wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

f4b10

Total questions: 43

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

) Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. T4 ms 247

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

a)

Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan

b)

Mendapat bantuan pembesar tempatan

c)

Menguasai kumpulan kongsi gelap

d)

Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan

2.

Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah

Melayu.


Tahun----=-> 1920

Dasar British---->Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan


Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan ? T4 ms 250

a)

Menstabilkan harga

b)

Mengurangkan import

c)

Meningkatkan pengeluaran

d)

Menyekat kegiatan orang tengah

3.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di

Tanah Melayu. T4 ms 265

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Peruntukan kewangan terhad

b)

Sukatan pelajaran berbeza

c)

Tenaga pengajar kurang

d)

Kemudahan asas terhad

4.

Pada tahun 1920, British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah

Melayu. Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut? T4 ms 265

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Menyatukan pelbagai kaum

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Mengurangkan kemasukan imigran

5.

Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.


Negeri---->Mata Wang

Kelantan------> Dinar emas

Pahang------>Jongkong tampang

Terengganu----->Kupang emas


Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19?

T4 ms 255

a)

Kekurangan logam

b)

Kelembapan ekonomi

c)

Pengenalan wang kertas

d)

Penggunaan syiling emas

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19.


· Sistem Kontrak

· Sistem Kangani

Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran? T4 ms 255

a)

Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa

b)

Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan

c)

Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan

d)

Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

7.

Graf 1 menunjukkan kadar pengeluaran bijih timah di tanah melayu oleh pemodal

Eropah dan pemodal China.

Mengapakah pengeluaran pemodal Eropah meningkat selepas tahun 1926? T4 ms 251

a)

Pelaburan orang Cina berkurangan

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Kawalan harga oleh kuasa Eropah

d)

Sokongan daripada pembesar Melayu

8.

Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi? T4 ms 261

a)

Penetapan harga yang tinggi

b)

Pemindahan hak milik secara warisan

c)

Peningkatan kadar bayaran sewaan

d)

Penghapusan cukai tahunan

9.

Pelombong Eropah menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke-20. T4 m/s 251

Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut ?

I. Teknologi moden

II. Sokongan pembesar

III. Buruh mencukupi

IV. Modal besar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap perusahaan getah? T4 ms 248

a)

Memberi subsidi baja

b)

Membawa masuk imigran luar

c)

Mengagih benih secara percuma

d)

Memajak tanah peribumi untuk penanaman

11.

Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.

T4 ms 260

Apakah kesan kta tersebut terhadap orang Melayu?

a)

Taraf hidup meningkat

b)

Meneroka penempatan baru

c)

Kekal dengan pertanian tradisional

d)

Membayar cukai yang tinggi

12.

Antara yang berikut, bank manakah yang ditubuhkan oleh pemodal tempatan di Tanah Melayu ? T4 ms 257


I Mercantile Bank

II Kwong Yik Bank

III Ban Hin Lee Bank

IV The Chartered Bank

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah kesan peristiwa tersebut? T4 ms 256


Tahun-----> 1897

Peristiwa---->British menubuhkan Lembaaga Pesuruhjaya

Wang di bawah Ordinan XIII

a)

Mata wang tradisional terhapus

b)

Nilai mata wanng merosot

c)

Pinjaman wang sukar diperolehi

d)

Penggunaan wang asing dibenarkan

14.

Jadual berikut berkaitan dengan kemasukan kaum imigran ke Tanah Melayu.


Abad----> Awal Abad ke-20

Isu--->Pertambahan kemasukan imigran dari China dan

India ke negeri-negeri Melayu Bersekutu.



Apakah kesan pertambahan tersebut? T4 ms 264

a)

Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan

b)

Peningkatan petempatan setinggan

c)

Kewujudan masyarakat majmuk

d)

Perkembangan pertanian sara diri

15.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernakular Melayu pada akhir abad ke-19? T4 ms 265

a)

Terbuka kepada semua golongan

b)

Ditadbir oleh golongan ulama

c)

Dinaungi golongan pembesar

d)

Pendidikan terhad di peringkat rendah

16.

Berdasarkan rajah berikut, apakah kesimpulan yang dapat anda buat berhubung kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional? T4 ms 246

Ekonomi tradisional

*Bertani

*Memungut hasil hutan

*Menangkap ikan

*Melombong

I. Hasil dipasarkan

II. Modal yang kecil

III. Usaha sama keluarga

IV. Pengkhususan dalam kerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Jadual 1 menunjukkan nilai eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932.

Tahun----> Nilai(Paun Sterling)

1930-----> 28208000

1931----->13806000

1932-----> 9077000


Mengapakah nilai eksport getah Tanah Melayu merosot dalam tempoh tersebut?

T4 ms 250

a)

Kekurangan buruh mahir

b)

Kekurangan sumber modal

c)

Penumpuan kepada perlombongan

d)

Pergantungan kepada pasaran dunia

18.

Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu? T4 ms 260

a)

Memperkenalkan sistem perladangan

b)

Mengekalkan hak milik

c)

Mempelbagaikan jenis tanaman

d)

Meneruskan ekonomi tradisional

19.

Apakah tujuan Land Setttlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun

1933? T4 ms 261

a)

Memajukan kegiatan pertanian

b)

Melindungi tanah peribumi

c)

Membenarkan imigran memiliki tanah

d)

Memudahkan usaha membina kemudaahan asas

20.

) Andaikan anda mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal abad ke-18.

Bagaimanakah anda menjalankan aktiviti tersebut? T4 ms 258-259

a)

Mendapatkan keizinan residen

b)

Memperoleh perkenan sultan

c)

Mendapatkan kebenaran pembesar

d)

Mempunyai sumber kewangan

21.

British


#Perlombongan bijih timah

#Perladangan

Berdasarkan rajah di atas, apakah implikasinya terhadap ekonomi Tanah Melayu?

T4 ms 246


I. Kewujudan sistem dwiekonomi

II. Kehadiran buruh Cina

III. Pembangunan seluruh Tanah Melayu

IV. Peningkatan pendapatan orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Apakah pengajaran kepada masyarakat Tanah Melayu sekiranya ingin

menguasai semula perlombongan bijih timah daripada pelombong Eropah pada abad ke-20? T4 ms 259-260


I. Mengumpul modal

II. Menguasai teknologi

III. Membayar pampasan

IV. Menguasai politik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Tahun----> Pemodal China

1910----> 78%

1920----> 64%

1930----> 37%

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah merosot? T4 ms 252

a)

Gangguan kongsi gelap

b)

Pengenalan kapal korek

c)

Kekurangan tenaga mahir

d)

Peningkatan kemasukan buruh

24.

19) Pada tahun 1917, undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans T4 ms 258

a)

kesihatan

b)

kebakaran

c)

kenderaan

d)

perkhidmatan

25.

25 November 1913 – Akta Tanah Simpanan Melayu


Apakah kesan pengenalan akta di atas terhadap orang Melayu? T4 ms 260


I. Peningkatan taraf hidup

II. Penerokaan kawasan baru

III. Pengekalan pemilikan tanah

IV. Pengekalan aktiviti pertanian tradisional

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu? T4 ms 265

a)

Penubuhan sekolah Inggeris

b)

Pengaruh golongan mubaligh

c)

Pengamalan asuhan kekuarga

d)

Perkembangan sekolah vernakular

27.

Mengapakah kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 di Tanah Melayu? T4 ms 265


I. Menyekat pengaruh komunis

II. Mengawal aktiviti sekolah Cina

III. Mengurangkan kadar buta huruf

IV. Mengehadkan penggunaan bahasa ibunda

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

· Peraturan Tanah Perak 1879

· Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887

· Kanun Tanah Selangor 1891


Berdasarkan senarai di atas, apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut kepada penduduk tempatan? T4 ms 259


I Pemilikan tanah tanpa had

II Pengutipan hasil hutan dengan kebenaran raja

III Pengenalan sistem cukai mengikut jenis tanah

IV Pembukaan kawasan baru dengan keizinan Residen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Bilangan Imigran Cina

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


1891-----> 163,000

1901-----> 228,000


Negeri – Negeri Selat

1891-----> 300,000

1901----->282,000

Jadual di atas menunjukkan pertambahan bilangan kemasukan imigran Cina di

Tanah Melayu. T4 ms 264

Apakah kesan daripada pertambahan tersebut?


I Peningkatan penanaman getah

II Wujud masyarakat majmuk

III Perkembangan perlombongan bijih timah

IV Muncul golongan peniaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Sistem Pendidikan

Sekolah Vernakular Melayu

Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Tamil


Apakah implikasi daripada sistem pendidikan di atas? T4 ms 265

a)

Pengasingan kaum

b)

Sukatan pelajaran selaras

c)

Pegawai kerajaan bertambah

d)

Pengurusan tenaga pengajar mudah

31.

Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh

British ? T4 ms 237

a)

Menggalakkan pertumbuhan bandar

b)

Memenuhi keperluan industri Britain

c)

Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan

32.

Mengapakah pengusaha Eropah dan Cina menguasai pertanian komersial di Tanah

Melayu pada abad ke-19? T4 ms 247


I Tempoh pajakan yang lama

II Memiliki sumber yang banyak

III Pekerja mahir mudah diperoleh

IV Mendapat konsesi tanah yang luas

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di

Tanah Melayu pada abad ke-20? T4 ms 251

a)

Lombong orang Cina terpaksa ditutup

b)

Pembesar Melayu menyediakan modal

c)

Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran

d)

Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama

34.

Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan T4 ms 264


I pengasingan sosial dan budaya

II perbezaan pendidikan dan pekerjaan

III pertambahan keperluan bahan mentah

IV peningkatan taraf hidup penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Pada abad ke-19, peniaga tempatan di Tanah Melayu terpaksa mendapatkan khidmat komprador atau orang tengah.


Mengapakah terjadi demikian? T4 B10 ms 257 [ P1 B3-B6 ]

a)

Mendapatkan konsesi tanah

b)

Memohon pinjaman bank

c)

Menguasai bahan mentah

d)

Mengawal tenaga buruh

36.

Pada abad ke-20, kapal korek mula digunakan dalam kegiatan perlombongan di Tanah Melayu. T4 B10 ms 251 [ P2 B2-B8 ]

Apakah kesan penggunaan kapal korek tersebut?

a)

Pembesar Melayu menjadi pemodal

b)

Kegiatan pertanian semakin merosot

c)

Lombong milik pelombong Cina ditutup

d)

Pemodal Eropah menjadi pengeluar utama

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh asing ke Tanah

Melayu pada akhir abad ke-19.


· Sistem kontrak


· Sistem kangani


Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan? T4 B10 ms 255 [ P2 B6 ]

a)

Penindasan terhadap buruh berleluasa

b)

Pengurangan hasil perlombongan

c)

Kemelesetan ekonomi dunia

d)

Ketidakseimbangan antara kaum berlaku

38.

19 Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Eropah yang melabur di Tanah

Melayu pada awal abad ke-20. T4 B10 ms 248 [ P4 B6 ]


· Sime Darby

· Guthrie

· Harrisons and Crosfield


Syarikat tersebut melabur dalam perusahaan ?

a)

komunikasi

b)

perladangan

c)

pengangkutan

d)

perlombongan

39.

Jadual 1 berkaitan dengan enakmen yang diwartakan oleh British di Tanah Melayu.


Tahun------->Enakmen

1920---------> Enakmen Pendaftaran Sekolah


Mengapakah enakmen tersebut diwartakan? T4 B10 ms 265 [ P6 B5 ]

a)

Membentuk masyarakat yang bersatu padu

b)

Menyeragamkan kurikulum pelajaran

c)

Menghapuskan pengaruh pengganas komunis

d)

Mengehadkan kemasukan guru dari luar negara

40.

Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada ke-19? T4 B10 ms 247 [ P2 B1 & B2 ]

a)

Mengimbangi komposisi kaum

b)

Menambah bilangan penduduk

c)

Memaksimumkan keuntungan

d)

Melicinkan pentadbiran kerajaan

41.

Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan

Sekatan Stevenson pada tahun 1922. T4 B10 ms 250 [ P2 B4-B5 ]


Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah?

a)

Pengeluaran getah dihadkan

b)

Peningkatan mutu getah asli

c)

Penggunaan getah dipelbagai

d)

Penawaran getah tiruan dilarang

42.

Mengapakah undang-undang berikut dilaksanakan di Tanah Melayu ?

T4 B10 ms 265 [ P6 B5 ]


Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920

a)

Menyebarkan ajaran agama

b)

Membasmi pengaruh komunis

c)

Menyekat kemasukan imigran

d)

Mewajibkan pendidikan vernakular

43.

Jadual 2 menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. T4 B10 ms 250


Tahun------> Nilai Eksport (dalam Pound Sterling )

1932----->9 077 000

1933----->14 253 000

1934----->32 557 000


Mengapakah peningkatan nilai eksport tersebut berlaku ? [ P1 B10-B11 ]

a)

Kemunculan teknologi moden

b)

Kerjasama negara pengeluar

c)

Permintaan dunia bertambah

d)

Penglibatan pekebun kecil