wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1.0 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?

a)

cara manusia memenuhi keinginan untuk memiliki sesuatu barang

b)

mengkaji manusia menyeimbangkan berbagai-bagai kehendak dengan faktor-faktor ekonomi yang sedia ada.

c)

kaedah manusia menghasilkan produk dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi secara minimum atau maksimum.

d)

mengkaji manusia menggunakan pendapatan wang yang sedia ada untuk meningkatkan simpanan tetap pada masa yang akan datang.

2.

Kolej Putra mampu mengambil 500 orang pelajar baharu untuk program ekonomi walaupun pelajar yang layak ialah 1000 orang. Masalah ekonomi dalam situasi tersebut ialah

a)

pilihan

b)

kekurangan

c)

kehendak yang terhad

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad

3.

Pengusaha Kilang Biskut Manis menggunakan 2 mesin dan 5 pekerja untuk mengeluarkan Biskut Manis.Produknya di jual di pasaran tempatan. Faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran di atas ialah

a)

Usahawan, modal dan buruh

b)

Tanah, usahawan dan buruh

c)

Modal, usahawan dan tanah

d)

Tanah, buruh, modal dan usahawan

4.

Sewa merupakan pulangan kepada sumber ekonomi yang

a)

sanggup menanggung risiko ketidakpastian

b)

membenarkan orang lain menguruskan keuntungan

c)

merupakan anugerah alam semula jadi dan penawarannya tetap

d)

menawarkan tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan barang

5.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah ekonomi yang di hadapi oleh unit ekonomi.

a)

Suri rumah tangga

b)

Kilang Elektronik Ling

c)

Syarikat Gemilang Sdn Bhd.

d)

Kementerian Pertanian Malaysia

6.

Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang P dan barang Q dalam sebuah ekonomi. Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar daripada S ke U?

a)

3 unit barang P

b)

3 unit brang Q

c)

7 unit barang P

d)

7 unit barang Q

7.

Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran sebuah firma. Pilih pernyataan yang benarmengenai pengeluaran firma tersebut.

a)

Kos lepas firma ialah blous jika kombinasi pengeluaran berubah dari B ke C

b)

Kos lepas firma ialah 20 helai tudung apabila kombinasi pengeluar berubah dari titik B ke C

c)

Kos lepas firma ialah 20 helai blous apabila kombinasi pengeluaran berubah dari titik C ke titik D

d)

Kos lepas firma semakin menurun apabila berlaku perubahan kombinasi pengeluaran dari titik A ke D

8.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkantitik kecekapan

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Konsep pilihan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

yang manakah tidak menerangkan ciri sistem ekonomi campuran?

a)

agihan pendapatan lebih setara

b)

ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal

c)

individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi

d)

pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat

11.

Keunikan ciri sistem ekonomi Islam adalah seperti berikut kecuali

a)

sistem yang bukan ciptaan manusia

b)

penggguna dan pengeluar memainkanperanan mengikut prinsip Islam

c)

persaingan yang sihat

d)

kebebasan memiliki harta

12.

Pilih pasangan yang benar tentang sistem ekonomi dan ciri-cirinya.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

13.

“Sebagai pemilik faktor pengeluaran yang tunggal dan pemonopoli, maka faedah bidangan akan dinikmati.” Pernyataan di atas besar kemungkinan merujuk kepada

a)

sistem ekonomi sara diri

b)

sistem ekonomi pasaran bebas

c)

sistem ekonomi Islam

d)

sistem ekonomi sosialis

14.

Rajah di bawah menunjukkan suatu masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran. Apakah R?

a)

diselesaikan oleh kerajaan

b)

melalui mekanisme harga dalam pasaran

c)

mengikut corak agihan pendapatan individu

d)

cara pengeluaran yang memaksimumkan untung

15.

Gambar di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi yang dihadapi oelh sebuah syarikat perumahan.

a)

I, dan II

b)

I, dan IV

c)

III dan IV

d)

II dan III

16.

Dalam sistem ekonomi kapitalis, kesanggupan untuk membayar individu atau masyarakat dapat menyelesaikan masalah

a)

pengagihan barang dan perkhidmatan

b)

pengangguran

c)

penggunaan sumber

d)

inflasi

17.

Agihan pendapatan adalah seimbang dalam sistem ekonomi perancangan pusat.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Motif pengeluaran dalam sistem ekonomi pasaran bebas adalah memaksimumkan kepuasan pengguna.

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Sistem catuan diamalkan dalam ekonomi yang memaksimumkan keuntungan.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupunpelajar yang layak ialah 7000 orang. Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah..

a)

pilihan

b)

kekurangan

c)

kehendak yang terhad

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad

21.

Matlamat berikut mengenai masalah ekonomi.


sebuah pawagam hanya boleh menampung 200 orang penonton walaupun terdapat 300 orang penonton yang ingin menonton wayang yang disiarkan semalam.


Masalah ekonomi yang berkaitan dengan situasi di atas ialah

a)

pilihan

b)

kos lepas

c)

kekurangan

d)

kegagalan projek syarikat pawagam

22.

Antara yang berikut yang manakah merupakan sumber ekonomi? Sila buat pilihan anda.

a)

tanah

b)

buruh

c)

rumah

d)

sungai

23.

Persamaan antara buruh dengan usahawan ialah.. sila pilih jawapan anda..

a)

kedua-duanya menanggung risiko kerugian.

b)

kedua-duanya menerima upah sebagai ganjaran.

c)

kedua-duannya memberi sumbangan kepada ekonomi.

d)

kedua-duanya merupakan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.

24.

Antara berikut yang manakah betul tentang sumber ekonomi?

a)

penawaran modal tidak terhad.

b)

buruh mempunyai mobiliti geografi yang terhad.

c)

harga tanah semakin tinggi dalam jangka masa panjang.

d)

usahawan menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran.

25.

Puan Cici merupakan pengusaha keropok lekor di Terengganu. Beliau memiliki sebuah kedai dua tingkat dan menggajikan 5 orang pekerja.


Pernyataan yang manakah betul tentang Puan Cici.

a)

mendapat ganjaran berbentuk keuntungan.

b)

menyumbangkan tenaga fizikal dan mental.

c)

tidak menanggung risiko kerana keropok lekor mendapat sambutan tinggi.

d)

tidak mempunyai mobiliti geografi.

26.

Puan Bee membelanjakan RM3500 untuk membeli sebuah komputer riba yang baharu. Kos lepasnya ialah

a)

jumlah yang perlu dibayar untuk komputer riba.

b)

masa yang digunakan untuk memilih komputer riba.

c)

telefon bimbit yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut.

d)

perbelanjaan untuk elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas komputer riba tersebut.

27.

Maklumat berikut menunjukkan pilihan kaedah pengeluaran Syarikat Wira Berhad.


keluaran (unit) Kaedah A Kaedah B

kerusi 800 300

meja 550 900


Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat Wira Berhad jika menukar kaedah pengeluaran daripada kaedah A

kepada kaedah B.

a)

250 meja

b)

350 meja

c)

500 kerusi

d)

1100 kerusi

28.

Jadual menunjukkan dua jenis keluaran sebuah firma dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang berlainan.


Kaedah keluaran kipas (unit) kabinet TV (unit)

A 20 100

B 40 70

C 60 60

D 80 40


Jika pengeluar menukar kaedah pengeluaran dari B ke D, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 80 unit kipas?

a)

70 unit kabinet tv

b)

40 unit kabinet tv

c)

30 unit kabinet tv

d)

40 unit kipas

29.

Jadual dibawah menunjukkan gabungan kasut dan baju sukan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat.


Kasut (pasang) Baju sukan (helai)

0 5000

1000 4000

2000 2500

3000 500

4000 0


Hitung kos lepas apaila syarikat tersebut menambah pengeluaran kasut dari 1000 pasang ke 2000 pasang.

a)

1500 helai baju sukan

b)

2500 helai baju sukan

c)

4000 helai baju sukan

d)

6500 helai baju sukan

30.

Rajah berkaitan dengan satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tentang keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

titik A,B dan Cmenunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap.

b)

titik A menunjukkan semua sumber ekonomi digunakan untuk pengeluaran barang pengguna sahaja.

c)

titik E menunjukkan ketidakcekapan ekonomi.

d)

titik D menunjukkan ketidakupayaan ekonomi

31.

Rajah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Pilih pernyataan yang benar menggambarkan titik S.

a)

faktor pengeluaran yang sedia ada digunakan sepenuhnya.

b)

tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh.

c)

faktor pengeluaran yang sedia ada tidak mencukupi untuk pengeluaran.

d)

Ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran yang sedia ada dengan sepenuhnya.

32.

Antara pasangan berikut, yang manakah benar?

a)

Masalah asas ekonomi: apa yang hendak dikeluarkan

Huraian : ditentukan melalui kaedah pengeluaran intensif buruh

atau intensif modal.

b)

Masalah asas ekonomi : bagaimana hendak dikeluarkan.

Huraian : ditentukan oleh pengeluar dan kerajaan.

c)

Masalah asas ekonomi : Bagaimana hendak dikeluarkan.

Huraian : ditentukan melalui citarasa dan permintaan

masyarakat.

d)

Masalah asas ekonomi : untuk siapa dikeluarkan.

Huraian : ditentukan melalui corak agihan pendapatan dalam

ekonomi.

33.

Antara berikut yang manakah boleh dilakukan oleh seorang usahawan dalam sistem ekonomi kapitalis?

a)

menentukan tingkat keuntungan.

b)

menentukan permintaan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

c)

menentukan harga pasaran untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

d)

menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan sesuatu barang atau perkhidmatan.

34.

Antara yang berikut manakah ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat? pilih 2 jawapan.

a)

motif firma adalah menjaga kebajikan rakyat.

b)

individu,swasta dan kerajaan memiliki sumber ekonomi.

c)

harga barang ditentukan oleh kuasa pasaran dan kerajaan.

d)

kerajaan membuat keputusan tentang peruntukan sumber dalam ekonomi.

35.

Maklumat berkaitan dengan satu sistem ekonomi.


Pengguna tidak bebas untuk membuat pilihan kerana campur tangan kerajaan.


Apakah sistem ekonomi yang digambarkan oleh pernyataan di atas?

a)

Ekonomi Islam

b)

sistem ekonomi sosialis

c)

sistem ekonomi kapitalis

d)

sistem ekonomi campuran

36.

Antara yang berikut, manakah menggambarkan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

kerajaan menentukan agihan sumber dalam ekonomi.

b)

kerajaan menurunkan cukai pendapatan sebanyak 2%.

c)

menteri kewangan membentangkan belanjawan negara.

d)

pengeluar meningkatkan pengeluaran televisyen sebanyak 25% disebabkan peningkatan permintaan pengguna.

37.

Sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat kerana

a)

menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi

b)

mengutamakan kebajikan masyarakat.

c)

pengeluaran barang secara besar-besaran.

d)

agihan pendapatan yang adil dan seimbang.

38.

Satu ekonomi berubah dari sistem ekonomi pasaran bebas ke sistem ekonomi perancangan pusat . Antara berikut manakah mungkin berlaku akibat perubahan di atas?

a)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : meningkat.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi menurun.

b)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : menurun

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi meningkat.

c)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : meningkat.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi meningkat.

d)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : menurun.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi menurun.

39.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.


Penduduk sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat beratur untuk mendapatkan barang keperluan.


Keadaan di atas berlaku disebabkan

a)

pengeluar bermotifkan keuntungan.

b)

kerajaan ingin memastikan agihan barang yang cekap.

c)

faktor pengeluaran mempunyai mobiliti yang tinggi.

d)

pilihan pengguna yang menentukan corak pengeluaran barang dalam ekonomi.

40.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi negara X.


individu negara x bebas membuat keputusan dalam aktiviti ekonomi. Kerajaan akan campur tangan sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dalam aktiviti ekonomi.


apakah sistem ekonomi yang diamalkan di negara x?

a)

ekonomi islam

b)

sistem ekonomi sosialis

c)

sistem ekonomi kapitalis

d)

sistem ekonomi campuran