NEW
Font size
Worksheets1000 SOALAN MENJELANG SPM SET 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Sumber pendapatan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada
I Kegiatan perdagangan
II Pembayaran ufti
III Aktiviti pertanian
IV Sistem serah
Pilih gabungan yang benar.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam sistem politik Melayu tradisional, kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah ditentukan berdasarkan
Persamaan budaya
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Prinsip kepercayaan
Raden Adjeng Kartini telah menulis dua karya: Hilang Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Kedua-dua karya tersebut menyentuh tentang
Kepesatan kegiatan ekonomi
Penindasan terhadap rakyat
Ancaman oleh kaum imigran
Kelemahan sistem pentadbiran
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kemunculan ramai golongan intelek
Kewujudan golongan bangsawan
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?
Gagal menghalang kemasukan kuasa Barat
Rakyat dibebani cukai yang tinggi
Membenci golongan Mandarin
Fahaman komunis berkembang
Berikut ialah negara yang terlibat dalam Pakatan Bertiga semasa Perang Dunia Pertama: Britain, Perancis, X. Apakah X?
Jerman
Austria
Hungary
Rusia
Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan
I Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
II Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
III Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda
IV Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur Pilih
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan ZOPFAN
Membebaskan tanah jajahan
Melakukan serangan bom atom
Apakah jasa tokoh berikut terhadap Sarawak?
Menentang peluasan kuasa asing
Memajukan pendidikan anak tempatan
Mempertahan sistem pemerintahan beraja
Menghalang perkembangan pengaruh komunis
Mengapakah negara kita menjadi tumpuan orang asing sejak abad ke-16 sehingga masa ini?
I Penduduk padat
II Lokasi strategik
III Sumber asli pelbagai
IV Tenaga buruh banyak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhannya?
Undang-undang tradisional tamat
Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan
Singapura dipisahkan daripada Persekutuan
Kaum imigran tidak diberikan taraf warganegara
Maklumat berikut berkaitan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka: 1 Februari 1948 – Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti-parti politik digabungkan
Syarat kerakyatan dipermudah
Diiktiraf sebagai penduduk asal
Bagaimanakah ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu? Pilih kombinasi yang tepat.
I Menyusup masuk dalam pertubuhan
II Melalui hubungan antara kerajaan
III Interaksi antara kumpulan pedagang
IV Pembukaan cawangan Parti Koumintang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut adalah tindakan pengganas komunis di Tanah Melayu: • Merosakkan ladang getah • Mengganggu kerja di lombong • Merosakkan landasan kereta api. Apakah tujuan utama tindakan tersebut?
Memiliknegarakan sektor perusahaan
Menyusun semula sistem pemilikan
Menentang amalan buruh paksa
Melumpuhkan ekonomi British
Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan parti politik di Tanah Melayu.
Apakah persamaan matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
Konsep “Merdeka dengan Darah”
Merdeka melalui konsep Melayu Raya
Penubuhan sebuah parti politik pelbagai kaum
Mengutamakan slogan Malaya untuk Melayu
Penduduk tempatan Tanah Melayu dilantik sebagai Ahli dalam Sistem Ahli pada tahun 1951. Mengapakah pelantikan tersebut penting terhadap Tanah Melayu?
Pengekalan sistem pentadbiran tradisional
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Pengukuhan kuasa politik bumiputera
Penjimatan perbelanjaan kerajaan
Jadual sumbangan Dato’ Onn Jaafar
1946 menubuhkan UMNO
1951 menubuhkan IMP.
Mengapakah beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya sedangkan sebelum itu menubuhkan UMNO?
Mengutamakan perpaduan antara kaum
Menerima desakan daripada penjajah British
Memastikan kemenangan dalam pilihan raya
Memantapkan pengurusan dalam Sistem Ahli
Rajah perkembangan pilihan raya yang diadakan di negara kita sebelum merdeka.
1951 Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town
1952 Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
1954 Pilihan Raya peringkat negeri
1955 X.
Apakah X?
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Melaka
Pilihan Raya Majlis Perundangan Sabah
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuching
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Raja-raja Melayu mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan manakah terkandung dalam memorandum tersebut?
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
Ketua Menteri mengetuai pentadbiran kerajaan
Undang-undang tempatan dikuatkuasakan
Syarat kewarganegaraan dikaji semula
Sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka, kita mesti:
I meninggalkan norma-norma tradisional bangsa
II meningkatkan usaha untuk kepentingan peribadi
III bebas daripada pengaruh asing yang negatif
IV berupaya menyumbang idea untuk bangsa.
Pilih kombinasi yang tepat.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?
I Memperkukuh kedudukan raja-raja
II Memperluas peranan golongan pembesar
III Menyekat peluasan pengaruh kuasa asing
IV Mengikat kesetiaan rakyat terhadap raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Mengubah sempadan negeri
Mengetuai perkhidmatan awam
Melantik diplomat ke luar negara
Mengawal perbelanjaan kerajaan
Sejak merdeka, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sistem tersebut?
Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan
Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran negara
Badan Kehakiman merangka undang-undang
Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara
Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?
Tanah
Pelajaran
Kesihatan
Pertahanan
Persetujuan Bangkok dicapai pada tahun 1966 di Bangkok, Thailand. Mengapakah persetujuan tersebut penting terhadap negara?
Pemulihan hubungan Malaysian-Indonesia
Pengukuhan hubungan Malaysia-Filipina
Penyertaan Brunei dalam Malaysia
Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?
Menentukan sokongan terhadap pembentukan Malaysia
Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan
Mengekalkan sistem pentadbiran British
Menilai pengaruh parti berhaluan kiri
Apakah kesan peralihan kuasa kepimpinan di Indonesia pada tahun 1965?
Perang Dingin merebak
Pakatan tentera dibentuk
Dasar konfrontasi berakhir
Sistem beraja dipulihkan
Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis pada tahun 1960-an. Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan ancaman tersebut?
Membentuk Persekutuan Malaysia
Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Mewujudkan kerjasama ketenteraan bersama Indonesia
Memperkukuh hubungan diplomatik dengan Filipina
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia? Pilih kombinasi yang tepat.
I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia
Julai 1961 – Jawatankuasa Setiakawan Malaysia
November 1961 – Rundingan London
Januari 1962 – Pembentukan Suruhanjaya Cobbold
Ogos 1962 – X.
X ialah pengumuman penubuhan?
Majlis Perundangan Persekutuan
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Jawatankuasa Eksekutif
Suruhanjaya Reid
Penyata Razak 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum. Yang manakah kedua-dua elemen tersebut?
I Kemahiran teknikal
II Kurikulum seragam
II Sistem persekolahan sama
IV Kenaikan darjah secara automatik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan Kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan. Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?
Melahirkan tenaga kerja mahir
Mengurangkan sekolah vernakular
Memendekkan tempoh persekolahan
Menempatkan murid kelainan upaya
Logo Sukan Malaysia (SUKMA) dipaparkan. Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?
Memantapkan ekonomi negeri
Memperkukuhkan perpaduan rakyat
Memajukan industri pelancongan
Mengimbangi ekonomi antara kaum
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal pada tahun 1971. Apakah prinsip dasar tersebut? Pilih kombinasi yang tepat.
I Memperkukuh identiti kenegerian
II Memgutamakan elemen dari luar
III Berasakan kebudayaan rakyat asal
IV Bertunjangkan ajaran Islam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 untuk pembukaan tanah baharu. Apakah kesan pembukaan tanah tersebut? Pilih kombinasi yang tepat.
I Taraf hidup rakyat meningkat
II Sektor perladangan berkembang
III Bilangan usahawan bertambah
IV Harga komoditi meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Apakah matlamat utama dasar tersebut? Pilih jawapan yang paling tepat.
I Mengimbangi pemilikan harta antara kaum dan meningkatkan kualiti perkhidmatan
II Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menggiatkan pembukaan tanah
III Meningkatkan kemajuan ekonomi dan mengimbangi pemilikan harta antara kaum
IV Menggiatkan pembukaan tanah dan meningkatkan kemajuan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Tunku Abdul Rahman melaksanakan dasar probarat dalam hubungan luar Malaysia pada peringkat awal?
Konfrontasi Indonesia
Pergolakan di Vietnam
Gesaan Piagam Atlantik
Ancaman Parti Komunis Malaya
Berikut ialah negara anggota terawal ASEAN: Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Apakah sumbangan ASEAN yang paling tepat terhadap negara-negara anggotanya?
I Meningkatkan hubungan sosial
II Menyediakan bantuan ketenteraan
III Menyeragamkan sistem pentadbiran
IV Menumpukan pembangunan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor utama yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
Pendirian pertubuhan serantau
Kepentingan ekonomi negara
Kehendak kuasa besar
Keperluan ketenteraan
Afrika Selatan mengamalkan Dasar Apartheid. Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Hubungan dagang terhad
Dasar komunis diamalkan
Kebebasan beragama disekat
Diskriminasi kaum dilaksanakan
