Search Header Logo

B.Melayu Thn 6 - Pemahaman (Puisi)

Authored by arifah athirah

Architecture, Other

12th Grade

Used 5+ times

B.Melayu Thn 6 - Pemahaman (Puisi)
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

18 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Petikan 1

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Seorang perempuan tua

Berbaju lusuh nampak uzur

Duduk bersila di hadapan kedai

Sambil melihat orang ramai

Lalu-lalang tanpa peduli


Perempuan tua itu

Menjual pucuk paku ,pucuk ubi

Mencari rezeki sesuap nasi

Sisa-sisa kudrat masih dikerah

Agar mulut dapat diisi

Tuan kedai hatinya lembut

Berjuallah perempuan tua itu

Dibiarkan saja tanpa mengutip sewa

Mahu membantu apa yang patut

Kadang-kadang laku jualannya

Kadang-kadang berbaki


Kuatnya semangat perempuan tua itu

Baiknya budi tuan kedai itu

Moga-moga menjadi ikutan

Anak-anak muda yang culas

Tanpa mengingat masa depan mereka


Di manakah perempuan tua itu berniaga?

Di dalam kedai

Di kaki lima kedai

2.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Perempuan tua itu menjual______

ulam-ulaman

sayur-sayuran

3.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Pilih penyataan yang benar tentang petikan.

Perempuan itu kelihatan bergaya ketika berniaga.

Hasil jualan perempuan itu untuk keperluan harian.

4.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Apakah sikap tuan kedai tempat perempuan tua itu berniaga?

Seorang yang garang dan tidak memperdulikan orang lain

Seorang yang baik hati dan suka menolong.

5.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Perkataan culas membawa maksud......

malas

pemalu

6.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Petikan 2

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.


Duduk di pangkin kami berlima,

Sambil duduk menganyam ketupat,

Kita hidup mesti beragama,

Supaya hidup tidaklah sesat.


Wangi sungguh dedaun pandan,

Dicampur sama merebus ubi,

Ilmu yang baik jadikan teladan,

Segala yang buruk letak ke tepi.


Jangan dipetik betik yang mengkal,

Terkena getah tidak sengaja,

Kalau kail panjang sejengkal,

Jangan lautan hendak diduga.


Meletakkan penyapu di atas peti,

Penyapu diikat menggunakan tali

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.


Giling cili sehingga lumat,

Masak kari sebagai bahan,

Buku menyimpan berjuta maklumat

Ilmu, fakta,cereka dan hiburan.


Bagaimanakah kita menimba ilmu?

Dengan mengikut kawan

Dengan berusaha bersungguh-sungguh

7.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Mengapakah kita mesti menuruti ajaran agama?

Agar kita tidak sesat semasa berjalan

Agar dapat dijadikan panduan hidup

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?