wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.

a)

kaki wayang

b)

kaki bangku

c)

kaki ayam

d)

kaki botol

2.

Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya

a)

ambil angin

b)

berat sebelah

c)

tin kosong

d)

kepala angin

3.

Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya

a)

memerah keringat

b)

memerah otak

c)

memerah baju

d)

mandi peluh

4.
Encik Ali diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.
a)
pening lalat
b)
nyawa-nyawa ikan
c)
lintah darat
d)
buruk siku
5.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
6.
Salmah dan Asyikin tidak menyukai Fatimah kerana dia bukan _________ bapa mereka.
a)
anak bongsu
b)
anak emas
c)
anak kandung
d)
anak tunggal
7.
_____________ yang sering berkumpul di kedai arak itu berlari lintang-pukang setelah melihat sebuah kereta polis muncul secara tiba-tiba.
a)
Kaki perempuan
b)
Kaki botol
c)
Kaki bangku
d)
Kaki pukul
8.
Hampir 10 tahun kami ________ di perantauan.
a)
mengadu nasib
b)
mengadu domba
c)
langkah seribu
d)
makan angin
9.
Rahsia kami dibocorkan oleh si ______ itu.
a)
mulut murai
b)
mulut tempayan
c)
mulut manis
d)
buku temberang
10.
Apabila terlalu diberikan kebebasan, Raju menjadi __________.
a)
batu api
b)
telinga kuali
c)
bunga dedap
d)
besar kepala
11.
Dia betul-betul _________. Setiap ejekan rakan-rakannya tidak diendahkannya.
a)
tebal telinga
b)
angkat kaki
c)
berat hati
d)
busuk hati
12.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
13.
Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka telah mendapat _________ tentang program itu.
a)
kata dua
b)
kata sepakat
c)
hitam putih
d)
jalan keluar
14.
Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga __________ 
a)
nama baik
b)
nama pena
c)
nama samaran
d)
tanda hati
15.

Sia-sia sahaja kamu meminta derma daripada dia kerana dia.....................

a)

buta hirif

b)

mata duitan

c)

tangkai jering

d)

batu api

16.

Walapun Ah Seng..............kerana tidak bersekolah, namun dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

a)

Kaki Bangku

b)

Buta Huruf

c)

Batu api

d)

Ulat buku

17.

Jangan jadi.................kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

a)

tangkai jering

b)

mata duitan

c)

ulat buku

d)

buta huruf

18.

Ramlee, Ajis dan Sudin perlu menduduki kelas dewasa kerana mereka...................

a)

tangkai jering

b)

batu api

c)

buta huruf

d)

kaki bangku

19.

Dia merupakan orang kaya dikampung itu namun tidak mahu menghulurkan bantuan kerana sikapnya yang.................

a)

buta huruf

b)

tangkai jering

c)

batu api

d)

kaki bangku

20.

Jenny berasa ____________ kerana mendapat markah tertinggi dalam subjek Matematik.

a)

makan angkat

b)

besar hati