
Tatabahasa dan Kesusasteraan Melayu
Presentation
•
Social Studies
•
9th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
MOHAMMAD UPM
Used 6+ times
FREE Resource
9 Slides • 20 Questions
1
JELAJAH BAH.TERA
Tingkatan 4 & Tingkatan 5
(TATABAHASA & KESUSASTERAAN MELAYU )
SPM
KSSM
Nota
Video Pembelajaran
10 soalan tatabahasa Melayu
10 soalan kesusasteraan Melayu
Kandungan modul:
MODUL BAHASA MELAYU
2
`Dalam sastera Melayu, modul ini lebih memberi fokus kepada aspek jenis-jenis puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka manakala puisi moden seperti sajak. Pada perspektif yang sama, aspek gaya bahasa akan dijelaskan seperti metafora, asonansi, aliterasi, personafikasi.
Para pelajar dapat mengukuhkan pemahaman berkaitan aspek:
Hasil Pembelajaran
Aspek Bahasa & Linguistik Melayu:
1.Golongan Kata
Aspek Kesusasteraan Melayu:
2. Perbezaan puisi tradisional & moden dan gaya bahasa
Jenis golongan kata yang akan menjadi fokus utama dalam modul ini ialah kata kerja. Kata kerja terbahagi kepada dua: kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Terdapat beberapa soalan dan nota yang akan ditampilkan sebagai mekanisme bantuan pembelajaran.
3
4
5
O
T
A
GAYA BAHASA
6
7
8
UJI MINDA BAHASA & LINGIUSTIK MELAYU
9
Multiple Choice
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk memperkukuh sesuatu ayat. Adakah penyataan tersebut benar?
A. Benar
B. Palsu
10
Multiple Choice
2. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif
A. Dia menggoreng ikan di dapur.
B. Mereka melompat kegembiraan setelah menang pertandingan
C. Ibu sedang mencuci pinggan di dapur.
D. Amir menulis surat kepada rakannya.
11
Multiple Choice
3.Yang manakah perkataan mewakili kata kerja transitif?
A. berjalan
B. memetik
C. bernyayi
D. terjatuh
12
Multiple Choice
4.Ayat yang manakah mengandungi kata kerja transitif?
A. Ali tidur di atas sofa.
B. Adik menendang bola ke arah pintu gol.
C. Mereka berjalan di tepi pantai.
D. Ayah termenung di ruang tamu.
13
Fill in the Blanks
5. Dalam ayat berikut, tentukan objek tepat bagi kata kerja transitif ini.
Ayat: Amir menyusun buku di rak.
14
Multiple Choice
6. Aminah memasukkan lapan buah buku ke dalam kotak yang diperbesar oleh Claudia tiga hari yang lalu menggunakan lebihan kotak di pasaraya yang bersebelahan rumah Muthu.
Berdasarkan petikan di atas, apakah perkataan yang mewakili penentu kata kerja transitif?
A. memasukkan
B. menggunakan
C. diperbesar
D. bersebelahan
15
Multiple Choice
7.Ayat aktif tak transitif yang manakah keterangannya boleh digugurkan?
i)Adik menangis teresak-esak.
ii) Aiman selalu teringat jenaka ayahnya.
iii) Keluarga itu telah berpindah ke Perlis.
iv) Rombongan pihak lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan.
A. i dan iii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. ii dan iv
16
Multiple Choice
8.Yang manakah ayat yang kata kerjanya merupakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?
A. Kami sekeluarga hanya berpegang pada janji mulutnya sahaja.
B. Amar kerap bersiar-siar di tepi pantai dengan rakan-rakannya.
C. Dia bersujud kepada Tuhan dengan penuh kesyukuran.
D. Mereka bergurau senda di beranda rumah.
17
Multiple Choice
9.Frasa yang manakah mengandungi kata kerja tak transitif berimbuhan ter-?
A. terjaga daripada tidur
B. tersepak tunggul kayu
C. terlanggar pasu bunga
D. terjatuh dalam lubang
18
Multiple Choice
10. Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif tak transitif yang diikuti oleh penerang?
A. Bangunan besar itu runtuh semalam.
B. Wanita tua itu bertudung kain batik lepas.
C. Pintu rumahnya masih terbuka ketika kami tiba.
D. Para pemain bola sepak sedang berlatih di stadium itu.
19
UJI MINDA KESUSASTERAAN MELAYU
20
Multiple Choice
1.Apakah ciri utama yang membezakan pantun dan syair?
A. Pantun mempunyai rangkap pembayang dan rangkap maksud manakala syair tidak.
B. Pantun hanya boleh disampaikan secara lisan manakala syair boleh ditulis.
C. Pantun menggunakan rima a, b, a, b manakala syair menggunakan rima a-a-a-a.
D. Pantun bertujuan untuk memberi nasihat, menyindir, dan berjenaka manakala syair bertujuan untuk menceritakan kisah.
21
Multiple Choice
2.Apakah perbezaan utama antara pantun, syair dan gurindam?
A. Pantun, syair dan gurindam mempunyai struktur dan rima yang berbeza.
B. Pantun, syair dan gurindam mempunyai tujuan yang sama.
C. Pantun, syair dan gurindam hanya boleh disampaikan secara lisan.
D. Pantun, syair dan gurindam tidak mempunyai perbezaan.
22
Multiple Choice
3. Apakah peranan pantun, syair dan gurindam dalam puisi Melayu tradisional?
A. Menyampaikan nilai budaya, mendidik masyarakat dan mengkritik sosial.
B. Menghiburkan masyarakat, menceritakan kisah teladan dan meluahkan perasaan.
C. Menyampaikan nasihat, menyebarkan berita dan mengembangkan seni lukis.
D. Mengajar ilmu moden, menghiburkan melalui lagu dan menyampaikan sejarah.
23
Multiple Choice
4. Pohon berangan tumbuh sejajar,
Gugur daun atas papan,
Adik jangan malas belajar,
Ilmu berguna masa hadapan.
Berdasarkan pantun 4 kerat ini, Yang manakah mewakili maksud untuk pantun 4 kerat tersebut?
A. Jangan terlalu bergantung pada orang lain.
B. Berusaha keras tanpa melihat hasil.
C. Ilmu sangat penting untuk masa hadapan.
D. Belajar tanpa henti akan memberikan kejayaan.
24
Multiple Choice
5.Jikalau anda menuntut ilmu,
jangan sesekali berasa jemu.
Berikut adalah contoh baris gurindam. Apakah jenis nasihat yang terkandung dalam gurindam ini?
A. Pentingnya untuk tidak malas dalam menuntut ilmu.
B. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan tanpa henti.
C. Jangan terlalu tertekan dengan pembelajaran.
D. Belajar perlu dilakukan dengan penuh semangat dan tanpa rasa bosan.
25
Multiple Choice
6.Dengarkan tuan ayahnya berperi,
Kepada anaknda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahnda beri,
Amalkan jangan malas dan nyeri.
Berdasarkan syair di atas, apakah maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang?
A. Sebagai seorang anak perlulah menjaga hubungan baik dengan ayah.
B. Seorang anak perlu rajin berusaha untuk berjaya dan mendengar nasihat orang tua.
C. Ayah perlu memberikan nasihat kepada anak supaya menjadi insan yang berjaya.
D. Kebijaksanaan seorang anak bergantung sepenuhnya kepada didikan ibu bapa.
26
Fill in the Blanks
7."Kita menghulur jemari hati menghantar pesan seloka mengirim diksi dari langit mantera dari rumpun Melayu air mawar dari sumur nusantara satukan menjadi jamu cinta kita santap dalam pentas terbuka di anjung pelbagai sejuta budaya duduk-duduk berlamalah di sini sambil menganyam citra pelangi di wajah 1 Malaysia." Dipetik oleh sajak Citra Pelangi 1 Malaysia karya A.Halim Ali.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan gaya bahasa yang terdalam petikan sajak ini.
Type answer...
27
Fill in the Blanks
8. Sunyi membungkam dalam diri,
Sepi diri tanpa bonda,
kepiluan melamar jua,
ibu, kau masih dalam ingatan,
memoriku sepi tanpa ibu.
Dipetik daripada Sepi Syawal Tanpa Bonda karya Amuylia Hussain.
Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan gaya bahasa.
Type answer...
28
Multiple Choice
9. "Gelisah hidupku", "manis nona", "tari tawan".
Apakah kriteria untuk contoh di atas?
A. Simile
B. Epifora
C. Inversi
D. Hiperbola
29
Multiple Choice
10. Mengapakah epifora disebut sebagai ulangan jajaran perkataan di akhir baris?
A. Kemerduan bunyi dapat ditimbulkan.
B. Maksud diberi penegasan.
C. Sindiran tidak lansung.
D. Pemukauan pembaca.
JELAJAH BAH.TERA
Tingkatan 4 & Tingkatan 5
(TATABAHASA & KESUSASTERAAN MELAYU )
SPM
KSSM
Nota
Video Pembelajaran
10 soalan tatabahasa Melayu
10 soalan kesusasteraan Melayu
Kandungan modul:
MODUL BAHASA MELAYU
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 29
SLIDE
Similar Resources on Wayground
23 questions
Kelas 9 - Pengertian Teks Diskusi
Presentation
•
9th Grade
20 questions
Teks LHO
Presentation
•
10th Grade
22 questions
Asal-usul nenek moyang bangsa Indonesia
Presentation
•
10th Grade
22 questions
Tari Kreasi
Presentation
•
9th Grade
22 questions
Pembagian Ilmu EKonomi
Presentation
•
10th Grade
21 questions
ATLETIK KELAS IX (Pengenalan Awal)
Presentation
•
9th Grade
23 questions
Pert 4 Bab 2 Kelas 8.3
Presentation
•
8th Grade
23 questions
Presentasi Kata Serapan
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Social Studies
10 questions
Exploring the Age of Exploration: Key Events and Figures
Interactive video
•
6th - 10th Grade
10 questions
Debating the Legacy of Christopher Columbus
Interactive video
•
6th - 10th Grade
27 questions
World Geography - Q1 9week Test
Quiz
•
9th Grade
25 questions
Gilded Age Gallery Walk
Presentation
•
9th - 12th Grade
30 questions
The Americas Review
Quiz
•
9th Grade
10 questions
Exploring the 13 Colonies Regions
Interactive video
•
6th - 10th Grade
23 questions
USHC 6 FDR and The New Deal Programs
Quiz
•
9th - 12th Grade
19 questions
Spanish American War
Presentation
•
8th - 12th Grade