wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 5 (UNIT 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang anda faham dengan konsep pendidikan sepanjang hayat bagi warga emas?

a)

pendidikan sepanjang hayat tanpa batasan had umur, masa dan tempat

b)

pendidikan separuh hayat untuk mereka yang sakit dan uzur

c)

peluang sekolah harapan bagi mereka yang tidak sihat

d)

peluang untuk berjaya tanpa batasan wang

2.

Apakah yang anda faham dengan hasrat warga emas di Jepun?

i. Menambah ilmu pengetahuan seiring dengan masa

ii. Penimbaan ilmu pengetahuan berterusan walaupun bersara

iii. Penimbaan ilmu pengetahuan sebab dipaksa oleh kerajaan

iv. Boleh bersosial dengan warga muda.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

Golongan emas yang merebut peluang untuk mengikuti Program Pendidikan Sepanjang Hayat adalah mereka yang berumur dalam lingkungan umur __________.

i. 35 tahun

ii. 45 tahun

iii. 60 tahun

iv. 65 tahun ke atas

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

4.

Apakah tujuan Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan pelbagai karnival dan seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat pada setiap tahun di Malaysia?

a)

menggalakkan masyarakat Malaysia menjadi kaya-raya

b)

menggalakkan masyarakat Malaysia sentiasa menimba ilmu tanpa batasan had umur

c)

pembelajaran untuk membantu membasmikan kemiskinan masyarakat minoriti Malaysia

d)

pembelajaran berasaskan perisian komputer untuk pelajar pintar

5.

Konsep pendidikan sepanjang hayat untuk golongan bekerja memberi peluang untuk mereka meneruskan pembelajaran kursus secara online. Ia dikatakan sebagai satu langkah positif untuk

a)

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara mendalam

b)

mendapat peluang percuma bagi program pendidikan sekolah harian tajaan KPM

c)

menawarkan pendidikan kolej kepada pelajar yang mampu

d)

meningkatkan tahap kesihatan pada tahap maksimum

6.

Kursus pendidikan sepanjang hayat secara pakej online ini amat sesuai untuk

i. bayi

ii. kanak-kanak

iii. dewasa

iv. warga emas

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Pernyataan manakah menunjukkan konsep yang menepati ciri-ciri pembelajaran atau mengikuti kursus secara online?

a)

pembelajaran buku teks

b)

pembelajaran taska

c)

pembelajaran E-Learning

d)

pembelajaran sekolah pondok

8.

Konsep pendidikan sepanjang hayat adalah agenda kerajaan Malaysia untuk

a)

melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi

b)

membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat muda

c)

melahirkan masyarakat yang memuja kekayaan dan kemewahan

d)

melahirkan masyarakat muda yang rakus dengan duniawi

9.

Apakah yang anda faham hubungan antara ciri-ciri pendidik abad ke-21 di kelas dengan konsep pendidikan sepanjang hayat?

a)

seseorang guru perlu memiliki sijil perguruan yang sah

b)

seorang guru sekolah selaku pendidik perlu mendalami dan memiliki ilmu pengetahuan terkini

c)

seorang pendidik hanya menumpukan fokus kepada perkembangan akademik murid sahaja

d)

seseorang pendidik perlu memastikan pelajar cemerlang dalam ujian

10.

"Lifelong Learning atau Konsep My3L" adalah salah satu konsep yang diperkenalkan oleh KPM di sekolah, institut pendidikan dan institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta di negara.

Pada pandangan anda, apakah maksud "Lifelong Learning Programme atau Konsep My3L" itu?

a)

pendidikan sepanjang hayat

b)

pengajian tinggi persekolahan

c)

pengajian rendah persekolahan

d)

pendidikan menengah atas

11.

Apakah fungsi kerajaan dalam menjana My3L di Malaysia?

a)

Menjanakan My3L sebagai konsep pelancongan di Malaysia

b)

Menjadikan konsep My3L sebagai Akta Pendidikan

c)

Memperkenalkan dan mempromosikan konsep My3L

d)

Menjadikan My3L sebagai satu pertubuhan kerajaan

12.

Apakah yang anda faham dengan peranan utama My3L?

a)

konsep pembelajaran berasaskan buku teks di Malaysia

b)

konsep pembelajaran berterusan tanpa had masa, umur dan tempat

c)

perancangan strategi tentera untuk membentuk pasukan tentera yang hebat

d)

usaha pihak swasta mengaut keuntungan untuk jualan buku cerita

13.

Encik Bekon:

  • Bersara sebagai pengetua
  • melanggan berita secara e-mel
  • mengikuti ijazah sarjana di UPM
  • rajin mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh pihak swasta
  • menulis buku dan jurnal pendidikan


Encik Bekon adalah pesara kakitangan awam dan bekas pengetua sekolah. Apakah yang anda buat tafsiran tentang peribadi Encik Bekon?

i berdaya usaha

ii. melanjutkan pelajaran di usia tua

iii. rajin mencari ilmu pengetahuan baru

iv. sentiasa ada kemahuan untuk meningkatkan kemahiran

a)

i, ii, dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

14.

Bagaimanakah KPM memberikan pengiktirafan kepada Encik Bekon sebagai insentif menjana konsep pendidikan sepanjang hayat dalam hidupnya?

i. memberikan surat penghargaan

memberikan ganjaran insentif kewangan

iii. memberikan pengiktirafan dengan menamakan sebagai tokoh guru

iv. memberikan galakan pujian secara lisan oleh Pegawai Pendidikan Daerah

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

15.

Pada pendapat anda, apakah konsep yang sesuai untuk menggambarkan peranan pendidik dalam mencanangkan murid dalam pembelajaran abad ke-21?

a)

PSH menjana keuntungan kepada negara

b)

PSH tonggak ketiga membangunan modal insan

c)

PSH menjadi agensi penting dalam karnival buku

d)

PSH sebagai satu usaha untuk memberikan dana kewangan kepada negara