wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KURSUS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Total questions: 40

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

Frasa yang digunapakai oleh Kerajaan dalam surat rasmi kerajaan mulai 20 September 2018 adalah:-

a)

Saya yang menurut minat

b)

Saya yang menurut perintah

c)

Saya yang menjalankan tugas

d)

Saya yang menjalankan amanah

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Saya yang menurut perintah”?

a)

Menjalankan amanah dengan rasa penuh tanggungjawab

b)

Menjalankan tugas mengikut arahan tanpa berlandaskan undang-undang / peraturan

c)

Menurut budi bicara

d)

Menurut minat dan kecenderungan

3.

Encik Megat seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 telah meneriwa surat tawaran pekerjaan dengan RISDA dan perlu melapor diri ke Pejabat RISDA Bahagian Betong pada 20 April 2019. Beliau telah membuat persiapan untuk melapor diri ke pejabat seperti yang diarahkan tetapi terlupa untuk membuat pemeriksaan kesihatan.


Bolehkah seorang pegawai baharu lantikan kali pertama melapor diri ke pejabat tanpa mengemukakan borang pemeriksaan kesihatan?

a)

Boleh, dengan kelulusan Ketua Pusat Tanggungjawab

b)

Tidak boleh, tetapi perlu membuat rayuan

c)

Boleh, tetapi perlu membuat rayuan bertulis

d)

Tidak boleh dan perlu pulang semula ke kampung halaman

4.

Yang manakah pernyataan yang benar mengenai tanggung kerja?

a)

Melaksanakan tugasnya sahaja

b)

Melaksanakan sesuatu tugas lain disamping tugasnya sendiri

c)

Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

d)

Melaksanakan tugas yang dirancang dan memantaunya dari semasa ke semasa

5.

Yang manakah tidak benar mengenai penentuan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan sesuatu pegawai?

a)

Pada tarikh memenuhi tempoh 1-3 tahun tempoh percubaan setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan

b)

Sehari selepas menghadiri dengan jayanya kursus PTM yang disyaratkan

c)

Sehari selepas menduduki peperiksaan yang dilulusnya

d)

Sehari selepas melengkapkan e-vetting

6.

Encik Hilmi berjawatan Pembantu Awam H11 telah berkhidmat di RISDA mulai 1 Mei 2012. Namun, setakat 1 Mei 2018 beliau masih lagi gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan oleh Ketua Jabatannya.


Apakah sebab yang membolehkan situasi di atas berlaku?

a)

Tidak lulus peperiksaan pengesahan jawatan

b)

Belum melepasi tempoh percubaan 1-3 tahun

c)

Gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan

d)

Tidak menghadiri kursus PTM kerana tiada penganjuran

7.

Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan & Kenaikan Pangkat RISDA dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat berdasarkan kepada:


I. Kecekapan dan prestasi kerja pegawai

II. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman

III. Sifat-sifat peribadi, keutuhan, potensi diri dan kepimpinan

IV. Kegiatan luar dan sumbangan di luar tugas rasmi

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

8.

Yang manakah bukan kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan denda?

a)

Hilang kekananan

b)

Tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan

c)

Tarikh pergerakan gaji tahunan berubah

d)

Ditukarkan ke Pusat Tanggungjawab lain

9.

“Pihak Berkuasa Melantik boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan”


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada jika pegawai RISDA itu telah____________________?

a)

Menyatakan maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan

b)

Membuat akuan palsu dalam akuan berkanun

c)

Menandatangani aku janji dan mematuhinya

d)

Mengemukakan salinan dokumen berhubung dengan pelantikannya dan diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab

10.

Apakah maksud pegawai?

a)

Semua kategori staf yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap atau kontrak

b)

Semua pegawai gred 41 ke atas

c)

Semua pegawai kumpulan P&P

d)

Semua pegawai gred 29 ke atas

11.

Apakah maksud penilaian prestasi?

a)

Suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu Tahun.

b)

Suatu sistem untuk mengenalpasti, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu Tahun.

c)

Suatu sistem untuk merancang, membangun, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu Tahun.

d)

Suatu sistem untuk mengenalpasti, merancang, melaksana dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu Tahun.

12.

Arahan Pentadbiran berkaitan Pemantapan Penetapan PPP dan PPK untuk penyediaan SKT dan LNPT yang sedang berkuat kuasa ialah________________?

a)

Arahan Pentadbiran Bil. 4 Tahun 2019

b)

Arahan Pentadbiran Bil. 5 Tahun 2019

c)

Arahan Pentadbiran Bil. 6 Tahun 2019

d)

Arahan Pentadbiran Bil. 7 Tahun 2019

13.

Berapakah tempoh minimum penilaian bagi seseorang pegawai?

a)

2 bulan

b)

4 bulan

c)

6 bulan

d)

8 bulan

14.

Yang manakah tidak benar mengenai syarat penetapan pegawai penilai?

a)

Mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara PYD dan PPP.

b)

Tiada hubungan kekeluargaan terdekat di antara PYD dan Pegawai Penilai.

c)

Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan dalam Tahun penilaian.

d)

Gred pegawai penilai mesti lebih tinggi daripada gred PYD.

15.

Siapakah Pegawai Penilai Kedua bagi Pegawai Tadbir di Bahagian Pembangunan Usahawan?

a)

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

b)

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat)

c)

Pengarah

d)

Ketua Unit

16.

Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakkan kecuali

a)

Cuti Rehat

b)

Cuti Separuh Gaji

c)

Cuti Sakit Lanjutan

d)

Cuti Tanpa Gaji

17.

Encik Zulkifli, seorang Pembantu Tadbir N19 telah dilantik pada 1 Mac 2009 dengan kelayakan cuti rehat tahunan sebanyak 20 hari dan telah dinaikkan pangkat ke N22 pada 1 Disember 2018. Beliau telah mencapai genap 10 tahun perkhidmatan pada tahun 2019. Berapakah kelayakan cuti rehat tahun beliau sekarang?

a)

20 hari

b)

25 hari

c)

30 hari

d)

35 hari

18.

Berapakah bilangan jumlah terkumpul cuti kecemasan dan cuti sakit dibenarkan dalam tempoh 28 hari dari tempoh seseorang pegawai mula menanggung kerja yang melayakkan dibayar elaun tanggung kerja?

a)

3 hari

b)

4 hari

c)

5 hari

d)

6 hari

19.

Berapakah kelayakan maksimum bagi pegawai yang ingin menuntut Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat?

a)

7 hari termasuk hari kelepasan am

b)

3 hari termasuk hari kelepasan am

c)

3 hari tidak termasuk hari kelepasan am

d)

7 hari tidak termasuk hari kelepasan am

20.

Pembekalan alat adalah termasuk dalam Kemudahan Perubatan yang diperlukan oleh pegawai/keluarga yang tidak dapat diperolehi di hospital Kerajaan.Berapakah had kelayakan untuk perbelanjaan Alat Bantu Pendengaran untuk ibu bapa:

a)

RM1,500 seunit

b)

RM2,500 seunit

c)

RM3,500 seunit

d)

Tidak layak

21.

Kenyataan yang betul berkaitan syarat dan peraturan dalam menimbang permohonan perbelanjaan Kemudahan Perubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan adalah:

a)

Semua jenis ubat yang telah diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tetapi terhad kepada RM 1,000 boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan

b)

Had perbelanjaan pembekalan ubat bagi keperluan penggunaan untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan

c)

Perubatan alternatf adalah dibenarkan dengan syarat disokong/diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan

d)

Kelulusan permohonan pembekalan Alat Bantu Pendengaran untuk ibu bapa seseorang pegawai yang melebihi RM1,500.00 direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

22.

Berapakah kelayakan Cuti Separuh Gaji atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 8 tahun?

a)

160 hari

b)

180 hari

c)

240 hari

d)

360 hari

23.

Kelayakan Cuti Menjaga Anak yang tidak bersambung dengan cuti bersalin bagi pegawai wanita disepanjang perkhidmatannya adalah:

a)

180 hari

b)

365 hari

c)

3 tahun

d)

5 tahun

24.

Berikut adalah kenyataan yang benar berkaitan Cuti Tanpa Rekod:

I Sembilan (9) jam kerja lebih masa bersamaan satu hari cuti gantian

II Kelayakan maksimum Cuti Tanpa Rekod Mengambil Bahagian Dalam Olahraga / Sukan 30 hari setahun

III Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai lelaki kerana isteri bersalin adalah 5 hari dan 5 kali sepanjang perkhidmatan

IV Kelayakan maksimum Cuti Tanpa Rekod Latihan Pasukan Sukarela adalah 14 hari setahun

a)

II sahaja

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

I, II, dan IV

25.

Cuti–cuti berikut perlu diambil kira untuk pelarasan kelayakan Cuti Rehat tahunan

I Cuti Haji

II Cuti Sakit

III Cuti Separuh Gaji

IV Cuti Sakit Lanjutan

a)

III sahaja

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

I, III, dan IV

26.

Apakah jenis cuti yang disyaratkan perlu menghabiskan semua cuti rehat yang berkelayakan?

I Cuti Tanpa Gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara

II Cuti Sakit Lanjutan

III Cuti Menjaga Anak

IV Cuti Tanpa Gaji kerana urusan persendirian yang mustahak

a)

IV sahaja

b)

II, III dan IV

c)

II dan IV

d)

Semua di atas

27.

Perbelanjaan rawatan buah pinggang secara hemodialisis sekiranya ianya tidak dapat disediakan oleh hospital/ klinik Kerajaan dan diperaku oleh Pakar Nefrologi Kerajaan tertakluk kepada had maksimum sebanyak ______ bagi setiap sesi rawatan.

a)

RM 150

b)

RM 180

c)

RM 200

d)

RM 250

28.

Berapakah jumlah kelayakan Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian yang mustahak bagi pegawai yang berkhidmat genap 9 tahun?

a)

180 hari

b)

220 hari

c)

270 hari

d)

360 hari

29.

Syarat minimum layak dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian yang mustahak adalah:

a)

selepas 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan

b)

selepas 12 bulan perkhidmatan yang melayakkan

c)

Telah disahkan dalam perkhidmatan

d)

Telah diberi taraf berpencen

30.

Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan seseorang pegawai akan berubah kerana:

I Lanjutan tempoh percubaan dengan denda

II Naik pangkat

III Dikenakan hukuman tatatertib tangguh pergerakan gaji atau turun gaji

IV Mendapat pergerakan gaji statik

a)

III sahaja

b)

I, II dan III

c)

III dan IV

d)

Semua di atas

31.

Perkara berikut perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan kecuali :

a)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

b)

Kursus

c)

Tapisan Keselamatan

d)

MK 19

32.

Berapa kali semakan perlu dilakukan di Pusat Tanggungjawab :

a)

1 Kali Setahun

b)

2 Kali Setahun

c)

1 kali Setiap 2 Tahun

d)

Apabila Pegawai Ingin Berpencen

33.

Siapakah yang diberi kuasa mengesahkan rekod dalam Buku Rekod Perkhidmatan:

a)

Pegawai Gred 29 dan keatas

b)

Pegawai Gred 26 ke atas

c)

Pembantu Tadbir Kanan

d)

Kerani yang merekod BRP

34.

Dokumentasi Rekod Perkhidmatan terdiri daripada yang berikut kecuali :

a)

Fail Peribadi

b)

Buku Rekod Perkhidmatan (Am 274)

c)

Maklumat Berkomputer (HRMIS)

d)

Fail Am

35.

Manakah diantara yang berikut merupakan Bahagian utama Buku Rekod Perkhidmatan:

i. Maklumat Peribadi

ii. Kenyataan Perkhidmatan

iii. Kenyataan Cuti

iv. Lembaran Kelakuan

a)

i sahaja

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

i, ii, iii, iv

36.

Buku Rekod Perkhidmatan dikelaskan sebagai :

a)

Dokumen Sulit

b)

Dokumen Terperingkat

c)

Dokumen Rahsia

d)

Dokumen Am

37.

Manakah antara yang berikut bukan merupakan kepentingan Buku Rekod Perkhidmatan:

a)

Tujuan Persaraan Pegawai

b)

Tujuan Kenaikan Pangkat Pegawai

c)

Tujuan Lantikan Pegawai

d)

Penamatan Perkhidmatan Pegawai

38.

Ketua Jabatan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan:

a)

Perekodan mempunyai punca kuasa

b)

Membuka Buku Rekod Perkhidmatan Lantikan Baru

c)

Mengurus dan Menyelenggara Buku Rekod Perkhidmatan

d)

Memberi penerangan berkenaan Buku Rekod Perkhidmatan

39.

Pegawai bertanggungjawab untuk memastikan:

a)

Kemukakan Maklumat Peribadi Apabila Melapor Diri, Bertukar atau Dilantik ke Jawatan Lain

b)

Menyimpan Dokumen Penting Berkaitan Perkhidmatan

c)

Menyemak Buku Rekod Perkhidmatan

d)

Menyimpan Buku Rekod Perkhidmatan

40.

Berikut merupakan dokumen yang perlu disimpan kecuali:

a)

Borang Kebenaran Ke Luar Negara Bagi Tujuan Persendirian

b)

Surat Lantikan

c)

Surat Pemberian Taraf Berpencen

d)

Surat Kenaikan Pangkat