wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi SPM (Latihan K1)

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?

a)

Sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan

b)

Satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad

c)

Sains kekayaan yang mengkaji keadaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara

d)

Satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan

2.

Masalah kekurangan berlaku kerana

a)

kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal

b)

faktor pengeluaran terhad berbanding kehendak yang pelbagai

c)

faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam sesebuah ekonomi

d)

kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi

3.

Pasangan manakah yang benar tentang buruh dan usahawan?

a)

Buruh : Penawaran tidak terhad

Usahawan : Penawaran terhad

b)

Buruh : Bebas membuat keputusan

Usahawan : Tidak bebas membuat keputusan

c)

Buruh : Terima ganjaran upah

Usahawan : Terima ganjaran untung

d)

Buruh : Bekerja sendiri

Usahawan : Bekerja dengan orang lain

4.

Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi Syarikat Faiqah Sendirian Berhad.


Berapakah kos lepas per unit jika Syarikat Faiqah Sendirian Berhad mengubah kombinasi pengeluaran daripada titik Q kepada titik R?

a)

0.75

b)

1.00

c)

1.25

d)

2.00

5.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.


"Barangan dikeluarkan berdasarkan citarasa masyarakat"


Apakah masalah asas ekonomi tersebut?

a)

Apa yang hendak dikeluarkan?

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan?

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan?

d)

Untuk siapa hendak dikeluarkan?

7.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang hukum permintaan?


I Apabila harga naik, maka kuantiti diminta berkurang

II Apabila harga naik, maka kuantiti diminta bertambah

III Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta berkurang

IV Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta bertambah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan kereta tersebut?


I Cukai kereta import dinaikkan

II Harga petrol telah meningkat

III Pendapatan boleh guna individu merosot

IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pilih kesan yang betul tentang perubahan penentu penawaran terhadap penawaran sesuatu barang berdasarkan keluk penawaran di atas.

a)

Teknologi semakin canggih

b)

Harga faktor pengeluaran mahal

c)

Kos Pengeluaran menurun

d)

Harga barang itu meningkat

10.

Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran suatu barang.


Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1?

a)

Harga keseimbangan akan meningkat

b)

Kuantiti keseimbangan akan berkurang

c)

Harga keseimbangan akan turun

d)

Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik

11.

Cik Zulaikha membeli sepasang kasut dengan harga RM180. Apakah fungsi wang dalam situasi tersebut?


I Alat ukuran nilai

II Alat simpanan nilai

III Alat bayaran tertunda

IV Alat perantaraan pertukaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat berikut menunjukkan tindakan bank pusat melalui dasar kewangan mengawal satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.


"Keperluan rizab berkanun dinaikkan tiga kali ganda sebagai langkah awal mengurus peningkatan masalah tunai berlebihan yang membawa kepada peningkatan harga barangan."


Apakah tindakan lain yang boleh dilakukan oleh bank pusat untuk mengawal keadaan tersebut?

a)

Longgarkan syarat sewa beli

b)

Turunkan nisbah rizab tunai

c)

Jual surat jaminan kerajaan

d)

Turunkan kadar faedah pinjaman

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.


Cik Amira adalah pemegang akaun tabungan di Bank B&B Berhad

Beliau membeli polisi insurans nyawa dari Syarikat Insurans Bernama Berhad

Jumlah bayaran premium yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak RM250

Beliau mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut pada setiap 25 hari bulan secara tetap dan berulang kepada syarikat insurans.

Apakah kemudahan tersebut?

a)

Draf bank

b)

Debit langsung

c)

Pindahan kredit

d)

Perintah sedia ada

14.

Manakah yang menunjukkan pekerjaan dalam sektor ketiga?

a)

Menangkap ikan

b)

Operator kilang kicap

c)

Mengajar di pusat tuisyen

d)

Memproses ikan menjadi keropok segera

15.

Gambar yang berikut berkaitan dengan iklan pekerjaan.


Manakah yang bukan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut?

a)

Upah benar

b)

Waktu bekerja

c)

Kelayakan akademik

d)

Faedah sampingan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu.


"Pendapatan diterima tanpa memberi apa-apa sumbangan dalam ekonomi."


Pendapatan manakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?


I Upah

II Biasiswa pendidikan

III Sumbangan Zakat

IV Keuntungan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Almas Syalihah pada tahun 2019.


Hitung pendapatan boleh guna Cik Almas Syalihah.

a)

RM15190

b)

RM 15290

c)

RM15690

d)

RM17270

18.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Gambar yang berikut merupakan kaedah pembayaran yang diamalkan dalam perniagaan.


Manakah yang benar tentang kaedah pembayaran di atas?

a)

Risiko kehilangan wang tunai dapat dielakkan

b)

Dapat diterima di mana-mana sahaja premis perniagaan

c)

Membantu pengguna supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja

d)

Dapat menikmati diskaun bagi setiap pembelian yang dilakukan

20.

Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma Syafiah.


Kos Tetap RM 500

Kos Berubah RM 300

Kos Purata RM 20


Berapakah jumlah output yang dihasilkan?

a)

30 unit

b)

40 unit

c)

50 unit

d)

80 unit

21.

Jadual di bawah ini menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi Syarikat Nursyuhadah.


Syarikat Nursyuhadah menjual 4000 helai pakaian dijual dengan harga RM12 sehelai. Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh syarikat tersebut?

a)

RM10000

b)

RM 12000

c)

RM38000

d)

RM48000

22.

Apakah maksud produktiviti?

a)

Nisbah antara jumlah output dan jumlah input pengeluaran

b)

Perubahan jumlah input dalam mengukur perubahan jumlah keluaran

c)

Keupayaan meningkatkan sejumlah input daripada sejumlah output yang disediakan

d)

Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input pengeluaran

23.

Rumus di bawah ini berkaitan dengan eksternaliti.


| Faedah sosial = X + Faedah luaran |


Faedah

sosial = X + Faedah luaran


Apakah X?

a)

Menjimatkan masa perjalanan

b)

Kos pengangkutan yang semakin membebankan

c)

Pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat

d)

Kesesakan lalu litas yang rendah

24.

Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara?

a)

Mengurangkan kadar inflasi

b)

Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing

c)

Memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia

d)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

25.

Apakah kesan ke atas ekonomi jika bank pusat terus menaikkan kadar cukai ketika berlaku masalah inflasi?


I Firma mampu mengeluarkan lebih banyak barang

II Pertumbuhan ekonomi semakin lancar

III Kadar pengangguran meningkat

IV Perbelanjaan agregat pengguna terus menurun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Maklumat di bawah berkaitan sejenis pengangguran.


"Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan."


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas?

a)

Bersifat jangka panjang

b)

Berlaku kemelesetan ekonomi

c)

Peralihan pekerjaan akibat kehausan sumber asli

d)

Peluang mendapat gaji yang tinggi menjadi keutamaan

27.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tak langsung?

a)

Puan Rosliyana membayar tambahan 6% cukai daripada jumlah harga makanan di restoran makanan segera.

b)

Petronas membayar 28% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan.

c)

Hui Lin membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian pembelian kedai di Taman Sri Desa.

d)

Syarikat Fakhiratul Sdn. Bhd. membayar cukai sebanyak 15% daripada keuntungan perniagaannya kepada kerajaan.

28.

Jadual di bawah menunjukkan anggaran hasil kerajaan persekutuan bagi tempoh satu tahun.


Berapakah jumlah anggaran hasil kerajaan daripada cukai tidak langsung pada tahun tersebut ?

a)

RM 9 334 juta

b)

RM 8 725 juta

c)

RM 6 667 juta

d)

RM 5 567 juta

29.

Bagaimanakah nisbah rizab berkanun boleh membantu menyelesaikan masalah semasa inflasi?

a)

menurunkan nisbah rizab berkanun

b)

menaikkan nisbah rizab berkanun

c)

menyimpan sedikit wang di bank pusat

d)

memberi pinjaman kepada orang ramai

30.

Apakah kesan penurunan kadar faedah terhadap pengguna?

a)

Kos pinjaman meningkat

b)

Perbelanjaan penguna dalam ekonomi meningkat

c)

Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman

d)

Pengguna perlu menyediakan lebihan wang semasa berbelanja

31.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri syarikat multinasional.


· Firma mempunyai cawangan di beberapa buah negara

· Pemindahan dan penggunaan teknologi yang canggih


Apakah ciri lain syarikat tersebut ?

a)

Firma besar bersaing dengan firma kecil

b)

Memaksimumkan keuntungan dan kebajikan

c)

Menggunakan bahan mentah di negara sendiri

d)

Semua cawangan firma dikawal oleh firma induk di negara asal

32.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi?

a)

Kenaikan taraf printis

b)

Perkembangan ekonomi

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Kenaikan kadar pertukaran mata wang asing

33.

Perdagangan antarabangsa mendatangkan kesan-kesan positif ke atas negara yang terlibat. Antara berikut yang manakah kesan-kesan tersebut?


I Pengguna mempunyai pelbagai pilihan

II Menambahkan peluang pekerjaan

III Imbangan perdagangan positif

IV Menggalakkan pinjaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Mengapakah kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import ?

a)

Meningkat pendapatan negara

b)

Mengurangkan daya saing barang tempatan

c)

Melindungi industri muda dan tempatan

d)

Meluaskan pilihan pengguna

35.

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilakukan dengan tujuan untuk

a)

Menarik pelaburan langsung asing ke negara anggota

b)

Mengurangkan pengangguran dalam kalangan negara anggota

c)

Memperoleh barang dagangan dari negara maju dengan lebih murah

d)

Mewujudkan monopoli dalam pengeluaran barang di negara anggota

36.

Antara yang berikut, akaun manakah yang merupakan komponen akaun semasa?


I Akaun barangan

II Akaun modal

III Akaun kewangan

IV Akaun pendapatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Tentukan samaada pernyataan dibawah BETUL atau SALAH. Pilih jawapan mengikut pilihan di atas.


I Lebihan dalam imbangan akaun semasa boleh menyebabkan masalah inflasi.


II Defisit dalam imbangan akaun semasa menyebabkan pengurangan dalam pendapatan negara.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

38.

Tentukan samaada pernyataan dibawah BETUL atau SALAH. Pilih jawapan mengikut pilihan di atas.


I Pertukaran asing merujuk mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara.

II Sebahagian besar rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia merupakan dalam pertukaran asing.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

39.

Tentukan samaada pernyataan dibawah BETUL atau SALAH. Pilih jawapan mengikut pilihan di atas.


I Permintaan terhadap Ringgit Malaysia berlaku apabila Negara asing seperti Singapura dan China mengimport barangan dan perkhidmatan dari Malaysia.

II Sekiranya rakyat Malaysia suka membeli barang import, permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

Tentukan samaada pernyataan dibawah BETUL atau SALAH. Pilih jawapan mengikut pilihan di atas.


I Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang eksport negara Malaysia akan menjadi lebih murah.


II Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang import akan menjadi

lebih murah.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D