NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu - Sistem Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
"Saya mahu __________ siapkan tugasan ini pada hari ini juga," kata Cikgu Affiza kepada semua murid 6 Ibn Haitham.
anda
awak
kalian
mereka
Pembahas itu memberikan pendapat yang __________ bernas untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
agak
amat
nian
benar
Semua tayar kereta itu __________ di dalam lumpur selepas terbabas kerana mengelak beberapa ekor kambing yang berkeliaran di jalan.
terjunam
terbenam
tersadung
tergelincir
Cikgu Affiza meminta murid-murid Tahun 6 Ibn Haitham membuat pilihan __________ ingin makan nasi lemak __________ mi goreng semasa jamuan akhir tahun nanti.
baik ... ataupun
baik ... mahupun
sama ada ... ataupun
bukan sahaja ... bahkan
Dewan orang ramai itu dijadikan kawasan __________ sementara untuk mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Bharu.
setempat
tempatan
petempatan
penempatan
Nadeef mengira __________ pinggangnya lalu dicatatnya pada sehelai kertas.
jangka sudut
ukur lilit
pita suara
garis pusat
Afreena __________ piala yang dimenanginya dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu peringkat negeri.
menatang
mengepit
menjulang
menjunjung
Hairul ___________ kerana dia meminta barang-barang yang telah diberikan kepada kawan-kawannya semula setelah dia tidak terpilih sebagai ketua kelas.
banyak mulut
buruk siku
buta hati
besar kepala
Pak Azahari __________ buluh-buluh kecil itu untuk membuat sangkar burung.
meraut
mengikis
mengukir
mengetam
Beberapa __________ atap zink rumah Encik Shahrizal telah tercabut akibat dipukul ribut yang kuat.
buah
keping
kajang
bidang
Industri __________ negara ini akan menghadapi masalah bekalan sekiranya masalah penebangan hutan secara haram tidak ditangani.
batu-batan
rempah-ratus
sayur-mayur
kayu-kayan
Pengawal keselamatan itu __________ selaras senapang di hadapan tempat dia bertugas.
memikul
mengepit
menyandar
menyandang
Persembahan peserta itu mendapat pujian daripada penonton.
Pilih perkataan antonim bagi pujian.
bantahan
cacian
sokongan
tohmahan
Pokok pinang yang __________ itu telah mengenai bumbung kedai runcit Pak Manaf.
runtuh
roboh
ranap
tumbang
Setelah menyiang ikan, Puan Azima mencuci papan landas sehingga bersih untuk menghilangkan bau __________.
tengik
hamis
hanyir
hancing
Beberapa ekor lalat _________ seketul ayam goreng di dalam piring yang tidak bertutup itu.
mendekati
memasuki
menghampiri
menghurung
Syazrell mengikat tali kasutnya dengan _________ supaya tidak terbuka ketika berlari nanti.
erat
kuat
ketat
tegang
Rambutnya __________ dan pakaiannya _________ selepas bangun daripada tidur.
haru-biru ... herot-berot
licin-licau ... comot-momot
kusut-masai ... serbah-serbih
corat-caret ... compang-camping
Daripada raut wajahnya yang __________ itu, saya tahu bahawa dia sedang menghadapi masalah yang berat.
beria-ia
berura-ura
berkerut-kerut
berkedut-kedut
Resit pembayaran bagi pertandingan memancing udang telah __________ oleh ayah bersama-sama borang penyertaan.
dikepilkan
dikepitkan
diselitkan
disisipkan
