
LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL PENGABDIAN
Presentation
•
World Languages
•
9th - 12th Grade
•
Practice Problem
•
Easy
Nisah Nurkasih
Used 2+ times
FREE Resource
25 Slides • 13 Questions
1
LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL PENGABDIAN
2
Open Ended
APA ERTI LATAR MASYARAKAT?
3
KONSEP LATAR MASYARAKAT
Kita perlulah melihat bagaimana budaya sesuatu masyarakat itu. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dibicarakan seperti susun lapis masyarakat, hubungan golongan atasan (pemerintah) dengan golongan bawahan (rakyat biasa), bahkan kita boleh membincangkan unsur kepercayaan masyarakat, ekonomi, pendidikan, pekerjaan, majlis adat istiadat dan sebagainya.
APA ERTI LATAR MASYARAKAT?
4
OBJEKTIF PENGAJARAN
PELAJAR DAPAT MENYEBUTKAN ERTI LATAR MASYARAKAT
PELAJAR DAPAT MEMBACA DAN MEMAHAMI 9 LATAR MASYARAKAT NOVEL PENGABDIAN
PELAJAR DAPAT MENJAWAB KUIZ LATAR MASYARAKAT SECARA BERPERINGKAT.
5
Open Ended
NYATAKAN 1 LATAR MASYARAKAT BAGI HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN?
6
5.MASYARAKAT DI RUMAH SAKIT
6.GOLONGAN IBU
7.GOLONGAN REMAJA
8.MASYARAKAT ZAMAN PEMBERONTAKAN
9.MASYARAKAT MENJELANG KEMERDEKAAN
1.LATAR SOSIAL
2.LATAR EKONOMI
3.LATAR AGAMA
4.LATAR PENDIDIKAN
LATAR MASYARAKAT NOVEL PENGABDIAN
7
Open Ended
SIAPAKAH GOLONGAN BUKAN BANGSA MELAYU DAN BUKAN BANGSA CINA?
8
Sosial bermaksud latar belakang masyarakat. Masyarakat dalam Novel Pengabdian terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan Melayu dan golongan bukan Melayu. Golongan Melayu diwakili oleh keluarga Marof, manakala, golongan bukan Melayu diwakili oleh keluarga Peter. Kebanyakan golongan bukan Melayu terdiri daripada masyarakat Cina seperti Peter, Samuel dan Nyonya Peter. Selain masyarakat Cina, terdapat juga masyarakat bukan Cina dan bukan Melayu seperti Doktor Jones, Doktor Douglas dan Doktor Susan.
LATAR SOSIAL
9
Open Ended
APAKAH PEKERJAAN YANG ADA DI DALAM NOVEL PENGABDIAN?
10
EKONOMI
Secara umumnya, keadaan ekonomi masyarakat dalam novel “Pengabdian” ini adalah sederhana. Kebanyakan watak-wataknya bekerja dengan pihak kerajaan. Contohnya, sebagai doktor seperti Doktor Siti Nur dan Doktor Samuel, sebagai Pegawai Polis seperti Syukri dan sebagai guru seperti Faridah dan Khalid.
11
EKONOMI
Walau bagaimanapun, terdapat juga masyarakat yang hidup dalam kemiskinan dalam Novel Pengabdian. Contohnya, kehidupan keluarga Siti Nur sewaktu Siti Nur masih kecil. Disebabkan kemiskinan hidup, dia dan ibunya pernah makan nasi berkuahkan air garam. Dia dan ibunya juga terpaksa bekerja sendiri bagi menampung perbelanjaan hidup memandangkan Marof tidak mempunyai pekerjaan dan sering bertukar-tukar tempat kerja. Kemiskinan hiduplah yang mengajar Siti Nur agar berusaha sendiri seperti mengambil upah mendobi pakaian jiran untuk belanja sekolah dan menolong ibunya menjahit baju upahan orang.
12
EKONOMI
Terdapat juga masyarakat yang hidup kaya. Contohnya, keluarga Peter. Peter mempunyai 20 buah rumah sewa. Selain rumah sewa, ia juga telah menyewakan bilik amah di rumah kerajaan yang ditumpanginya. Dia dan isterinya masih bekerja walaupun wang sudah banyak. Dia berkerja sebagai Teknisyen X–Ray, manakala, isterinya sebagai bidan di rumah sakit. Disebabkan kekayaannya, rumahnya pernah dirompak dan dia kehilangan sebanyak 20 ribu wang tunai dan barang kemas dalam kejadian tersebut.
13
Open Ended
SIAPAKAH WATAK YANG MASUK ISLAM DI DALAM NP?
14
AGAMA
Masyarakat dalam Novel Pengabdian ini kebanyakannya beragama Islam. Contohnya, keluarga Marof. Ini boleh dibuktikan apabila Siti Nur pernah mengarahkan Hannah mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib terlebih dahulu sebelum pergi ke majlis parti. Siti Nur juga pernah menyedarkan Hannah tentang peri pentingnya berpakaian menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Selain itu, Siti Nur juga pernah memberi nasihati kepada adiknya Zul agar tidak memakai subang/anting-anting kerana menurutnya, lelaki yang memakai subang/anting-anting tidak boleh menjadi imam ketika mengerjakan sembahyang. Ini kerana sembahyang merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap orang-orang Islam. Selain itu, Fatimah, Marof dan bapa Marof juga digambarkan pernah mengerjakan sembahyang Maghrib berjemaah di dalam novel ini. Keluarga Marof juga mengerjakan rukun haji ke Mekah bersama-sama selepas berlangsungnya majlis perkahwinan Siti Nur. Rukun haji merupakan salah satu rukun Islam.
15
AGAMA
Selain masyarakat Islam, terdapat juga masyarakat yang beragama Kristian. Contohnya, seperti Samuel dan Elvinna Abraham. Namun, kedua-dua watak ini akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup mereka kerana kecintaan mereka terhadap agama ini. Samuel menukar nama Islamnya kepada Mohd. Faisal bin Abdullah. Manakala, Elvinna Abraham menukar namanya kepada Faridah. Selain Samuel dan Elvinna, Peter dan Nyonya Peter yang asalnya beragama Kristian juga telah memeluk agama Islam dengan menukar nama mereka kepada Ismail dan Aisah.
16
Open Ended
NYATAKAN KURSUS YANG DIPELAJARI OLEH SITI NUR, SAMUEL DAN ADIK-ADIKNYA?
17
PENDIDIKAN
Pendidikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendidikan secara formal bermaksud pendidikan yang diterima di sekolah-sekolah secara rasmi (mengikut peraturan). Contohnya, Marof menghantar anak-anaknya seperti Siti Nur, Zul, Zain, Hadi dan Zamri ke sekolah-sekolah kerajaan. Kebanyakan di antara mereka memperolehi pendidikan yang beraliran Melayu dan Inggeris iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti kecuali Hannah yang masih menuntut di sekolah menengah. Siti Nur dan Samuel adalah beberapa contoh watak yang memperolehi pendidikan yang tinggi. Kedua-dua mereka mulanya bersekolah di sekolah rendah dan kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat menengah. Mereka lulus dengan cemerlang ketika berada di sekolah menengah dan akhirnya dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti dan universiti di luar negara sehingga memperolehi ijazah kedoktoran. Setelah tamat belajar, kedua-duanya berkhidmat dengan hospital kerajaan.
18
PENDIDIKAN
Adik-adik Siti Nur yang lain juga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti di luar negara. Mereka ialah Zul, Zain, Hadi dan Zamri. Zul mengikuti kursus dalam bidang teknikal, Zain dalam bidang kejuruteraan, Hadi dalam bidang undang-undang, manakala, Zamri dalam bidang perubatan.
19
PENDIDIKAN
Manakala, pendidikan tidak formal bermaksud pendidikan yang diperolehi secara tidak langsung, seperti di rumah. Dalam Novel Pengabdian, pendidikan secara tidak formal di dalam keluarga Marof lebih banyak dipikul oleh Fatimah berbanding watak Marof. Contohnya boleh dilihat apabila Fatimah mendidik anak-anaknya agar berusaha. Falsafahnya, “Tidak ada kerja yang senang di dunia ini. Sesenang-senang pun, terpaksa juga gunakan tulang empat kerat. Terpaksa juga gunakan otak”. Contohnya, seperti Siti Nur, semenjak dari kecil lagi ia diajar oleh Fatimah untuk hidup susah. Pulang sahaja dari sekolah selepas sembahyang Zohor, belum lagi makan tengah hari, Siti Nur sudah mengangkat kain-kain jemuran. Siti Nur jugalah yang menseterika baju, melipat pakaian, membersih rumah dan halaman. Kadang kala, Siti Nur mendobi pakaian-pakaian orang untuk mendapatkan wang saku.
20
Selain itu, dia juga mendidik anak-anak dengan cara memberi nasihat dan teguran yang membina. Contohnya, dia memberi nasihat kepada Zul agar memotong rambutnya yang panjang ketika berlangsungnya majlis perkahwinan Zul dengan Marina. Dia juga pernah memberi nasihat kepada Zul agar mengerjakan tanah T.O.L kepunyaan bapanya Marof ketika Zul masih belum mempunyai sebarang pekerjaan. Selain itu, Fatimah juga pernah memberi nasihat kepada Hannah agar mengikut jejak langkah kakaknya yang berpakaian sopan (tidak seksi) terutama sekali ketika keluar rumah. Fatimah juga pernah melarang Hannah pergi ke majlis parti bersama-sama kawan-kawannya agar mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang tidak baik. Begitu juga dia pernah melarang Hannah keluar bersama Wardi pada waktu malam kerana dia khuatir berlakunya perkara yang sama kepada Hannah seperti Zul dan Marina (melakukan hubungan luar nikah)
PENDIDIKAN
21
Open Ended
NYATAKAN SIAPAKAH MASYARAKAT RUMAH SAKIT DI DALAM NP?
22
MASYARAKAT DI RUMAH SAKIT
Masyarakat di rumah sakit digambarkan dalam keadaan sibuk. Pesakit datang menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dengan pelbagai ragam. Contoh, Siti Nur sibuk melayan pesakit-pesakitnya seperti Udin bin Mat penghidap Sindrom Down dan Shamsul penghidap leukimia yang enggan disuntik oleh jururawat dan menghendaki Doktor Siti Nur yang menyuntiknya. Selain itu, di wad tertentu pula, ramai pelawat yang datang menziarahi keluarga mereka yang sakit pada waktu-waktu dibenarkan melawat. Contohnya, Marina, Hannah dan Siti Nur sendiri pernah sibuk menerima lawatan daripada sanak-saudara dan keluarga. Masyarakat di rumah sakit juga sibuk dengan aktiviti mereka pada setiap hari Isnin setiap minggu selepas waktu bekerja. Mereka berbincang mengenai masalah-masalah semasa yang timbul dikalangan mereka. Contoh, Doktor Siti Nur dan Doktor Samuel berbincang mengenai masalah pesakit mereka yang bernama Junaidah penghidap Thalassaemia Beta
23
Open Ended
ADA 3 ORANG GOLONGAN IBU DI DALAM NP. NYATAKAN.
24
GOLONGAN IBU
Golongan ibu digambarkan menghadapi kesedihan hidup. Contohnya, Faridah sedih kerana suaminya ditahan di penjara sehingga ia terpaksa menyara kehidupannya sendiri. Dia juga sedih kerana anaknya Azmil yang menghidap penyakit jantung berlubang enggan menjalani sebarang pembedahan jikalau ayahnya tiada di sisi. Fatimah pula sedih kerana Hannah tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya. Fatimah juga sedih apabila mendapat khabar Siti Nur menghidap kanser ovari yang kritikal.
25
GOLONGAN IBU
Manakala, Nyonya Peter pula sedih kerana anaknya Samuel memeluk agama Islam. Golongan ibu juga digambarkan tabah dan cekal mengharungi cabaran hidup. Contohnya Fatimah yang tabah menghadapi sikap suami yang pemilih dalam mencari pekerjaan sehingga menyebabkan hidup susah membesarkan anak hingga 6 orang sehingga terpaksa pula hanya makan nasi berkuahkan air garam. Selain itu, Nyonya Peter juga tabah menghadapi sikap suami yang mementingkan diri sendiri yang tidak membenarkannya mengambil anak angkat perempuan yang sangat didambakannya atas alasan peter tidak mahu hartanya jatuh ke tangan orang yang bukan darah dagingnya. Faridah juga tabah menghadapi kehidupan dengan suami yang dipenjarakan atas kesalahan pemberontakan di samping membesarkan anak angkat yang berpenyakit jantung berlobang secara bersendirian.
26
Open Ended
SIAPAKAH WATAK REMAJA YANG BERMASALAH DI DALAM NP?
27
GOLONGAN REMAJA
Golongan remaja dalam novel ini nampaknya begitu bebas dan sukar dikawal. Contohnya, hubungan Zul dan Marina yang di luar batasan agama sehingga menyebabkan Marina mengandung anak luar nikah dan cuba untuk membunuh diri sehingga keguguran dan tidak sedarkan diri. Hannah pula selalu keluar ke majlismajlis parti bersama kawan-kawannya sehingga suatu hari ia terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kebebasan remaja juga boleh dilihat melalui pakaian. Contohnya, Zul berpakaian rock dengan memakai subang, jeans lusuh dan berambut panjang. Hannah pula berpakaian seksi dengan memakai gaun sehingga paras lutut.
28
GOLONGAN REMAJA
Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan remaja yang insaf digambarkan di dalam novel ini. Contohnya, Marina insaf dengan perbuatannya yang terlanjur sehingga sanggup melakukan hubungan luar nikah bersama Zul dan cubaan untuk membunuh diri. Hannah juga insaf kerana sering keluar ke majlis parti bersama kawan sehingga akhirnya membawa kemalangan kepada dirinya
29
Open Ended
SIAPAKAH WATAK YANG MEWAKILI ZAMAN PEMBERONTAKAN?
30
MASYARAKAT ZAMAN PEMBERONTAKAN
Keadaan masyarakat kacau bilau sewaktu pemberontakan. Ada yang terlibat menyebarkan risalah-risalah anti kerajaan. Contohnya, Khalid yang terlibat dengan Parti Rakyat Brunei sering kali menyebarkan risalahrisalah anti-kerajaan pada ketika itu sehingga menyebabkan dia tertangkap atas perintah darurat dan dipenjarakan di penjara Jerudong selama beberapa tahun. Selain itu, sewaktu pemberontakan meletus, ramai yang terbunuh. Contohnya, beberapa hari setelah kekacauan (pemberontakan) meletus, Khalid dan rakan-rakannya telah ternampak sebuah kapal terbang berwarna merah putih mendarat di lapangan kapal terbang di Anduki. Mereka menyangkakan yang mereka telah menerima bantuan. Namun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati peluru-peluru berterbangan sehingga menyebabkan ramai di antara mereka yang terbunuh. Salah seorang teman akrab seperjuangannya Borhan telah menggeletar seperti ayam yang kena sembelih dan kemudian senyap dan kaku di sisinya.
31
MASYARAKAT ZAMAN PEMBERONTAKAN
Selain itu, watak Harun juga terbunuh sewaktu pemberontakan. Dia pernah bersembunyi di rumah kakak Mak Cik Hindon di Kampong Lumapas. Dia seperti teman-temannya yang lain berbadan tegap dan berkulit hitam berkilat kerana puas berpanas di tengah matahari. Setelah beberapa lama bersembunyi di rumah kakak Mak Cik Hindon, Harun dan teman-temannya meneruskan perjuangan mereka ke Kalimantan walaupun pada mulanya, dia hendak menyerah diri kepada pihak berkuasa. Namun, dia akur dengan sumpah perjuangan mereka dan didapati terbunuh sewaktu serang hendap di sempadan.
32
MASYARAKAT ZAMAN PEMBERONTAKAN
Peristiwa pemberontakan juga boleh dilihat apabila didapati pemberontak-pemberontak cuba untuk menguasai balai-balai polis di seluruh negara. Keadaan ini dapat dikawal apabila pihak polis berjaya mengumpulkan kesemua pegawai-pegawai polis dan konstable-konstable untuk berkumpul dan berkawal di balai polis. Ini boleh dilihat sewaktu Siti Nur berserta Zul dan Marof menyaksikan acara pertunjukan pentas menandakan akhir penggal persekolahan. Di tengah-tengah pertunjukan itu, tidak semena-mena telah diumumkan supaya pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis-polis dari Tanah Semenanjung untuk berkumpul di balai polis seberapa yang mungkin.
33
MASYARAKAT ZAMAN PEMBERONTAKAN
Peristiwa pemberontakan juga menyebabkan keadaan kucar-kacir. Bunyi ledakan senapang patah sentiasa dapat didengar di sana sini. Ramai orang pula ditangkap di bawah undang-undang darurat termasuklah ayah Siti Nur sendiri iaitu Marof. Marof ditangkap dan dipenjarakan di Panggung Roxana kerana telah menguburkan senjata di belakang rumah sewa kediaman mereka. Menurut ibu Siti Nur, Marof hanya terikut-ikut
34
Open Ended
APAKAH BUKTINYA NOVEL PENGABDIAN MEMBERIKAN GAMBARAN SUASANA KEMERDEKAAN BRUNEI?
35
MASYARAKAT MENJELANG KEMERDEKAAN
Masyarakat menjelang kemerdekaan hidup dalam keadaan aman lebih-lebih lagi kerajaan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Keperluan-keperluan rakyat terpeduli. Pelajaran diberi secara percuma. Contohnya, anak-anak Marof sepert Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah semuanya diberi pelajaran secara percuma sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Bagi anak-anak yang berjaya, mereka dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri seperti United Kingdom dengan bantuan biasiswa daripada pihak kerajaan. Contohnya, 5 orang anak Marof telah mengikuti pengajian di luar negara atas biasiswa kerajaan.
36
MASYARAKAT MENJELANG KEMERDEKAAN
Selain pelajaran, perubatan juga diberi secara percuma. Contohnya, perbelanjaan rawatan ke atas salah seorang pesakit Thalassaemia Beta iaitu Junaidah adalah ditanggung atau dibiayai oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan perbelanjaan suntikan dan bantuan ubat-ubatan juga adalah daripada pihak kerajaan. Selain itu, kemudahan-kemudahan juga disediakan bukan sahaja untuk orang-orang yang tinggal di bandar malah juga disediakan untuk penduduk-penduduk di kawasan-kawasan pedalaman. Contohnya, kemudahan telefon. Fatimah menggunakan kemudahan telefon untuk menghubungi Siti Nur di bandar. Begitu juga Hannah yang menggunakan kemudahan telefon untuk menghubungi ibunya Fatimah di bandar. Selain telefon, terdapat juga kemudahan infrastruktur yang lain seperti hospital, sekolah, air dan jalan raya.
37
Open Ended
APAKAH LATAR MASYARAKAT YANG PALING MENARIK DALAM NOVEL PENGABDIAN INI.JELASKAN.
38
Open Ended
CARI 1 GAMBAR MENUNJUKKAN LATAR MASYARAKAT YANG DIPELAJARI HARI INI?
LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL PENGABDIAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 38
SLIDE
Similar Resources on Wayground
33 questions
บทที่1 สวัสดี
Presentation
•
9th - 12th Grade
33 questions
etika pergaulan dan komunikasi dalam ppt islam
Presentation
•
9th - 12th Grade
32 questions
BAB 8 TING.2 SEJARAH 30.07.25
Presentation
•
9th - 12th Grade
32 questions
Soal Ide Pokok
Presentation
•
4th Grade
31 questions
Teks Percobaan
Presentation
•
9th - 12th Grade
29 questions
Verben mit Präpositionalobjekt
Presentation
•
9th - 12th Grade
33 questions
Pra Orientasi SMPITAM2
Presentation
•
9th - 12th Grade
35 questions
Operant Conditioning
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
Direct Object Pronouns in Spanish
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
Preterito regular
Quiz
•
10th - 12th Grade
22 questions
8.2 los indefinidos
Quiz
•
8th - 12th Grade
15 questions
El verbo estar
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Preterit Stem- changing verbs
Quiz
•
9th - 12th Grade
15 questions
Affirmative Tu Commands
Quiz
•
10th Grade
34 questions
Stem Changing Verbs
Quiz
•
10th - 11th Grade
20 questions
Ser vs. Estar
Quiz
•
10th Grade