Search Header Logo
Pelarasan 🥰

Pelarasan 🥰

Assessment

Presentation

World Languages

1st - 5th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

MOHAMMAD HAZIQ BIN ANUAR

Used 5+ times

FREE Resource

13 Slides • 17 Questions

1

PELARASAN 🥰

2

MAKSUD PELARASAN

Bukan semua transaksi memerlukan dokumen, walau bagaimanapun transaksi yang berlaku tanpa dokumen perlu direkodkan.

Pelarasan ialah transaksi yang berlaku tanpa dokumen.

3

JENIS PELARASAN (1)

AKAUN NOMINAL (AKAUN KECILAN)

1. Hasil Belum Terperoleh
= Patutnya belum dapat tapi dah dapat (Duit dia) (Liabiliti Semasa)

2. Hasil Belum Terima
= Patutnya dah dapat tapi belum dapat (Duit kita) (Aset Semasa)

4

JENIS PELARASAN (1)

AKAUN NOMINAL (AKAUN KECILAN)

1. Belanja Prabayar
= Patutnya belum bayar tapi dah bayar (Duit kita) (Aset Semasa)

2. Belanja Belum Bayar
= Patutnya dah bayar tapi belum bayar (Duit dia) (Liabiliti Semasa)

5

CARA MENCARI HASIL DAN BELANJA YANG SEBENAR :

media

6

Multiple Choice

Maklumat yang berikut diperoleh daripada buku Syarikat Medex.

- Tahun kewangan - 1 Jun 20X6 hingga 31 Mei 20X7

- Insurans setahun berjumlah RM2 400 dibayar pada 1 Ogos 20X6.

Hitung jumlah insurans yang dicatat dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mei 20X7?

1

RM400

2

RM800

3

RM1 200

4

RM2 000

7

Multiple Choice

Pada 1 Mei 20X5, Perniagaan Elaisy telah membayar insurans tahunan berjumlah RM2 400. Sekiranya tempoh perakaunannya adalah dari 1 Mac 20X5 hingga 28 Februari 20X6, hitung jumlah insurans prabayar pada 28 Februari 20X6.

1

RM200

2

RM400

3

RM600

4

RM800

8

Multiple Choice

Maklumat yang berikut diambil daripada buku Perniagaan Rina.

- Inventori alat tulis yang belum digunakan pada 1 Januari 20X6 berjumlah RM240.

- Alat tulis yang dibeli secara tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 20X6 berjumlah RM500.

Hitung belanja alat tulis yang direkod dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 20X6.

1

RM240

2

RM260

3

RM550

4

RM740

9

Multiple Choice

Gaji dibayar RM6500. Sekiranya gaji pekerja bulan Mac 20X6 sebanyak RM480 masih belum dibayar, hitung jumlah gaji yang direkod dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 20X6.

1

RM5 769

2

RM6 020

3

RM6 500

4

RM6 980

10

Multiple Choice

Insurans prabayar pada 1 Jan 20X1 - Tiada

Insurans prabayar pada 31 Dis 20X1 - RM240

Insurans dibayar - RM1 440

Berapa insurans yang sebenar ?

1

RM1 680

2

RM1 200

3

RM1 440

4

RM240

11

Multiple Choice

Komisen Belum Terima pada 1 Jan 20X1 - RM120

Komisen Belum Terima pada 31 Disember 20X1 - RM180

Komisen Diterima - RM1 640

Cari komisen diterima yang sebenar

1

RM1 820

2

RM1 760

3

RM1 940

4

RM1 700

12

Multiple Choice

Faedah pinjaman belum bayar pada 1 jan 20X1 - RM480

Faedah pinjaman belum bayar pada 31 Dis 20X1 - Tiada

Faedah pinjaman dibayar - RM1200

Cari faedah pinjaman yang sebenar?

1

RM1 680

2

RM720

3

RM1 200

4

RM480

13

Multiple Choice

Gaji dalam Imbangan Duga ialah RM14 000

Maklumat Tambahan:

1. Gaji belum bayar RM2000

Berapa gaji yang sebenar?

1

RM14 000

2

RM16 000

3

RM12 000

4

RM200

14

JENIS PELARASAN (2)

  1. Hutang Lapuk

    = belum bayar yang dihapuskan (Belanja)

  2. Hutang Lapuk Terpulih

    = dah hapus tapi dapat balik duit (Hasil)

  3. Peruntukan Hutang Ragu

    = kita syak dia tak dapat bayar (Akaun Kontra kerana mengurangkan Akaun Belum Terima)

15

CARA MENGIRA PERUNTUKAN HUTANG RAGU :

media
media
media

16

Multiple Choice

Akaun Belum Terima di dalam Imbangan Duga ialah RM20 800.

Hutang Lapuk di dalam Imbangan Duga ialah RM500.

Maklumat Tambahan:

1. Sekeping cek berjumlah RM1 200 telah diterima daripada Razali, seorang pelanggan yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tiga tahun dahulu.

2. Pada 31 Disember 20X1, seorang pelanggan didapati melarikan diri dan baki debit hutangnya sebanyak RM2 000 dihapuskan sebagai hutang lapuk.

Cari hutang lapuk yang sebenar.

1

RM500

2

RM1 300

3

RM2 000

4

RM2 500

17

Multiple Choice

Akaun Belum Terima dalam Imbangan Duga ialah RM20 000

Hutang Lapuk dalam Imbangan Duga ialah RM500.

Peruntukan Hutang Ragu dalam Imbangan Duga ialah RM400

Maklumat Tambahan:

1. Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% daripada Akaun Belum Terima bersih.

Pilih akaun yang terlibat.

1

Debit: RM975 Akaun Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu

Kredit: RM975 Akaun Peruntukan Hutang Ragu

2

Debit: RM600 Akaun Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu

Kredit: RM600 Akaun Peruntukan Hutang Ragu

3

Debit: RM575 Akaun Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu

Kredit: RM575 Akaun Peruntukan Hutang Ragu

4

Debit: RM975 Akaun Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu

Kredit: RM575 Akaun Peruntukan Hutang Ragu

18

Multiple Choice

Akaun Belum Terima di dalam Imbangan Duga ialah RM20 800.

Hutang Lapuk di dalam Imbangan Duga ialah RM500.

Maklumat Tambahan:

1. Sekeping cek berjumlah RM1 200 telah diterima daripada Razali, seorang pelanggan yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tiga tahun dahulu.

2. Pada 31 Disember 20X1, seorang pelanggan didapati melarikan diri dan baki debit hutangnya sebanyak RM2 000 dihapuskan sebagai hutang lapuk.

Cari hutang lapuk terpulih yang sebenar.

1

RM1 200

2

RM1 300

3

RM5 000

4

RM800

19

Multiple Choice

Sewa dibayar di dalam Imbangan Duga pada 31 Disember 20X1 ialah RM2 400

Maklumat Tambahan:

1. Sewa yang dibayar adalah untuk tempoh 1 Jun 20X1 hingga 31 Mei 20X2

Cari Sewa dibayar yang sebenar.

1

RM2 400

2

RM1 000

3

RM1 400

4

RM 200

20

JENIS PELARASAN (3)

  1. Susut Nilai

    = nilai aset yang berkurang yang kita perlu tanggung (Belanja)

  2. Susut Nilai Terkumpul

    = jumlah nilai aset yang berkurang (Akaun Kontra kerana mengurangkan Aset Bukan Semasa)

21

JENIS PENGIRAAN SUSUT NILAI

  1. Kaedah Garis Lurus (Jika tiada usia guna)

    -> Nilai susut nilai x Aset Bukan Semasa

    -> Contoh: 10% x RM20 000 = RM2 000

  2. Kaedah Garis Lurus

    -> (Kos Asal - Nilai Skrap) / Usia Guna Aset

    -> Contoh: (RM20 000 - RM5 000) / 3 tahun = RM5 000

22

JENIS PENGIRAAN SUSUT NILAI

  1. Kaedah Penilaian Semula

    -> Nilai Aset Awal + Belian Aset - Nilai Aset Akhir

    -> RM20 000 + RM2 000 - RM 18 000 = RM4 000

  2. Kaedah baki Berkurangan

    -> (Aset - Susut Nilai Terkumpul) x Nilai Susut Nilai

    -> (RM20 000 - RM5 000) x 10% = RM1 500

23

Multiple Choice

Maklumat di bawah ini menunjukkan jentera yang dibeli oleh Kilang Prima pada 1 Januari 20X6.

Kos Jentera - RM80 000

Usia guna - 20 tahun

Nilai skrap - RM10 000

Hitung susut nilai mesin itu setiap tahun.

1

RM500

2

RM4 500

3

RM4 000

4

RM3 500

24

Multiple Choice

Syarikat Pembinaan Prima membeli sebuah jentolak berharga RM200 000 pada 1 Januari 20X6. Jentolak tersebut telah disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Hitung susut nilai bagi jentolak itu selama 4 tahun.

1

RM20 000

2

RM18 000

3

RM16 200

4

RM14 580

25

Multiple Choice

Pada 1 Januari 20X9, Perniagaan Tina membeli sebuah kenderaan terpakai berharga RM15 000. Tempoh usia guna kenderaan ini dijangka selama 5 tahun. Pada akhir tahun ke-5, kenderaan ini dijual semulasebagai besi buruk pada harga RM5 000. Kira susut nilai tahunan kenderaan tersebut.

1

RM1000

2

RM2000

3

RM3 000

4

RM4 000

26

Multiple Choice

Pada 1 Januari 20X6, Ladang Timuran membeli sebuah jentera pembajak berharga RM60 000. Jentera itu disusutnilaikan dengan kadar 10% setahun atas kos asalnya. Kira susut nilai tahunan bagi jentera pembajak itu.

1

RM6

2

RM60 000

3

RM600

4

RM6000

27

JENIS PELARASAN (4)

  1. Pelupusan Aset Bukan Semasa

    = kita habuskan Aset Bukan Semasa (Belanja kalau dapat rugi, Hasil kalau dapat Untung)

28

CARA MENGIRA UNTUNG RUGI PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA :

media

29

Multiple Choice

Syarikat Murni membeli sebuah mesin pada 1 Januari 2022 dengan harga RM40,000. Susut nilai dikenakan sebanyak 10% setahun atas kos. Pada 31 Disember 2024, mesin itu dijual dengan harga RM30,000.
Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut?

1

Untung RM2,000

2

Rugi RM2,000

3

Untung RM6,000

4

Rugi RM6,000

30

SELAMAT MENYIAPKAN SOALAN SPM KERTAS 1 & 2 TAHUN 2018

🤓📝

PELARASAN 🥰

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 30

SLIDE