WorksheetsUT8
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
• Menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar
• Menyeru orang Islam bersatu menentang penjajahan barat
Pada akhir kurun ke-19, berlaku gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan telah berkembang ke Tanah Melayu. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)
Kaum Tua
b)
Suara Benar
c)
Gerakan Islah
d)
Gerakan Pan-Islam
2.
Pada tahun 1905, Jepun berjaya menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.
Apakan kesan peristiwa tersebut ke atas negara-negara Asia yang lain?
Apakan kesan peristiwa tersebut ke atas negara-negara Asia yang lain?
a)
Kebangkitan semangat menentang penjajahan
b)
Penyatuan negara Asia menentang barat
c)
Tercetusnya idea penyatuan wilayah
d)
Berlakunya perluasan kuasa Jepun
3.
• Jose Rizal - Filipina
• Soekarno - Indonesia
• Mahatma Ghandi - India
Apakah kepentingan tokoh-tokoh di atas terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu? A. B. C. D.
• Soekarno - Indonesia
• Mahatma Ghandi - India
Apakah kepentingan tokoh-tokoh di atas terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu? A. B. C. D.
a)
Menggalakkan perjuangan bersenjata
b)
Menyemarakkan gerakan kemerdekaan
c)
Membentuk perjuangan secara sederhana
d)
Merangsang penentangan terhadap penjajah
4.
"Majalah Al-Imam"
Apakah sumbangan terbesar majalah di atas terhadap pemikiran orang Melayu? A. B. C. D.
Apakah sumbangan terbesar majalah di atas terhadap pemikiran orang Melayu? A. B. C. D.
a)
Menekankan kepentingan pendidikan dan ekonomi
b)
Mendesak orang Melayu menerima perubahan
c)
Membangkitkan semangat setia kepada negara
d)
Mementingkan perpaduan antara kaum
5.
• Lidah Benar
• Suara Benar
Senarai di atas merujuk kepada akhbar yang telah diterbitkan oleh Kaum Tua untuk menentang idea yang dibawa oleh Kaum muda. Apakah tujuan Kaum Tua menerbitkan akhbar di atas?
• Suara Benar
Senarai di atas merujuk kepada akhbar yang telah diterbitkan oleh Kaum Tua untuk menentang idea yang dibawa oleh Kaum muda. Apakah tujuan Kaum Tua menerbitkan akhbar di atas?
a)
Menyedarkan kesilapan Kaum Muda
b)
Menentang idea pembaharuan Kaum Muda
c)
Memperbaiki hubungan dengan Kaum Muda
d)
Membetulkan pandangan Kaum Muda tentang adat
6.
Pada tahun 1930-an, golongan intelektual berpendidikan Melayu telah menyemarakkan kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan intelektual berpendidikan Melayu?
Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan intelektual berpendidikan Melayu?
a)
Golongan bangsawan berpendidikan Melayu
b)
Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris
c)
Bekas pelajar sekolah Melayu
d)
Pemimpin Gerakan Islah
7.
Golongan intelektual Melayu berpendidikan Inggeris memperjuangkan kesedaran kebangsaan.
Bagaimanakah golongan ini melaksanakan perjuangan mereka?
I. Menubuhkan persatuan
II. Membentuk parti-parti politik
III. Melalui pentadbiran dan perundangan
IV. Melibatkan diri dalam bidang penulisan
Bagaimanakah golongan ini melaksanakan perjuangan mereka?
I. Menubuhkan persatuan
II. Membentuk parti-parti politik
III. Melalui pentadbiran dan perundangan
IV. Melibatkan diri dalam bidang penulisan
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
8.
Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Melayu dalam membangkitkan semangat kebangsaan Melayu?
I. Menyeru orang Melayu supaya bersatu
II. Mengkritik dasar British yang merugikan
III. Menyeru orang Melayu menuntut kemerdekaan
IV. Memperjuangkan ekonomi, pentadbiran dan politik Melayu
I. Menyeru orang Melayu supaya bersatu
II. Mengkritik dasar British yang merugikan
III. Menyeru orang Melayu menuntut kemerdekaan
IV. Memperjuangkan ekonomi, pentadbiran dan politik Melayu
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
9.
• Berjuang melalui bidang kewartawanan
• Digelar Bapa Kewartawanan Melayu
Senarai di atas adalah merujuk kepada ...
• Digelar Bapa Kewartawanan Melayu
Senarai di atas adalah merujuk kepada ...
a)
Dato’ Onn Jaafar
b)
Abdul Rahim Kajai
c)
Mohammad Eunos Abdullah
d)
Haji Abbas Muhammad Taha
10.
Tenaga kaumku bukannya lemah
Sama juga seperti kaum yang berhemah
Boleh bekerja dan berumah
Apa lagi melebur timah
Dipetik daripada Harun Aminurrashid,1929: Tenaga Kaumku, Kuala Lumpur
Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui puisi di atas?

Merebut peluang ekonomi
b)
Menentang penjajahan barat
c)
Memperjuangkan maruah bangsa
d)
Menyeru pembaca supaya bekerja
11.
Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan tujuan penubuhan Persatuan Melayu Singapura pada tahun 1926?
I. Memperjuangkan kemajuan pendidikan orang Melayu II. Mewakili orang Melayu berurusan dengan British
III. Memperkembangan peranan politik ahli
IV. Mendesak penubuhan askar Melayu
I. Memperjuangkan kemajuan pendidikan orang Melayu II. Mewakili orang Melayu berurusan dengan British
III. Memperkembangan peranan politik ahli
IV. Mendesak penubuhan askar Melayu
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
12.
Mengapakah persidangan pertama Sahabat Pena yang diadakan di Taiping, Perak dianggap penting dalam gerakan kebangsaan?
I. Semangat kenegerian dihapuskan
II. Konsep kebangsaan Melayu dibentuk
III. Suarakan tentangan terbuka terhadap British
IV. Asas perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu
I. Semangat kenegerian dihapuskan
II. Konsep kebangsaan Melayu dibentuk
III. Suarakan tentangan terbuka terhadap British
IV. Asas perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
13.
Mengapakah perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal?
a)
Hendak menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
b)
Semangat kebangsaan Melayu diutamakan
c)
Enggan bekerjasama dengan British
d)
Wujud pakatan sulit dengan Jepun
14.
• Tan Jian Kin
• Lim Bon Seng
Apakah peranan tokoh-tokoh di atas?
• Lim Bon Seng
Apakah peranan tokoh-tokoh di atas?
a)
Menerbitkan akhbar Bintang Pranakan
b)
Pemimpin masyarakat Baba dan Nyonya
c)
Anggota Perundangan Negeri-negeri Selat
d)
Menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan
15.
Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kebangsaan atau nasionalisme.
a)
Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.
b)
Perasaan cinta dan taat setia kepada negara kita yang tercinta.
c)
Perasaan cinta dan taat setia dalam usaha memerdekakan negara.
d)
Perasaan cinta dan taat setia kepada kaum masing-masing.
16.
Gerakan Islah telah mempengaruhi kesedaran di kalangan golongan intelektual Melayu.
Siapakah golongan intelektual Melayu ini.
I Golongan berpendidikan Melayu.
II Golongan berpendidikan Inggeris.
III Golongan berpendidikan Arab.
IV Golongan berpendidikan bangsawan.
Siapakah golongan intelektual Melayu ini.
I Golongan berpendidikan Melayu.
II Golongan berpendidikan Inggeris.
III Golongan berpendidikan Arab.
IV Golongan berpendidikan bangsawan.
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
17.
Mengapakah gerakan semangat kebangsaan lebih ketara di kalangan penduduk penduduk pantai barat berbanding pantai timur Tanah Melayu pada awal kurun ke-20?
a)
Penduduk pantai barat lebih maju
b)
Penduduk pantai barat disokong oleh British
c)
Penduduk pantai barat terdedah pada pengaruh luar
d)
Penduduk pantai barat berbilang kaum
18.
• Kaum Muda
Golongan di atas menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan melalui….
Golongan di atas menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan melalui….
a)
surau
b)
sekolah
c)
madrasah
d)
dewan orang ramai
19.
Penulisan kreatif seperti puisi, cerpen, dan novel banyak dihasilkan oleh golongan muda dan guru-guru Melayu. Apakah tujuan utama penulisan kreatif ?
a)
Menghiburkan pembaca muda
b)
Meluaskan penggunaan Bahasa Melayu
c)
Menyemarakkan semangat kebangsaan orang Melayu
d)
Membidas dan mengkritik amalan Kaum Tua
20.
• Surat Khabar Peranakan
• Tamil Nesan
• Cina Peranakan
Jika kamu membaca akhbar di atas, apkah maklumat yang dapat dirumuskan melalui pembacaan anda itu ?
• Tamil Nesan
• Cina Peranakan
Jika kamu membaca akhbar di atas, apkah maklumat yang dapat dirumuskan melalui pembacaan anda itu ?
a)
Meniupkan semangat kebangsaan
b)
Memaparkan masalah perkauman di Tanah Melayu
c)
Memaparkan berita dalam dan luar negara
d)
Memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum
100 %