Font size
WorksheetsGEOGRAFI T1 (PENDUDUK DI MALAYSIA)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kawasan berpenduduk padat bermaksud
kurang dari 50 org sekilometer persegi
50-200 orang sekilometer persegi
lebih dari 200 orang sekilometer persegi
tiada satu pun di atas
Kawasan berpenduduk jarang adalah seperti berikut KECUALI
Kuala Tahan
Kuching
Kapit
Tasik Banding
Kawasan berpenduduk sederhana banyak tertumpu di kawasan
pertanian
pesisir pantai
bandar kecil
perindustrian
Bandar-bandar berikut berpenduduk padat kecuali
Kuching
Kota Kinabalu
Shah Alam
Tumpat
Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan banjaran di Malaysia adalah seperti berikut kecuali
Seremban
Ulu Tembeling
Banjaran Kapuas Hulu
Banjaran Tahan
Ini adalah gambar foto Taman Negara Pahang. Faktor taburan penduduk adalah mengikut dasar kerajaan/governan di bawah
Tanah Rancangan
Pembukaan Bandar Baharu
Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara
Infrastruktur
Gambar foto tersebut ialah Universiti Malaya. Kawasan yang mempunyai kemudahan pusat pengajian tinggi biasanya mempengaruhi taburan penduduk. Ini adalah di bawah faktor
Faktor Ekonomi
Faktor Sosial
Faktor Fizikal
Faktor Dasar Kerajaan
Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat termasuk dalam faktor
Dasar Kerajaan/Governan
Faktor Sosial
Faktor Fizikal
Faktor Ekonomi
Apakah maksud taburan penduduk?
Perbezaan penduduk yang terdapat di sesuatu kawasan
Sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara
Jumlah penduduk di sesuatu negara
Purata penduduk di sesuatu negara atau kawasan
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?
I Taburan penduduk di Malaysia ialah sekata
II Taburan penduduk padat di bandar-bandar utama
III Kawasan jarang penduduk terletak di pedalaman
IV Negeri paling padat penduduk ialah Johor
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?
Taburan penduduk yang sama rata
Taburan penduduk yang tidak sekata
Tumpuan penduduk di kawasan pertanian sahaja
Kawasan pedalaman tanpa penduduk
Kawasan X mempunyai lebih daripada 200 orang penduduk sekilometer persegi.
Kawasan X merujuk
Lembah Klang
Lembah Beringin
Lembah Bujang
Lembah Danum
Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan berlorek dalam peta?
Sosial
Pendidikan
Fizikal
Ekonomi
Di Malaysia, penduduk bertumpu di lembah sungai kerana
I tanih yang subur untuk pertanian
II kemudahan pengangkutan sungai
III bebas daripada kemarau
IV bebas daripada bencana alam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor yang menjadikan kawasan di bawah berpenduduk jarang?
- Ulu Tembeling (Pahang)
- Tasik Banding (Perak)
- Kapit (Sarawak)
Tempat penginapan yang mahal
Kejadian bencana alam
Darjah ketersampaian yang rendah
Bentuk muka bumi yang tidak rata
Mengapakah kawasan berlorek P, Q dan R berpenduduk padat?
Kawasan perlombongan petroleum
Lokasi bandar pentadbiran negeri
Tanah subur untuk pertanian
Kawasan yang aman dan selamat
Bagaimanakah aktiviti perindustrian menggalakkan tumpuan penduduk di sesuatu kawasan?
Mewujudkan banyak peluang pekerjaan
Bentuk muka bumi yang rendah
Sumber makanan banyak dan murah
Pelbagai barangan keperluan yang murah
Kawasan-kawasan di bawah mempunyai kepadatan penduduk
- Ulu Tembeling (Pahang)
- Tasik Banding (Perak)
- Kapit (Sarawak)
tetap
padat
jarang
sederhana
Apakah isu utama di kawasan berpenduduk padat di Malaysia?
I Kesesakan tempat tinggal
II Kadar pengangguran menurun
III Keselesaan hidup
IV Taraf hidup merosot
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan yang berpenduduk padat?
Memindahkan penduduk ke bandar lain
Pembukaan bandar baharu di pinggir bandar induk
Pembinaan lebih banyak rumah kos rendah
Mengusir keluar penghuni yang menganggur
Anggaran jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2016 ialah
25.5 juta orang
31.7 juta orang
42.8 juta orang
Kawasan berpenduduk padat terdapat di
kawasan rata dan subur
kawasan pergunungan
kawasan berpaya
Antara bandar berpenduduk padat ialah
Kapit, Sarawak
Shah Alam , Selangor
Dungun, Terengganu
Kawasan berpenduduk sederhana tertumpu di kawasan
pertanian
perniagaan
perindustrian
Kawasan berpenduduk jarang terdapat di
Kawasan tanah tinggi
Kawasan perikanan
Kawasan perindustrian
Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu berpenduduk
Padat
Sederhana
Jarang
Tumpat dan Dungun mempunyai penduduk
Padat
Sederhana
Jarang
Tasik Banding dan Kuala Tahan berpenduduk
Padat
Sederhana
Jarang
Di Malaysia, kawasan berpenduduk padat ialah
lebih 200 orang setiap 1 km persegi
50-200 orang setiap 1 km persegi
kurang 50 orang setiap 1 km persegi.
Kepadatan berpenduduk sederhana ialah
lebih 200 orang setiap 1 km persegi
50-200 orang setiap 1 km persegi
kurang 50 orang setiap 1 km persegi
Kepadatan penduduk jarang ialah
lebih 200 orang setiap 1 km persegi
50-200 orang setiap 1 km persegi
kurang 50 orang setiap 1 km persegi
Kawasan pertanian di kawasan tanah pamah ialah
Dataran Kedah-Perlis
Tanah Tinggi Kundasang
Cameron Highland
Kawasan tanah pamah yang menjadi bandar ialah
Besut
Seremban
Ulu Tembeling
Faktor fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia ialah
Tanah pamah
Tanah tinggi
Pinggir laut dan saliran
Perniagaan
Kenapakah kawasan tanah tinggi kurang penduduk ?
sesuai untuk membina empangan
sesuai untuk kegiatan pertanian
darjah ketersampaian yang rendah
Faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia ialah
kegiatan pertanian
kegiatan perlombongan
kegiatan pendidikan
kemudahan infrastruktur
Semporna dan Tumpat menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan
pertanian
perniagaan
perikanan
Kawasan Bayan Lepas, Shah Alam dan Nilai menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan
perikanan
perindustrian
pertanian
Faktor sosial yang mempengaruhi taburan penduduk ialah
Pendidikan
Perindustrian
Infrastruktur
Tanah pamah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim Perak menjadi tumpuan penduduk kerana faktor
Infrastruktur
Pendidikan
Perniagaan
