Font size
WorksheetsGHSS3013 GAYA HIDUP SIHAT
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Falsafah selenggara kesihatan sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sangat menggarap lestari kehidupan manusia sejagat secara sihat dan sejahtera dalam semua aspek kehidupan.
Gaya hidup sihat adalah kecenderungan amalan gaya hidup individu yang sentiasa ________.
A. bergembira dan kuat bekerja
B. aktif, cerdas, cergas dan sejahtera
C. sentiasa berhubungan dengan orang lain
D. melakukan sesuatu perkara untuk menggembirakan hati
Lestari hidup seseorang yang sihat dan sejahtera adalah amanah yang perlu ditunaikan selagi hayat dikandung badan.
Nyatakan perkara yang paling bermanafaat kepada seseorang untuk menghayatkan lestari kesejahteraan hidup
A. Mengamalkan tabiat yang menceriakan hidup dengan apa jua cara.
B. Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal secara ekstrim dalam pelbagai aktiviti.
C. Mengamalkan pemakanan sihat yang tinggi kandungan nutrisi dan pelbagai jenis nutrien.
D. Mengambil pelbagai bahan tambahan selain daripada makanan asas untuk meningkatkan tahap kecergasan tubuh.
Tatacara kehidupan yang aktif dan cergas akan dapat mengelakkan individu daripada menanggung kerengsaan pelbagai penyakit.
Pilih jawapan benar tentang pernyataan di atas.
A. Aktiviti kecergasan fizikal berasaskan kesihatan bermaksud melakukan aktiviti sukan secara sihat dan mempunyai masa rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel tubuh yang telah mati.
B. Amalan pemakanan berkhasiat bermaksud mengambil makanan yang mengandungi nutrian yang paling banyak tanpa had untuk memastikan tumbesarah tubuh berlaku lebih cepat.
C. Semua aktiviti gaya hidup sihat wajar diamalkan oleh bayi sebelum mencapai usia kanak-kanak supaya mereka sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
D. Anggota masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat tatkala sudah mula menyedari diri mereka sudah terancam oleh pelbagai penyakit semasa berusia 40 tahun.
Kesejahteraan hidup individu boleh dialami sepanjang tempoh hayat jika kita mengamalkan konsep gaya hidup yang betul.
Konsep gaya hidup sihat ialah ________.
A. mengambil makanan dan minuman yang mencukupi pada setiap masa sekurang-kurangnya 3 kali sehari
B. menjalin hubungan dan berkimunikasi dengan orang lain menggunakan pelbagai saluran media
C. menggembirakan hati dan perasaan dengan pelbagai jenis hiburan
D. mengutamakan kehidupan yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan
Individu yang mengamalkan gaya hidup sihat sesungguhnya sentiasa mengalami kehidupan yang berkualiti tinggi.
Bagaimanakah individu yang mengalami kehidupan berkualiti tinggi tidak semestinya mengamalkan gaya hidup sihat?
A. Orang kaya yang mengalamai sakit tekanan darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan buah pinggang akibat mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.
B. Seorang ahli sukan berprestasi tinggi yang sentiasa menjadi juara pertandingan sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
C. Para usahawan yang berjaya memakmurkan hasil pendapatan perniagaan untuk menjadi kaya-raya, namun suka memanfaatkan hasil kekayaannya untuk kesejahteraan masyarakat.
D. Guru cemerlang yang sentiasa gigih mengajar murid agar mencapai keputusan peperiksaan cemerlang dan terbaik dalam semua mata pelajaran.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946), takrif perkataan sihat adalah ________.
A. apabila semua orang sihat sejahtera tanpa menghidapi sebarang penyakit yang berjangkit dan penyakit tidak berjangkit pada sepanjang hayat
B. kemampuan semua orang meneruskan hidup dengan prospek yang positif dan boleh mereka capai dengan apa jua cara
C. individu yang dapat mengawal kesempurnaan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial pada ketika sihat serta ketika sakit
D. pesakit yang mengalami kesembuhan penyakit secara segera sepelas menerima rawatan daripada pegawai perubatan yang bertauliah
Kecergasan kesihatan fizikal sepanjang hayat bermatlamat ________.
A. mewujudkan masyarakat yang cergas, cerdas dan aktif pada semua peringkat umur dan dalam kalangan pelbagai taraf status kehidupan
B. menjadikan semua orang sentiasa bersyukur dengan kesejahteraan hidup yang mereka nikmati pada sepanjang kehidupan
C. negara membangun dengan pesat sehingga muncul sebagai negara maju dengan rakyat menikmati pendapata per kapita yang lumayan setanding dengan negara maju yang lain
D. membolehkan semua rakyat berbelanja mewah dengan menikmati hasil kekayaan negara serta hidup aman damai dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Pilih komponen kecergasan fizikal yang tidak benar.
A. Daya tahan kardiovaskular.
B. Daya tahan dan kekuatan otot.
C. Fleksibiliti dan imbangan tubuh.
D. Kebolehan anggota tubuh menanggung kesakitan.
Perlakuan motor bermaksud ________.
A. fungsi dan kemampuan individu bertanding acara sukan dengan lebihan tenaga, berdaya kuasa tenaga dan berkemahiran tinggi
B. menambah keupayaan kendiri atlet untuk meningkatkan pretasi persembahan dalam pelbagai acara sukan
C. menentukan jurusan acara sukan yang bersesuaian dengan seseorang untuk ia ceburi secara aktif
D. memberi latihan kemahiran sukan kepada individu yang berhasrat menjadi seorang atlet
Komposisi badan adalah berkaitan dengan ________.
A. usaha seseorang yang sentiasa mengawal pemakanan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal
B. peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang,dan tisu badan yang lain
C. bentuk tubuh badan yang terlebih gemuk atau terlalu kurus yang menjadikan seseorang berpotensi mendapat penyakit
D. individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedarhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu gemuk
