wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Akta Bekalan Elektrik

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten

dan bahagian pepasangan yang akan berada dibawah tanggungjawab setiap

orang kompeten yang diambil kerja disediakan oleh:

i. Pemunya

ii. Pengurusan atau pemegang lesen

iii. Jurutera Elektrik Kompeten

a)

i sahaja

b)

i dan ii

c)

i dan iii

d)

Semua diatas

2.

Seseorang itu boleh dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki

peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik ialah :-

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak melebihi 20 tahun

iii. Berkelayakan pendidikan yang sesuai ditentukan oleh Lembaga

Pemeriksa

iv. Pengalaman kerja tidak melebihi daripada tiga tahun

v. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan

a)

Semua di atas

b)

i, ii, iv dan v

c)

i, ii, iii dan iv

d)

i, iii dan v

3.

Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera adalah dikeluarkan dalam ____________

a)

Borang L

b)

Borang M

c)

Borang N

d)

Borang P

4.

Orang yang bertanggungjawab mengambil langkah awasan yang secukupnya

untuk mencegah pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak

sengaja semasa orang sedang bekerja

a)

Orang kompeten

b)

Pihak pengurusan

c)

Pihak pemunya

d)

Penghuni pepasangan

5.

Suatu Perakuan hendaklah diperakukan oleh seorang Pendawai apabila

pendawaian elektrik dalam suatu pepasangan yang di bawah penyeliaan

langsungnya apabila telah siap. Perakuan itu adalah

a)

Perakuan Penyeliaan

b)

Perakuan Penyiapan

c)

Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan

d)

Perakuan Ujian

6.

Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 mana-mana orang yang gagal

untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 adalah

melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan denda

tidak melebihi ______________

a)

RM 5,000.00

b)

RM 10,000.00

c)

RM 25,000.00

d)

RM 1,000.00

7.

Mana-mana geganti atau peranti perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah

diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali

setiap ____________ atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh pengarah

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

5 tahun

8.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, tiada seorang pun boleh Memasang apaapa

pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada

mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada _____________

a)

Suruhanjaya Tenaga

b)

Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen

c)

Jurutera Penyelia yang berdaftar

d)

Kontraktor Elektrik yang berdaftar

9.

Kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 mereka boleh didenda sehingga _________ apabila menjual atau mengimport apa-apa kelengkapan sehingga

menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia.

a)

RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

b)

RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya

c)

RM 300,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

d)

RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

10.

Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990, mana-mana orang yang merosakkan apa-apa meter bagi pepasangan berlesen boleh didenda sehingga _____________ apabila disabitkan kesalahan.

a)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

b)

RM 1,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

c)

RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

d)

RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

11.

Tempoh sah Perakuan Pendaftaran adalah _______________ dari tarikh pendaftaran dan pembaharuan _______________ Sebelum tamat tempoh

a)

dua belas bulan, empat bulan

b)

satu tahun, enam bulan

c)

dua belas bulan, dua bulan

d)

dua belas bulan, satu bulan

12.

Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 jika dia berumur melebihi

a)

55 tahun

b)

60 tahun

c)

65 tahun

d)

70 tahun

13.

Mengikut Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994, sesuatu motor elektrik hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk

a)

memberhentikan motor itu

b)

melindungi motor dari arus beban lampau

c)

melindungi motor itu dari arus kerosakan ke bumi dan arus beban lampau

d)

memula dan memberhentikan motor itu

14.

Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah, seorang Pendawai Tanpa Had dan dua orang Pendawai Fasa Tunggal sedang berkhidmat di sebuah syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar. Berapakah fees yang perlu dibayar oleh orang-orang kompeten di atas untuk mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tenaga

a)

RM 80.00

b)

RM 100.00

c)

RM 110.00

d)

RM 150.00

15.

Mana-mana orang tidak membenarkan, menyerang, menghalang dan enggan memberi maklumat kepada mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis adalah

melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi ____________.

a)

RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun

b)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun

c)

RM 15,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun

d)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun