WorksheetsPEMASARAN
Total questions: 29
Worksheet time: 15mins
1. Maksud pemasaran adalah…
A. Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
B. Penghasilan barang dan perkhidmatan melalui proses transformasi yang menukar input kepada output dengan menambahkan nilai
C. Proses pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna pada tempat, masa, harga dan menggunakan saluran pengedaran yang sesuai
D. Aktiviti yang melibatkan perancangan, penyusunan dan pengawalan atas segala aspek kewangan supaya matlamat kewangan sesebuah perniagaan tercapai
2. Pemasaran melibatkan empat aktiviti iaitu 1) membangunkan produk, 2) menetapkan harga, 3)_____________, 4)______________. Apakah aktiviti 3 dan 4?
A. Menjalankan promosi dan memberi perkhidmatan
B. Menjalankan promosi dan mengedarkan produk
C. Mengedarkan produk dan menjalankan aktiviti jualan
D. Mengedarkan produk dan memberi perkhidmatan
3. Berikut adalah BUKAN salah satu konsep teras pemasaran
A. Pasaran
B. Nilai
C. Keperluan dan kehendak
D. Belian dan Jualan
4. Urusniaga adalah
A. Urusan nikah kahwin antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama
B. Urusan kontrak antara dua pihak yang berjanji untuk melaksanakan sesuatu atau tidak melaksanakan sesuatu dan mengikat di sisi undang-undang
C. Urusan beli dan belah di mana seseorang pembeli membeli barang yang diperlukan dan meninggalkan kawasan perniagaan apabila telah memperolehi apa yang dikehendakinya
D. Urusan jual beli antara dua pihak dan kedua-dua pihak dapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan keduanya
5. Pilih jawapan yang paling benar berkaitan kepentingan pemasaran
A. Membantu pernigaan meningkatkan jualan produk dan seterusnya memperoleh untung yang lumayan
B. Dapat mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan mengurangkan pengangguran
C. Dapat melaksanakan perancangan sumber dan kewangan bagi mengurangkan pembaziran
D. Membantu perniagaan dijalankan secara berterusan atas usaha-usaha ahli perniagaan
6. Terdapat lima pendekatan pemasaran iaitu 1)Pendekatan pengeluaran 2) pendekatan produk dan keluaran 3) pendekatan penjualan 4)_____ dan 5)____ . Sila pilih padanan paling sesuai.
A. Pendekatan pemasaran moden dan pendekatan pemasaran kehendak pengguna
B. Pendekatan pemasaran moden dan pendekatan pemasaran kemasyarakatan
C. Pendekatan pemasran kemasyarakatan dan pendekatan pemasaran belian
D. Pendekatan pemasaran kehendak pengguna dan pendekatan pemasran kemasyarakatan
7. Proses pemasaran dua yang pertama adalah
A. Memilih sasaran pasaran dan membina campuran pemasaran
B. Menilai peluang-peluang pemasaran dan memilih sasaran pasaran
C. Membina campuran pemasaran dan menguruskan usaha pemasaran
D. Menguruskan usaha pemasaran dan memilih sasaran pasaran
8. Berikan dua matlamat pelaksanaan perancangan strategik dalam organisasi perniagaan
A. Memaksimumkan keuntungan dan mencapai pertumbuhan disasarkan
B. Mencapai pertumbuhan disasarkan dan meningkatkan kepercayaan orang ramai
C. Meningkatkan kepercayaan orang ramai dan menjaga imej organisasi
D. Menjaga imej organisasi dan membuat analisis
9. Analisis portfolio perniagaan mengikut Matriks BCG (Boston Consultant Group) adalah
A. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran tinggi dan syer pasaran relatif yang tinggi
B. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran relatif yang tinggi
C. Satu kaedah pemetaan perniagaan berdasarkan kadar pertumbuhan pasaran dan syer pasaran relatif
D. Satu kaedah melihat perniagaan mana paling maju
10. Matriks lembu kontan menggambarkan
A. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran tinggi dan syer pasaran relatif yang tinggi
B. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran relatif yang tinggi
C. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran tinggi dan syer pasaran relatif yang rendah
D. Unit strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran relatif yang rendah
11. Analisis SWOT ( kekuatan , kelemahan, ancaman dan peluang ) adalah satu kaedah perancangan strategik sesebuah perniagaan. Analisis ini dilihat dari sudut dalaman dan luaran organisasi. Pilih kombinasi di bawah yang menyatakan tujuan analisis SWOT dilaksanakan
I. Mengekalkan segala faktor kekuatan yang ada dalam sesuatu organisasi pernigaan
II. Mengenalpasti kelemahan dan mengambil tindakan pembetulan
III. Meneroka peluang bagi melaksanakan strategi bersesuaian
IV. Segala ancaman diketepikan
A. I, II, dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua betul
12. Satu strategi pertumbuhan perniagaan melalui peningkatan jualan produk sedia ada ke pasaran sedia ada tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap produk adalah strategi ______
A. Penembusan pasaran
B. Pembangunan produk
C. Pembangunan pasaran
D. Pempelbagaian
12. Satu strategi pertumbuhan perniagaan melalui peningkatan jualan produk sedia ada ke pasaran sedia ada tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap produk adalah strategi ______
A. Penembusan pasaran
B. Pembangunan produk
C. Pembangunan pasaran
D. Pempelbagaian
13. Satu strategi memperkenalkan produk baharu atau produk sedia ada yang telah ditambah baik kualitinya dalam pasaran sedia ada adalah strategi_____
A. Penembusan pasaran
B. Pembangunan produk
C. Pembangunan pasaran
D. Pempelbagaian
14. Jelaskan maksud sasaran pasaran
A. Pasar sasaran di mana pengguna-pengguna berkumpul
B. Sekumpulan pengguna yang mahu bekerja di organisasi perniagaan
C. Sekumpulan orang yang berpiket untuk perjuangkan harga murah
D. Sekumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang sama yang akan dijadikan tumpuan oleh pemasar untuk memasarkan produk
15. Campuran pemasaran terdiri dari set pembolehubah yang terdiri dari 4P iaitu_____
A. Parang, pisau, paku dan pakis
B. Harga, produk, promosi, pengedaran
C. Pengguna, pembeli, pembekal, penjual
D. Produk, promosi, pengedaran, pengguna
16. Proses di mana pengguna akhir memilih, membeli, mengguna dan melupuskan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka di kenali sebagai _____________
A. Sasaran pasaran
B. Rangsangan pemasaran
C. Gelagat pengguna
D. Campuran pemasaran
17. Ekonomi, budaya, teknologi dan politik merupakan ______ ______ dalam model gelagat pengguna.
A. Rangsangan pesekitaran
B. Rangsangan pemasaran
C. Rangsangan pengguna
D. Rangsangan sikap
18. Kotak hitam pengguna merupakan penyerapan maklumat-maklumat persekitaran yang diserap dan diproses dalam minda pengguna. Rangsangan-rangsangan ini akan berinteraksi dengan ciri-ciri pengguna seperti
A. Setuju / tidak setuju membeli
B. Ekonomi, budaya, teknologi dan politik
C. Produk, pengedaran, promosi dan penentuan harga
D. Psikologi, sosial, budaya, umur, jantina dan pendidikan
19. Budaya merupakan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna berkaitan_______________.
A. Nilai, persepsi, kehendak dan sikap yang dipengaruhi oleh keluarga dan institusi lain
B. Faktor sosial yang terdiri daripada kumpulan rujukan, ahli keluarga, peranan dan status mereka
C. Ciri-ciri individu seperti umur, pekerjaan, pendapatan, personaliti dan gaya hidup
D. Faktor yang mendorong dan mendesak individu untuk memenuhi kehendak dan keperluannya
20. Motivasi, persepsi, personaliti, pembelajaran dan sikap merupakan faktor __________ yang mempengaruhi keputusan keputusan pembelian pengguna.
A. Sikap
B. Situasi
C. Sosial
D. Psikologi
21. Tempat membeli merupakan faktor ________ yang mempengaruhi gelagat pembelian.
A. Sikap
B. Situasi
C. Sosial
D. Psikologi
23. Proses pembelian produk baru manakah yang betul?
A. Menyedari -> meminati -> menerima -> mencuba -> menilai
B. Menyedari -> menerima -> mencuba -> menilai -> meminati
C. Menyedari -> meminati -> menilai -> mencuba -> menerima
D. Meminati -> menyedari -> menilai -> mencuba -> meminati
24. Segmentasi pasaran bermaksud __________
A. Proses membahagi pasaran yang besar dan pelbagai untuk membentuk beberapa pasaran kecil berasaskan ciri-ciri pengguna yang sama bagi memudahkan strategi pemasaran dilaksana berdasarkan tawaran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.
B. Proses pengumpulan maklumat secara sistematik yang releven dengan sesuatu masalah pemasaran yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan
C. Proses menilai setiap segmen pasaran dan memilih atau menyasarkan beberapa segmen pasaran yang menarik untuk dimasuki
D. Proses menempatkan produk dalam satu kedudukan yang lebih baik berbanding dengan produk pesaing dalam minda pengguna
Meliputi semua faedah dan pengguna mengambil kira faedah utama sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk”
Kenyataan di atas sesuai untuk produk ____________
A. Produk beli belah
B. Produk sampingan
C. Produk ketara
D. Produk teras
27. Atribut produk merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yeng terdapat pada sesuatu produk samada ketara atau tidak ketara. Ia boleh dilihat dari sudut
A. Fizikal produk, kualiti produk, ciri produk, reka bentuk produk
B. Fizikal produk, produk pengguna, produk industri
C. Fizikal produk. Penjenamaan, pembungkusan,
D. Fizikal produk, lini produk, kedalaman produk, kelebaran produk
28. Kitaran hayat produk terdiri dari 4 peringkat iaitu
A. Pengenalan, pertumbuhan, pemantapan, kemerosotan
B. Pengenalan, pertumbuhan, kematangan, kemerosotan
C. Kewujudan, pertumbuhan, pertahanan, pemantapan
D. Pengenalan , pertumbuhan, pemantapan, kemerosotan
29. Mengandungi satu atau lebih pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit dan ejen. Saluran agihan ini merupakan saluran agihan_____________
A. Mendatar
B. Menegak
C. Melintang
D. Membujur
30. Penetapan harga adalah________
A. Nilai yang ditetapkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan perniagaan
B. Nilai yang perlu dibayar oleh semua pengguna walaupun mereka tidak suka
C. Nilai yang kerajaan tetapkan bagi sesuatu barang kerana mempertahankan konsep keadilan
D. Nilai pertukaran dalam bentuk wang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli dalam satu urusniaga
