wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 1 Bab 7 ( Saliran )

Total questions: 40

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Di kawasan manakah bentuk muka bumi lurah bentuk U dan susuh bukit berpanca dapat dilihat

a)

gurun

b)

batu kapur

c)

pergunungan

d)

tengah sungai

2.
  • Rumah di bina di tepi sungai.
  • Air sungai digunakan untuk kegunaan domestik.

Maklumat ini dikaitkan dengan sungai...

a)

Sungai endau

b)

Sungai Perak

c)

Sungai Muda

d)

Sungai Rajang

3.

Antara berikut ciri fizikal manakah terbentuk di peringkat hulu sungai

a)

susuh bukit berpanca

b)

tasik ladam

c)

jeram

d)

tetambak

4.

Antara berikut ciri fizikal manakah terbentuk di peringkat hulu sungai

a)

susuh bukit berpanca

b)

tasik ladam

c)

jeram

d)

tetambak

5.

Antara berikut pandang darat fizikal manakah yang terbentuk di peringkat tengah sungai

a)

u

b)

v

c)

air terjun

d)

lubang periuk

6.

Antara berikut, manakah pandang darat fizikal yang terdapat di peringkat hilir sungai

a)

susuh bukit berpanca

b)

likuan sungai

c)

tasik ladam

d)

jeram

7.

Tasik semulajadi terbesar di Sarawak

a)

Tasik Bera

b)

Loagan Bunut

c)

Danau Toba

d)

Tonle Sap

8.

Sungai Rajang adalah sungai terpanjang di Malaysia iaitu 563 km, selain itu sungai rajang juga

a)

Mengalir dari Hulu Sungai Terengganu

b)

Menjadi sempadan antara Sabah dan Sarawak

c)

Mengalir dari Banjaan Iran ke Laut Cina Selatan

d)

Mengalir dari Banjaran Iran ke arah barat

9.

Sungai manakah dapat dikaitkan dengan aktiviti meredah jeram (water rafting)

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Kim-kim

c)

Sungai Beruas

d)

Sungai Kiulu

10.

Apakah yang dimaksudkan sungai dan tasik sebagai kegunaan domestik

a)

Membekalkan air untuk pengangkutan air

b)

Membekalkan sumber air untuk kegunaan harian

c)

Membekalkan air untuk mengangkut kayu balak

d)

Membekalkan air aktiviti hidoelektrik

11.
  1. Bercerun curam
  2. Aliran deras
  3. lurah " V "
  4. Banyak jeram dan air terjun


Penyataan di atas merujuk peringkat aliran sungai??

a)

Peringkat Hilir

b)

Peringkat Tengah

c)

Peringkat Hulu

d)

Peringkat Tepi

12.
a)

Tasik Ladam

b)

Kolam

c)

Tetambak

d)

Lubang Periuk

13.

Hakisan giat berlaku di kawasan?

a)

Hulu Sungai

b)

Tengah Sungai

c)

Hilir Sungai

d)

Dalam sungai

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kepentingan Sungai dan Tasik dalam membekalkan "Sumber Protein"??

a)

Membekalkan sumber ikan air masin

b)

Membekalkan sumber ikan air tawar

c)

Membekalkan sumber minuman

d)

Membekalkan sumber makanan seperti tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran

15.

sungai manakah yang terkenal dengan aktiviti " River Cruise"?

a)

Sungai Pahang

b)

Sungai Sedim

c)

Sungai Melaka

d)

Sungai Beruas

16.

Aliran sungai mengalir dari arah....

a)

Hulu ke Hilir

b)

Hilir ke Hulu

17.

Yang manakah Tasik Semulajadi?

a)

Tasik Chini

b)

Tasik Kenyir

18.

Berikut merupakan kepentingan tasik KECUALI...

a)

Sumber protein

b)

Jana Kuasa Hidroelektrik

c)

Rekreasi dan Pelancongan

d)

Pelabuhan

19.

Apakah " sedimen"?

a)

Tanah Tinggi iaitu banjaran dan gunung.

b)

Bahan seperti lumpur, pasir, kelikir yang dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah.

c)

Air hujan yang mengalir dari hulu ke hilir sungai.

d)

Kawasan tadahan air seperti hutan,bukit, gunung dan tasik.

20.

Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti ikan lampam, patin , jelawat, kelah dan ..................?

a)

Ikan bawal

b)

Ikan tilapia

c)

Sotong

d)

Ikan kerapu

21.

Berikut merupakan Peringkat Aliran Sungai KECUALI :

a)

Peringkat Hulu Sungai

b)

Peringkat Tengah Sungai

c)

Peringkat Hilir Sungai

d)

Peringkat Tebing Sungai

22.

Berikut merupakan?

a)

Proses Pembentukan Tasik Ladam

b)

Proses Pembentukan Alur

c)

Proses Pembentukan Sungai

23.

"Bahan seperti lumpur, pasir, kelikir yang dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah. "


Penyataan di atas merupakan :

a)

Mendapan

b)

Sedimen

c)

Delta

d)

Tasik Ladam

24.

Mengapakah lurah sungai di peringkat hulu berbentuk 'V' ?

a)

kerana aliran air sungai yang deras dan di kawasan curam serta berbukit-bukau.

b)

kerana aliran air sungai yang perlahan dan di kawasan yang landai

c)

kerana terdapat air hujan yang turun dengan lebatnya

25.

Susuh bukit berpanca terdapat di ?

a)

Peringkat Tengah Sungai

b)

Peringkat Hilir Sungai

c)

Peringkat Hulu Sungai

d)

Peringkat Tebing Sungai

26.

Kebanyakan sungai di Malaysia berpunca daripada ............... yang terletak di kawasan tanah tinggi

a)

kawasan tadahan hujan

b)

Kawasan perumahan

c)

Kawasan Tumbuh-tumbuhan

d)

Kawasan hujan

27.

Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang.....................di Malaysia.

a)

terpanjang

b)

terpendek

c)

tercetek

d)

terbesar

28.

Tasik Chini terletak di negeri?

a)

Pahang

b)

Terengganu

c)

Kelantan

d)

Johor

29.

Loagan Bunut merupakan ?

a)

Tasik semula jadi terbesar di Sarawak

b)

Tasik buatan manusia di Sarawak

c)

Sungai di Sarawak

d)

Sungai terbesar di Sarawak

30.

Penjanaan Kuasa Hidroelektrik membekalkan sumber ?

a)

Tenaga Elektrik

b)

Air

c)

Makanan

d)

Pengairan

31.

Sungai penting sebagai sumber pengairan utama bagi ?

a)

Kegiatan pertanian padi

b)

Kegiatan pertanian getah

c)

Kegiatan pertanian mangga

d)

Kegiatan pertanian lada hitam

32.

Berikut merupakan kepentingan TASIK......KECUALI

a)

kegunaan domestik

b)

Rekreasi dan pelancongan

c)

Pelabuhan

d)

Sumber Protein

33.

Air Terjun terdapat di kawasan ?

a)

Hulu Sungai

b)

Hilir Sungai

c)

Tengah Sungai

34.

Mengapakah pemendapan berlaku di bahagian hilir sungai?

a)

Kerana aliran sungai yang semakin perlahan dan tidak mampu menolak mendapan

b)

Kerana aliran sungai yang semakin laju

c)

Kerana aliran disekat oleh sedimen yang terdapat pada bahagian hilir sungai.

35.

Sungai penting untuk penanaman padi di dataran Kedah-Perlis dan membolehkan padi ditanam sekurang-kurangnya...

a)

dua kali setahun

b)

tiga kali setahun

c)

empat kali setahun

d)

enam kali setahun

36.

Tasik Titiwangsa dan Tasik Putrajaya penting untuk ?

a)

Rekreasi dan Pelancongan

b)

Kegunaan Domestik

c)

Sumber Protein

37.

Malaysia mempunyai tasik semulajdi dan tasik buatan manusia?

a)

Betul

b)

Salah

38.

Sungai penting untuk pengangkutan dan perhubungan?

a)

Betul

b)

Salah

39.

Sungai yang terdapat di Malaysia berarus deras sahaja

a)

Betul

b)

Salah

40.

Tasik Bera kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan baung, haruan, lampam dan .........

a)

Sebarau

b)

Kembung

c)

Tuna

d)

Bawal