

EDUP2082 Topik 7 (1)
Presentation
•
Professional Development
•
University
•
Medium
Ho IPGKTAR
Used 1+ times
FREE Resource
22 Slides • 18 Questions
1
EDUP2082
Topik 7 - Teori-teori pembelajaran
Slaid digunakan dengan ehsan Dr Gan We Ling, IPGKTAR
2
Kandungan
Teori Pembelajaran Behavioris (Pavlov & Skinner)
Teori Pembelajaran Kognitif (Piaget & Gagne)
Teori Pembelajaran Konstruktivis (Piaget & Vygotsky)
Teori Pembelajaran Sosial (Bandura)
Teori Pembelajaran Humanis (Carl Rogers & Maslow)
Implikasi terhadap PdP
3
Open Ended
Bagaimanakah kita tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?
4
Pelopor: Skinner
Gerak balas bersifat aktif, iaitu inisiatif sendiri bergantung kepada peneguhan
Tingkahlaku adalah kesan peneguhan
Pelaziman operan
Pelopor: Pavlov
Gerak balas bersifat pasif, iaitu bergantung kepada rangsangan
Tingkahlaku / Tindak balas dihasilkan selepas rangsangan
Pelaziman klasik
Teori Behaviouris
Pembelajaran = perubahan tingkah laku. (Pelaziman - conditioning)
5
Poll
Seorang yang tidak dikenali oleh saya mengatakan kepada saya, "Saya kagum dengan karya seni yang anda hasilkan." Tindakbalas saya adalah:
Menjawab, "Eh, tidaklah, karya saya biasa-biasa sahaja."
Mengucapkan terima kasih atau bersyukur
Menjawab, "Tolong jangan memperli saya, saya tahu karya saya tidak begitu bagus."
Menjawab, "Patutlah, sebab karya saya memang hebat."
6
Contoh Pelaziman Lazim Pavlov dalam konteks PdP
7
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Cikgu A masuk kelas untuk kali pertama merupakan satu rangsangan tak terlazim sebab belum dikenali murid-murid
Apabila Cikgu A mengajar dengan cara yang menarik (rangsangan terlazim), murid mula menumpukan perhatian (gerak balas tak terlazim – kerana tertarik dengan cara pengajaran Cikgu A)
Apabila Cikgu A masuk kelas pada kali seterusnya, murid secara automatik akan menumpukan perhatian (gerak balas terlazim – kerana murid telah “dilazimkan” dengan cara Cikgu A mengajar yang menarik)
8
Implikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov terhadap PdP
•Untuk mengajar dengan berkesan, guru perlu mengaitkan pengalaman lalu atau pengetahuan sedia ada pelajar (rangsangan terlazim) dengan aktiviti pembelajaran (rangsangan tak terlazim)
•Rangsangan terlazim atau rangsangan terlazim baharu / tambahan akan menghasilkan gerak balas tak terlazim
•Apabila gerak balas tak terlazim menjadi gerak balas terlazim, maka perubahan tingkahlaku pelajar berlaku, maknanya pembelajaran baharu telah berlaku
•Teori ini menyokong amalan guru memberi latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim
9
Implikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov terhadap PdP
1) Guru bercerita tentang karakter "perut besar' yang bunyi ketawanya seperti bunyi konsonan 'b'.
2) Guru menulis huruf 'b' pada papan tulis dan menerangkan bahawa huruf b itu mewakili bunyi konsonan 'b'.
3) Guru menunjukkan kad imbas dengan pelbagai huruf - murid membuat bunyi 'b' hanya apabila melihat huruf tersebut.
4) Apabila murid melihat huruf 'b' dalam teks bacaan, mereka tahu apakah bunyi yang diwakili.
10
Poll
Sejauh manakah anda mengaplikasikan Teori Pelaziman Klasik Pavlov dalam PdP?
Sentiasa
Kerap
Kadangkala
Tidak pernah
11
Multiple Choice
Di dalam contoh yang diberikan, rangsangan terlazim adalah...
Cerita 'perut besar'
Menulis huruf 'b'
Menghasilkan bunyi konsonan 'b'
12
Multiple Choice
Di dalam contoh yang diberikan, rangsangan tidak terlazim adalah...
Cerita 'perut besar'
Menulis huruf 'b'
Menghasilkan bunyi konsonan 'b'
13
Multiple Choice
Di dalam contoh yang diberikan, rangsangan tidak terlazim baharu adalah...
Cerita 'perut besar'
Menulis huruf 'b'
Menghasilkan bunyi konsonan 'b'
14
Teori Pelaziman Operan Skinner
•Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan, iaitu secara aktif dan boleh dikawal oleh diri sendiri
•Pembelajaran juga boleh berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya
•Peneguhan dapat mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan
•Peneguhan positif – untuk menambah kebarangkalian berlakunya tingkah laku operan yang diingini
•Peneguhan negatif – untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan agar tingkah laku operan yang diingini diulangi
15
Teori Pelaziman Operan Skinner
•Peneguhan negatif adalah berbeza dengan denda
•Denda adalah untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini
•Jika peneguhan tidak diberi, akan berlaku penghapusan sesuatu tingkah laku operan
•Contoh: Guru tidak menegaskan penghantaran kerja rumah, murid tidak akan menyiapkan kerja rumah
•Proses pelaziman operan turut menyumbang kepada penguasaan konsep diskriminasi (contoh: membezakan kata nama dengan kata kerja)
•Konsep diskriminasi adalah penting dalam proses pembelajaran
16
Fill in the Blanks
Type answer...
17
Fill in the Blanks
Type answer...
18
Fill in the Blanks
Type answer...
19
Fill in the Blanks
Type answer...
20
Implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner
•Sesuatu kemahiran atau konsep yang baru diajar perlulah diberi peneguhan secara berterusan (misalnya mengulang beberapa kali) dan diikuti secara berkala (misalnya melalui penyoalan berterusan) agar kemahiran atau konsep tersebut dapat dikukuh dan dikekalkan
•Prinsip penghapusan (iaitu menghentikan peneguhan yang terdahulu) adalah sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini
•Membantu murid menguasai konsep diskriminasi agar mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat – contoh: membanding-bezakan trapezium dengan segi empat selari berdasarkan ciri masing-masing
21
Poll
Sejauh manakah anda mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan Skinner dalam PdP?
Sentiasa
Kerap
Kadangkala
Tidak pernah
22
Teori pemprosesan maklumat
8 fasa proses pembelajaran – motivasi, kefahaman, penyimpanan, penahanan, mengingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas
3 peringkat ingatan – sensori, jangka pendek & jangka panjang
Robert M. Gagne
Pembelajaran ialah perubahan bentuk pemikiran (struktur kognitif atau skema)
5 konsep asas: skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi & akomodasi
Jean Piaget
Teori Pembelajaran Kognitif
23
Teori Piaget: SKEMA
24
Teori Piaget: ADAPTASI
25
Teori Piaget: KESEIMBANGAN
26
Teori Piaget: ASIMILASI
27
Teori Piaget: AKOMODASI
28
Multiple Choice
Berikut adalah implikasi Teori Piaget kepada amalan PdP kecuali
Isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif - dr konkrit kpd abstrak, dr pengalaman sedia ada kpd pengalaman baharu, dr dekat kpd jauh dan dr kasar kpd terperinci.
Pengajaran berbentuk kuliah amat sesuai kerana dapat mewujudkan skema baharu dengan pantas.
Guru dapat merangsang pembelajaran melalui proses akomodasi dengan memberikan pengalaman baharu yang berasaskan pengalaman sedia ada.
Akomodasi lebih mudah berlaku jika ada motivasi intrinsik, maka guru perlu menggalakkan murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
29
Teori Pemprosesan Maklumat Gagne (1975)
30
Teori Gagne: Fasa 1 - 4
31
Teori Gagne: Fasa 5 - 8
32
Poll
Pada pendapat anda, anda mempunyai daya ingatan yang...
lebih baik daripada kebanyakan orang
sederhana
teruk
33
Open Ended
Kongsikan satu fakta atau perkara yang anda belajar di sekolah rendah tetapi masih ingat sehingga sekarang.
34
Teori Gagne: 3 peringkat ingatan
35
Teori Gagne: 3 peringkat ingatan
36
Teori Gagne: 5 kategori ingatan
37
Multiple Choice
Bagaimanakah sesuatu maklumat itu dapat dipindahkan daripada ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang?
Dihukum jika tidak ingat
Belajar sambil berseronok
Ulangan pernyataan
Latih tubi
38
Fill in the Blanks
Type answer...
39
Fill in the Blanks
Type answer...
40
Fill in the Blanks
Type answer...
EDUP2082
Topik 7 - Teori-teori pembelajaran
Slaid digunakan dengan ehsan Dr Gan We Ling, IPGKTAR
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 40
SLIDE
Similar Resources on Wayground
30 questions
Media dan Sumber Belajar (digital)
Presentation
•
University
35 questions
Penerapan Koding dan AI terintegrasi PM
Presentation
•
KG - University
33 questions
Globalisasi
Presentation
•
University
33 questions
Inkuiri Kolaboratif
Presentation
•
Professional Development
34 questions
SHORT FUNCTIONAL TEXTS
Presentation
•
KG - University
37 questions
Measurement, Assessment, Evaluation
Presentation
•
University
36 questions
K4 JADUAL ASET SEMASA - INVENTORI
Presentation
•
University
36 questions
PENDEKAR TAHAP 3
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 1
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 1 Review
Quiz
•
5th Grade
22 questions
Day 9 Equations and Inequalities Review
Quiz
•
9th Grade
10 questions
Writing and Identifying Ratios Practice
Quiz
•
5th - 6th Grade
7 questions
PYRAMID PERSPECTIVES part 1
Presentation
•
9th - 12th Grade
12 questions
Understanding the Fourth of July
Quiz
•
9th Grade
15 questions
Soccer World Cup Quiz Questions
Quiz
•
7th Grade