
GERHANA T6
Presentation
•
Science
•
12th Grade
•
Medium
CIKGU HERMAN
Used 5+ times
FREE Resource
22 Slides • 18 Questions
1
GERHANA BULAN
2
3
GERHANA
Gerhana ialah fenomena yang berlaku apabila Bumi atau Bulan terlindung daripada cahaya matahari sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya.
Fenomena ini melibatkan tiga objek dalam Sistem Suria, iaitu Matahari, Bumi dan Bulan
4
Gerhana berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada pada kedudukan sebaris.
Kejadian gerhana mempunyai kaitan dengan sifat cahaya:
(a) cahaya bergerak lurus
(b) cahaya tidak dapat menembusi objek legap
5
GERHANA BULAN
Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada kedudukan sebaris.
Rajah di sebelah menunjukkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa kejadian gerhana Bulan.
6
Hal ini menyebabkan Bumi menghalang cahaya Matahari dan bayang-bayang Bumi terbentuk di permukaan Bulan.
Gerhana Bulan berlaku pada waktu malam ketika Bulan berada pada fasa bulan purnama.
Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga tiga kali dalam setahun dalam tempoh beberapa jam.
7
Open Ended
Mengapakah gerhana bulan hanya berlaku semasa fasa bulan purnama?
8
GERHANA BULAN PENUH DAN SEPARA
Gerhana Bulan penuh dan gerhana Bulan separa dapat dilihat dalam peringkat-peringkat kejadian gerhana.
Rajah di sebelah menunjukkan peringkat-peringkat kejadian gerhana Bulan.
9
UMBRA DAN PENUMBRA
Kawasan gelap penuh atau umbra ialah kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya Matahari.
Kawasan gelap separa atau penumbra ialah kawasan yang dihalang oleh sebahagian sahaja daripada cahaya Matahari.
10
GERHANA BULAN SEPARA
Gerhana bulan separa mula kelihatan apabila Bulan bergerak keluar dari kawasan gelap separa ke kawasan gelap penuh
11
GERHANA BULAN PENUH
Gerhana Bulan penuh kelihatan apabila keseluruhan Bulan berada dalam kawasan gelap penuh.
12
GERHANA BULAN SEPARA
Gerhana Bulan separa kelihatan semula apabila Bulan bergerak keluar dari kawasan gelap penuh ke kawasan gelap separa.
13
BULAN PERANG KEMERAHAN
Bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana Bulan penuh tetapi berwarna perang kemerahan.
Ini adalah kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi.
Kesan ini jelas diperhatikan semasa Matahari terbit dan Matahari terbenam.
14
Open Ended
Adakah planet lain juga mengalami fenomena gerhana? Mengapa?
15
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan Bulan kelihatan beransur-ansur hilang?
Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi
Bumi memasuki kawasan bayang-bayang Bulan
Siang bertukar menjadi malam
Matahari dilindungi oleh awan
16
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan berlakunya fenomena gerhana?
Peredaran Bulan mengelilingi Bumi
Peredaran Matahari mengelilingi Bumi
Putaran Bumi di atas paksinya
Terbit dan terbenamnya Matahari
17
Multiple Choice
Apakah fenomena ini?
Gerhana Bulan
Fasa-fasa Bulan
Gerhana Matahari
Kejadian siang dan malam
18
Multiple Choice
Mengapakah Bulan kelihatan gelap ketika gerhana Bulan penuh?
Kerana saiz Bumi sangat besar
Kerana saiz Bulan sangat kecil
Kerana cahaya Matahari sangat terang
Kerana Bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi
19
Multiple Choice
Mengapakah gerhana Bulan tidak berlaku pada waktu siang?
Cahaya Matahari terlalu terang.
Bulan tidak dapat menghalang cahaya Matahari.
Bulan tidak dapat memantulkan cahaya Matahari.
Bulan berada di kawasan Bumi yang mengalami waktu malam.
20
Multiple Choice
Apakah fenomena yang boleh mewakili maklumat ini?
Fasa-fasa Bulan
Gerhana Bulan
Gerhana Matahari
Kejadian siang dan malam
21
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan berlakunya gerhana Bulan?
Bulan mestilah tidak bersifat legap
Bumi perlu berupaya memantulkan cahaya Matahari
Matahari perlu lebih besar berbanding Bumi dan Bulan
Bumi berada di antara Bulan dan Matahari pada satu garis lurus
22
Multiple Select
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang gerhana Bulan separa?
Sebahagian Bumi menjadi gelap kerana dilindungi oleh bayang-bayang Bulan
Berlaku apabila seluruh Bulan berada dalam bayang-bayang Bumi
Sebahagian Bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi
Berlaku pada waktu malam
23
GERHANA MATAHARI
24
GERHANA MATAHARI
Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada dia antara Matahari dan Bumi pada kedudukan sebaris.
Rajah di sebelah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan semasa kejadian gerhana Matahari.
Hal ini menyebabkan bulan menghalang cahaya Matahari dan bayang-bayang bulan terbentuk di permukaan Bumi.
25
Gerhana Matahari boleh dilihat di kawasan bayang-bayang Bulan pada waktu siang sahaja.
Gerhana Matahari hanya berlaku ketika Bulan berada pada fasa anak bulan.
Gerhana Matahari boleh berlaku sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.
Tempoh fenomena gerhana Matahari biasanya hanya beberapa minit sahaja.
26
Open Ended
Mengapakah tempoh kejadian gerhana Bulan adalah lebih lama daripada gerhana Matahari?
27
Rajah di sebelah menunjukkan kawasan bayang-bayang Bulan ketika gerhana Matahari.
28
Dua jenis gerhana Matahari dapat dilihat dalam peringkat fenomena gerhana Matahari, iaitu gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa.
Gerhana Matahari penuh dapat dilihat dari kawasan bayang-bayang Bulan yang gelap sepenuhnya.
Ketika gerhana Matahari penuh, Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap yang dikelilingi gegelang cerah yang dinamakan korona.
29
Keadaan persekitaran akan menjadi gelap seperti waktu malam semasa gerhana Matahari penuh.
Gerhana Matahari separa dapat dilihat dari kawasan bayang-bayang Bulan yang gelap separa.
30
Rajah di sebelah menunjukkan urutan peringkat fenomena gerhana Matahari.
31
Jangan sesekali melihat terus ke arah Matahari tanpa menggunakan penuras khas kerana perbuatan ini boleh merosakkan mata kam
32
K U I Z
33
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan berlakunya fenomena gerhana?
Peredaran Bulan mengelilingi Bumi
Peredaran Matahari mengelilingi Bumi
Putaran Bumi di atas paksinya
Terbit dan terbenamnya Matahari
34
Multiple Choice
Apakah fenomena ini?
Gerhana Bulan
Fasa-fasa Bulan
Gerhana Matahari
Kejadian siang dan malam
35
Multiple Select
Apakah sifat cahaya yang menyebabkan berlakunya gerhana?
Cahaya boleh dipantulkan
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Cahaya boleh dibiaskan
36
Multiple Choice
Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku?
Bumi berputar pada paksinya
Bulan memantulkan cahaya Matahari
Bulan menghalang cahaya Matahari sampai ke Bumi
Keseluruhan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi
37
Multiple Choice
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang gerhana Matahari?
Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan
Bumi berada di antara Bulan dan Matahari dalam satu garisan lurus
Bayang-bayang Bumi terbentuk pada permukaan Bulan
Bulan berada di antara Bumi dan Matahari dalam satu garisan lurus
38
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kejadian gerhana Matahari?
Hanya berlaku pada waktu siang
Disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya
Bayang-bayang Matahari jatuh ke atas permukaan Bumi
Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Matahari
39
Multiple Select
Antara yang berikut, yang manakah mungkin berlaku di Bumi semasa Gerhana Matahari penuh?
Suhu menjadi rendah
Hujan turun dengan lebat
Haiwan mengeluarkan bunyi bising
Seluruh permukaan Bumi menjadi gelap
40
T A M A T
GERHANA BULAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 40
SLIDE
Similar Resources on Wayground
31 questions
Latihan SAS XII (Bahasa Indonesia)
Presentation
•
12th Grade
35 questions
REVIEW IPA P6
Presentation
•
12th Grade
37 questions
Kemandirian Spesies Tumbuhan Sains Tahun 5
Presentation
•
11th Grade
37 questions
KERAJINAN DARI BAHAN BUATAN
Presentation
•
12th Grade
32 questions
Pertumbuhan dan Perkembangan Tumbuhan
Presentation
•
12th Grade
38 questions
FIZIK TINGKATAN 4
Presentation
•
12th Grade
34 questions
METODE ILMIAH
Presentation
•
University
33 questions
ASESSMEN BAB 1 "BERFIKIR KRITIS DAN MENCINTAI IPTEK
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Science
100 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
Biology EOC review Quiz
Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
Benchmark #2
Quiz
•
9th - 12th Grade
16 questions
Taxonomy and Classification
Quiz
•
6th - 12th Grade
50 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
215 questions
8th Physical Science GA Milestones Review
Quiz
•
KG - University
46 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
49 questions
Florida Biology EOC Practice Test
Quiz
•
9th - 12th Grade