
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Presentation
•
Education
•
University
•
Practice Problem
•
Hard
Raihan Ahmad
Used 22+ times
FREE Resource
31 Slides • 0 Questions
1
BAB 5 :
PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA
MPU21032
2
HASIL PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF
Hasil Pembelajaran Bab:
1. Menghuraikan
proses
pembentukan
negara bangsa di Malaysia
2. Menganalisis negara bangsa Malaysia
dari perspektif peradaban
Objektif:
Memahami
proses pembinaan negara
bangsa Malaysia melalui kepelbagaian
peradaban
3
KANDUNGAN BAB
5.1 Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam
pembinaan negara bangsa.
5.2 Konsep Negara dan Bangsa.
5.3 Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam
acuan Malaysia.
5.4 Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan.
4
PETA MINDA
SEJARAH SOSIAL
PERADABAN
MAJMUK
NEGARA
BANGSA
NEGARA BANGSA
BANGSA
IDAMAN
5
PENDAHULUAN
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar
dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan
peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti
peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah) dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya,
peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai
punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957
melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State)
bercirikan
satu
wilayah,
satu
perlembagaan
dan
satu
kewarganegaraan.
Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan
Lima Tahun dan sebagainya.
Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan
bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam
konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di
Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu
dikupas dan didebatkan.
6
5.1 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN
DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
7
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN
Sejarah Di Alam Melayu
• Peradaban Pribumi Alam
Melayu
• Peradaban Asia (India,
Cina, Timur Tengah)
• Peradaban Barat
• Peradaban Globalisasi
Peradaban Beridentitikan
Malaysia
• Kemerdekaan 1957 –
Negara-Bangsa
• Pembinaan negara
• Pembinaan bangsa
8
PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU
1) Zaman Pra Sejarah
•Zaman Paleolitik
•Zaman Mesolitik
•Zaman Neolitik
•Zaman Logam / Gangsa Besi
2) Zaman Proto Sejarah
-Kewujudan kerajaan purba / kerajaan
awal
•Langkasuka
•Kedah Tua
•Gangga Negara
•Chih-Tu
•Lo-Yueh
•Tan-Tan
3) Zaman Pensejarahan
•Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka
•Bermula pembentukan masyarakat
kepelbagaian - perdagangan
•Kedatangan kuasa penjajah
o Portugis
o Belanda
o British
4) Zaman Sejarah Moden
•Merdeka 1957
•Perpaduan – penyatuan
•Ke arah pembinaan negara-bangsa
Malaysia
9
PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU
• Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau serta
Semenanjung Tanah Melayu yang didiami oleh
Rumpun
Bangsa
Melayu
semenjak
zaman
berzaman.
• Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga
dikenali sebagai NUSANTARA ‘Nusa-antara-lautan’.
• Rumpun Bangsa Melayu ini berkongsi satu baka,
persamaan adat resam, satu bahasa dan budaya
yang sama.
• Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu.
• Asalnya, Alam Melayu juga meliputi pulau-pulau
Taiwan dan Hainan dan wilayah-wilayah di tengah
serta selatan Vietnam sekarang dan juga Kemboja.
10
PERADABAN ASIA
• Sejarah Asia dapat dilihat sebagai kolektif dari
3 kawasan pesisir benua Asia iaitu Asia Timur
(Cina), Asia Selatan (India) dan Timur Tengah
yang
dihubungkan
oleh
bentangan
stepa
yang luas.
• Di setiap kawasan pesisiran, peradaban umat
manusia tumbuh dan berkembang di sekitar
lembah-lembah yang subur.
• Peradaban–peradaban
yang
tumbuh
di
Mesopotamia, Lembah Sg. Indus dan Tiongkok
memiliki
banyak
persamaan
dan
saling
bertukar teknologi serta idea.
11
PERADABAN BARAT
• Kebudayaan
Barat
disamakan
dengan
tamadun barat atau tamadun Eropah yang
bermaksud kebudayaan yang berasal dari
Eropah.
• Budaya Barat membawa maksud warisan
norma sosial, nilai-nilai etika, adat resam,
kepercayaan
agama,
sistem
politik
dan
artifak-artifak
serta
teknologi-teknologi
tertentu.
• Konsep
kebudayaan
Barat
lebih
menonjolkan aspek pencapaian kebendaan
sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah
masyarakat itu bertamdun atau sebaliknya.
12
PERADABAN GLOBALISASI
• Globalisasi adalah proses penyebaran unsur-unsur
baru khususnya yang berkaitan informasi secara
meluas
melalui
media
cetak
dan
elektronik
khususnya.
• Globalisasi terbentuk oleh adanya kemajuan di
bidang komunikasi dunia dalam pelbagai bidang
kehidupan, perkembangan teknologi maklumat &
informasi seperti Internet, komputer, SmartPhone
dan penggunaan media sosial yang berleluasa
seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter,
Telegram dan lain-lain.
• Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang
besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi
bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran.
• Globalisasi
juga
membawa
kesan
positif
dan
negatif terhadap perdaban.
13
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
• Kemerdekaan 1957
Pengisytiharan
kemerdekaan Tanah
Melayu
merupakan
peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957.
• Pembinaan Negara
Pembinaan
negara
merupakan
sebuah
wilayah
yang
mempunyai penduduk, sempadan kawasan yang jelas dan
pemerintah
yang
berwibawa.
Negara
terdiri
daripada
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
• Pembinaan Bangsa
Idea bangsa digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu
padu
demi
membentuk
bangsa Malaysia yang
kukuh.
Bangsa merupakan sekumpulan manusia yang menetap di
sebuah wilayah atau kawasan dan mempunyai
ikatan
ketatanegaraan.
14
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
• Pembentukan
peradaban
majmuk
ialah
gabungan atau campuran beberapa peradaban
yang
membentuk
peradaban
beridentitikan
Malaysia.
Peradaban
Melayu
menjadi
teras
kepada peradaban majmuk di Malaysia.
• Kemasukan para pedagang dari India, China dan
Timur Tengah telah membuka ruang interaksi dan
jaringan peradaban yang lebih luas di Tanah
Melayu.
• Disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah
membawa
kepada
berlakunya
interaksi
dan
jaringan peradaban yang lebih rencam.
• Pada era globalisasi, peradaban majmuk telah
membawa berlakunya kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan
melalui
jaringan
digital yang kompleks.
15
TRANSFORMASI KE ARAH PERADABAN ACUAN
MALAYSIA
1970-an
•Kemiskinan dan
ketidaksamarataan
1980-
90-an
•Pembangunan industri
•Penghijrahan
2000-an
•Perbandaran
•Kelas menengah
2010-an
• Ke arah negara maju
16
5.2 KONSEP NEGARA BANGSA
17
KONSEP NEGARA
• Negara merujuk pada sebuah masyarakat
yang
mendiami
kawasan
tertentu
dan
adanya kerajaan yang memerintah.
• Konsep negara adalah sebuah kerajaan
yang
merdeka
dan
berdaulat
yang
mentadbir urus ke atas satu wilayah yang
diperakui oleh negara-negara lain.
• Rakyat setiap negara diikat dengan tanah
air, perlembagaan dan kerakyatannya.
• Penduduk
atau
rakyat
ialah
elemen
terpenting bagi negara kerana rakyatlah
yang mencorakkan negara.
18
DEFINISI NEGARA
• Marx
(1818-1883)
dan
Weber
(1864-1920)
memperincikan
ciri-ciri
utama
pembentukan
sesebuah
negara
merangkumi
adanya
penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan
(Moten & Islam 2006).
• Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber
mendefinisikan negara sebagai satu sistem politik
yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang
menetap
dalam
sesebuah
wilayah
dan
membentuk
kerajaan
sah
yang
memerintah
wilayah tersebut.
• Giddens
(1987)
-
negara
sebagai
sebuah
organisasi
politik
yang
berkuasa
memerintah
sesebuah
wilayah
tertentu
dan
boleh
menggunakan
pelbagai
kaedah
termasuk
dengan
cara
kekerasan
bagi
mengekalkan
sesuatu peraturan.
19
KONSEP BANGSA
• Bangsa
merujuk
pada
sekumpulan
manusia
dalam
satu
ikatan
ketatanegaraan.
Bangsa
adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam
satu
unit
kesedaran
kolektif
bersepadu
berteraskan
perkongsian
etnik,
budaya
dan
sejarah.
• Benedict Anderson mentakrifkan bangsa sebagai
sebuah 'imagined political community’. Manakala
Penrose
pula
mendefinisikan
bangsa
sebagai
“...the largest self-defined collectivity of people
whose members believe that they share some
form of territorial association and that they are
genealogically related...“
• Contoh
bangsa
yang
terdapat
di
negara
Malaysia
ialah
Cina,
Melayu,
India
serta
Bumiputera yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
20
5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
21
KONSEP NEGARA BANGSA
▪ Chambers’ Encyclopedia (1973:671) memberi definisi “nation building”
sebagai negara bangsa itu merupakan satu proses yang melahirkan
bangsa baru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana
semua rakyatnya disatukan oleh ikatan- ikatan seperti bahasa, budaya,
nilai-nilai
dan
lain-lain
yang
membentuk
bangsanya.
Tujuan
utama
pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan
perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.
▪ Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan
oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara
ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen
perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya
yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
22
SYARAT UTAMA NEGARA BANGSA
3 Syarat Utama
Negara Bangsa
Masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam
keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang
diskriminasi dan pepecahan
Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada
suatu ideologi yang sama.
Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem
pemerintahan dan undang-undang negara
23
KATEGORI NEGARA BANGSA
1.
Satu bangsa satu negara (one state one nation)
•Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu
negara.
•Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun
membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara Jerman.
2.
Bangsa tanpa negara (nation without state)
•Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk
bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
•Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa
tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai.
•Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah
autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia.
3.
Negara tanpa bangsa (state without nation)
•Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya,
tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
•Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan etnik yang mengekalkan
identiti masing-masing.
•Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.
24
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
• Apabila Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada
31 Ogos 1957 dan Malaysia terbentuk pada 16
September
1963
apa
yang
lahir
ialah
sebuah
negara
dan
bukannya
sebuah
bangsa
(Abdul
Rahman Embong, 2001).
• Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis,
negara-bangsa
adalah
satu
usaha
untuk
membentuk kesetiaan dan ketaatan
sivik yang
sempurna, manakala bagi fahaman konservatif dan
nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik
atau satu bentuk perpaduan organik (Heywood
2000: 253).
• Pembinaan
negara
bangsa
di
Malaysia
dibina
berdasarkan
Rukun
Negara
melalui
strategi
penyusunan semula masyarakat dibawah program
Dasar
Ekonomi
Baru
(DEB)
pada
tahun
1970
(Ghazali, 1992)
25
5.4 KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”
26
BANGSA IDAMAN SEBELUM MERDEKA
•Pergerakan nasionalisme, masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan
kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing yang bermaksud
sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda
ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing.
• CONTOH: dalam kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur
bangsa idaman.
Pertama, ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategik kiri Melayu.
Kedua, ‘Negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorientasi Islam.
Ketiga ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation)
kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial.
• Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC
1949 (Communities Liaison Committee 1949).
27
BANGSA IDAMAN SELEPAS MERDEKA
• Keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya,’
atau sebuah bangsa. Idea dan wacana mengenai identiti nasional
sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau
wajah Malaysia yang mereka inginkan.
• Antara Bangsa Idaman utama pasca Merdeka 1957, konsep ‘Malaysian
Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an)
dan daripada Malaysia (akhir 1990an).
• Bangsa Idaman pegangan pemerintah 1957-2018, ‘masyarakat majmuk
pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation).
28
BANGSA IDAMAN SELEPAS DEB
Bangsa Malaysia, Wawasan 2020
• Bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir), dipromosi besar-
besaran.
Gagasan 1Malaysia
• Bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Najib), dipromosi besar-besaran.
Sabah for Sabahan
• Bangsa Idaman anjuran Kelompok Strategik Internet hub di luar
negeri.
Sarawak for Sarawakian
• Bangsa Idaman anjuran beberapa Kelompok Strategik Pribumi.
29
KESIMPULAN
❖Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai bentuk
peradaban yang menyerap masuk ke dalam peradaban Melayu.
❖Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.
❖Bangsa
–
satu
kelompok
manusia,
satu
ikatan
ketatanegaran,
komuniti politik.
❖Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan
identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang
sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya.
❖Negara bangsa idaman - Malay-led plural society.
30
RUJUKAN
1. Penghayatan Etika Dan Peradaban, Versi Politeknik Malaysia, Julai
2020
1. Negara-Bangsa : Proses & Perbahasan, Abdul Rahman Embong,
Penerbit UKM Bangi, 2000
1. Bakar Osman, Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban, Jurnal
Pendidikan, [S.I.], v.1,p.75-97, Okt. 2017. ISSN 2636-9257
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2019
31
SEKIAN, TERIMA KASIH
BAB 5 :
PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA
MPU21032
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 31
SLIDE
Similar Resources on Wayground
25 questions
BAB 4 PENJANAAN IDEA PERNIAGAAN (PART 2)
Presentation
•
University
24 questions
Resultados internos y externos
Presentation
•
KG
24 questions
Pengantar Akuntansi - Pekerti
Presentation
•
University
22 questions
INOVASI PEMBAHARUAN PENDIDIKAN
Presentation
•
University
22 questions
PENGAJIAN AM SEMESTER 1 : BADAN PERUNDANGAN
Presentation
•
University
22 questions
LITERASI DIGITAL BAGI MAHASISWA FIP UNJ 2022
Presentation
•
University
23 questions
SACC 1st Million Projek
Presentation
•
KG - University
25 questions
UAS KONSEP DASAR IPA 2025
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for Education
15 questions
LGBTQ Trivia
Quiz
•
University
36 questions
8th Grade US History STAAR Review
Quiz
•
KG - University
25 questions
5th Grade Science STAAR Review
Quiz
•
KG - University
16 questions
Parallel, Perpendicular, and Intersecting Lines
Quiz
•
KG - Professional Dev...
20 questions
5_Review_TEACHER
Quiz
•
University
10 questions
Applications of Quadratic Functions
Quiz
•
10th Grade - University
10 questions
Add & Subtract Mixed Numbers with Like Denominators
Quiz
•
KG - University
20 questions
Block Buster Movies
Quiz
•
10th Grade - Professi...