Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan:
i.Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
ii.Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
iii.Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.