wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH PAHANG 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun. Apakah ciri kehidupan tersebut? (f4 m/s 5)

a)

Kebebasan beragama

b)

Kesejahteraan hidup

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Ketinggian moral

2.

Gambar berikut merujuk kepada peralatan yang dicipta oleh masyarakat Mesopotamia yang membolehkan mereka mengawal banjir. Mengapakah masyarakat tersebut berjaya mencipta peralatan tersebut ? (f4 m/s 16)

a)

Kemajuan sistem tulisan

b)

Penciptaan roda

c)

Penggubalan undang-undang

d)

Pengamalan pemerintahan teokrasi

3.

Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini ? (f4 m/s 43)

a)

Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan

b)

Golongan agama menjadi penasihat pemerintah

c)

Pilihan raya diadakan setiap lima tahun

d)

Raja menjadi ketua pentadbir negara

4.

Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai moksya.

Mereka berbuat demikian supaya (f4 m/s 65)

a)

dilahirkan semula

b)

diberi pengampunan

c)

dimasukkan ke syurga

d)

disatukan dengan tuhan

5.

Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim? (f4 m/s 76)

a)

Kekayaan hasil laut

b)

Peningkatan hasil pertanian

c)

Perubahan dasar pemerintahan

d)

Kedudukan Oc-Eo yang strategik

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran masyarakat kerajaan maritim. Apakah kesan kemahiran tersebut kepada kerajaan maritim? (f4 m/s 79)

a)

Pengukuhan kedudukan pemerintah

b)

Penglibatan aktiviti perdagangan

c)

Peningkatan daya intelektual

d)

Pemantapan pertahanan laut

7.

Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab pada zaman jahiliah. Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun? (f4 m/s 102)

a)

Kerajaan pusat tiada

b)

Hasutan kerajaan Parsi

c)

Kawasan pertanian terhad

d)

Campur tangan orang Yahudi

8.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab? (f4 m/s 106)

a)

Perbalahan kaum dielakkan

b)

Penyebaran Islam di Makkah

c)

Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan? (f4 m/s 122)

a)

Melantik gabenor sebagai pentadbir

b)

Menyatukan wilayah-wilayah kecil

c)

Menubuhkan pasukan tentera tetap

d)

Menggubal perlembagaan negara

10.

Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah? (f4 m/s 134)

a)

Pembebasan golongan hamba

b)

Pemulauan keluarga Bani Hashim

c)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

11.

Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam. Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara? (f4 m/s 143)

I Melahirkan pemimpin berwibawa

II Memperkukuh sistem berkuasa mutlak

III Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah

IV Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat berikut berkaitan istilah yang digunakan dalam kerajaan islam. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat? (f4 m/s 164-166)

a)

Kebudayaan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat

b)

Bahasa Arab digunakan oleh sebahagian masyarakat

c)

Perkembangan ilmu pengetahuan meluas di Eropah

d)

Perluasan kawasan penaklukan Islam

13.

Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bagaimanakah beliau melaksanakannya? (f4 m/s 181)

a)

Menyertai para ulama

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menghasikan kitab ilmu tasawuf

d)

Mengislamkan golongan pemerintah

14.

Maklumat berikut berkaitan kesan kedatangan islam ke Asia Tenggara. Apakah bukti pernyataan di atas? (f4 m/s 191)

I Amalan penindasan ditolak

II Ekonomi dikuasai pemerintah

III Golongan pembesar diketepikan

IV Unsur halal haram amat mustahak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal. Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh? (f4 m/s 197)

a)

Melalui pendidikan formal

b)

Menggunakan kekuatan tentera

c)

Memantapkan adat istiadat

d)

Menjalin hubungan luar

16.

Mata wang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu. Apakah kepentingan mata wang tersebut? (f4 m/s 210)

I Melambangkan status seseorang pembesar

II Menggalakkan rakyat menyimpan wang

III Mengandungi maklumat pangkat sultan

IV Menuliskan gelaran Islam sultan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Dialog berikut mungkin berlaku antara dua orang penganut agama Kristian pada abad ke-16 di Eropah. Mengapakah Martin Luther menentang amalan tersebut? (f4 m/s 221)

a)

Penindasan terhadap rakyat berleluasa

b)

Penyelewengan amalan agama

c)

Peningkatan kadar jenayah

d)

Pegangan agama longgar

18.

Maklumat berikut berkaitan pemerintah di Eropah. Berdasarkan jadual di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut? (f4 m/s 223)

a)

Penerokaan kawasan Timur

b)

Pelayaran mengelilingi dunia

c)

Perebutan takhta pemerintahan

d)

Peperangan semasa mazhab Kristian

19.

Jadual berikut berkaitan penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan. Mengapakah penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah merosot? (f4 m/s 252)

a)

Gangguan kongsi gelap

b)

Pengenalan kapal korek

c)

Kekurangan tenaga mahir

d)

Peningkatan kemasukan buruh

20.

Jalan keretapi dan jalan raya banyak dibina di Tanah Melayu antara tahun 1885 hingga 1920. Mengapakah kemudahan tersebut penting kepada Tanah Melayu (f4 m/s 267-268)

I Perusahaan getah berkembang

II Perlombongan bijih timah pesat

III Perkembangan tanaman lada hitam

IV Penemuan petroleum dan gas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Jadual menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19. Mengapakah perubahan tersebut dilakukan? (f5 m/s 13)

a)

Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja

b)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

c)

Memelihara kedaulatan negara

d)

Memenuhi tuntutan rakyat

22.

Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia? (f5 m/s 16)

a)

Menghalang perkembangan sekolah agama

b)

Mengehadkan aktiviti budaya tempatan

c)

Menyekat rakyat mendapat pekerjaan

d)

Memecahbelahkan perpaduan rakyat

23.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

Mengapakah perjuangan mereka gagal ? (f5 m/s 44)

a)

Senjata tidak lengkap

b)

Tenaga tentera kurang

c)

Kemudahan asas kurang

d)

Sokongan pembesar tidak cukup

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an. Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan? (f5 m/s 56)

a)

Membantu perjuangan golongan kiri

b)

Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

Bekerjasama dengan pihak Jepun

d)

Mendapatkan sokongan pembesar

25.

Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa. Apakah X? (f5 m/s 73)

a)

Persamaan pandangan dunia

b)

Persamaan bahasa pertuturan

c)

Persamaan sistem kepercayaan

d)

Persamaan dasar pemerintahan

26.

Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu. Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan? (f5 m/s 84)

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan negeri

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Mengukuhkan hubungan dengan Siam

27.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union? (f5 m/s 99)

a)

Melemahkan golongan radikal

b)

Meningkatkan kos pentadbiran

c)

Mempertahankan tamadun bangsa

d)

Kesukaran mendapatkan kerakyatan

28.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (f5 m/s 108)

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

29.

Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA? (f5 m/s 121)

a)

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya

b)

Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

c)

Mendapat bantuan kewangan daripada British

d)

Gagal mendapat sokongan semua kaum

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid. Apakah X? (f5 m/s 126)

a)

Membendung kegiatan komunis

b)

Menetapkan sempadan antara negeri

c)

Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

d)

Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu

31.

Rajah berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia. Mengapakah negeri tersebut menyokong gagasan Malaysia (f5 m/s 139)

a)

Menamatkan ancaman komunis

b)

Memperkukuhkan amalan demokrasi

c)

Mengelakkan campur tangan asing

d)

Memenuhi desakan penduduk tempatan

32.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia? (f5 m/s 150)

a)

Memujuk Singapura menyerti persekutuan

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Melaksanakan sistem Birokrasi Barat

d)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

33.

Mengapakah pembentukan parti politik di Malaysia lebih bersifat perkauman (f5 m/s 180)

a)

Tertakluk dengan perlembagaan

b)

Mudah menyampaikan maklumat

c)

Menjaga kepentingan masing-masing

d)

Syarat-syarat daripada Suruhanjaya Pilihanraya

34.

Maklumat berikut berkaitan kandungan Perlembagan Malaysia. Berdasarkan maklumat di atas, apakah perkara yang membolehkan kerakyatan seseorang dilucutkan? (f5 m/s 164)

a)

Melanggar undang-undang

b)

Bermastautin di negara lain

c)

Tidak mentaati Rukun Negara

d)

Mempunyai kerakyatan negara lain

35.

Gambar berikut menunjukkan Jata Negara kita Malaysia. Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia? (f5 m/s 188)

I Memperkukuh perpaduan rakyat

II Melahirkan rakyat bersemangat waja

III Mempertahan semangat kenegerian

IV Melambangkan kemajuan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Maklumat berikut berkaitan Dasar Kependudukan negara Malaysia. Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar di atas? (F5 m/s 209)

I Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran

II Merapatkan jurang ekonomi antara kaum

III Menambahkan bilangan tenaga kerja

IV Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum. Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut? (f5 m/s 214)

I Aliran vokasional diperkenalkan

II Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah

III Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

IV Sistem persekolahan bercorak integrasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bagaimanakah objektif dasar tersebut boleh dicapai? (f5 m/s 217)

a)

Menghalang kemiskinan

b)

Membangunkan prasarana

c)

Memperkukuhkan perpaduan

d)

Mempertingkatkan ekonomi negara

39.

Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin. Apakah ciri blok kapitalis ? (f5 m/s 235)

I Mengamalkan pemerintahan demokratik

II Mengamalkan sistem satu parti

III Memiliknegarakan perniagaan

IV Menjamin kebebasan individu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Jadual berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut? (f5 m/s 258)

a)

Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)

b)

Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

c)

Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

d)

Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)