NEW
Font size
WorksheetsMLT Siri 2
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Pilih platform yang terbaik untuk mendapatkan suara murid yang menjadi salah satu ciri PAK21 dalam dua hala guru dan murid di bilik darjah.
Lot Parkir
Isyarat senyap
carta ganjaran
perisian padlet
Rajah menunjukkan salah satu bentuk alat yang digunakan oleh guru untuk merealisasikan................................dalam SKPMg2 yang selari dengan pelaksanaan PAK21.
Guru sebagai pendorong, pendorong minda murid
Guru sebagai penilai, melaksanakan penilaian
Guru sebagai pengawal, pengawal suasana pembelajaran
Guru sebagai perancang, perancang pelaksanaan PdPc.
Rajah menunjukkan seorang guru baru sahaja menyusun atur kedudukan murid di bilik darjah menerusi kaedahnya dan rasionalnya yang tersendiri. Beliau terus mengambil gambar supaya jika ada sebarang pertukaran tempat duduk dapat dikesan dengan mudah. Maka setiap kali bermulanya sesi PdP guru akan memaparkan gambar tersebut. Guru tersebut menekankan aspek tanpa streaming dalam kelompok makro dan mikro kumpulan murid. Apakah aspek yang digunakan bagi memenuhi tahap tindakan tersebut menurut SKPMg2 Standard 4 yang selari dengan kehendak PAK21 ini.
Guru merancang
Guru mengawal
Guru mendorong
Guru membimbing
Seorang guru lebih menggemari menggunakan aplikasi whatsapp secara kumpulan dengan murid-muridnya melalui nombor telefon bimbit ibubapa atau penjaga masing-masing secara terkawal. Gambar Ikon whatsapp yang digunakan dan ditadbir oleh guru tersebut sebagai Lot Parkir Kelas 2A. Guru itu kerap juga memberi alamat yang dapat di link terus oleh murid ke tapak seperti perisian Padlet, Blendspace, Quizizz dan FrogVle di mana banyak bahan bermaklumat dan latihan PdP dapat dikongsikan secara e-learning atau bila-bila masa. Apakah hasrat utama penguasaan dan amalan Digital Tools di dalam PAK21 ini?
Supaya dapat di kongsi sehingga ke peringkat dunia
Supaya dapat manfaatkan kemudahan ICT yang disediakan
Supaya mendapat maklum balas murid
Supaya dapat memenuhi bilangan kali penggunaan ICT sekolah.
Rajah menunjukkan struktur koperatif inside-outside circle yang diamalkan di bilik darjah bagi membincangkan sesuatu informasi dan mencambah berfikir secara lanjutan oleh sesama murid. PdP ini yang berpusatkan murid seperti kehendak PAK21 jelas dinyatakan juga dalam SKPMg2 Standard 4 dalam tahap tindakan......
Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
Guru mengawal proses pembelajaran dengan memberi peluang kepada penyertaan aktif murid.
Guru membimbing murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan merangsang murid berkomunikasi.
Lazimnya, guru akan memberi lembaran latihan atau pun pelbagai bentuk latihan sebagai kerja rumah. Situasi ini berlaku kerana latihan pada penghujung sesi PdP tidak sempat diadakan. Maka inilah peluang guru tersebut menyelitkan soalan latihan yang berunsur KBAT. Sebaliknya , bagaimanakah unsur KBAT dapat dilaksanakan dalam struktur koperatif di bilik darjah?
Menghafal sifir.
Membaca rencana yang diberikan
Mendedahkan video tentang sesuatu topik
Memilih dan membina Peta Pemikiran yang sesuai
Lazimnya hasil kerja kumpulan secara struktur koperatif yang telah dilaksanakan di bilik darjah akan ditampal atau digantungkan di satu lokasi di bilik darjah. Murid akan berasa bangga dan seperti dihargai oleh semua pihak khususnya oleh guru. Selepas dua minggu, guru akan menganggalkannya dan menggantikan yang baru. Guru sempat mengambil foto/gambar dan di hantar terus ke Lot Parkir 2A secara whatsapp kumpulan. Maka ia akan disaksikan oleh ibubapa atau penjaga malah dapat disimpan lama secara soft copy berbanding ia disimpan dalam fail bilik darjah sehingga berdebu. Sekali lagi murid berasa dihargai dan mendapat pujian serta motivasi oleh ibubapa dan penjaga. (Ada pendapat menyatakan bahawa jika 6K atau 6C telah dapat diamalkan di bilik darjah, ini bermakna PAK21 pun tercapai) . Apakah elemen K atau C yang telah dapat dikecapi murid (perkataan dihargai daripada ayat sebelum ini) daripada 6K atau 6C dalam PAK21?
Komunikasi
Kolaboratif
Kreatif
Karektor
Sifat ketagihan berapa bilangan A yang diperolehi murid di dalam peperiksaan di kalangan ibubapa dan guru adalah amat merbahaya. Inilah punca guru hanya memberi murid itu latih tubi di sepanjang sesi PdP dari mula Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. Akibatnya, akhirnya walaupun memperolehi keputusan banyak A, tetapi murid ini pasif dari segi komunikasi dan lebih bersifat mementingkan diri sendiri. Malah murid ini tidak dapat bergerak aktiviti secara berpasukan dan lebih pendiam. Fizikalnya, murid ini kelihatan lesu dan tidak aktif apa lagi bersukan. Murid ini terlalu bergantung kepada panduan guru dan tidak kreatif dan selalu takut tersilap buat. Akibatnya murid ini lebih bersifat menonton dan menerima sahaja. Secara tidak langsung ia amat tidak menepati PAK21. Mutakhir ini apakah langkah yang diambil oleh pihak KPM dalam isu berkaitan tersebut.
Penilaian Bilik Darjah atau STEM
Pentaksiran Bilik Darjah
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Masteri
Sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu kemahiran baru merupakan tuntutan batil murid-murid yang tanpa disedari oleh guru. Apa lagi sifat mengongkong dan menyekat perkembangan mental dan fizikal murid semata memudahkan guru untuk mengawal kelas semata-mata. Putus asa dalam sifat senantiasa ingin menegur kesilapan murid. Malangnya dipadamkan terus peluang murid dengan peraturan tertentu. Sepatutnya, yang berada di sekelilingnya perlu berkerja keras. Akibatnya murid ini tertinggal jauh dalam bidang sains dan teknologi serta bidang ICT yang terkini. Murid perlu dilatih dan dididik bagi membezakan yang mana baik dan buruk untuk dipilih. Proses mengamal dan ditegur berterusan dapat meningkat antibodi dan jatidiri murid itu sendiri bagi mendepani di hari muka kehidupan dalam abad 21. Kesilapan memberi banyak pengalaman berguna di masa akan datang. Apakah fokus dalam PAK21 berkaitan perkara tersebut?
Kemampuan bersaing di peringkat global
Membangun secara seimbang dan futuristik
PdPc berpusatkan guru perlu diutamakan
Perkembangan murid berfokuskan peperiksaan.
Nyatakan maksud DSKP dalam Pentaksiran Bilik Darjah?
Dokumen Sistem Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kandungan Pentaksiran
Dokumen Sistem Kandungan Pentaksiran
Yang manakah BUKAN pentaksiran jenis formatif?
Pentaksiran selepas pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran
Pentaksiran sebagai pembelajaran
Pelaksanaan PBD dalam KSSR/KSSM melibatkan penentuan TP murid. Apakah maksud TP?
Tahap Prestasi
Tahap Pencapaian
Tahap Penguasaan
Tahap Pentaksiran
Guru hendaklah menentukan TP murid dengan merujuk kepada:
Standard Pembelajaran
Standard Kandungan
Standard Pentaksiran
Standard Prestasi
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran dan ia berlaku secara:
berkala
berjadual
berterusan
berkemampuan
Perkembangan pembelajaran murid dalam PBD dinilai melalui:
kedudukan ranking peperiksaan di dalam kelas
hasil kerja murid dan nilai murni
jawatan yang dipegang di dalam kelas
hasil kerja murid di dalam kelas
Pelaporan PBD kepada ibu bapa oleh pihak sekolah dijalankan :
sekali pada hujung tahun
sekurang-kurangnya dua kali setahun
jika ada keperluan dari ibu bapa
sewaktu murid ingin bertukar ke sekolah lain
Murid dapat memberikan respon pada tahap kukuh, membolehkannya mendapat:
Tahap Penguasaan 3
Tahap Penguasaan 4
Tahap Penguasaan 5
Tahap Penguasaan 6
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri PdP Pentaksiran Bilik Darjah?
menerima kepelbagaian murid-murid
penekanan terhadap konsep didik hibur
penerapan nilai murni dalam pembelajaran
pengasingan murid mengikut kelas
Keputusan tahap penguasaan keseluruhan dilaporkan pada:
setiap kali selesai proses PdP
pentaksiran akhir hujung tahun
ujian pertengahan tahun
setiap bulan
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri PBD 2019:
Tiada peperiksaan untuk semua murid
Wujud PdP yang seronok dan berfokus
Murid berpeluang belajar mengikut keupayaan
Penumpuan berfokus kepada kemahiran 3M
