wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Ganda Tahun 4_2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kamarul lari __________ kerana dikejar oleh lelaki yang kurang siuman.

a)

diam-diam

b)

lalu-lalang

c)

bersepah-sepah

d)

tunggang-langgang

2.

Bunyi yang __________ dari arah jalan raya menyebabkan adik terjaga dari tidur.

a)

tunggang-langgang

b)

hingar-bingar

c)

kelam-kabut

d)

haru-biru

3.

Pada musim kemarau perigi di belakang rumah saya __________.

a)

licin-licau

b)

basah-kuyup

c)

kering-kontang

d)

terang-benderang

4.

Terdapat banyak sarang __________ di rumah usang itu.

a)

patung-patung

b)

labah-labah

c)

rama-rama

d)

kura-kura

5.

Kak Ida tidak dapat mendengar dengan baik kerana __________ telinganya rosak.

a)

dedaun

b)

peparu

c)

rerambut

d)

gegendang

6.

Afzal meneruskan perjalanannya kerana hujan hanya turun __________.

a)

kecil-kecil

b)

besar-besar

c)

rintik-rintik

d)

kasar-kasar

7.

Mukanya __________ merah akibat terkena demam campak.

a)

berjalur-jalur

b)

berpetak-petak

c)

berbintik-bintik

d)

berlebam-lebam

8.

Negeri Pahang kaya dengan __________ hutannya.

a)

hasil-hasil

b)

punca-punca

c)

benda-benda

d)

sumber-sumber

9.

Rumah-rumah di pedalaman terletak __________ sehingga satu kilometer di antara satu dengan yang lain.

a)

jauh-jauh

b)

dekat-dekat

c)

besar-besar

d)

hampir-hampir

10.

Pihak polis sedang memerhati __________ pemuda yang mencurigakan itu.

a)

lalu-lalang

b)

bolak-balik

c)

tindak-tanduk

d)

mundar-mandir

11.

Kita hendaklah berhati-hati apabila bercakap kerana kata pepatah, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam __________".

a)

kuat-kuat

b)

mimpi-mimpi

c)

dengar-dengar

d)

sembunyi-sembunyi

12.

Kulit adik berbintik-bintik kerana digigit oleh __________.

a)

rerama

b)

pepijat

c)

pepatung

d)

jejentik

13.

Jalan menuju ke kem motivasi itu __________ seperti ular kena palu.

a)

berputar-putar

b)

lintang-pukang

c)

berpusing-pusing

d)

bengkang-bengkok

14.

Abang memunggah air untuk disimpan ke dalam __________.

a)

lelabu

b)

dedalu

c)

kekabu

d)

pepaku

15.

Mereka membuat __________ untuk menakutkan burung.

a)

orang-orang

b)

anting-anting

c)

obor-obor

d)

tupai-tupai

16.

Datuk kurang dengar kerana __________nya rosak.

a)

jejari

b)

sesiku

c)

lelangit

d)

gegendang

17.

Banyak kes __________ yang masih belum dapat diselesaikan lagi.

a)

bolak-balik

b)

cerai-berai

c)

corat-coret

d)

dolak-dalik

18.

Datuk memasang __________ di tengah sawah untuk menghalau __________ memakan padi.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

kabu-kabu

d)

langit-langit

19.

Kak Lina sedang mengukus __________ untuk makan petang.

a)

onde-onde

b)

epok-epok

c)

abuk-abuk

d)

bola-bola

20.

Puan Limah dan suaminya asyik __________ di terminal bas kerana menunggu anaknya yang masih belum tiba.

a)

lalu-lalang

b)

selok-belok

c)

mundar-mandir

d)

bersimpang-siur