wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hidup atau mati?

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Anda ada kerja sekolah yang perlu disiapkan segera. Tapi seorang rakan mengajak anda bermain PUBG hingga lewat malam. Apa patut anda buat?

a)

Menyiapkan kerja sekolah dulu dan main kemudian

b)

Main PUBG dengan rakan hingga lebam. Padan muka aku.

c)

Menyiapkan kerja sekolah dan menolak ajakan rakan kerana nak tidur awal. Risau terlajak dan lewat ke sekolah.

d)

Menyiapkan kerja sekolah dan menolak ajakan rakan kerana nak tidur awal. Risau terlepas solat subuh dan tak nak terlewat ke sekolah.

2.

Dalam perjalanan balik dari sekolah, anda terdengar dan ternampak anak kucing mengiau-giau dalam longkang.

Apa tindakan anda?

a)

Abaikan. Siapa suruh dia terjun longkang.

b)

Tengok dan jalan. Sempat mencarut, padan muka kau.

c)

Angkat anak kucing itu dan letak di tempat yang selamat.

d)

Jerit, "tolong!" 10 kali.

3.

Anda ternampak anak jiran berumur 5 tahun main di taman tanpa pengawasan.

Apa tindakan anda?

a)

Membebel pada anak jiran itu, dan suruh dia segera balik rumah.

b)

Buat tidak tahu. Bukan adik aku.

c)

Bawa anak jiran itu balik ke rumahnya dengan selamat. Selepas itu terus membebel pada penjaganya "Pak Cik Mak Cik tak sayang anak ke?"

d)

Hantar anak itu balik ke rumahnya dengan selamat, tanpa berkata apa-apa.

4.

Anda sedang menunggang motorsikal. Tiba-tiba anda ternampak seorang mak cik mencampakkan bekas makanannya dari keretanya. Betul-betul di depan anda.

Apa tindakan anda?

a)

Anda mencarut sorang - sorang.

b)

Anda kutip sampah itu dan buang di dalam tong sampah berhampiran, sambil mengomel sendirian.

c)

Anda kutip sampah tersebut dan kejar kereta mak cik itu. Sebaik dapat peluang, anda campak sampah tersebut ke ribanya sambil berkata, "mak cik ambik balik sampah mak cik ni, buang di dalam tong sampah"

d)

Anda kutip sampah tersebut dan kejar kereta mak cik itu. Sebaik ada peluang, anda campak sampah ke cermin depan kereta mak cik tu dan pecut laju-laju. Padan muka dia kan.

5.

Anda baru selesai makan di sebuah restoran makanan segera yang sibuk.

Pelanggan sangat ramai dan ada yang masih terkial-kial menunggu dan mencari meja kosong.

Apa yang anda buat?

a)

Bersegera mengemas meja dan bangun keluar.

b)

Anda buat tak tahu dan terus bermain telefon. Siapa suruh datang lambat kan...

c)

Anda terus duduk, kerana ada minuman yang perlu dihabiskan.

d)

Anda buat tak tahu dan terus berbual-bual dengan rakan seolah-olah kedai bapa anda yang punya.

6.

Adik anda mengalami masalah menjawab soalan latihan dan meminta tolong anda.

a)

Anda berusaha menolong, tapi anda pun tak tahu jawapan sebab anda selalu tidur dalam kelas.

b)

Anda berusaha menolong, tapi anda pun tak tahu jawapan sebab anda selalu ponteng kelas.

c)

Anda berusaha menolong dengan berlagak bijak dan memberikan jawapan yang salah.

d)

Anda berusaha menolong kerana anda abang/kakak yang baik, tidak pernah ponteng kelas dan ingin menunjukkan contoh yang baik.

7.

Hampir setiap hari ayah anda ponteng solat subuh. Anda pernah berusaha membangunkan ayah anda, tetapi ayah anda terus tidur.

Apa tindakan anda?

a)

Jerit "Ayah! Api! Api! Bangun!"

b)

Azankan telinga ayah anda.

c)

Ambik air, percikkan ke muka air anda.

d)

Ambil pembesar suara dan sebutkan "Man Rabbuka!"

8.

Anda ternampak sekumpulan kanak-kanak main basikal lajak di tengah-tengah jalan raya.

Apa tindakan anda?

a)

Tumpang sekaki. Sudah lama tak main kan.

b)

Berhenti dan arahkan mereka balik rumah.

c)

Berhenti, arahkan mereka balik, jika tidak anda akan telefon polis.

d)

Berhenti dan beri tazkirah 3 minit tentang pertanyaan malaikat di alam kubur.

9.

Anda ternampak cikgu anda membawa barang yang banyak di tangan kiri dan kanan, juga beg sandang di belakang.

Apa tindakan anda?

a)

Menawarkan bantuan, tapi hanya membawa barang di tangan kiri cikgu.

b)

Menawarkan bantuan kerana anda tidak mahu masuk kelas.

c)

Menawarkan bantuan, tapi meminta cikgu berikan merit amalan baik.

d)

Menawarkan bantuan dengan mengangkat semua barang cikgu anda.

10.

Lelaki/wanita kacak/cantik yang anda kenali di media sosial mengajak anda bertemu, melepak dan menonton wayang kegemaran anda.

Adakah anda akan menerima ajakannya?

a)

Ya. Lagipun dia kacak/cantik.

b)

Ya. Jika dia tak kisah saya mengajak rakan saya sekali.

c)

Ya. Jika dia tak kisah saya mengajak ibu bapa saya sekali.

d)

Tidak. Saya tidak kenal dia. Dia fake. Dia hanya nak mengambil kesempatan.