wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN SPM 2019 SET 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?

a)

Modal daripada kerajaan, sumbangan dan yuran ahli

b)

Modal daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan

c)

Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli

d)

Menjalankan perniagaan secara percuma

2.

Maklumat di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.


Butik Sharin ---------diubah kepada--------Butik Sharin & Airin


Mengapakah Sharin mengambil tindakan tersebut?

I Perniagaan berterusan

II Modal yang lebih besar

III Risiko dapat disebarkan

IV Menanggung liabiliti terhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah kelebihan memiliki syer dalam Syarikat Awam Berhad berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad?

a)

Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah

b)

Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan

c)

Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah

d)

Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad

4.

Antara yang berikut, manakah tujuan usaha sama dilaksanakan?


I Untuk memberikan bantuan kepada perniagaan

II Untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran

III Untuk meningkatkan kedudukan syarikat

IV Untuk menambahkan jualan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Pernyataan manakah yang betul tentang sektor primer?

a)

Melibatkan pemprosesan bahan mentah

b)

Meliputi aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi

c)

Menghasilkan barang melalui proses transformasi

d)

Melibatkan aktiviti pembuatan dan pengilangan

6.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Meningkatkan keuntungan tahunan

b)

Kos overhed yang lebih rendah

c)

Menikmati ekonomi bidangan

d)

Pelaporan kewangan dirahsiakan

7.

Rajah di atas berkaitan dengan skala perniagaan.


Apakah X?

a)

Zon

b)

Global

c)

Kebangsaan

d)

Antarabangsa

8.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang.


Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran.


Apakah akta X ?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Hak Cipta 1987

d)

Akta Persaingan 2010

9.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada Syarikat XYZ Sdn. Bhd.


  • Menyertai promosi kerajaan
  • Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun


Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula

10.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.


  • Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan mesin-mesin dan jentera bagi menggantikan pekerja


Apakah jenis pengangguran tersebut?

a)

Pengangguran teknologi

b)

Pengangguran bermusim

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran kitaran

11.

Apakah kesan inflasi terhadap individu?

a)

Penambahan stok yang tidak terjual

b)

Kadar pengangguran bertambah

c)

Penurunan pendapatan bersih

d)

Kuasa beli menurun

12.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pasaran.


  • Jual beli syer dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan


Apakah jenis pasaran tersebut?

a)

Pasaran saham

b)

Pasaran produk

c)

Pasaran kewangan

d)

Pasaran komoditi

13.

Apakah yang berlaku semasa ekonomi berada pada Fasa II?

a)

Pendapatan kerajaan merosot

b)

Pengangguran akan meningkat

c)

Perniagaan menambahkan pengeluaran produk

d)

Penduduk mempunyai pendapatan yang mencukupi

14.

Manakah yang merupakan kelebihan sumber manusia dalaman?


I Memotivasikan pekerja

II Melahirkan idea baharu

III Memperolehi kemahiran yang tinggi

IV Memperolehi maklumat pekerja sedia ada

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pereka fesyen terkenal Rizalmin telah mengeluarkan koleksi fesyen baju kurung menggunakan,fabrik satin.


Apakah faktor luaran yang telah diambil kira oleh pereka fesyen tersebut?

a)

Ekonomi

b)

Teknologi

c)

Kebudayaan

d)

Sosiobudaya

16.

Pernyataan manakah yang benar tentang visi?


I Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin

dicapai


II Mengambil masa melebihi lima tahun untuk mencapainya


III Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan

IV Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Maklumat di bawah merujuk kepada peranan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi.


  • Menjalankan urusan dalaman
  • Mengurus rekod
  • Mengendalikan mesyuarat


Apakah bahagian fungsian berkenaan ?

a)

Pentadbiran

b)

Pengagihan

c)

Perekodan

d)

Pemasaran

18.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan.


  • Y berperanan membantu akauntan dalam menyelia rekod kewangan dan mengurus semua bentuk hutang.


Siapakah Y ?

a)

Pembantu tadbir

b)

Penyelia akaun

c)

Pegawai audit

d)

Pegawai kredit

19.

Rajah menunjukkan satu proses pengeluaran.


Apakah input Q?


I Modal

II Tanah

III Teknologi

IV Usahawan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara yang berikut, manakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?


I Membantu mewujudkan peluang pasaran

II Menguasai pasaran yang lebih besar

III Melibatkan dalam pasaran tepu

IV Meningkatkan pasaran pekerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.


  • Syarikat Cutie membayar bonus kepada pekerja yang berprestasi tinggi.


Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut ?

a)

Membentuk persekitaran kerja kondusif

b)

Latihan bagi peningkatan kemahiran

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Pemberian insentif yang munasabah

22.

Maklumat berikut menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan Muthu dan Samy.


  • Muthu – lepasan universiti
  • Samy – menjadi tukang paip selama 10 tahun


Apakah kelebihan Samy berbanding Muthu jika mereka memohon jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang batang paip ?

a)

Berkelayakan dalam bidang tertentu

b)

Berpengalaman dalam industri tertentu

c)

Berpengalaman dan berpengetahuan luas

d)

Berkemahiran tentang produk dan perkhidmatan

23.

Apakah struktur organisasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan matriks

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

24.

Pernyataan manakah yang betul tentang produk siap?

a)

Barang siap yang sedia dijual dan disimpan di dalam gudang

b)

Bekalan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan

c)

Barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual

d)

Bekalan yang digunakan untuk menghasilkan barang lain

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan karya-karya.


  • Karya seni
  • Filem
  • Siaran


Apakah perlindungan yang layak diterima oleh karya-karya tersebut?

a)

Paten

b)

Lesen perisian

c)

Cap dagangan

d)

Hak Cipta Terpelihara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan luaran.


  • Kemudahan pembelian akaun penghutang atau invois yang disediakan oleh institusi kewangan


Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut ?

a)

Pajakan

b)

Ar-Rahnu

c)

Sewa beli

d)

Pemfaktoran

27.

Apakah peranan Syarikat Jaminan Kredit ( CGC )?

a)

Memberi latihan dan bimbingan kepada peniaga

b)

Membantu usahawan PKS untuk berdaya maju

c)

Membangunkan infrastruktur asas perniagaan

d)

Memasarkan produk bagi pihak usahawan PKS

28.

Rajah di atas berkaitan rekod kewangan dalam penyata kewangan.


Apakah Q?

a)

Penyata Penyesuaian Bank

b)

Akaun Penerimaan dan Pembayaran

c)

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

d)

Penyata Aliran Tunai

29.

Apakah Aset Semasa?

a)

Aset yang mempunyai jangka hayat melebihi setahun

b)

Aset yang mudah ditukarkan nilai kepada tunai

c)

Aset yang mempunyai tahap kecairan rendah

d)

Aset yang dimiliki oleh sebuah syarikat

30.

Apakah kepentingan penyata kewangan kepada pembekal (vendor)?

a)

Memastikan pelaburan mendapat keuntungan yang maksimum

b)

Mengetahui prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat

c)

Mengukur keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan

d)

Menilai kecekapan syarikat sebelum memberi kemudahan kredit

31.

Apakah nisbah yang digunakan untuk menentukan peratusan pertambahan pada kos bagi menentukan harga jualan?

a)

Pusing ganti aset

b)

Pulangan atas modal

c)

Peratusan untung tokokan

d)

Peratusan untung bersih

32.

Antara yang berikut, manakah ciri-ciri seorang usahawan?


I Kreatif

II Produktif

III Berjimat cermat

IV Semangat berpasukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Manakah antara berikut, kelebihan menjadi seorang usahawan kepada masyarakat ?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Mewujudkan sikap berdikari

c)

Meminimumkan keuntungan

d)

Memupuk minat keusahawanan

34.

Antara berikut, manakah ciri-ciri lokasi yang strategik?


I Mudah untuk dikunjungi

II Berhampiran dengan pemborong

III Kemudahan alat yang cukup

IV Tumpuan orang ramai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Antara berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?


I Akta Syarikat 2016

II Akta Hak Cipta 1997

III Akta Perhubungan Industri 1967

IV Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis pemilikan perniagaan.


  • Liabiliti terhad
  • Hayat berterusan
  • Entiti berasingan


Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Milikan Tunggal

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Perkongsian Liabiliti Terhad

37.

Antara berikut, yang manakah sebab penamatan perniagaan?


I Pertukaran pemilik

II Berhijrah ke luar negara

III Perintah mahkamah

IV Berhenti berniaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Maklumat berikut berkaitan sejenis dokumen perniagaan.


  • Mengandungi maklumat ambilan oleh pemilik daripada perniagaannya untuk kegunaan pemilik sendiri.


Apakah dokumen berikut?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Nota kredit

d)

Penyata tunai

39.

Apakah dokumen yang akan dihantar kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit?

a)

Penyata bank

b)

Resit rasmi

c)

Invois

d)

Memo

40.

Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?

a)

Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang

b)

Memantau dan menilai operasi perniagaan yang akan berjalan

c)

Menyakinkan agensi kerajaan untuk memberikan kontrak kepada peniaga

d)

Menangani dan menjangka risiko yang akan dialami dalam perniagaan