wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHAP 1 2019

Total questions: 38

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Tiada lagi amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap I mulai tahun 2019.

a)

ya

b)

tidak

2.

Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan

i. memupuk murid yang mempunyai nilai etika dan kerohanian,

ii. bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan,

iii. menyelesaikan konflik secara harmoni,

iv. bijak membuat pertimbangan,

berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul

a)

Semua betul kecuali v

b)

Semua betul kecuali ii

c)

Semua di atas betul

3.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan.

a)

ya

b)

tidak

4.

PBD juga dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.

a)

ya

b)

tidak

5.

Guru perlu memberikan lebih penumpuan terhadap PdP yang dapat membina karakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian

a)

ya

b)

tidak

6.

PBD merupakan sebahagian daripada PdP di dalam bilik darjah dan dijalankan secara berterusan

a)

ya

b)

tidak

7.

PBD di tahap 1 dijalankan secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun

a)

ya

b)

tidak

8.

Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam PdP

a)

ya

b)

tidak

9.

PBD dilaksanakan melalui aktiviti seperti berikut,

a)

projek mudah

b)

kuiz

c)

permainan

d)

bercerita

10.

Guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang sesuai

a)

ya

b)

tidak

11.

Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid dapat diambil secara serta-merta.

a)

ya

b)

tidak

12.

PBD juga dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

a)

ya

b)

tidak

13.

Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan guru mata pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdP.

a)

ya

b)

tidak

14.

PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dalam proses PdP harian dan secara berterusan.

a)

ya

b)

tidak

15.

PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan keperluan murid.

a)

ya

b)

tidak

16.

Guru perlu merancang PdP dan kaedah pentaksiran dengan meneliti dan memahami kandungan dalam DSKP

a)

ya

b)

tidak

17.

Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah pentaksiran

a)

ya

b)

tidak

18.

Membina instrumen PBD berasaskan keperluan dan pembelajaran murid seperti

a)

Senarai semak

b)

Soal-selidik

c)

Lembaran kerja

d)

Rekod berterusan

e)

Skala kadar dan ujian bertulis

19.

Pelaporan tahap penguasaan dan perkembangan murid sekurang-kurangnya dua kali setahun

a)

ya

b)

tidak

20.

Murid Tahap I yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang bersesuaian

a)

ya

b)

tidak

21.

Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pemulihan mengikut kesesuaian di peringkat sekolah

a)

ya

b)

tidak

22.

Sekolah boleh menggunakan instrumen yang bersesuaian atau senarai semak untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid

a)

ya

b)

tidak

23.

Bagi tujuan membantu murid tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, murid ini boleh diasing ke kelas pemulihan khas yang bersifat kekal

a)

ya

b)

tidak

24.

Guru menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran, merancang dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi

a)

ya

b)

tidak

25.

Guru hendaklah memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran murid

a)

ya

b)

tidak

26.

Guru juga perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk memastikan pengembangan potensi semua murid bagi mencapai tahap optimum

a)

ya

b)

tidak

27.

Guru mentaksir murid secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, latihan, respons murid secara lisan dan kerja projek

a)

ya

b)

tidak

28.

Guru hendaklah menggalakkan murid melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau secara kendiri

a)

ya

b)

tidak

29.

Guru boleh menyimpan hasil kerja murid, dalam bentuk lembaran kerja, kertas ujian atau buku latihan dan/atau dalam bentuk objek/maujud sebagai bahan bukti untuk menunjukkan perkembangan penguasaan murid kepada pihak yang berkepentingan seperti pentadbir dan ibu bapa

a)

ya

b)

tidak

30.

Guru hendaklah sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang perkembangan dan kemajuan murid dalam pembelajaran serta kaedah PdP yang sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan murid

a)

ya

b)

tidak

31.

Guru menentukan Tahap Penguasaan murid berdasarkan pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran murid

a)

ya

b)

tidak

32.

Guru menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan murid untuk dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa mengenai tahap pembelajaran murid untuk tindakan susulan

a)

ya

b)

tidak

33.

Guru perlu memberikan ulasan perkembangan murid seperti kemahiran, sikap dan nilai pada ruangan ulasan guru dalam templat pelaporan

a)

ya

b)

tidak

34.

Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru dan pihak sekolah untuk tujuan pelaporan atau tindakan susulan

a)

ya

b)

tidak

35.

Hasil kerja murid boleh disimpan dalam bentuk digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang bersesuaian untuk rujukan guru dan pihak sekolah

a)

ya

b)

tidak

36.

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan rekod prestasi murid dari masa ke semasa

a)

ya

b)

tidak

37.

Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

a)

ya

b)

tidak

38.

Pentadbir perlu menjalankan penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan kelancaran dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah

a)

ya

b)

tidak