Soalan Sajak Erti hidup Bererti - Rashidah

Soalan Sajak Erti hidup Bererti - Rashidah

5th - 11th Grade

23 Qs

quiz-placeholder

Similar activities

Tatabahasa - Tahun 4

Tatabahasa - Tahun 4

4th - 6th Grade

20 Qs

PJPK TING 5 (4.0 KEKELUARGAAN)

PJPK TING 5 (4.0 KEKELUARGAAN)

5th Grade

20 Qs

Sajak Bintang BM Ting.3

Sajak Bintang BM Ting.3

10th Grade

22 Qs

Pentaksiran Kendiri BM Tingkatan 2 (KOMSAS)

Pentaksiran Kendiri BM Tingkatan 2 (KOMSAS)

KG - 12th Grade

20 Qs

QUIZIZZ BAHASA MELAYU OBJEKTIF SIRI 3

QUIZIZZ BAHASA MELAYU OBJEKTIF SIRI 3

9th Grade

20 Qs

Legasi Tapai Ubi

Legasi Tapai Ubi

10th Grade

20 Qs

pendidikan moral T4 unit 6

pendidikan moral T4 unit 6

10th - 12th Grade

19 Qs

SAJAK SENJA DI PALANG BESI

SAJAK SENJA DI PALANG BESI

9th Grade

20 Qs

Soalan Sajak Erti hidup Bererti - Rashidah

Soalan Sajak Erti hidup Bererti - Rashidah

Assessment

Quiz

Education

5th - 11th Grade

Medium

Created by

syieda sidek

Used 73+ times

FREE Resource

23 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap 1 sajak Erti Hidup Bererti.


Aku selalu didatangi

malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku

tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku

keluhan seorang tua sunyi

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupai dan tidak sanggup untuk menjaganya.

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri.

Penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap 2 sajak Erti Hidup Bererti.


Keheningan tasik

kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan

di penjuru ruang zaman

cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik

kucari erti hidup

menderita mengerang sakit

berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupai pengorbanannya. Anak-anaknya juga saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap terakhir sajak Erti Hidup Bererti.


Aku bagi mereka

tiada makna

anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin

jangan terpegun

ada yang mati

ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Penyajak menerima anak-anaknya sama ada yang setia atau derhaka dan dia bersedia memaafkan kesilapan anak-anaknya. Penyajak menerima segala takdir Tuhan untuk menghabiskan sisa hidupnya.

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak juga mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.

Penyajak mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal. Oleh itu, penyajak bersedia untuk menerima dan memaafkan anaknya walaupun anak-anaknya tidak pernah mengambil berat tentang dirinya. Kasih sayang penyajak sebagai ibu bapa terhadap anak kandungnya tidak pernah luntur.

Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Hal ini kerana perasaan sayang seorang ibu bapa melebihi segala-galanya. Walau apa-apapun yang terjadi kepada dirinya, penyajak tetap menerima dengan hati yang terbuka kerana bagi dirinya, tidak apa-apa di dunia ini dikuasai oleh manusia melainkan Tuhan.

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Pilih huraian yang paling sesuai bagi persoalan di bawah.


Persoalan kesunyian yang dirasai oleh seorang ibu

Ibu berasa sedih kerana anak-anak tidak mempedulikannya ketika dia sakit.

Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya.

Ibu menanggung penderitaan seorang diri kerana hidup sebatang kara.

Ibu berasa sunyi kerana anak-anaknya tidak mahu mendengar luahan hatinya.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Pilih nilai kemanusiaan yang sesuai dikaitkan dengan baris sajak di bawah.


anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

Nilai belas kasihan

Nilai kasih sayang

Nilai ketabahan

Nilai kesetiaan

6.

MULTIPLE SELECT QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah harapan ibu kepada anaknya dalam sajak tersebut?


Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

Anak-anaknya datang menjenguknya

Anak-anaknya insaf

Anak-anaknya tinggal bersama-samanya

Anak-anaknya mempunyai perasaan kasih sayang dalam hati

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa? [3 markah]


Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas.

Pada pendapat saya, cara saya menghormati dan menyayangi ibu bapa ialah dengan cara membantu mereka membuat kerja rumah bagi meringankan beban mereka. Selain itu, saya akan memberi mereka banyak wang saku agar mereka dapat membeli barangan kesukaan mereka. Saya juga akan membawa mereka melancong atau menunaikan haji / umrah selagi mereka masih mampu berjalan.

Pada pendapat saya, cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa adalah dengan menjaga maruah dan akhlak diri agar tidak memalukan mereka. Selain itu, bawa mereka melancong ke luar negara yang belum pernah dikunjungi oleh mereka.

Pada pendapat saya, seseorang anak hendaklah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa agar tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang masalah kepada diri sendiri dan keluarga. Di samping itu, seseorang anak haruslah sentiasa bertutur dan bercakap dengan ibu bapa secara sopan dan lembut. Seseorang anak itu juga patut sering membantu ibu bapa semasa di rumah agar dapat meringankan beban mereka.

Pada pendapat saya, caranya ialah memastikan kesihatan ibu bapa kita sentiasa terjaga dengan membawa mereka membuat pemeriksaan doktor secara berkala. Hal ini adalah untuk memastikan mereka tidak mudah jatuh sakit kerana mereka sudah semakin tua. Selain daripada itu juga, kerajaan perlu mengadakan kempen Sayangi Warga Emas dan memberi insentif kepada mereka melalui pelbagai skim bantuan agar kehidupan mereka lebih terjamin.

Create a free account and access millions of resources

Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports
or continue with
Microsoft
Apple
Others
By signing up, you agree to our Terms of Service & Privacy Policy
Already have an account?