wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Bidang tugas seorang Pengetua- Pilih 3 jawapan.

a)

Memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran.

b)

Membiarkan guru mencari peluang untuk meningkatkan potensi diri mereka sahaja.

c)

Menjalankan kajian tindakan pada masalah pengajaran.

d)

Membuat keputusan, memilih strategi dan taktik demi mendapatkan pengajaran berkesan.

2.

Pilih pernyataan yang paling tepat.

a)

Seorang pengetua harus memiliki pengetahuan asas seperti memahami teknik atau kaedah pengajaran yang berkesan.

b)

Seorang pengetua harus dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai pengetahuan asas seperti memahami teknik atau kaedah pengajaran yang berkesan.

3.

Pengetua cemerlang hendaklah menggalakkan sebarang inisiatif yang diambil oleh guru dalam konteks PdP yang mampu meningkatkan pembelajaran murid.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Pemimpin sekolah yang cemerlang harus memiliki kemahiran bercorak 'hands-on' dalam mengendalikan PdP bilik darjah yang dapat diteladani oleh guru lain.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Pemimpin sekolah yang berkesan harus membuat penyeliaan tentang pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan bagi memperbaiki kualiti pengajaran pada tahun berikutnya.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah.

a)

Setuju

b)

Tidak Setuju

7.

Pengurusan sekolah melibatkan penyelenggaraan operasi sekolah secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa sesuatu organisasi.

a)

Setuju

b)

Tidak Setuju

8.

Kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan.

a)

Setuju

b)

Tidak Setuju

9.

Peranan Guru Besar atau Pengetua berbeza dengan peranan guru-guru Penolong Kanan.

a)

Setuju

b)

Tidak Setuju

10.

Pemimipin sekolah mesti mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi dan menjadi contoh yang baik, berilmu, proaktif dan rajin.

a)

Setuju

b)

Tidak Setuju

11.

Apakah falsafah Yayasan Islam Kelantan (YIK)?

a)

Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

b)

Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta'dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam.

c)

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

12.

Apakah matlamat Yayasan Islam Kelantan (YIK)?

a)

melahirkan insan yang baik dan sempurna dengan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan / Berilmu pengetahuan / Berakhlak mulia / Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama dan negara / Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara

b)

Melahirkan insan berakhlak mulia, beretika profesional, berwawasan tinggi dan beraspirasi kebangsaan; Melahirkan insan berkemahiran dan berketerampilan dalam pelbagai bahasa bagi tujuan komunikasi berkesan dalam pelbagai suasana, peringkat dan budaya; Melahirkan insan berfikiran holistik dengan menyepadukan pengetahuan umum dan khusus melalui penaakulan kuantitatif dan kualitatif

c)

Melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah