wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Koleksi Soalan UPKK 8A (I'BADAH) 2021

Total questions: 70

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah rukun tayamum?

a)

Menyapu muka

b)

Menyapu kepala

c)

Menyapu telinga

d)

Membasuh kaki

2.

Perkara yang haram dilakukan ketika berhadas besar ialah .....

a)

Zikir

b)

Doa

c)

Solat

d)

Tahlil

3.

Berikut ialah perkara yang menyebabkan hadas besar kecuali .....

a)

Nifas

b)

Wiladah

c)

Hilang akal

d)

Keluar air mani

4.

Apakah hukum bersuci sekiranya berhadas besar?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

5.

Laungan azan menandakan masuknya waktu .....

a)

Imsak

b)

Solat

c)

Syuruk

d)

Sahur

6.

Antara berikut yang manakah bukan rukun solat?

a)

Ruku'

b)

Sujud

c)

I'ktidal

d)

Duduk Iftirasy

7.

"Bayang2 suatu objek lebih panjang daripada objek tersebut hingga terbenam matahari di kaki langit sebelah barat".


Pernyataan di atas berkenaan solat fardhu .....

a)

Subuh

b)

Zohor

c)

Asar

d)

Maghrib

8.

Berikut adalah cara2 solat orang uzur kecuali .....

a)

Duduk

b)

Mengiring

c)

Baring

d)

Berjalan

9.

Manakah rukun solat Jenazah?

a)

Membaca doa Iftitah

b)

Membaca surah Al-Fatihah

c)

Membaca tahiyat awal

d)

Membaca tahiyat akhir

10.

Pilih syarat wajib puasa.

a)

Uzur

b)

Baligh

c)

Musafir

d)

Keluar darah haid

11.

Alat yang digunakan untuk bertayamum ialah ..... yang bersih.

a)

Air

b)

Debu

c)

Batu

d)

Lumpur

12.

Apakah hukum mandi hadas besar?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

13.

Berikut ialah perkara yang menyebabkan mandi wajib kecuali .....

a)

Bersetubuh

b)

Keluar air mani

c)

Melahirkan anak

d)

Menyentuh kemaluan

14.

"Terbenam matahari hingga hilang mega merah di kaki langit".


Pernyataan di atas berkenaan dengan waktu solat .....

a)

Zohor

b)

Asar

c)

Maghrib

d)

Isyak

15.

Solat sunat Witir dilakukan selepas solat fardhu .....

a)

Subuh

b)

Zohor

c)

Maghrib

d)

Isyak

16.

Rukun "qalbi" adalah cara solat berasaskan .....

a)

Hati

b)

Bacaan

c)

Perlakuan

d)

Isyarat

17.

Antara yang berikut yang manakah syarat wajib solat Jumaat?

a)

Kanak2

b)

Gila

c)

Baligh

d)

Musafir

18.

Hukum solat Jenazah ialah .....

a)

Fardhu Ain

b)

Fardhu Kifayah

c)

Sunat Haiat

d)

Sunat Aba'dh

19.

Apakah hukum berpuasa di bulan Ramadhan?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

20.

Berapakah rukun tayamum?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

21.

"Terbit fajar sadiq hingga terbit matahari".


Pernyataan di atas berkenaan solat fardhu .....

a)

Asar

b)

Maghrib

c)

Isyak

d)

Subuh

22.

Para jemaah ..... mendengar khutbah Jumaat.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

23.

Antara syarat wajib solat Jumaat ialah .....

a)

Mumayyiz

b)

Bermusafir

c)

Bermukim

d)

Kanak2 lelaki

24.

Solat Jenazah dilakukan dengan empat .....

a)

Takbir

b)

Ruku'

c)

Sujud

d)

Salam

25.

Berikut adalah syarat solat Jama' kecuali .....

a)

Bermusafir

b)

Musafir bertujuan baik

c)

Beniat jama' dalam takbiratul ihram yang pertama

d)

Jarak perjalanan kurang daripada 2 marhalah

26.

Apakah rukun mandi wajib?

a)

Niat

b)

Tertib

c)

Membasuh tangan

d)

Membasuh kaki

27.

Antara yang berikut manakah perkara sunat mandi wajib?

a)

Niat

b)

Berwudhuk

c)

Menghilangkan najis

d)

Meratakan air ke seluruh badan

28.

Apakah hukum bercakap ketika azan?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

29.

Antara yang berikut manakah rukun solat?

a)

Membaca doa Iftitah

b)

Membaca doa Qunut

c)

Membaca tahiyat awal

d)

Membaca tahiyat akhir

30.

Berikut solat yang boleh dijamakkan kecuali :-

a)

Subuh

b)

Zohor

c)

Maghrib

d)

Isyak

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan rukhsah puasa?

a)

Haram berpuasa

b)

Boleh berbuka dengan sebab tertentu

c)

Boleh berbuka sesuka hati

d)

Harus berpuasa setengah hari

32.

Solat Isyak apabila diqasarkan akan menjadi ().

a)

Empat rakaat

b)

Dua rakaat

c)

Tiga rakaat

d)

Satu rakaat

33.

"Farhan menunaikan solat Asar tanpa mengangkat tangan ketika takbiratul ihram".


Apakah hukum solat Farhan?

a)

Makruh

b)

Sah

c)

Harus

d)

Tidak sah

34.

Antara berikut yang manakah perkara sunat ketika berpuasa?

a)

Kerap berkumur-kumur

b)

Melambatkan berbuka puasa

c)

Mempercepatkan bersahur

d)

Mulakan berbuka dengan kurma

35.

"Malam ini merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan".


Kenyataan berikut merujuk kepada ().

a)

Nisfu Syaa'ban

b)

Malam Hari Raya

c)

Lailatul Qadar

d)

Malam Bulan Purnama

36.

Pilih syarat sah solat fardhu.


i. Menutup aurat.

ii. Islam.

iii. Tidak gila.

iv. Yakin masuk waktu.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

ii dan iii

d)

i dan iv

37.

"Murid X melakukan mandi wajib setelah keluar haid".


Apakah hukum perbuatannya?

a)

Wajib

b)

Batal

c)

Sah

d)

Sunat

38.

Berikut adalah perkara yang membatalkan solat kecuali :-

a)

Menambah rukun fi'li

b)

Makan dan minum

c)

Bergerak lebih tiga kali

d)

Membaca selawat ke atas Nabi

39.

Antara berikut perbuatan yang membatalkan tayamum kecuali :-

a)

Keluar darah haid

b)

Keluar daripada Islam

c)

Masuk waktu solat

d)

Bersentuhan yang bukan mahram

40.

Manakah berikut rukun mandi wajib?

a)

Mendahulukan kanan daripada kiri

b)

Mandi di tempat yang tertutup

c)

Menggunakan air mutlak

d)

Meratakan air ke seluruh badan

41.

Pilih susunan yang betul perlu dilakukan selepas seseorang Islam meninggal dunia.

a)

Mandi, Kafan, Solat dan Kebumi.

b)

Kafan, Solat, Kebumi dan Mandi

c)

Solat, Kebumi, Mandi dan Kafan

d)

Kebumi, Mandi, Kafan dan Solat

42.

Solat yang tidak ada rukuk dan sujud dalam perbuatannya ialah solat ().

a)

Witir

b)

Jenazah

c)

Gerhana Bulan

d)

Isyraq

43.

Antara berikut adalah rukhsah solat yang diberikan kepada umat manusia kecuali :-

a)

Solat Jama' Taqdim

b)

Solat Jumaat

c)

Solat Jama' Takhir

d)

Solat Qasar

44.

Memuji Allah dengan lafaz Alhamdulillah dalam khutbah pertama dan kedua.


Kenyataan di atas merupakan ().

a)

Rukun khutbah

b)

Sunat khutbah

c)

Syarat sah khutbah

d)

Syarat wajib khutbah

45.

Fidyah puasa ialah ().

a)

Memberi pakaian yang cantik dan baik kepada fakir miskin

b)

Memberi makan fakir miskin secupak makanan asasi

c)

Memberi kegembiraan kepada fakir miskin pada Hari Raya

d)

Memberi tempat berteduh kepada fakir miskin pada 1 Syawal

46.

Manakah solat yang wajib dilakukan secara berjemaah?

a)

Solat Jenazah

b)

Solat Gerhana

c)

Solat Jama' dan Qasar

d)

Solat Jumaat

47.

"Syakir menunaikan solat Jama' dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dalam perjalanan ke kelab malam minggu lepas".


Apakah syarat solat Jama' yang tidak dipatuhi oleh Syakir?

a)

Perjalanan kurang dua marhalah

b)

Berniat solat Jama'

c)

Tujuan perjalanan tidak baik

d)

Kekal bermusafir pergi dan pulang

48.

Apakah hukum melaungkan iqamah?

a)

Sunat

b)

Sunat Aba'dh

c)

Sunat Haiat

d)

Sunat Muakkadah

49.

Muka dan () ialah anggota tayamum.

a)

Kedua tangan

b)

Kedua telinga

c)

Kedua kaki

d)

Kedua siku

50.

Jika tidak berupaya berdiri, kita dibenarkan untuk ().

a)

Tidak solat

b)

Solat dengan niat sahaja

c)

Qadha' solat

d)

Solat secara duduk

51.

Solat sunat berikut dilakukan pada waktu malam, kecuali :-

a)

Aidil Fitri

b)

Tahajud

c)

Tarawih

d)

Rawatib selepas Isyak

52.

Apakah hukum tayamum ketika mahu mendirikan solat fardhu?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

53.

Pilih syarat sah solat Jumaat.


i. Waktu Zohor.

ii. Bermastautin.

iii. Berjemaah.

iv. Tidak uzur.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

54.

Apakah perkara wajib yang perlu dilakukan ke atas mayat yang baru meninggal dunia?

a)

Dimandikan

b)

Bawa ke hospital

c)

Telefon saudara mara

d)

Ditutup seluruh tubuhnya

55.

Apakah syarat yang membolehkan solat Jama' dan Qasar?

a)

Berniat untuk bermukim

b)

Tujuan melakukan maksiat

c)

Perjalanan lebih dua marhalah

d)

Perjalanan menuju majlis ilmu

56.

"A'li berpuasa pada 10 Muharram".


Apakah hukum puasa A'li?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Haram

57.

Siapakah yang tidak diwajibkan untuk mandi hadas?

a)

Lelaki yang keluar air mani

b)

Bayi yang baru dilahirkan

c)

Perempuan yang didatangi haid

d)

Ibu yang melahirkan bayi

58.

Rukun fi'li ialah ().

a)

Cara solat dalam bentuk perlakuan

b)

Cara solat dalam bentuk lintasan hati

c)

Cara solat yang menentukan khusyuk

d)

Cara solat dalam bentuk perkataan

59.

Berikut merupakan solat sunat, kecuali :-

a)

Witir

b)

Istikharah

c)

Dhuha

d)

Subuh

60.

"Ahmad melakukan solat Jenazah dan terlupa mengucapkan selawat ke atas Nabi".


Apakah hukum solat Jenazah yang dilakukannya?

a)

Sah

b)

Makruh

c)

Tidak sah

d)

Sah dan perlu sujud sahwi

61.

Berikut syarat sah azan kecuali ().

a)

Lelaki

b)

Beragama Islam

c)

Berturut-turut

d)

Hampir masuk waktu

62.

"Ain jatuh pengsan dari waktu pagi hinggalah petang pada siang Ramadhan".


Apakah hukum puasanya?

a)

Haram

b)

Batal

c)

Makruh

d)

Sah

63.

Ucapan yang wajib yang mengandungi puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi serta nasihat dan pengajaran kepada jemaah merupakan pengertian ().

a)

Ucapan Hari Raya

b)

Solat Berjemaah

c)

Solat Jumaat

d)

Khutbah Jumaat

64.

Berikut adalah syarat wajib solat kecuali ().

a)

Suci daripada hadas

b)

Sudah baligh

c)

Hilang ingatan

d)

Berkeadaan sedar

65.

Apakah hukum solat Jenazah yang tidak disertakan dengan doa ke atas jenazah?

a)

Sah

b)

Sunat

c)

Tidak sah

d)

Makruh

66.

Solat fardhu yang tidak boleh diqasarkan berjumlah ().

a)

Satu

b)

Dua

c)

Dua dan tiga

d)

Dua dan empat

67.

Manakah antara berikut rukun khutbah?

a)

Membaca doa Iftitah

b)

Membaca doa Qunut

c)

Membaca doa bagi orang Mukmin

d)

Membaca doa masuk masjid

68.

Pilih kenderaan yang membolehkan kita berdiri ketika solat.

a)

Kapal laut

b)

Kapal terbang

c)

Kereta

d)

Unta

69.

Yang manakah bukan syarat sah solat Jumaat?

a)

Dilakukan dalam waktu Zohor

b)

Menetap di suatu tempat

c)

Dilakukan secara berjemaah

d)

Disudahi dengan dua khutbah

70.

"Zainab mendahulukan anggota bahagian kanan ketika memulakan mandi wajib".


Apakah perkara yang dilakukan oleh Zainab?

a)

Rukun mandi wajib

b)

Pengertian mandi wajib

c)

Sunat mandi wajib

d)

Sebab mandi wajib