmu pengetahuan dan maklumat, cara berfikir, hiburan dan sebagainya.
6
Melalui proses globalisasi, bidang-bidang kehidupan seperti yang dinyatakan akan saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain dan akhirnya akan menjadi satu sistem yang sama dan tunggal.
Hal ini akhirnya akan menghilangkan nilai-nilai dan ciri-ciri tersendiri setiap masyarakat dan bangsa yang hidup di dunia ini.
Walaupun secara teorinya, globalisasi akan bergerak secara dua hala iaitu saling pengaruh-mempengaruhi, namun realitinya, ia bergerak secara sehala sahaja.
Masyarakat yang mempunyai kekuatan dari segi ekonomi, politik, sains dan teknologi dan juga ketenteraan akhirnya akan dapat mempengaruhi masyarakat yang lemah.
7
Multiple Choice
Globalisasi menjadi cabaran besar pada hari ini kerana...
manusia boleh memanfaatkan teknologi ini dalam pelbagai sektor.
dunia ditafsirkan mengecil.
maklumat boleh disampaikan ke seluruh dunia tanpa sempadan.
kemungkinan maklumat difahami dari perspektif berbeza dari maksud penghantar.
8
Multiple Choice
Apakah dampak negatif globalisasi kepada negara-negara dunia ketiga?
Terpaksa mengikut telunjuk negara maju dalam segenap bidang
Mampu bersaing dengan negara maju
kebuluran dan kemiskinan akan dapat dihapuskan
saling berperang antara negara dunia ketiga untuk mendapatkan keperluan asas
9
Globalisasi Budaya
Dalam aspek budaya, globalisasi telah memaksakan budaya hidup masyarakat Barat ke atas masyarakat Timur.
10
Masyarakat Melayu-Islam di Malaysia sudah mempunyai adat dan budaya tersendiri namun pengaruh globalisasi menyebabkan cara hidup masyarakat Barat mengatasinya.
Contohnya daripada aspek pemakaian, makanan dan cara pertuturan.
11
Multiple Select
Apakah contoh globalisasi dalam pemakaian? (Lebih daripada 1 jawapan)
Pemakaian neck tie untuk majlis rasmi
Lelaki berserban dihalang masuk ke bangunan kerajaan
Pemakaian baju kurung dianggap tidak formal
Wanita bertudung dianggap kolot
12
Multiple Select
Mengapakah sesetengah rakyat Malaysia malu mempromosikan budaya sendiri di negara luar? (Lebih daripada 1 jawapan)
Takut diancam oleh orang luar disebabkan prejudis dan prasangka
Menganggap orang luar kolot dan tidak tahu menghargai budaya lain
Menganggap budaya sendiri kolot dan ketinggalan zaman
Kerana sudah terbiasa dengan budaya luar
13
Multiple Select
Manakah antara berikut contoh adat melayu-Islam? (Lebih daripada 1 jawapan)
14
Barat yang lebih kuat dari segi ekonomi, politik, ketenteraan dan sains telah memaksa semua negara di dunia untuk mengamalkan sistem liberal demokrasi seperti yang diamalkan di Eropah dan Amerika.
Pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi dan politik telah membawa sistem politik dan ekonomi Barat menggantikan sistem politik dan ekonomi tradisional masyarakat lain.
15
Multiple Choice
Apakah sistem ekonomi yang dipraktikkan negara barat?
Sistem Ekonomi Islam
Sistem Ekonomi Komunisme
Sistem Ekonomi Kapitalis
Sistem Ekonomi Kebajikan
16
Multiple Choice
Mengapakah ada negara yang terpaksa tunduk kepada penguasaan ekonomi barat?
Monopoli minyak petroleum oleh barat
Pinjaman daripada Bank Dunia sehingga menyebabkan negara tersebut tidak mampu membayar semula hutang pinjaman
Kelemahan pemerintah yang tamakkan kuasa
Rakyat yang sentiasa sakit kerana kelemahan sektor kesihatan
17
Dengan tekanan dan pengaruh globalisasi ini, akhirnya masyarakat dunia akan menjadi masyarakat unipolar yang berkiblatkan kepada Eropah dan Amerika. Semua yang datang dan berasal dari Eropah dan Amerika dianggap baik, maju dan bertamadun, manakala semua yang berasal dari Timur dianggap kejam, zalim dan mundur.
18
Multiple Choice
Manakah antara berikut adalah persepsi yang ditimbulkan oleh barat memburukkan negara di Timur?
Barat langsung tidak mengakui mereka pernah kalah beberapa kali dalam Perang Salib melawan tentera Islam
Negara di Timur Tengah dianggap medan peperangan
Jepun dianggap negara yang mempromosikan pelacuran
Barat sangat mengagumi negara China yang mampu menjadi antara pengeluar barangan utama dunia
19
Kehadiran globalisasi tidak hanya memberi impak negatif malah impak yang positif.
Internet
Kemajuan perhubungan fizikal
Keperluan asas dapat dipenuhi dengan mudah dan murah
Impak Positif Globalisasi
20
Multiple Choice
Berikut adalah kegunaan internet kecuali ...
menyimpan data peribadi murid
media sosial
jual beli atas talian
menghantar mesej dengan cepat
21
Multiple Choice
Kesan positif globalisasi dalam bidang makanan adalah ...
pengenalan bahan pengawet dan bahan kimia yang boleh dimasukkan dalam makanan.
Industri makanan dapat meningkatkan pengeluaran dalam tempoh masa yang singkat.
Pengenalan artifial food dalam masyarakat dunia moden ini.
perkembangan industri makanan segera yang meningkatkan risiko obesiti
22
Multiple Choice
Berikut merupakan kebaikan globalisasi dalam bidang pertanian, kecuali ...
menggalakkan pihak kerajaan menambahbaik sistem jalan raya.
meningkatkan pendapatan petani.
menggalakkan pertanian berskala besar.
penjimatan kos operasi kerana kurang tenaga pekerja.
23
Multiple Select
Apakah kebaikan kemajuan perhubungan fizikal seperti kereta api dan kapal terbang? (Lebih daripada 1 jawapan)
dapat merapatkan perhubungan antarabangsa
memudahkan penyebaran berita palsu
merancakkan peperangan antara negara yang berbalah
mewujudkan suasana saling memahami antara masyarakat dunia.
24
Multiple Choice
Setiap teknologi komunikasi yang diperkenalkan, tidak dinafikan bahawa turut membawa impak negatif. Manakah antara berikut bukan impak tersebut?
Mudah tersebar berita palsu.
Pembaziran masa kerana asyik dengan kegiatan di laman sosial.
Menyebabkan ketagihan media sosial sehingga terjejas kesihatan.
Masyarakat mempunyai banyak masa lapang yang boleh diluangkan kerana menggantikan gerak kerja fizikal.
25
Kemudahan Internet juga mestilah digunakan sebagai satu medan dakwah bagi menyebarkan ajaran Islam dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat seluruh dunia.
Pada hari ini, kita dapati hanya masyarakat Barat yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi perhubungan dan komunikasi termasuk Internet untuk menyebarkan cara hidup, cara berfikir dan sistem nilai mereka kepada masyarakat lain di dunia.
Hasilnya, kita dapati cara hidup Barat semakin meluas diterima di seluruh dunia termasuk dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.
26
Umat Islam mestilah berusaha untuk mengubah keadaan ini dengan menjadi lebih aktif menyebarkan dakwah Islam melalui teknologi komunikasi dan maklumat. Hal ini akan membolehkan cara hidup, cara berfikir dan sistem nilai Islam pula disebarluaskan dan diterima pakai secara meluas di seluruh dunia.
27
Multiple Choice
Manakah antara berikut merupakan impak positif pengglobalan teknologi dalam bidang komunikasi dan hubungan?
jarak fizikal antara dua lokasi menjadi dekat.
maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat walau pun jarak yang jauh.
syarikat telekomunikasi bersaing antara satu sama lain menawarkan harga perkhidmatan yang lebih tinggi.
individu yang tidak mengikuti perkembangan teknologi turut menikmati faedah daripada teknologi ini.
28
Multiple Choice
Berikut merupakan medium telekomunikasi moden masa kini, KECUALI ...
telegram
messenger
kiriman surat
29
Multiple Choice
Manakah antara berikut merupakan contoh tindakan yang dilakukan oleh umat Islam agar seiring dengan Barat dalam globalisasi?
Tidak bermain permainan online yang melalaikan
Menggunakan platform Youtube untuk menyampaikan dakwah
Mencipta senjata ketenteraan yang canggih
Mencipta virus yang boleh membunuh orang kafir
30
Multiple Choice
Bagaimanakah caranya orang Islam boleh memanfaatkan globalisasi untuk kebaikan agama?
menghalang orang Islam menggunakan teknologi kerana bercanggah dengan nilai Islam
Menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan
Menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan dakwah
Menunggang kuda dan unta supaya selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W
31
Multiple Choice
Kita hendaklah menyeimbangkan penggunaan teknologi antara diri dan sosial. Justeru itu, kita hendaklah ...
berusaha mempelajari teknologi komunikasi di waktu muda kerana pada masa tua nanti, kita hanya mengamalkannya.
bersikap tidak ambil peduli kerana sesuatu teknologi tidak akan kekal kerana ia akan mengalami perubahan.
hanya menggunakan teknologi ketika dalam suasana rasmi sahaja seperti di dalam kelas dan di tempat kerja sahaja.
penggunaan teknologi adalah sejajar dengan keperluan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
32
Sebagai umat Islam, kita mestilah memanfaatkan globalisasi untuk kebaikan Islam dan masyarakat alam seluruhnya. Hal ini kerana Islam merupakan agama yang bersifat global. Untuk tujuan ini, masyarakat Islam mestilah mempunyai persediaan yang lengkap dari segi akidah dan ilmu pengetahuan.
33
Multiple Choice
Apakah yang akan berlaku sekiranya teknologi digunakan tanpa ilmu pengetahuan dan akidah yang betul?
Umat Islam lebih maju daripada Barat
Terdapat segelintir umat Islam menggunakan teknologi untuk mengaut keuntungan semata-mata
Dakwah Islam dapat disebarkan merentasi sempadan negara
Imej Islam menjadi terkenal di mata dunia
GLOBALISASI
By Adhwa Farhyn
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 33
SLIDE
Similar Resources on Wayground
26 questions
Medan Magnet
Presentation
•
University
31 questions
Konvensi Naskah
Presentation
•
University
29 questions
Dental Bleaching Material
Presentation
•
University
26 questions
Rights and Responsibilities/Obligations
Presentation
•
University
26 questions
BAB 1
Presentation
•
University
25 questions
CONOCIMIENTOS PREVIOS SISTEMAS CONSTITUTIVOS Y CONSTRUCTIVOS
Presentation
•
Professional Development
27 questions
Pelatihan Quizizz
Presentation
•
12th Grade - University
27 questions
KWU 1. Mengapa harus menjadi pengusaha?
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade