Search Header Logo
MODUL TMK

MODUL TMK

Assessment

Presentation

Education

5th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

MOHD Moe

FREE Resource

33 Slides • 0 Questions

1

media





MODUL
TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)




2

media

Pendahuluan1

Unit 1:
Berbual dengan
Sahabat

Unit 2:
Kad Jemputan 15

Unit 3:
Jauhi Covid-1926

2

3

media

Pendahuluan

Modul Pembelajaran ini dibangunkan berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahap II, serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) bertujuan membantu guru untuk
menyerap elemen-elemen Pemikiran Komputasional dan TMK ke dalam
pengajaran dan pembelajaran harian. Contoh rancangan pengajaran
dalam modul ini hanyalah sebagai rujukan yang difikirkan sesuai untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan TMK. Guru juga boleh merancang
sendiri atau mengubah suai aktiviti yang disediakan mengikut kreativiti
masing-masing.

Aktiviti-aktiviti dalam setiap unit ini boleh dijalankan secara berasingan
dan tidak semestinya perlu menghabiskan kesemua aktiviti untuk satu unit
dalam masa satu pengajaran.

Organisasi Modul

Modul

Sesuai untuk

Penerangan

Unit 1

Tahun 4

Murid mencipta program perbualan
dengan menggunakan Broadcast
dalam Scratch.

Unit 2

Tahun 5

Murid akan menghasilkan satu kad
jemputan dengan menggunakan fitur
mail merge.

Unit 3

Tahun 6

Murid membina dan menulis
perenggan untuk menyatakan
pendapat yang kritis dan kreatif
daripada sesuatu ayat yang
menceritakan bahan multimedia

01

TMK Bahasa Melayu Tahap II

4

media

Unit 1: Berbual dengan Sahabat

Standard Pembelajaran Bahasa Melayu

Murid boleh:
1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3.7

Mengenal pasti dan menganalisis sumber TMK yang bersesuaian
bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan penyelesaian yang
mungkin dengan cekap dan berkesan menggunakan teknologi
komputer.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.Bertanya dan menjawab soalan dalam perbualan untuk

mendapatkan dan menyatakan penjelasan.

ii.Mengenal pasti dan menganalisis sumber TMK yang bersesuaian bagi

mencapai matlamat untuk mendapatkan penyelesaian yang mungkin
dengan cekap dan berkesan menggunakan teknologi komputer.

Sebelum pembelajaran

Rakaman perbualan dua orang sahabat (Rujuk Lampiran 1.1) untuk

diperdengarkan kepada murid semasa set induksi.

Kad Arahan - setiap murid satu.
Komputer

Keperluan perisian

Cadangan peruntukan masa

Scratch

Aktiviti 1.1: 5 minit
Aktiviti 1.2: 15 minit
Aktiviti 1.3: 35 minit

Pengetahuan Sedia Ada Murid

Murid telah boleh menggunakan “Say” dalam Scratch.

02

5

media

TMK Bahasa Melayu Tahap II

Set Induksi

1.Murid diperdengarkan dialog perbualan pendek antara dua orang

sahabat. (Rujuk Lampiran 1.1.)

2.Guru bersoal jawab dengan murid:

i)Apakah yang kamu dengar dalam perbualan?
ii)Apakah topik perbualan?
iii)Apakah yang ditanya oleh watak Siti?
iv)Apakah yang dijawab oleh watak Aini?

3.Guru menjelaskan/ merumuskan:
- Kita bertanya untuk mendapatkan penjelasan.
- Kita perlu menjawab untuk memberi penjelasan.

Aktiviti 1.1 – Membina Perbualan

1.Murid diberi kad arahan.

2.Murid diminta membina perbualan berdasarkan kad arahan seperti

berikut:

KAD ARAHAN

3.Dalam kumpulan berdua, murid membina soal jawab berdasarkan kad

arahan.

03

Kamu hendak menolong ibu membeli
barang di pasar.

Bina soal jawab antara kamu dan kawan
kamu untuk memberikan penjelasan tujuan
kamu ke pasar.

6

media

1.Buka Scratchdan pastikan terdapatdua sprite di atasstage.

2.Kitaakanmenciptasatuprogramsprite1berbualdengan

sprite 21.

Sprite 1 (kita namakan
dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan
dia Batty)

Langkah 1 Tom akan menyapa
dahulu.

Apabila Tom menyapa,
Batty sepatutnya tidak
bercakap apa-apa
pun.

Langkah 2 Sekarang Tom akan
senyap semasa
mendengar jawapan
daripada Batty.

Batty akan menjawab Tom.

1 BM: 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara kohesi & koheren.

Aktiviti 1.2 – Konsep Asas

04

7

media

Seterusnya

3.Kita akan mencipta program Scratch dengan merujuk kepada langkah 2.

Sprite1 (kita namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan dia Batty)

Langkah
1

a

Langkah
2


b

Catatan:
a.Batty akan menunggu selama 2 saat. Ini adalah kerana Tom akan

bercakap selama 2 saat.

b.Tom akan senyap (kita guna blok “wait” untuk mewakili tindakan ini).
c.Battymenjawab.

4.Murid diberi masa 10 minit untuk menghabiskan perbualan ini – iaitu

setiap sprite akan bercakap sebanyak 5 baris ayat (dalam contoh di
atas, setiap sprite telah menghabiskan 1 baris ayat).

05

TMK Bahasa Melayu Tahap II

c

8

media

1.Broadcast adalah seperti pengarah filem. Dia akan mengawal

aksi-aksi watak termasuk background.

2.Kita akan mengubah suai program perbualan kita dengan

menggunakan “broadcast”.

Tom!
Aksi pertama!

Apabila Tom mendengar
mesej daripada pengarah
filem, dia akan menjalankan
aksi pertama.

Kita juga boleh melantik Tom sendiri yang menjadi pengarah filem.


Tom!
Aksi pertama!

Helo!
Apa khabar, Batty?

Apabila Tom mendengar
mesej daripada pengarah
filem, dia akan menjalankan
aksi pertama.

Aktiviti 1.3 – Broadcast

Helo!
Apa khabar, Batty?

Helo!
Apa khabar, Batty?

06

9

media

Seterusnya

3.Kita akan mencipta program Scratch dengan merujuk kepada

nota 2.

Sprite1 (kita namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan
dia Batty)

Langkah
1

Catatan:
Setelah Tom (pengarah filem) melengkapkan aksi 1, dia akan
mengarah Batty untuk membuat aksi 2:

Sprite1 (kita namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan
dia Batty)

Langkah
1

07

TMK Bahasa Melayu Tahap II

10

media

Seterusnya

4.Batty mendengar mesej daripada pengarah, jadi
dia akan menjalankan aksi 2.

Sprite1 (kita
namakan dia
Tom)

Sprite 2 (kita namakan dia Batty)

Langkah
2

a.Setelah Batty melengkapkan aksi 2, Tom akan dapat tahu. Ini

adalah kerana kita menggunakan “broadcast and wait”.

b.Kita akan program Tom untuk menjalankan aksi 3.

Sprite1 (kita namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita
namakan dia Batty)

Langkah
1

08

a

b

11

media

Seterusnya

5.Kita akan mengulangi langkah yang telah dijelaskan dalam

nota 3 dan 4. Selepas aksi 3, Tom akan mengarahkan Batty
untuk menjalankan aksi 4.

Sprite1 (kita namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan
dia Batty)

Langkah
4

6.Batty mendengar mesej daripada pengarah, jadi dia akan

menjalankan aksi 4.

Sprite1 (kita
namakan dia Tom)

Sprite 2 (kita namakan dia Batty)

Langkah
5

09

TMK Bahasa Melayu Tahap II

12

media

Tom

Seterusnya:

Ulang langkah 3 dalam nota 4 ke langkah 5 dalam nota 6 sehingga
program perbualan habis. Contoh:

Kod untuk Tom:

Tom

10

13

media

Batty

Seterusnya

Kod untuk Batty:





Nota untuk guru:
Murid diminta untuk menulis perbualan yang lebih panjang daripada
contoh dalam modul ini.

Contoh:
-perbualan antara ibu dan anak
-perbualan antara guru dan murid
-perbualan antara murid dan kawan
-perbualan antara kamu dan adik beradik atau ahli keluarga

11

TMK Bahasa Melayu Tahap II

14

media

Murid dikehendaki untuk menghasilkan satu program yang
menceritakan semula aktiviti menolong ibu membeli barang di
kedai runcit menggunakan Scratch. Kriteria program:
*menggunakan fungsi Broadcast

*menggunakan fungsi “record” dalam Scratch:

Murid boleh menjalankan aktiviti ini secara berpasangan, supaya
salah seorang memainkan peranan watak pertama, dan seorang
lagi memainkan peranan watak kedua.

Guru dan murid merumuskan pelajaran pada hari itu.

2 BM: 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan.

Projek 22

a

b

c

d

12

15

media

Lampiran 1.1

1.

2.

3.

4.

13

TMK Bahasa Melayu Tahap II

16

media

LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Projek Unit 1

Nama Murid

Kelas

Bil

Perkara yang dinilai

Pencapaian

Catatan

Ya

Tidak

1. Murid boleh mengemukakan
soalan untuk mendapatkan
penjelasan dan menjawab
soalan untuk memberi
penjelasan.

2. Murid boleh menggunakan
fungsi dalam Scratch untuk
menjalankan tugas yang
diberikan.

3. Murid merancang program
dahulu sebelum
membangunkannya dengan
menggunakan komputer.

4. Murid menyumbang kepada
kerja berpasukan dengan
baik.


















14

17

media

Unit 2: Kad Jemputan

Standard Pembelajaran Bahasa Melayu

Murid boleh:
3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak

berformat.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.5

Menggunakan fitur Mail Merge.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.Menghasilkan kad jemputan hari lahir untuk kawan-kawan.
ii.Menggunakan fitur Mail Merge.

Keperluan perisian

Cadangan peruntukan masa

LibreOffice Writer
LibreOffice Base
LibreOffice Calc

Aktiviti 2.1: 30 minit

Pengetahuan Sedia Ada Murid

Murid telah boleh:
1.menggunakan spreadsheet.

2.menyisip kotak teks serta imej.

Set Induksi

1.Murid diperkenalkan tajuk pembelajaran – Kad jemputan.
2.Murid memberi contoh kad jemputan yang pernah mereka terima.

Guru menyatakan terdapat pelbagai jenis kad jemputan. Contohnya
kad jemputan hari lahir, kad jemputan majlis perkahwinan dan lain-lain.

3.Murid diminta untuk menjelaskan langkah-langkah menghantar kad

jemputan secara pos.
Contoh jawapan untuk rujukan guru:
Langkah 1: Reka kad jemputan.
Langkah 2: Tuliskan nama kawan yang hendak

dijemput pada kad jemputan.

Langkah 3: Masukkan kad jemputan ke dalam

sampul surat.

Langkah 4: Ke pejabat pos untuk membeli setem

dan mengeposkan kad jemputan.

Pemikiran
Komputasional:
Algoritma
Murid
merancang
langkah-langkah
penyelesaian
masalah.
15

TMK Bahasa Melayu Tahap II

18

media

1.Kumpul nama dan alamat rakan sekelas dengan menggunakan
spreadsheet.
Contoh:

Aktiviti 2.1 – Konsep Asas

Murid diminta untuk:

16
`

19

media

2. Buka perisian pangkalan data (database). Di sini kita akan

menggunakan LibreOffice.

Klik: “Connectto an existing databasePilih “SpreadsheetNext.

17

TMK Bahasa Melayu Tahap II

20

media

Pilih “Browse”.

Pilih “spreadsheet” yang kita telah cipta dalam langkah 1.

18
`

21

media

Sampai di skrin ini, klik “Finish”.

Simpan fail di dalam folder yang dikehendaki.

19

TMK Bahasa Melayu Tahap II

22

media

Libre Base akan dibuka. Tutup fail tersebut buat masa ini.

3. Sediakan satu kad jemputan dengan menggunakan pemproses

kata. Contoh:

20
`

23

media

21

TMK Bahasa Melayu Tahap II

Klik “View”

“Data Sources.”

24

media

a.Pilih nama fail yang anda simpan dalam langkah 2, pastikan file

extension ialah .odb dan bukan .ods. Jadual yang kita cipta
dalam langkah 1 akan muncul dalam tingkap sebelah kanan.

b.Letakkankursorpadaposisiyangandahendaksisipcolumn

pertama.Seretcolumnpertamakeposisiyangandapilih.

a

b


22
`

25

media

Masukkan alamat juga. Simpan fail anda selepas siap.

Sekarang pilih “print”.
a.Pilih “Save as individual documents”.
b.Pilih lokasi untuk disimpan.
c.Pilih PDF sebagai File format.
d.Klik “OK”.

a

b

c

d

23

TMK Bahasa Melayu Tahap II

26

media

4. Cuba buka folder bagi fail yang disimpan. Anda akan nampak

kesemua kad jemputan telah disimpan dalam format PDF.

Aktiviti 2.2 – Pengukuhan

Murid dikehendaki untuk menulis satu surat formal yang mengandungi
butiran seperti yang disenaraikan dan menggunakan fitur Mail Merge.
Contoh:
1.Surat mesyuarat agung untuk semua ahli Kelab Komputer.

*Nama ahli

*Nombor ahli

*Alamat ahli
atau

2.Surat jemputan untuk menghadiri majlis anugerah untuk murid

Tahun 6.

24
`

27

media

LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Projek Unit 2

Nama Murid

Kelas

Bil

Perkara yang dinilai

Pencapaian

Catatan

Ya

Tidak

1. Murid boleh mendraf dan
menghasilkan penulisan
berformat, dan tidak
berformat.

2. Murid boleh menghasilkan
kad/surat jemputan
menggunakan fitur Mail
Merge.

3. Murid menyumbang kepada
kerja berpasukan dengan
baik.

25

TMK Bahasa Melayu Tahap II

28

media

Unit 3: Jauhi Covid-19

Standard Pembelajaran Bahasa Melayu

Murid boleh:
3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat

yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3.7

Mengenal pasti dan menganalisis sumber TMK yang bersesuaian
bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan penyelesaian yang
mungkin dengan cekap dan berkesan menggunakan teknologi
komputer

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.Menulis pendapat tentang cara menjauhkan diri daripada Covid-19

berdasarkan bahan multimedia.

ii.Mengenal pasti dan menganalisis sumber TMK yang bersesuaian bagi

mencapai matlamat untuk mendapatkan penyelesaian yang mungkin
dengan cekap dan berkesan menggunakan teknologi komputer.

Keperluan perisian

Cadangan peruntukan masa

Enjin carian
Internet

Aktiviti 3.1: 10 minit
Aktiviti 3.2: 10 minit
Aktiviti 3.3: 30 minit

Pengetahuan Sedia Ada Murid

Murid telah boleh:
1.menyisip kotak teks, imej, jadual, audio atau video.
2.Menghasilkan persembahan multimedia.

Set Induksi

1.Murid diminta untuk memberi contoh bahan yang boleh digunakan

untuk membuat persembahan.
Contoh Jawapan: video, gambar, slaid, dan sebagainya.

2.Murid diperkenalkan tajuk untuk pembelajaran unit ini ialah kesesuaian

bahan multimedia – slaid.

26
`

29

media

1.Murid diminta memuat-turun fail yang bernama
“Bahan_Multimedia-murid.pptx”.

2.Murid memerhatikan slaid tersebut dalam mod “Slide Show”.

3.Murid memberi input mereka tentang persembahan bahan
multimedia tersebut (selain daripada kandungan) dari segi:
jenis teks yang digunakan
saiz teks pada slaid
pilihan warna slaid
gambar yang digunakan
kesesuaian animasi

dengan menggunakan Lampiran 3.1.

Aktiviti 3.1 – Konsep Asas

Aktiviti 3.2 – Pengumpulan Maklumat

1.Murid menonton video “Duduk Diam-diam Jauhi Covid-19”.

2.Murid dan guru bersoal-jawab tentang video:

a.Apa itu Covid-19?
b.Apakah tanda-tanda jangkitan Covid-19?
c.Cara elakkan diri daripada Covid-19.

3.Guru mengedarkan kad tugasan kepada murid.

4.Murid diminta menulis pendapat tentang cara-cara menjauhkan

diri daripada Covid-19.

5.Murid boleh menyediakan jawapan dalam bentuk slaid.

27

TMK Bahasa Melayu Tahap II

30

media

Aktiviti 3.3 – Aktiviti Pengukuhan

Murid diminta untuk menghasilkan slaid berkaitan.

i.Apa itu Covid-19.

ii.Tanda-tanda jangkitan Covid-19.

iii.Cara-cara menjauhi Covid-19.

Slaid tersebut perlu merangkumi kesemua kriteria untuk bahan
multimedia yang bagus:

jenis teks yang digunakan
saiz teks pada slaid
pilihan warna slaid
gambar yang digunakan
kesesuaian animasi

Murid menyediakan laporan slaid dengan menggunakan Lampiran 3.2.

28
`

31

media

Slaid 1.

Slaid 2.

Slaid 3.

Slaid 4.



29

TMK Bahasa Melayu Tahap II

Lampiran 3.1

32

media

Lampiran 3.2

Tajuk:

Rekaan slaid

Mesej yang hendak disampaikan

Adakah slaid saya:
menyampaikan mesej dengan jelas?

tersusun dan senang diikuti?

warna yang digunakan bersesuaian?

animasi menarik perhatian penonton?

30
`

33

media

LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Projek Unit 3

Nama Murid

Kelas

Bil

Perkara yang dinilai

Pencapaian

Catatan

Ya

Tidak

1.




Murid boleh membina
dan menulis perenggan
untuk menyatakan
pendapat yang kritis dan
kreatif daripada sesuatu
bahan multimedia.

2.







Murid boleh mengenal pasti
dan menganalisis sumber
TMK yang bersesuaian bagi
mencapai matlamat untuk
mendapatkan penyelesaian
yang mungkin dengan
cekap dan berkesan
menggunakan teknologi
komputer.

31

TMK Bahasa Melayu Tahap II

media





MODUL
TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)




Show answer

Auto Play

Slide 1 / 33

SLIDE