wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Industrial Safety

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Diantara berikut yang manakah merupakan punca kemalangan disebabkan oleh keadaan kerja?

a)

Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan talisawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap.

b)

Tumpahan minyak atau gris di atas lantai boleh menyebabkan pekerja terjatuh jika terlanggar benda-benda keras.

c)

Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.

d)

Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin boleh menyebabkan melecur pada bahagian anggota.

2.

Di setiap syarikat atau organisasi yang mempunyai kemudahan-kemudahan seperti makmal dan bengkel, peraturan keselamatan sering diwujudkan bagi tujuan.

a)

memastikan semua pelawat mematuhi peraturan syarikat

b)

memaklumkan kepada pihak luar bahawa bengkel tersebut mengamalkan program keselamatan dan kesihatan

c)

menyedarkan para pekerja bahawa kemungkinan-kemungkinan mara bahaya dalam bengkel

d)

memandu pihak pentadbiran syarikat menjalankan program-program keselamatan setiap masa

3.

Mengapakah dalam hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, mencegah adalah lebih baik daripada merawat KECUALI

a)

mengurangkan risiko kesihatan kepada semua pekerja

b)

menanamkan sikap berhati-hati pekerja terhadap pekerjaan mereka

c)

mengelakkan pekerja daripada terdedah kepada sebarang unsur kemalangan

d)

mengurangkan perbelanjaan majikan terhadap kos rawatan pekerja mereka

4.

Berikut merupakan elemen-elemen penting bagi memastikan program-program keselamatan dapat dilakukan dengan jayanya di tempat kerja, kecuali

a)

pemantauan berterusan pihak berkuasa tempatan

b)

kepimpinan majikan sebagai teladan bagi pekerja

c)

keadaan kerja yang selamat dan sihat disediakan oleh majikan

d)

amalan-amalan kerja yang selamat oleh setiap pekerja

5.

Berikut merupakan profail pekerja yang kerap akan ditimpa kemalangan dari aspek mental, kecuali

a)

kordinasi motor yang lemah

b)

kurang latihan keselamatan

c)

kurang tumpuan terhadap kerja

d)

mempunyai tekanan darah tinggi

6.

Pencegahan kemalangan hanya boleh dilaksanakan dengan baik dengan syarat-syarat berikut, KECUALI

a)

kakitangan mencukupi

b)

langkah-langkah keselamatan disusun dengan baik

c)

tindakan pembetulan dirancang dengan baik

d)

persekitaran kerap disenggara

7.

Mengumpul dan menganalisis data sesuatu kemalangan bertujuan untuk mengenalpasti

a)

mangsa yang tercedera

b)

kos yang terjejas

c)

punca-punca kemalangan

d)

tindakan penyelia keselamatan

8.

Berikut, yang manakah tanggugjawab yang harus dilaksanakan oleh seseorang Ketua Jabatan atau Penyelia dalam program keselamatan?

a)

mengadakan satu program kebersihan bengkel

b)

bertindak selaras dengan polisi sekolah dan peraturan keselamatannya

c)

menunjukkan kepimpinan dalam perancangan program keselamatan

d)

mengadakan satu plan organisasi pelajar dalam menentukan pemeriksaan keselamatan bengkel

9.

Mengapakah pakaian yang longgar tidak sesuai sebagai pakaian semasa pengendalian mesin di bengkel atau tempat kerja?

a)

Pakaian longgar memerangkap banyak haba, oleh itu akan menyebabkan kepanasan dan ketidak selesaan kepada pemakainya

b)

Pakaian yang longgar mudah mengalami kekotoran terutama terkena minyak atau gris

c)

Pakaian yang longgar boleh menambahkan risiko kepada kesihatan

d)

Pakaian yang longgar mudah tersangkut pada mesin yang bergerak

10.

Apakah tujuan pemeriksaan keselamatan bengkel atau tempat kerja dilakukan?

a)

Untuk menentukan standard keselamatan sesebuah bengkel

b)

Untuk menjamin keselesaan pengguna bengkel

c)

Untuk menyelidik kemalangan serius

d)

Untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan

11.

‘Ahmad merupakan pekerja baru sebuah industri berasaskan keluli yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun di bandar A. Beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik di industri tersebut. Setiap 4 bulan, beliau perlu memeriksa tahap keselamatan di tempat kerja’. Apakah aspek yang perlu beliau berikan lebih perhatian dalam pemeriksaan keselamatan di industri tersebut?

a)

Memeriksa keselamatan pekerja

b)

Memeriksa kebajikan pekerja

c)

Memeriksa keselamatan kebakaran

d)

Memeriksa kesihatan pekerja

12.

Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-undang bengkel penting dan perlu dipatuhi setiap masa?

a)

Pengguna peralatan bengkel sentiasa terdedah kepada berbagai bahaya

b)

Kebanyakan individu sering menyalahgunakan kemudahan bengkel

c)

Mengurangkan risiko kemalangan jiwa dan kerosakan alatan bengkel

d)

Menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab semua pengguna

13.

Berikut merupakan implikasi ekonomi yang timbul jika masalah kemalangan sering berlaku dikalangan masyarakat, kecuali

a)

perbelanjaan ke atas insuran perlindungan diri meningkat disebabkan kos yang tinggi terpaksa ditanggung setiap kali berlakunya kemalangan

b)

individu akan kehilangan sumber pendapatannya untuk beberapa ketika kerana terpaksa mempergunakan sebahagian masa bekerja untuk beristirehat

c)

bilangan tenaga pakar dalam sesetengah organisasi akan berkurangan dan seterusnya sedikit-sebanyak menjejaskan prestasi organisasi tersebut

d)

meningkatkan kos penghasilan sesuatu barangan disebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah organisasi disebabkan kecederaan kakitangan mereka

14.

Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh seseorang guru teknikal sekiranya mengamalkan falsafah keselamatan dan kesihatan adalah

i. mengurangkan kadar bilangan pelajar daripada mengalami kecederaan semasa bekerja dibengkel setiap tahun,

ii. tingkah-laku pelajar dapat dikawal dan diperbaiki,

iii. mengurangkan kos penyelenggaraan alatan dan mesin dalam bengkel,

iv. mengurangkan pembaziran masa mengesan dan memperolehi alatan yang disusun secara teratur dan kemas.

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua

15.

1. Semasa menjalankan kerja memotong bilah kayu dengan gergaji mesin, pakaian bengkel yang harus dipakai adalah,

i. cermin mata keselamatan

ii. sarung tangan kulit

iii. kasut getah

iv. pelindung telinga

a)

i sahaja

b)

i dan ii

c)

ii dan iii

d)

semua