wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMULASI HAJI / INTENSIF HAJI 2024

Total questions: 25

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Definisi Haji ialah…

a)

Haji ialah mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah sepanjang tahun untuk menziarahi Maqam Rasulullah

b)

Haji ialah mengunjungi Baitullah al Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya

c)

Haji ialah mengunjungi Baitullah al Haram di Madinah pada bulan haji

d)

Haji ialah mengunjungi Baitullah al Haram di Makkah sepanjang tahun untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya

2.

Sebahagian daripada Rukun Haji ialah…

a)

Bermalam di Mina dan melontar jamrah

b)

Wuquf, Mabit di Muzdalifah dan Saie

c)

Tawaf, Wuquf, Saie

d)

Meninggalkan larangan ihram, melontar jamrah

3.

Berapakah bilangan Rukun Haji ?

a)

5

b)

6

c)

3

d)

2

4.

Rukun Haji ialah…

a)

Pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh jemaah haji, jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sah hajinya

b)

Perkara sunat dalam ibadat haji

c)

Pekerjaan yang tidak mesti ditunaikan oleh jemaah haji, jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka sah hajinya

d)

Perkara-perkara yang dilarang semasa mengerjakan haji

5.

Bermula dan berakhir pusingan tawaf hendaklah di penjuru (rukun)...

a)

Iraqi

b)

Syami

c)

Yamani

d)

Hajarul Aswad

6.

Perkara yang boleh membatalkan pusingan tawaf ialah...

a)

Tidak membaca doa semasa tawaf

b)

Bercakap-cakap semasa tawaf

c)

Menyentuh Kaabah dan Hijr Ismail semasa tawaf

d)

Menyentuh Maqam Ibrahim

7.

Bagaimanakah cara menyambung semula pusingan tawaf yang telah batal?

a)

Mengulangi semula semua pusingan dan dimulakan semula dari penjuru (rukun) Hajarul Aswad

b)

Tidak perlu sambung kerana jemaah haji berada dalam keadaan uzur

c)

Perlu sambung dan jemaah haji dikenakan dam

d)

Mengulangi hanya pada pusingan yang batal sahaja dan boleh dimulakan ditempat yang batal tersebut tetapi afdhal dimulakan semula dipenjuru (rukun) Hajarul Aswad

8.

Adakah batal wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita ketika tawaf dan dalam keadaan mashaqqah (kepayahan/kesusahan) semasa di Tanah Suci Makkah dan Madinah ?

a)

Tidak batal wuduk jika tidak sengaja

b)

Tidak batal wuduk jika tanpa syahwat dan boleh melakukan sebarang ibadat lain seperti solat, bacaan al-Quran dan sebagainya

c)

Batal wuduk

d)

Tidak batal wuduk tetapi dikenakan dam

9.

Sa’ie hendaklah dimulakan di...

a)

Bukir Jabal Rahmah dan berakhir di Bikut Marwah

b)

Bukit Marwah dan berakhir di Bukit Safa

c)

Bukit Qubaisy dan berakhir di Bukit Marwah

d)

Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah

10.

Apakah maksud bercukur atau bergunting ?

a)

Menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut dari mana-mana sudut kepala

b)

Menanggalkan sekurang-kurangnya dua helai rambut

c)

Menanggalkan sekurang-kurangnya dua helai rambut dari mana-mana sudut kepala

d)

Menanggalkan mana-mana bulu dianggota badan

11.

Jemaah haji wanita adalah afdhal menggunting rambut dengan kadar...

a)

Keseluruhan kepala

b)

Sepanjang seruas jari dari mana-mana sudut kepala

c)

Tiga inci panjang rambut

d)

Kesemua ukuran rambut mengikut kesesuaian

12.

Adakah dibolehkan menggunting rambut sendiri untuk tahallul setelah sempurna sa’ie ?

a)

Perbuatan tersebut haram dan dikenakan dam.

b)

Perbuatan tersebut dibolehkan dan tidak dikenakan dam.

c)

Perbuatan tersebut tidak sah, dan perlu mencari kawan untuk menggunting rambut semula

d)

Perbuatan tersebut makruh sahaja

13.

Wajib Haji ialah...

a)

Wajib haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji, jika tidak dilakukan salah satu daripadanya sah hajinya dan wajib dam dengan syarat-syaratnya.

b)

Wajib haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji, jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya tidak sah hajinya.

c)

Wajib haji ialah wajib bagi seorang Islam melaksanakan ibadat haji.

d)

Wajib haji ialah perkara-perkara sunat dalam ibadat haji.

14.

Berniat ihram di miqat ialah…

a)

Makruh

b)

Sunat

c)

Rukun

d)

Wajib

15.

Jemaah haji yang melalui laluan penerbangan dari Malaysia dan terus memasuki Makkah terlebih dahulu akan berniat ihram di Miqat yang bernama…

a)

Zul Hulaifah (Bir Ali)

b)

Yalamlam

c)

Qarnul Manazil

d)

Juhfah

16.

Jemaah haji yang memasuki Madinah terlebih dahulu kemudian bertolak ke Makkah akan berniat ihram di Miqat yang bernama...

a)

Ja’ranah

b)

Zul Hulaifah (Bir Ali)

c)

Yalamlam

d)

Qarnul Manazil

17.

Jemaah haji yang keluar meninggalkan Mina pada petang 12 Zulhijjah dengan syarat-syarat tertentu dan tidak kembali lagi ke Mina untuk mabit/melontar jamrah pada 13 Zulhijjah dikenali sebagai...

a)

Nafar Awwal

b)

Tahallul Awwal

c)

Nafar Thani

d)

Tahallul Thani

18.

Terdapat berapakah cara pelaksanaan ibadat haji ?

a)

2 cara iaitu Haji Tamattu' dan Haji Ifrad

b)

3 cara iaitu Haji Tamattu’, Haji Nazar dan Haji Ifrad

c)

2 cara iaitu Haji Qiran dan Tamattu’

d)

3 cara iaitu Haji Tamattu’, Haji Qiran dan Haji Ifrad

19.

Jika seseorang jemaah haji mengerjakan Haji Tamattu’, ia hendaklah berniat……sebelum mengerjakan Ibadat Haji pada 8 Zulhijjah

a)

Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Ta’ala.

b)

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

c)

Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

d)

Sahaja aku mengerjakan haji Qiran kerana Allah ta’ala.

20.

Haji Ifrad ialah…

a)

Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji dan umrah pula dilakukan setelah selesai mengerjakan haji.

b)

Mengerjakan umrah dahulu kemudian mengerjakan haji.

c)

Memasuki Makkah dengan memakai pakaian ihram tanpa niat.

d)

Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja.

21.

Bolehkah wanita yang berada dalam keadaan haid berniat ihram ?

a)

Boleh niat tetapi dikenakan dam

b)

Boleh niat tetapi wajib berniat semula apabila suci

c)

Boleh tetapi berdosa

d)

Boleh niat, tidak berdosa dan tidak dikenakan dam

22.

Berikut adalah lokasi ziarah tempat bersejarah semasa di Madinah, kecuali...

a)

Maqam Syuhada’ Uhud

b)

Masjid Hudaibiyyah

c)

Masjid Quba’

d)

Masjid Qiblatain

23.

Kelebihan menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi ialah ?

a)

10,000 kali ganda berbanding masjid lain

b)

10 kali ganda berbanding masjid lain

c)

100 kali ganda berbanding masjid lain

d)

1000 kali ganda berbanding masjid lain

24.

Adakah dikenakan dam jika jemaah haji lelaki sengaja menutup kepala dengan pakaian sedangkan masih lagi dalam keadaan ihram ?

a)

Tidak dikenakan dam

b)

Dikenakan Dam

25.

Adakah dikenakan dam jika jemaah haji masih lagi dalam keadaan ihram memakai wangian kerana terlupa atau tidak sengaja ?

a)

Tidak dikenakan dam

b)

Dikenakan Dam