
Kuiz RBT Tahun 6
Authored by MOHD Moe
Life Skills
5th Grade

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
13 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Antara berikut, yang manakah contoh perkakas elektromekanikal?
Answer explanation
Perkakasan elektromekanikal ialah alat yang bergerak atau berfungsi menggunakan gabungan komponen elektrik, komponen elektronik dan bahagian mekanikal.
Contoh komponen elektrik : Motor dan plag 3-pin
Contoh komponen elektronik : Sensor dan mikropengawal
Contoh komponen mekanikal : Gear, gegancu dan rantai
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah fungsi sensor ultrasonik dalam robotik?
Mengukur suhu
Menghasilkan cahaya
Menyimpan data
Mengesan halangan menggunakan gelombang bunyi
Answer explanation
Sensor ultrasonik digunakan dalam banyak alat untuk mengesan halangan atau objek yang ada berhampiran.
Contohnya, sensor ini dipasang di belakang kereta. Bila ada objek atau orang di belakang, sensor akan berbunyi sebagai amaran.
Selain itu, pintu automatik di pasar raya juga guna sensor ultrasonik. Bila sensor kesan ada orang dekat, pintu akan terbuka sendiri.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah kelebihan utama menggunakan tenaga solar dalam sistem robotik?
Menjimatkan sumber tenaga
Memberikan kebebasan bergerak
Memerlukan lebih banyak ruang
Robot lebih berkuasa dan berfungsi lebih baik
Answer explanation
Dengan menggunakan tenaga solar, robot boleh menjimatkan tenaga bateri. Asalkan ada cahaya matahari, robot boleh bergerak tanpa guna banyak tenaga bateri. Jadi, bateri tak cepat habis dan robot boleh bekerja lebih lama!
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Berikut merupakah contoh teknik penanaman secara hidroponik. Apakah kelebihan utama tanaman hidroponik?
Tidak memerlukan tanah dan menjimatkan air
Boleh menanam pokok-pokok besar seperti durian dan kelapa
Tanaman tumbuh lebih lambat
Memerlukan ruang yang besar
Answer explanation
Teknik penanaman hidroponik ialah cara menanam pokok tanpa guna tanah.
Teknik ini tidak perlukan ruang yang besar.
Kita hanya perlu:
1. satu bekas polistren
2. pasu kecil
3. air baja (dipanggil larutan nutrien)
Dengan bahan ini, kita sudah boleh tanam sayur secara hidroponik!
🌱 Tapi, cara ini tak sesuai untuk pokok besar.
🥬 Kalau nak tanam sayur seperti bayam dan salad, memang sangat sesuai !
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Dalam sistem akuaponik, apakah peranan ikan?
Menjadi makanan untuk tumbuhan
Membunuh serangga perosak
Menghasilkan najis sebagai nutrien untuk tumbuhan
Menyerap oksigen dari air
Answer explanation
Dalam teknik penanaman hidroponik, tumbuhan diberi air baja khas yang dipanggil larutan nutrien supaya ia boleh membesar walaupun tanpa tanah.
Tapi dalam teknik akuaponik, ikan pula yang bantu beri baja kepada tumbuhan.
Bagaimana?
🐟 Ikan akan buang tahi ke dalam air, dan tahi itu mengandungi bahan nutrien yang bagus untuk tumbuhan.
🌱 Jadi, tumbuhan akan guna air itu sebagai baja!
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah nama teknik pertanian yang menggabungkan penanaman sayur dengan pemeliharaan ikan dalam satu bekas (ekosistem)?
Akuaponik
Hidroponik
Bekas pengairan kendiri
Penanaman secara konvensional
Answer explanation
Perkataan "akua" bermaksud hidupan air, seperti ikan.
Perkataan "ponik" pula bermaksud penanaman tumbuhan.
Bila kita gabungkan dua perkara ini — ikan dan tumbuhan, kita dapat satu teknik yang dinamakan:
🌿🐟 Akuaponik
Akuaponik ialah cara menanam tumbuhan dengan bantuan ikan.
Ikan tinggal dalam air dan akan buang sisa (tahi).
Sisa ini akan jadi baja semula jadi untuk tumbuhan!
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah fungsi pam air dalam sistem penanaman secara hidroponik?
Menyejukkan akar tumbuhan
Mengedarkan larutan nutrien ke akar tanaman
Membunuh bakteria
Menghasilkan cahaya untuk fotosintesis
Answer explanation
🌱 Cara-Cara Penanaman Hidroponik
Teknik penanaman hidroponik mempunyai beberapa cara.
1. Akar Direndam Terus dalam Larutan Baja
Dalam cara ini, akar pokok direndam terus ke dalam air baja (larutan nutrien).
Pokok akan menyerap nutrien melalui akar secara langsung.
Namun, jika akar terlalu lama terendam tanpa oksigen, ia boleh rosak atau busuk.
2. Menggunakan Pam untuk Menyalurkan Air Baja
Teknik ini menggunakan pam air untuk menyedut larutan baja dan mengalirkannya ke akar tumbuhan.
Akar tidak sentiasa berada dalam air, jadi ia mendapat lebih oksigen dan kekal sihat.
Kaedah ini lebih baik untuk kesihatan akar kerana air hanya dialirkan bila perlu.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?