wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2015 SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam ?

a)

Kebebasan mengamalkan sebarang agama

b)

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi

c)

Kesejahteraan semua lapisan rakyat

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

2.

[Pilih 2] Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 sebelum Masihi) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia.

Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh

a)

Amalan sikap terbuka

b)

Pertembungan dengan budaya lain

c)

Perluasan wilayah pemerintahan

d)

Kejayaan kegiatan penjelajahan

3.

Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.

Mengapakah bidang tersebut penting ?

a)

Memudahkan mobiliti sosial

b)

Membina watak kepimpinan

c)

Melahirkan rakyat yang seimbang

d)

Memperkukuhkan jati diri masyarakat

4.

Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?

a)

Penggunaan gelaran maharaja

b)

Perlantikan golongan Ksyatria

c)

Pengamalan upacara keagamaan

d)

Pengiktirafan golongan Brahmin

5.

Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep Dewa Raja dan Order Kosmos. Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja ?

a)

Mengekalkan pemerintahan yang adil

b)

Memantapkan adat istiadat di istana

c)

Mempelbagai upacara keagamaan

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

6.

Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua ?

a)

Memudahkan kedatangan pedagang

b)

Simbol penguasaan alam semesta

c)

Lambang kekuatan pemerintah

d)

Benteng pertahanan negeri

7.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalingan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah. Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW ?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai dimeterai

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

8.

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam ?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberi jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

9.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut ?

a)

Perjanjian Hudaibiah

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Baiah al-Ridwan

d)

Majlis Tahkim

10.

Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Apakah X ?

a)

Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah

b)

Sepakat membina masjid al-Nabawi

c)

Muafakat dengan golongan Ansar

d)

Bersembunyi di Gua Thur

11.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan Berjaya melumaskan wilayah Islam ?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuhkan

c)

Perkahwinan politik digalakkan

d)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan

12.

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan ?

a)

Mewujudkan peraturan yang tegas

b)

Memberikan gaji setiap bulan

c)

Melantik pegawai risikan

d)

Membuat pemantauan

13.

Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam . Apakah X ?

a)

Kesultanan

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Republik

14.

Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut?

a)

Melaksanakan pentadbiran Barat

b)

Memperkenalkan ilmu matematik

c)

Menterjemahkan karya falsafah Arab

d)

Membincangkan teori kedatangan Islam

15.

Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu. Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?

a)

Pengaruh ajaran Islam

b)

Pengaruh Hindu-Buddha

c)

Pengaruh kepercayaan animism

d)

Pengaruh sistem adat tradisional

16.

Apakah sumbangan Tuk Pulai Chondong dan Tok Ku Paloh terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu ?

a)

Melancarkan sistem madrasah

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran

c)

Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok

d)

Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita

17.

Akta Antipenggabungan (Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. Akta tersebut menyebabkan

a)

Buruh asing dilarang bekerja

b)

Gaji pekerja tidak meningkat

c)

Harga barang berkurangan

d)

Wanita dilarang bekerja di kilang

18.

Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16. Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?

a)

Ajaran agama diseleweng

b)

Kadar jenayah meningkat

c)

Rakyat jelata tertindas

d)

Kuasa raja tercabar

19.

Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

a)

Menguasai kumpulan kongsi gelap

b)

Mendapat bantuan pembesar tempatan

c)

Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan

d)

Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan

20.

Mengapakah Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan?

a)

Menstabilkan harga

b)

Mengurangkan import

c)

Meningkatkan pengeluaran

d)

Menyekat kegiatan orang tengah

21.

Bagaimanakah pembesar Mandarin di Vietnam dilantik ?

a)

Keputusan pembesar tradisional

b)

Pemilihan oleh rakyat

c)

Perlantikan oleh penjajah

d)

Melalui sistem peperiksaan

22.

Apakah keistimewaan wilayah Asia Tenggara yang dikuasai oleh imperialis Barat?

a)

Politik stabil

b)

Pentadbiran mantap

c)

Banyak bahan mentah

d)

Mata wang sistematik

23.

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia-Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

24.

Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Perluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

25.

Apakah tindakan J.W.W.Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

26.

[Pilih 2] Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?

a)

Desakan kumpulan radikal

b)

Pemimpin dan rakyat bermuafakat

c)

Semangat toleransi menjadi amalan

d)

Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

27.

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.

Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

28.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

29.

Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946. Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ?

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

30.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan union di Tanah Melayu. Apakah tindakan orang Melayu ?

a)

Memohon bantuan luar

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Menggubal perlembagaan alternatif

d)

Mengadakan demonstrasi secara aman

31.

Apakah keputusan yang dicapai dalam Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956?

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

32.

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut ?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

33.

Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia. Apakah X ?

a)

Majlis perundangan Persekutuan

b)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Jawatankuasa Eksekutif

d)

Suruhanjaya Reid

34.

Mengapakah Sarawak Chinese Association dan Parti Pesaka Anak Sarawak menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal ?

a)

Bimbang ancaman komunis

b)

Tekanan daripada Indonesia

c)

Ingin merdeka terlebih dahulu

d)

Menyokong Persekutuan Borneo

35.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus ?

a)

Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon

b)

Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding

c)

Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi

d)

Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia. Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan?

a)

Pembubaran rasmi parlimen

b)

Wakil rakyat meninggal dunia

c)

Persempadaan semula kawasan

d)

Pertambahan bilangan penduduk

37.

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan ?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

Menempatkan murid kelainan upaya

38.

[Pilih 2] Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Apakah matlamat dasar tersebut?

a)

Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

b)

Mengurangkan beban kewangan kerajaan

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memperhebatkan pembukaan tanah

39.

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Britain, Australia dan New Zealand. Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani ?

a)

Memperkuat pertahanan

b)

Menambah aset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

40.

Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua. Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ?

a)

Menguji kekuatan tentera

b)

Mempertahankan keselamatan

c)

Merampas kembali wilayah

d)

Menyekat pengaruh komunis