wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah KSSM - Siri 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menerangkan pengertian sejarah oleh seorang tokoh sejarah:


  • Peradaban dunia
  • Perubahan sifat-sifat masyarakat


Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan pengertian tersebut?

a)

Herodotus

b)

Ibnu Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

2.

Senarai berikut merupakan sumber primer:


  • Diari
  • Surat peribadi


Mengapakah sumber tersebut dikelaskan sebagai sumber primer?

a)

Bersifat asli dan belum ditafsir

b)

Bersifat asli dan telah dicetak

c)

Belum ditafsir dan telah disebarkan

d)

Telah dicetak dan telah disebarkan

3.

Mengapakah sejarah perjuangan Tunku Abdul Rahman perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia?

a)

Memupuk patriotisme

b)

Membina keyakinan diri

c)

Menanam sifat tolak ansur

d)

Menunjukkan permuafakatan

4.

Pada pendapat anda, mengapakah mata pelajaran Sejarah perlu diberi penekanan dalam pendidikan sekolah menengah?

a)

Merakam kejayaan negara

b)

Memupuk perasaan cinta akan negara

c)

Mengkaji proses pembentukan bangsa

d)

Mengingati peristiwa bersejarah negara

5.

Tokoh X menjelaskan bahawa Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.

Siapakah tokoh X?

a)

Alfred Russel Wallace

b)

Abdul Hadi Haji Hassan

c)

Prof. Dr. Ding Choo Ming

d)

Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

6.

Siapakah pemerintah empayar Maurya yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Buddha?

a)

Asoka

b)

Jayavarman

c)

Suryavarman

d)

Chandragupta

7.

Raja kerajaan manakah yang menggunakan gelaran "Kurung Bnam"?

a)

Angkor

b)

Majapahit

c)

Funan

d)

Srivijaya

8.

Wanita kerabat diraja mendapat tempat yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan X.

Apakah kerajaan X?

a)

Srivijaya

b)

Kedah Tua

c)

Gangga Nagara

d)

Majapahit

9.

Apakah bidang yang diuruskan oleh Ketua dalam pemerintahan Kedah Tua?

a)

Perdagangan dan Kehakiman

b)

Perdagangan dan Keagamaan

c)

Kehakiman dan Keagamaan

d)

Kehakiman dan Ketenteraan

10.

Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Angkor bagi memastikan penanaman padi berjaya?

a)

Menanam padi di sekitar Tasik Tonle Sap

b)

Membina baray

c)

Memperkenalkan pelbagai jenis padi

d)

Menggalakkan penduduk menanam padi

11.

Padi telah ditanam di kawasan tanah tinggi kerajaan Alam Melayu secara berteres.

Mengapakah padi ditanam dengan cara sedemikian?

a)

Menambahkan hasil

b)

Memudahkan penanaman

c)

Mendapatkan bekalan air

d)

Mempelbagaikan hasil tanaman

12.

Kerajaan Srivijaya telah mewujudkan jawatan "Tuhan Vatakvuran" di pelabuhan.

Apakah tujuan jawatan tersebut diwujudkan?

a)

Mengutip cukai di pelabuhan

b)

Menyebarkan agama Buddha di pelabuhan

c)

Menggalakkan kedatangan pedagang India

d)

Menyelia kegiatan perdagangan dan perkapalan

13.

Golongan masyarakat kerajaan Alam Melayu yang manakah mengikuti pendidikan formal?

a)

Golongan ulama

b)

Anak petani

c)

Pakar perubatan

d)

Bangsawan

14.

Masyarakat kerajaan Champa menggunakan tulisan Palava dan Champa Kuno.

Apakah bukti bagi pernyataan tersebut?

a)

Hasil temubual dengan pemerintah

b)

Perintah dari raja

c)

Penemuan inskripsi

d)

Penemuan catatan pedagang asing

15.

Apakah seni bina kerajaan Gangga Nagara yang menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta di India?

a)

Seni ukir

b)

Seni bina candi

c)

Pembinaan tali air

d)

Seni patung Buddha

16.

Apakah peranan golongan hamba dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Membayar hutang

b)

Meningkatkan status pemiliknya

c)

Berkhidmat untuk raja

d)

Mengukuhkan sistem ekonomi kerajaan

17.

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah ditubuhkan pada tahun 1600. Apakah peranan penting syarikat tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Mencari jalan laut ke timur

c)

Mengembangkan budaya Barat

d)

Menjalankan perdagangan rempah

18.
  • Pembukaan Terusan Suez
  • Penciptaan kapal wap


Apakah implikasi perkembangan tersebut terhadap negara kita?

a)

Penghijrahan penduduk ke Barat

b)

Perkembangan agama Kristian

c)

Pengeksploitasian hasil bumi

d)

Peningkatan taraf hidup peribumi

19.

Pada tahun 1786, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light.

Mengapakah baginda berbuat demikian?

a)

Mendapatkan bantuan ketenteraan

b)

Menghapuskan ancaman lanun

c)

Memajukan ekonomi dagangan

d)

Menamatkan pergaduhan kongsi gelap

20.
  • (1873) Rompakan ke atas kapal dagang British berhampiran dengan Langat.
  • (1874) Serangan ke atas rumah api Tanjung Rachado


Apakah kesan peristiwa tersebut kepada negeri Selangor?

a)

Pengukuhan pertahanan

b)

Perluasan kuasa British

c)

Pengambilan askar upahan

d)

Pelucutan jawatan pembesar Melayu

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan sistem Residen:


  • Residen terlalu berkuasa
  • Pelaksanaannya tidak teratur
  • Residen tidak diberi panduan yang jelas


Bagaimanakah British mengatasi masalah kelemahan pentadbiran tersebut?

a)

Menghapuskan jawatan Residen

b)

Memindahkan pentadbiran ke London

c)

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan

d)

Membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

22.

"NNMB juga dikenali sebagai Persekutuan 1896"


Mengapakah sistem pentadbiran tersebut diperkenalkan oleh British?

a)

Membangunkan negeri Melayu dan mengurangkan kos pentadbiran

b)

Mengatasi krisis kewangan Pahang dan mengurangkan kos pentadbiran

c)

Membangunkan negeri Melayu dan menjamin keselamatan negeri

d)

Mengatasi krisis kewangan Pahang dan menjamin keselamatan negeri

23.

Senarai berikut merupakan kawasan yang dikuasai oleh James Brooke dan Charles Brooke di Sarawak:


  • Sungai Trusan
  • Sungai Rajang
  • Sungai Samarahan


Bagaimanakah perluasan kuasa tersebut dapat dilaksanakan?

a)

Bantuan tentera British

b)

Sokongan pedagang asing

c)

Permintaan rakyat tempatan

d)

Kerjasama pembesar Melayu

24.

Pada tahun 1831, Penghulu Dol Said bangkit menentang British. Apakah faktor yang membawa kepada kebangkitan tersebut?

a)

Mengekalkan adat resam

b)

Mempertahankan kedaulatan

c)

Menentang pembinaan balai polis

d)

Memperjuangkan semangat jihad

25.

Mengapakah ramai pedagang Negeri-negeri Selat (NNS) melabur modal di daerah-daerah berikut?


  • Larut
  • Lukut
  • Kuala Lumpur
a)

Kesuburan tanah pertanian

b)

Kekayaan bijih timah

c)

Kemahiran tenaga pekerja

d)

Kepadatan penduduk tempatan

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan syarat pemberian Piagam Diraja kepada SBUB:


  • Penyerahan wilayah Sabah kepada kuasa lain adalah dilarang tanpa persetujuan kerajaan British
  • Perlantikan pegawai tadbir mesti daripada pegawai yang diakui British


Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat tersebut?

a)

Keselamatan Sabah terpelihara

b)

Pengukuhan kuasa British di Sabah

c)

Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan

d)

Penerapan sistem pemerintahan bercorak Barat

27.
  • Raja Syed Alwi (Perlis)
  • Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)
  • Sultan Zainal Abidin III (Terengganu)


Mengapakah mereka enggan menerima Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Tidak dibawa berunding

b)

Tidak diiktiraf sbg pemerintah negeri

c)

Ingin kekal di bawah pengaruh Siam

d)

Ingin mengekalkan identiti negeri

28.

Pernyataan berikut menerangkan dasar ekonomi keluarga Brooke:


"Dinasti Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur asing membuka ladang getah di Sarawak"


Mengapakah Dinasti Brooke bertindak demikian?

a)

Mematuhi syarat perjanjian

b)

Menggalakkan kemasukan buruh asing

c)

Menjaga kepentingan ekonomi

d)

Menghadapi bantahan penduduk tempatan

29.

Negeri-negeri berikut menerima Penasihat British selepas tahun 1909:


  • Kedah
  • Perlis
  • Kelantan
  • Terengganu


Apakah kesannya terhadap negeri-negeri tersebut?

a)

Penduduk berpindah

b)

Kemajuan negeri meningkat

c)

Kedudukan pemerintah tergugat

d)

Pemansuhan institusi kesultanan

30.

Aktiviti perdagangan yang pesat telah mengembangkan sistem percukaian.

Apakah kepentingan sistem percukaian kepada negeri-negeri Melayu?

a)

Menarik pedagang asing

b)

Memakmurkan negeri

c)

Melicinkan pentadbiran

d)

Memudahkan urusan perdagangan