wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
2.
Piala kemenangan itu _________ oleh ketua pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Meru.
a)
dibimbit
b)
dijulang
c)
ditatang
d)
didukung
3.
Buah rambutan di dusun datuk itu ________ oleh abang.
a)
dicantas
b)
dipulas
c)
dikait
d)
dipintal
4.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
5.
Air kopi itu _____________ oleh Puan Salmah untuk dihidangkan kepada tetamu
a)
dibancuh
b)
dijerang
c)
dimasak
d)
ditanak
6.
Baju-baju yang kotor itu ____________ pembantu rumah Encik Aziz.
a)
diperah
b)
digilap
c)
dicuci
d)
disental
7.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
8.
Ahmad ____________ gerak-geri kakaknya yang berada di di dalam bilik.
a)
memerhati
b)
melihat
c)
mengintip
d)
menyiasat
9.
Luka di kaki adik __________ dengan secebis kain.
a)
dibungkus
b)
ditutup
c)
dibalut
d)
ditampal
10.
1.  Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
11.
________________untuk Program Motivasi Jati Diri itu telah disediakan oleh Mustaqim.
a)
Kertas kerja
b)
Penanda aras
c)
Petunjuk aras
d)
Garis pusat
12.
"___________________ Istana Seri Menanti itu sungguh cantik,"kata Danish Amar.
a)
Hak milik
b)
Juru acara
c)
Urus setia
d)
Reka bentuk
13.
Kejayaan Program Kejiranan Mesra yang diadakan pada kali ini menjadi __________________untuk program yang akan datang.
a)
petunjuk aras
b)
penanda aras
c)
garis pusat
d)
garis idea
14.
Sekumpulan anggota Sukarelawan Muda ________________ membersihkan sungai di Kampung Mentari.
a)
mandi hujan
b)
mati katak
c)
mandi peluh
d)
berat tulang
15.
Kami ______________ untuk mengecat balai raya itu.
a)
bulat suara
b)
buka langkah
c)
cari jalan 
d)
angkat kaki
16.
Faiz dan kawan-kawan sedang ______________ kawasan sekolah mereka.
a)
mengemaskan
b)
menyusun
c)
membersihkan
d)
menjaga
17.
Danial yang mengamalkan gaya hidup sihat hanya _______________ makanan yang berkhasiat sahaja.
a)
menikmati
b)
mencari
c)
mengambil
d)
menelan
18.
Pekerja kantin sekolah itu ______________ lantai kantin supaya bersih.
a)
mengelap
b)
mencuci
c)
membasuh
d)
mengemop
19.
Sayur-sayuran lebih baik _______________ secara mentah kerana zatnya masih terpelihara.
a)
dimakan
b)
dihadam
c)
dimasak
d)
dicuci
20.
Kamu boleh makan makanan yang _____________ oleh doktor untuk sihat dan cergas.
a)
disyorkan
b)
dibasuh
c)
dimasak
d)
dipilih
21.
Doktor Alleya menjelaskan ______________ air merupakan salah satu keperluan hidup yang terpenting dalam kehidupan seharian.
a)
untuk
b)
yang
c)
kerana
d)
bahawa
22.
Para pengunjung gemar berkunjung ke Taman Tasik Perdana untuk beriadah sambil menikmati pemandangan ______________ indah.
a)
bahawa
b)
untuk
c)
agar
d)
yang
23.
Akif menggenggam ________________ ayahnya ketika berjalan menuju ke masjid.
a)
gementar
b)
jemari
c)
peranjat
d)
telunjuk
24.
____________________ keselamatan itu dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Megah.
a)
Jelajah
b)
Kemelut
c)
Seminar
d)
Gelegar
25.
Remaja yang menconteng pondok telefon awam itu lari _______________ apabila disergah oleh pihak berkuasa.
a)
kacau-bilau
b)
pindah-randah
c)
lintang-pukang
d)
anak-pinak
26.
Keadaan menjadi ______________ apabila Azizul Hasni Awang terlibat dalam kemalangan di pusingan terakhir.
a)
remuk-rendam
b)
hingar-bingar
c)
gundah-gulana
d)
desas-desus
27.
"Awang Had bin Salleh merupakan tokoh pendidikan yang disegani," kata Hakimi kepada rakannya.
a)
Hakimi menyatakan kepada rakannya bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh pendidikan yang disegani.
b)
Hakimi menyatakan tokoh pendidikan ialah Awang Had bin Salleh.
c)
Hakimi menyatakan bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh pendidik yang disegani kepada rakannya.
d)
Hakimi menyatakan tokoh pendidikan, Awang Had bin Salleh ialah orangnya.
28.
Ain menyuruh adiknya mengibarkan jalur Gemilang itu.
a)
"Jangan kibar Jalur Gemilang itu," kata Ain kepada adiknya.
b)
"Adik, kibarlah Jalur Gemilang itu," kata Ain.
c)
"Mari kita kibarkan Jalur Gemilang ini," kata Ain kepada adiknya.
d)
"Jalur Gemilang megah berkibar," kata Ain kepada adiknya.
29.
"Kamu ke kedai dobi dengan ___________?" tanya Azam kepada Izara.
a)
dia
b)
siapa
c)
apa
d)
mana
30.
"Wisma Katering Kamilia di ___________, Encik Ikhwan?" tanya Encik Ezzat.
a)
mana
b)
bagaimana
c)
siapa
d)
apa
31.
Pilih ayat yang betul.
a)
Membeli bantal.
b)
Hadiah itu.
c)
Ayah membeli bantal terapi untuk dihadiahkan kepada nenek bersempena hari jadinya.
d)
Bersempena dengan hari jadinya.
32.
Pilih ayat yang betul.
a)
Mengikut ayah ke Taman Murni.
b)
Hanis mengikut ayahnya ke kedai cuci kereta automatik di Taman Murni.
c)
Ke kedai cuci kereta automatik.
d)
Kedai cuci kereta automatik.
33.
Pilih ayat yang betul.
a)
Pameran itu ditunda.
b)
Pameran Teknologi Masa kini yang diadakan di Universiti Mara itu ditunda pada minggu hadapan kerana mengalami gangguan elektrik.
c)
Gangguan elektrik di pameran itu.
d)
Pameran Teknologi Masa Kini.
34.
Pak Cik Hassan sedang ____________ pisaunya sehingga tajam dengan menggunakan batu asah.
a)
menggosok
b)
mengilir
c)
memotong
d)
merincih
35.
"Pihak _____________ akan menyiasat aduan yang telah _____________ buat ini dengan secepat mungkin," kata pegawai polis itu.
a)
saya...........awak
b)
kita......kalian
c)
kami......anda
d)
mereka.......kami
36.
Gasing uri itu pasti akan berputar dengan ____________ apabila dilemparkan ke tanah dengan cara yang betul.
a)
pantas
b)
deras
c)
ligat
d)
laju
37.
Pak Leman menanam pokok pisang di dalam kebun getahnya ______________ menunggu anak pokok getah itu membesar.
a)
semenjak
b)
sementara
c)
sebelum
d)
sekiranya
38.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berwarna dengan betul.
a)
Lelaki berbaju Melayu itu ialah bapa saudara saya.
b)
Pesanan itu ialah untuk pelajar-pelajar tahun 6.
c)
Makanan di atas meja itu adalah ayah punya.
d)
Adalah tidak patut dia menjatuhkan maruah saya.
39.
Apakah yang dilakukan oleh murid-murid di dalam dewan itu?
a)
Mereka menari dengan gembira untuk Majlis Anugerah Cemerlang.
b)
Mereka sedang berlatih menari untuk Majlis Anugerah Cemerlang.
c)
Mereka berpakat untuk menari semasa Majlis Anugerah Cemerlang.
d)
Mereka berlatih untuk Majlis Anugerah Cemerlang di dalam dewan.
40.
I    Nafas lelaki tua itu sesak kerana cuaca  
     terlalu sejuk.
II   Bilik stor itu sesak dengan kotak dan buku
     buku.
III  Hatinya sesak kerana beg duitnya hilang.
IV  Jalan ke bandar itu sesak kerana ada
      kemalangan telah berlaku.
a)
I dan II sahaja
b)
III dan IV sahaja
c)
I, II dan IV sahaja
d)
II, III dan IV sahaja