
UBF 1143 PRINSIP PEMASARAN (LATIHAN BAB 6)
Authored by Lim WT
Business
1st - 2nd Grade
Used 2+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Barangan “chocolate choice” yang dibeli oleh Ahmad di kedai Ecotiga Ringgit tidak memaparkan tarikh luput, kandungan produk dan alamat pengeluar atau pengimport. Situasi ini merujuk kepada isu ______________ .
A. pelabelan
B. pembungkusan
C. pembangunan harga
D. pembangunan produk
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Antara yang berikut, manakah institusi utama yang mengeluarkan sijil halal kepada pemasar barangan halal.
A. Jabatan Agama Islam Negeri
B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
D. Institut Kefahaman Islam Malaysia
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Kementerian ini berperanan menentukan dan memantau harga barang-barang keperluan sekiranya pengguna membuat aduan kenaikan harga barang. Kementerian ini merujuk kepada ________________ .
A. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
B. Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Kepenggunaan
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Diberi pernyataan seperti berikut:
Iklan yang menggambarkan seksualiti wanita dan tidak menggambarkan kecerdasan wanita tersebut boleh dianggap tidak sopan.
Pilih isu dalam pengiklanan yang menerangkan pernyataan tersebut.
A. Manipulasi
B. Iklan ancaman
C. Penipuan pengiklanan
D. Kebenaran dalam pengiklanan
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Tindakan yang manakah berkait dengan dimensi ‘manfaat yang pasif’ dalam Teori Etika Pengguna?
A. Meletakkan semula barangan yang telah dicuba tanpa membelinya.
B. Membeli sesuatu barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula walaupun harganya mahal.
C. Melaporkan barang yang hilang sebagai ‘dicuri’ kepada syarikat insurans untuk menuntut wang pampasan.
D. Tidak berkata apa-apa dan mengambil wang apabila juruwang memberi baki wang yang melebihi daripada yang sepatutnya.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Syarikat McDonal’s sering mendapat kritikan daripada pembeli berkaitan dengan produk baharu yang ditayangkan di televisyen tidak sama seperti produk yang dijual. Pernyataan ini merujuk kepada isu _______________ .
A. produk
B. pengguna
C. pengiklanan
D. perhubungan awam
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
10 mins • 1 pt
Situasi berikut diberikan kepada anda:
Pn. Siti mendapati penjaja di pasar tidak mempamerkan harga buah-buahan dan selalu meletakkan buah-buahan yang rosak di bahagian bawah dan cuba menyembunyikan kebenaran tentang kandungannya.
Apakah isu etika pemasaran yang berlaku berdasarkan situasi di atas?
I. Keselamatan
II. Pelabelan
III. Pembungkusan
IV. Pengetahuan pengguna
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?