NEW
Font size
WorksheetsTRIAL PAHANG 2019
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?
Kelab Belia dan Sukan
Syarikat Fabrik Sdn. Bhd.
Pertubuhan Peladang Pahang
Persekutuan Pengakap Malaysia
Pilih padanan yang benar tentang kelebihan dan kelemahan dalam perniagaan perkongsian ?
KELEBIHAN :Liabiliti terhad ; KELEMAHAN : Beban cukai yang tinggi
KELEBIHAN: Beban cukai rendah ;KELEMAHAN:Diuruskan secara berseorangan
KELEBIHAN : Mudah ditubuhkan ; KELEMAHAN Perniagaan tidak berterusan
KELEBIHAN: Menikmati ekonomi bidangan ; KELEMAHAN : Penawaran syer terhad
Maklumat di bawah menunjukkan kekurangan satu bentuk pemilikan perniagaan.
Penubuhan yang rumit
Beban cukai yang tinggi
Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut ?
Sime Darby Berhad
Kedai Motosikal Zainal
Studio Pengantin Sdn. Bhd
Koperasi Taman Amalina Berhad
Antara berikut, yang manakah tujuan pembentukan perniagaan usaha sama ?
I
Risiko dalam perniagaan dapat disebarkan
II
Meningkatkan dana kewangan
III
Menambahkan keuntungan syarikat
IV
Kepakaran dan teknologi dapat dikongsi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Syarikat Cari Gali Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan petroleum di Malaysia.
Apakah jenis sektor yang terlibat?
Sektor tertier
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor sekunder
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan sejenis saiz perniagaan.
Kos operasi lebih murah
Strategi perniagaan mudah diubah mengikut keperluan
Apakah saiz perniagaan tersebut ?
Mikro
Kecil
Besar
Sederhana
Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.
Apakah P ?
Zon
Global
Domestik
Kebangsaan
Maklumat berikut menunjukkan peranan kerajaan pusat dalam pengubalan undang-undang.
Pihak kerajaan berperanan untuk memastikan setiap perniagaan mesti didaftarkan
Apakah akta yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah di atas ?
Akta Persaingan 2010
Akta Sewa Beli 1967
Akta Syarikat 1965
Akta Kontrak 1950
Maklumat berikut berkaitan jenis pelepasan cukai.
Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun
Diberi kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan
Apakah jenis pelepasan cukai tersebut?
Taraf perintis
Potongan cukai
Elaun cukai pelaburan
Elaun pelaburan semula
Maklumat berikut menunjukkan satu jenis pengangguran.
Sektor perniagaan menggantikan tenaga pekerja dengan mesin
Pekerja sedia ada hilang pekerjaan
Apakah jenis pengangguran tersebut ?
Teknologi
Bermusim
Struktur
Kitaran
Mengapakah inflasi boleh berlaku?
I
Penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
II
Penduduk menangguhkan pembelian barang
III
Peningkatan harga barang dan perkhidmatan
IV
Peningkatan barang dengan jumlah yang terhad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih pasangan yang benar.
Jenis pasaran ;Pasaran produk
Contoh produk ;Pelaburan
JENIS PASARAN:Pasaran kewangan
CONTOH PRODUK:Perumahan
JENIS PRODUK: Pasaran untuk semua
CONTOH PRODUK: pencuci
JENIS PRODUK: untuk semua
CONTOH PRODUK: pelancongan
Graf di bawah ini menunjukkan kitaran ekonomi.
Apakah tindakan perniagaan apabila kitaran ekonomi berada pada Fasa II ?
Melaksanakan latihan kemahiran pekerja
Membenarkan pekerja bekerja lebih masa
Menambahkan bilangan tenaga pekerja
Membayar gaji dan elaun yang tinggi
Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan sumber manusia dalaman ?
I Memahami budaya organisasi
II Melahirkan idea yang baharu
III Meningkatkan semangat pekerja
IV Maklumat pekerja yang sedia ada
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan persekitaran perniagaan.
Teknologi solar lebih mesra alam dan bersih. Teknologi ini lebih murah berbanding dengan sumber tenaga lain.
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi maklumat tersebut ?
Ekologi
Ekonomi
Sosiobudaya
Politik
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Maklumat berikut berkaitan peranan satu bahagian fungsian.
Menyediakan dokumen dengan menggunakan perisian
Menyediakan pelan atau program untuk staf
Apakah bahagian fungsian tersebut ?
Bahagian Fungsian Pentadbiran
Bahagian Fungsian Pembelian
Bahagian Fungsian Pekerja
Bahagian Fungsuan ICT
Antara berikut, yang manakah menerangkan fungsian bahagian kewangan ?
I Menangani masalah yang dihadapi oleh pelanggan
II Melantik kerani baru bagi mengisi kekosongan
III Menyemak dan membuat pembayaran invois
IV Menyediakan penyata kewangan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah kawalan awalan dilakukan oleh pengurus di bahagian fungsian pengeluaran ?
Memastikan para pekerja pengeluaran mengetahui tugas secara khusus
Memastikan bahan mentah berada dalam keadaan yang baik dan berkualiti
Memastikan proses pengeluaran sesuatu produk dapat dijalankan dengan lancar
Memastikan setiap peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan baik
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang pasaran baharu ?
Pasaran sedia ada yang diwujudkan khusus untuk produk yang baharu
Pasaran sedia ada yang mempunyai pertambahan pengguna baharu
Pasaran sedia ada yang ditawarkan bagi produk yang baharu
Pasaran sedia ada yang berpotensi tetapi belum dipasarkan
Antara berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia ?
I Mengurus sumber kewangan
II Pemberian intensif yang munasabah
III Latihan meningkatkan kemahiran
IV Membentuk persekitaran kerja yang harmoni
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan ?
I Pengalaman yang luas
II Kelayakan yang bersesuaian
III Pengetahuan tentang teknologi
IV Kemahiran dalam industri tertentu
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III, dan IV
Apakah kepentingan struktur organisasi ?
Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi
Mewujudkan tempat kerja yang kondusif
Mewujudkan prosedur merekrut pekerja
Mewujudkan insentif kepada pekerja
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis sumber fizikal.
Digunakan dalam proses pengeluaran barang untuk menghasilkan barang siap.
Apakah jenis sumber fizikal tersebut?
Stok
Produk siap
Bahan mentah
Peralatan dan teknologi
Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?
Melindungi risiko kerosakan produk
Melindungi produk siap daripada dicuri
Melindungi syarikat daripada mengalami kerugian
Melindungi hasil ciptaan daripada disalahguna oleh pihak lain
Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan sejenis pembiayaan luaran.
Perniagaan boleh menambah kecairan perniagaan dengan menjual surat hutang atau invois.
Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut ?
Syer
Pajakan
Ar-Rahnu
Pemfaktoran
Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corparation Malaysia Berhad (CGC) ?
Membantu PKS yang tidak mencukupi modal
Membantu PKS yang tiada cagaran
Membantu PKS memasarkan produk
Membantu PKS mengembangkan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan sejenis rekod kewangan?
Punca perolehan dan penggunaan dana
Keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti
Apakah rekod kewangan tersebut ?
Penyata Pendapatan
Penyata Aliran Tunai
Kunci Kira-kira
Penyata Penyesuaian Bank
Butiran manakah yang dikelaskan sebagai aset semasa ?
Pemiutang
Overdraf
Perabot
Inventori
Encik Siva memerlukan penyata kewangan bertujuan untuk membuat keputusan sama ada memberikan kemudahan kredit.
Siapakah Encik Siva ?
Pesaing
Pelabur
Pemilik
Pembekal
Manakah padanan formula yang tepat?a
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang merupakan ciri seorang usahawan ?
Berstatus sebagai hartawan
Mementingkan gaya hidup
Berfikiran positif untuk berjaya
Mengutamakan penampilan diri
Maklumat berikut berkaitan dengan keperibadian seorang usahawan.
Usahawan perlu menukar cara pengeluaran dan mengubah produk mengikut citarasa pengguna.
Apakah ciri keperibadian tersebut ?
Kreatif
Inovatif
Berinisiatif
Fleksibel
Antara berikut, faktor manakah yang perlu dikaji oleh usahawan sebelum memilih lokasi perniagaan yang sesuai ?
I Mudah dikunjungi pelanggan
II Berhampiran dengan pembekal
III Jauh daripada kawasan perindustrian
IV Kemudahan peralatan yang lengkap
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Milikan perniagaan manakah yang tertakluk dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
I Butik Lily & Joy
II Dinamik Teknologi PLT
III Dreamlife Sdn Bhd
IV Zaliya Enterprise
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri utama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?
Fleksibiliti penubuhan
Kewujudan tidak kekal
Liabiliti tidak terhad
Tanggungan terhad
Berikut adalah sebab penamatan perniagaan kecuali…
Perintah mahkamah
Kerugian berniaga
Kematian pemilik
Bankrap
Dokumen berikut diperoleh daripada Syarikat Pasaraya Mia
Apakah dokumen X?
Memo
Invois
Bil tunai
Penyata tunai
Apakah dokumen yang menunjukkan urusniaga yang dilakukan secara kredit?
Resit
Invois
Penyata bank
Baucar pembayaran
Pernyataan manakah merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?
Memastikan perniagaan boleh mencapai sasaran jualan yang ditetapkan
Memastikan perniagaan mencapai keuntungan yang telah ditetapkan
Menjangka risiko yang timbul semasa menjalankan perniagaan
Meningkatkan daya saing perniagaan dalam pasaran
