wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JKD MUAR PN T5 TRIAL KUCHING 2020

Total questions: 41

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah tujuan sesebuah koperasi mengadakan mesyuarat agung tahunan?

a)

Memilih anggota baharu

b)

Meluluskan undang-undang kecil

c)

Menubuhkan jawatankuasa penaja

d)

Mendapat sijil perakuan pendaftaran

2.

Hal ehwal syarikat dirahsiakan

Tidak bebas pindah milik syer

Liabiliti terhad ke atas modal saja

Apakah bentuk pemilikan tersebut ?

a)

Syarikat sendiriana berhad

b)

Koperasi

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat awam berhad

3.

Sektor primer

Sektor sekunder

Sektor tertier

Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor tertier?

a)

Doktor

b)

Peladang

c)

Penternak ayam

d)

Buruh binaan

4.

Pilih pernyataan yang benar tentang P??

a)

Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara

b)

Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja

c)

Penjualan suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri

d)

Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan di luar negara

5.

Apakah sektor yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas merdeka ?

a)

Sektor pertanian

b)

Sektor perkhidmatan

c)

Sektor perindustrian

d)

Sektor pembinaan

6.

Puan Aminah merupakan pemilik Kedai Kek Aminah di Kuching . Beliau dibantu oleh 15 orang pekerja

Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Aminah?

a)

Kecil

b)

Besar

c)

Sederhana

d)

Global

7.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Daya pengeluaran perniagaan meningkat

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

8.

Keadaan kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan pengguna semakin menurun dan hal ini menyebabkan permintaan untuk barang dan perkhidmatan berkurangan.

Apakah peranan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan? Pilih 2 jawapan.

a)

Mengurangakan bekalan dalam ekonomi

b)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

c)

Mengurangkan cukai pendapatan

d)

Meningkatkan kadar faedah

9.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan analisis SWOT.

a)

Peluang dan ancaman adalah faktor luaran

b)

Peluang dan kelemahan adalah faktor dalaman

c)

Kekuatan dan kelemahan adalah faktor luaran

d)

Kekuatan dan ancaman adalah faktor dalaman

10.

Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau menjaga hubungan dengan pekerja bertujuan memberikan motivasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez faire

11.

Antara yang berikut, yang manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang- undang?

Pilih 2 jawapan.

a)

Mengurangakan bekalan dalam ekonomi

b)

Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan

c)

Perlindungan daripada gejala penipuan dalam perniagaan

d)

Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan oleh kerajaan

12.

Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?

a)

Target keuntungan dalam perniagaan

b)

Menjadi panduan untuk membuat keputusan

c)

Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekerja

d)

Sasaran yang boleh diukur dalam pencapaian perniagaan

13.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh sesebuah organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia dalam syarikatnya?

a)

Menggunakan teknologi yang tinggi

b)

Meningkatkan bilangan kakitangan

c)

Menggalakkan kerja lebih masa kepada pekerja

d)

Mengadakan latihan dan pembangunan pekerja

14.

Encik. Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran

dalam bentuk royalti.

Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?

a)

Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

b)

Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah

c)

Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan

d)

Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

15.

Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.

Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?

a)

Fleksibel

b)

Boleh diukur

c)

Mudah difahami

d)

Munasabah

16.

Pencapaian visi, misi dan objektif boleh dinilai berdasarkan kriteria semasa menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan.

Antara berikut, yang manakah merupakan kriteria penilaian yang boleh digunakan?

Pilih 2 jawapan

a)

Syer Pasaran

b)

Titik Pulang Modal

c)

Analisis Kekuatan Syarikat

d)

Kapasiti operasi perniagaan sedia ada

17.

Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat meningkatkan produktiviti

b)

Memudahkan pengurusan inventori

c)

Dapat membuat perancangan kewangan

d)

Memastikan keselamatan sistem ICT

18.

Apakah unsur W, X, Y dan Z?

a)

W Maklum balas > X Dekod >Y Saluran >Z Enkod

b)

W Dekod > X Saluran > Y Enkod > Z Maklum balas

c)

W Saluran>X Enkod>Y Maklum balas>Z Dekod

d)

W Enkod>X Saluran> Y Dekod> Z Maklum balas

19.

Apakah tujuan pembangunan produk dan pasaran baharu?

a)

Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu

b)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada

c)

Memastikan produk memenuhi piawaian yang ditetapkan

d)

Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia?

a)

Pengurusan modal awal yang digunakan untuk perniagaan

b)

Pengurusan rekod kewangan sesebuah organisasi perniagaan

c)

Pengurusan aset yang berbentuk ketara untuk dimanfaatkan organisasi bagi menjalankan perniagaan

d)

Pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan pembahagian kerja

21.

19. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran dalam pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?

a)

Teknik merekrut dan proses pemilihan pekerja

b)

Program latihan pembangunan yang berterusan

c)

Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan

d)

Mewujudkan kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

22.

Apakah itu Standard Prosedur Operasi (SOP)?

a)

Dokumen bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.

b)

Dokumen bertulis untuk menyebar luas peraturan pengurusan organisasi kepada semua pekerja.

c)

Dokumen bertulis untuk menerangkan secara terperinci perjalanan operasi sesuatu unit dalam organisasi.

d)

Dokumen bertulis untuk memastikan operasi perniagaan mengikut segala keperluan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan tertinggi

23.

Apakah prosedur mengurus sumber fizikal selain daripada perlindungan insurans dan keselamatan?

a)

Memantau penggunaan sumber fizikal

b)

Menyelenggara dan baik pulih secara terancang

c)

Merangka bajet bagi kos pengurusan sumber fizikal

d)

Merekodkan penggunaan sumber fizikal

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia?

Pilih 3 jawapan.

a)

Pemantapan budaya strategik

b)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

c)

Latihan peningkatan kemahiran

d)

Menjaga sumber kewangan

25.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan perniagaan kecil berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Terdapat staf yang ramai bekerja dalam organisasi

b)

Terdapat banyak bahagian fungsian dalam organisasi

c)

Proses komunikasi yang mengambil masa yang lama

d)

Pengurus mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf

26.

Manakah ciri sumber fizikal yang melancarkan operasi sesebuah perniagaan? Pilih 2 jawapan

a)

Bangunan yang besar dan strategik

b)

Mesin yang diselenggara secara berkala

c)

Bahan mentah yang dibeli dengan kos yang tinggi

d)

Bangunan yang selamat dan lengkap dengan kemudahan

27.

Encik Hafiz ingin menubuhkan sebuah syarikat pengeluaran kasut.

Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Hafiz?

a)

Simpanan sendiri

b)

Ar-Rahnu

c)

Sahabat handai

d)

Pinjaman bank

28.

Apakah X?

a)

Membayar yuran yang sewajarnya

b)

Menyemak jenis keperluan perniagaan yang diperlukan oleh usahawan

c)

Berunding dengan pakar runding mendapatkan khidmat nasihat

d)

Menyediakan aset tetap sebagai cagaran

29.

Apakah maksud penyata kewangan?

a)

Satu bentuk laporan yang menunjukkan harta dan hutang perniagaan.

b)

Penyata yang menunjukkan strategi dan ekuiti pemilik perniagaan.

c)

Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu..

d)

Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu

30.

Antara yang berikut, yang manakan dicatat dalam Kunci Kira-Kira? Pilih 2 jawapan.

a)

Stok akhir

b)

Overdraf bank

c)

Stok awal

d)

Untung kasar

31.

Berapakah untung bersih perniagaan itu?

a)

RM9 000

b)

RM8 100

c)

RM7 200

d)

RM9 700

32.

Tafsirkan prestasi perniagaan bagi tahun 2016 berbanding tahun 2015.

a)

Prestasi perniagaan merosot dan tidak mampu membayar hutang.

b)

kemampuan perniagaan membayar hutang dalam tempoh singkat telah meningkat.

c)

Prestasi perniagaan telah merosot dan hanya mampu membayar hutang untuk tempoh masa panjang.

d)

Risiko perniagaan telah meningkat dan pelaburan kurang memberi pulangan.

33.

Antara yang berikut, yang manakah keberuntungan perniagaan kepada seseorang usahawan? Pilih 2 jawapan

a)

Mengecilkan pasaran

b)

Memantapkan imej perniagaan

c)

Mendapatkan sumber manusia yang mempunyai kepakaran dan ilmu

d)

Penggunaan peralatan dan teknologi terkini

34.

Apakah struktur organisasi tersebut?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi / wilayah

35.

Antara berikut, manakah potongan wajib dalam sistem penggajian pekerja pekerja? Pilih 2 jawapan.

a)

Bayaran skim insurans

b)

Caruman kepada KWSP

c)

Caruman kepada PERKESO

d)

Bayaran balik pinjaman perumahan

36.

Pernyataan manakah benar tentang Titik Pulang Modal (TPM)?

a)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos

b)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil purata sama dengan jumlah kos purata

c)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata

d)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil purata sama dengan jumlah kos

37.

Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak bank? PILIH 2 JAWAPAN

a)

kemampuan membayar hutang

b)

kadar keuntungan yang diperoleh

c)

jumlah deposit dalam akaun bank

d)

jumlah pinjaman yang dipohon

38.

Apakah X ?

a)

Pengiklanan

b)

Promosi jualan

c)

Jualan langsung

d)

Publisiti

39.

Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

memastikan usahawan berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan.

b)

memastikan usahawan membuat perancangan dengan teliti terhadap keperluan sumber perniagaan

c)

memastikan usahawan tahu hala tuju perniagaan dengan betul.

d)

memastikan usahawan dapat menyediakan laporan kewangan dengan baik.

40.

Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

memastikan usahawan berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan.

b)

memastikan usahawan membuat perancangan dengan teliti terhadap keperluan sumber perniagaan

c)

memastikan usahawan tahu hala tuju perniagaan dengan betul.

d)

memastikan usahawan dapat menyediakan laporan kewangan dengan baik.

41.

Apakah stok bergerak perlahan?

a)

Stok yang dapat di jual dengan cepat

b)

Stok yang mengambil masa lama untuk dijual

c)

Stok yang perlu di beli dari pemborong sahaja

d)

Stok yang diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna